Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Tabung Haji Melabur Dalam Syarikat Tidak Patuh Syariah?
Berita

Tabung Haji Melabur Dalam Syarikat Tidak Patuh Syariah?

sham 2 Comments

Agak terkejut tentang pendedahan daripada Tuan Pakdi berkenaan pembelian saham Parkson oleh Tabung Haji bulan lepas. Sedangkan ia tidak lagi patuh syariah. Berikut adalah artikel daripada FB Pakdi.

[box type=”info”]Tabung Haji oh Tabung Haji

1. Tabung Haji memegang deposit kira-kira RM 40bilion.

2. Barangkali ramai masih ingat, TH pada Julai 2008 telah memiliki 29.6% bersamaan 92.9 juta saham Silverbird seterusnya menjadi pemegang saham terbesar.

3. Ketika itu, saham Silverbird berharga sekitar RM 0.80. Hari ini, berdasarkan maklumat di Bursa Malaysia TH telah mengurangkan pegangan dalam syarikat ini ketika harga saham cuma sekitar RM 0.10.

4. Pada 18 Jun 2012, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengumumkan kaedah Shariah screening baru yang berkuatkuasa pada November 2013. Ada sebahagian Islamic Fund manager telah mengambil langkah proaktif dengan mengingatkan syarikat-syarikat yang berpotensi menjadi tidak patuh Shariah pada November 2013. Malah, hal ini juga pernah keluar di muka hadapan akhbar-akhbar kewangan utama Malaysia.

5. Malangnya TH dari September – November 2013 telah mula membeli saham-saham Parkson Holdings Bhd, yang mana syarikat ini telah bertukar status menjadi TIDAK SHARIAH COMPLIANT pada 29 November 2013. Notis terakhir kepada Bursa Malaysia menyebut pembelian terakhir sebanyak 500,000 unit saham dibuat pada 28 November 2013.

6. Pembelian ini menyebabkan TH mempunyai 76,497,500 unit saham bersamaan 7.11% seterusnya menjadi pemegang saham ke-4 terbesar dalam Parkson Holdings. Seandainya harga purata pembelian TH adalah RM 3.50 ini bermaksud nilai pelaburan adalah melebihi RM 250 juta.

7. Bagaimana TH boleh membeli saham yang berpotensi bertukar status Shariahnya pada saat ada Islamic Fund Manager lain telah mula memberikan surat peringatan kepada syarikat-syarikat tertentu agar segera bertindak ?

8. Di manakah Shariah Governance Lembaga Tabung Haji ? Siapakah pegawai / panel Shariah yang patut memberi amaran kepada pihak pelaburan TH dalam hal ini? Atau adakah amaran telah diberi namun masih buat tidak tahu ?

9. Adakah ini tahap awareness culture Shariah dalam pelaburan TH lebih rendah dari sebahagian private Islamic Fund Manager yang lain sedangkan mereka memegang hampir RM 40b deposit, yang majoritinya adalah kepunyaan umat Islam ?

10. Ini yang kita dapat tahu, sebab diumumkan di Bursa Malaysia, bagaimana pula dengan pelaburan lain yang tidak diumumkan dan tidak dilaporkan ? Siapa yang menentukan ia patuh Shariah?[/box]

TH

Sebagai pemegang amanah untuk simpanan jutaan umat Islam di Malaysia, Tabung Haji sepatutnya menjaga status halal hasil daripada pelaburan yang dibuat. Ia bukan soal keuntungan semata-mata. Andainya sedikit hasil keuntungan yang tidak halal masuk ke dalam akaun Tabung Haji. Ia membolehkan status halal bagi hasil simpanan dan keuntungan Tabung Haji boleh dipersoalkan.

Bagaimana hasil ini dibuat untuk ke Mekah?

Ini yang membuatkan saya geram. Bukan nak berpolitik, tapi bila orang Politik jadi Pengerusi TH, halal haram semua nak bantai? Tolonglah jaga hasil duit orang Islam tu.

