Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Teknik Keji Curi Trafik Pengguna Maxis
Berita

Teknik Keji Curi Trafik Pengguna Maxis

sham No Comments

Ya. Saya pengguna maxis broadband. Perkhidmatannya agak bagus cuma apa yang saya paling tidak suka ialah apabila ia disconnect secara tiba tiba. Apabila disambung kembali. Ia akan dibawa ke laman MyLanchPad Maxis. Bagi saya ia merupakan satu taktik yang cukup tricky untuk menarik pelawat ke laman web maxis tersebut.

Mylauchpad

Mylauchpad

Masakan tidak, url terakhir yang dilawati akan diredirect kepada laman web Mylauchpad ini apabila setiap kali kita mengunakan browser pilihan. Contohnya laman web terakhir sebelum disconnect adalah Facebook.com, apabila disambung kembali talian broadband, kita akan dibawa ke laman Launchpad ini walaupun kita menaip url www.Facebook.com pada browser.

Ia akan terus berlaku sehinggalah anda clearkan semua cookies browser. Ia sangat menyusahkan. Ini lebih mengkengkelkan apabila talian Maxis sememangnya agak kerap disconnect tanpa diarahkan. Ketika kita sedang asyik melayari internet, secara tiba tiba talian diputuskan.

Apabila kita sambungkan kembali, tada…. laman web yang kita sedang layari akan bertukar kepada laman Mylauchpad. Rasanya ramai pengguna broadband maxis mengalami masalah yang sama. Ia sememangnya cukup mengjengkelkan apabila ia terus berlaku.

Agaknya jika Maxis tidak melakukan taktik sedemikian, tiada orang yang akan melawati laman web mereka ini. Mereka mengunakan kaedah secara paksaan untuk pengguna mereka melayari laman web mereka. Mungkin  disebabkan tiada pilihan lain, saya terpaksa menggunakan talian broadband maxis ini. Jika tidak, sudah lama saya bertukar kepada talian broadband yang lain.

Saya tidak dapat memasang streamyx kerana talian telefon telah dicuri oleh penagih dadah. Pihak Telekom Malaysia pula enggan memasangnya kembali kerana ia kerap berlaku dan merugikan mereka. Talian Celcom pula tiada perkhidmatan di pinggir Kuala Kangsar. Yang ada hanyalah talian Maxis.  Jadi kami semua terpaksa mengunakan maxis sebagai satu satu kaedah untuk berhubung.

Inilah Malaysia kot. Baru tepi bandar skit, dah terputus hubungan. Itu belum masuk ke pendalaman lagi. Pasti terpaksa guna burung merpati (pengaruh filem ni) untuk berhubung.

Susah betul la… P1..Tolong Cepat pasang pencawang kat sini.

Baru ni dalam berita cakap kerajaan nak tingkatkan kadar capaian internet di Sarawak kepada 90%. Woit.. Semenanjung pun masih belum sepenuhnya lagi. Fokuskan juga pada pinggir bandar-bandar di Semenanjung juga. Kami pun inginkan capaian internet…

Artikel Berkaitan
  • Penipuan SMS Syarikat Jaringan Ikhtiar Sdn Bhd
    Bayangkan anda tidak pernah melangan apa apa kandungan. Tiba-tiba dikenakan caj oleh syarikat anak h...
  • Jumlah Peratus Telco makan dari Bisnes SMS
    Saya tertarik dari komen dari system failure. Saya rasakan beliau melakukan langkah bijak untuk ikla...
  • Teknik Menjana Trafik Percuma Buat Blogger
    Salah satu cara untuk menjana trafik percuma oleh blogger ialah trackback kepada entri atau post dar...
  • Scam Alert: Akaun Public Bank Anda Telah Dikunci
  • Bagaimana Saya Membuat RM1700 dalam Masa 7 Hari Tanpa Produk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 1,782
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:maxis mylaunchpad taktik keji maxis

Related Articles

Pilihan Raya dan Perniagaan
Bahang pilihanraya masih belum hilang. Banyak isu yang timbul selepas …

Pilihan Raya dan Perniagaan

Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41
Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41 GST semakin hampir. Lebih …

Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

SMS adalah best effort service!

SMS atau Short message system adalah best effort service. Ia adalah sebagaimana …

Nak Tukar Harga SMS pada Sistem Sms

Saya menerima satu email yang bertanya tentang bagaimana untuk menukar harga sms…