Harap Tabung Haji memberi penjelasan berkenaan isu ini.

Harapan saya TH dapat tarik balik pelaburan berkenaan dan laburkan dalam syarikat yang patuh syariah sahaja.

Menurut Pakdi lagi:

Takkan tidak boleh buat semakan sendiri berdasarkan guideline SC. TH adalah institusi besar, telefon pegawai ICM pun dapat membantu jika tak dapat buat due diligence sendiri pasal Shariah assessment.

Silap beli? Lupa? Malas buat kerja lebih? Atau memang tiada budaya kepatuhan Shariah?

Takkan TH speculate saham dan bukan buat investment? Beli pagi jual petang.

Ia satu kesilapan yang membahayakan hasil pelaburan TH boleh dipertikaikan. Pelaburan RM250 juta hasil duit orang Islam tidak boleh dimain-mainkan. Sepatutnya sebelum keputusan membeli saham dibuat, ia perlu disemak terlebih dahulu. Bukannya beli dulu, baru nak semak.

Apapun andainya dah terlajak tu, TH boleh review balik pelaburan berkenaan dalam masa 6 bulan. Apapun harap ada tindakan positif daripada TH untuk membersihkan saham yang tidak patuh syariah yang dipegang di Bursa Malaysia.

Maklumat lebih lanjut boleh ke Blog Pakdi berkenaan dengan isu ini.

Artikel Berkaitan
  • Dividen dan Bonus Tabung Haji 2014
    Berita baik buat mereka yang menabung di dalam Tabung Haji. Dividen dan bonus telah diumumkan dan ia...
  • Garis Panduan Jakim Tentang MLM,Jualan Langsung Yang Patuh Syariah Dan Halal
    Akhirnya apa yang ditunggu-tunggu, satu garis panduan berkenaan Multi Level Marketing (MLM) dan Jual...
  • Dana Haji Jasman Kini Aktif Kembali
    Program skim cepat kaya Dana Haji Jasman kini kembali aktif. Malah bekas mangsanya kini kembali dide...
  • Perbezaan Kopi Radix Asli dan Radix Tiruan
  • 77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah – BNM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 6,429
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:tabung haji tabung haji haram tabung haji melabur dalam syarikat tidak patuh syariah

Related Articles

Paypal Buka Pusat Operasi Kedua Di Malaysia
Sebelum ni, kebanyakan syarikat besar seperti Yahoo, Google, Ebay, Paypal …

Paypal Buka Pusat Operasi Kedua Di Malaysia

Amazon.com merupakan laman web e-dagang terbesar di dunia. Pada suku …

Rahsia Amazon : Panduan Buat Duit Amazon Cara Automatik

2 Comments

  1. Kawe yang keliru

    Salam, admin tk ade buat kajian @ siasatan sendiri ke pasal artikel TH tak patuh syariah .komen org lain pun tk de k atau umat islam malaysia dah tk kesah guna sumber duit ape tunaikn haji. Lagi satu artikel pelaburan lain bukan main
    komen pandangan, kajian, diasatan
    dalaman, ade infomer le pasal status halal haram. Tapi cerita psl TH tk patuh syariah
    Tk de pihak nk letak hukum
    halal,harus,makruh,haram ke pelaburan di
    TH sekarang. Harap admin tolong bagi pencerahan pada kawe yg keliru ni

  2. sham

    Tak perlu kusutkan kepala . TH ada penasihat syariah yang terdiri daripada pakar dalam hukum. Dalam kes TH ni, diorang melabur dalam saham patuh syariah sebelum ini. Tetapi status patuh syariah syarikat berkenaan ditarik balik oleh Suruhanjaya Sekuriti setelah membuat semakan.

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Dividen dan Bonus Tabung Haji 2014

Berita baik buat mereka yang menabung di dalam Tabung Haji. Dividen dan bonus te…