Saya masih berada di Terengganu sekarang ni.Esok baru saya balik ke KL. Rakyat Terengganu masih tertanya tanya siapakah yang bakal menjadi bakal Menteri Besar Terengganu. Samada Tok Deris kekal sebagai MB atau tukar angin kepada orang lain.
Sekarang ni ada khabar angin bahawa pihak istana tidak mahukan Idris terus menjadi MB Terengganu. Betul atau tidak, hanya Allah yang tahu. Setahu saya Sultan Mizan sebenarnya mempunyai calon MB ketika BN menang pilihanraya 2004 dulu. Ada campurtangan daripada Pak Lah yang mengangkat Datok Seri Idris Jusoh sebagai MB.
Sekarang Sultan Mizan adalah orang nombor 1 negara. Pak Lah pun tak nak tentukan siapa bakal MB Terengganu sebab Agong lebih berkuasa. Kita tunggu la siapakah yang bakal menjadi MB Terengganu ini. Entah bila pihak Istana umumkan siapakah MB baru nanti.
Nampaknya ramai yang tak sukakan Datok Seri Idris Jusoh menjadi MB.Malah ada beberapa orang kampung saya nak buat pulut kuning kalau Idris Jusoh tak dipilih sebagai MB. Sampai macam tu sekali. Mungkin sebab itulah kekalahan & kehilangan 8 kerusi. Mereka perlu kaji kenapa orang sokong Pas di kawasan tertentu. Pengundi hantu adalah mitos semata mata dan untuk dijadikan alasan jika kalah. “Takkan tak kenal jiran sekampung yang mengundi kot”.Fikir sendiri la…
Saya tak percayakan media sebulat bulatnya tidak kira la Harakah atau Akhbar lain. Saya akan baca kesemuanya dan menilai sendiri.Bukan ikut apa yang didakwa oleh pihak terlibat. Itu cara saya memilih. Bukan sebab menyokong sebulat bulatnya apa yang orang kata.Kita ada akal, fikirlah sendiri.
Kronisme? BN atau Pas sama sahaja kalau lihat di Terengganu la. Saya pernah rasa kedua dua ini memerintah. Ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Kronisme? Dua dua pun bagi kat kroni masing masing.Tanah,projek & etc, kroni yang dapat. Sape yang buat? Dua dua…Kuasa ni sangat bahaya kalau disalahgunakan.
Namun, saya cukup respek Pas Kelantan. Pemimpinnya yang disayangi rakyat. Lemah tutur katanya dan penuh berhikmah. Ia agak berbeza dengan Pas Terengganu yang agak keras. Kes keganasan semasa mengundi baru ni pun semuanya berlaku di kawasan ini. Sebab ia “diluluskan” oleh pemimpin mereka seolah olah, tiada undang undang. Bagi saya perlakuan ini bukanlah perangai orang Islam.
Memukul orang sesuka hati. Merosakkan harta benda orang. Itu bukan sifat dan sikap orang Islam.Islam melarang keras perkara sebegini. Nabi dah tunjukkan teladan yang baik samada berpolitik dan sebagainya. Jika ini la sikapnya, masyarakat luar akan terus menganggap bahasa Islam adalah pengganas. Sebabnya adanya ektremis agama yang melampau sebegini walhal setiap agama ada ektremis masing masing. Tetapi Islam lebih menonjol.
Dah la tahun ni adalah Tahun Melawat Terengganu. Pelancong tengok mereka memecahkan cermin bas & etc pasti mereka membatalkan lawatan mereka di sini. Dalam seminggu kat umah ni saya belum melihat seorang pun pelancong asing yang merayau rayau di Bandar Kuala Terengganu.Biasanya ada la mat salleh dengan peta ditangan mencari hotel dan sebagainya. Ini tidak…
Harap Pihak Pas mengambil perkara ini secara serius. Ia akan membawa kesan untuk jangka masa yang panjang. Jika di Kelantan, mereka berkempen dan mengundi secara aman. Tiada kekecohan apa apa. Di Terengganu seperti nak berperang sedangkan kita semua adalah seagama dan sebangsa.
Saya suka tengok cara Bangsa Cina berpolitik. Mereka tidak pernah mencampurkan hal politik dalam kehidupan mereka. Bila politik,politik la.Bila berniaga,mereka berniaga sungguh sungguh. DAP,MCA atau GERAKAN itu semua tak jadi masalah. Ideologi berbeza bukan satu alasan untuk mereka bermusuh musuhan. Ia agak berbeza dengan masyarakat melayu…
Satu lagi,Orang melayu pantang di tegur. Buktinya bila Tun Dr.Mahathir menegur. Mereka mengatakan bahawa Tun nak jadi pengkhianat parti.Bukan nak ambik teguran tu secara positif & menilai teguran tu. Bagi saya Tun Dr. Mahathir adalah negarawan yang sejati. Media sekarang pun dilarang mengambil apa apa kenyataan di media sebab Tun menegur Pak Lah. Politik sekarang memang kotor kan?
Cukup la pasal politik & pilihan raya. Sekarang masanya untuk kita kembali bekerja keras untuk mencapai cita cita kita. Tidak guna hanya berbicara tanpa tindakan. Betul tak? Jadi susunlah strategi semoga tahun 2008 dapat mengubah hidup anda menjadi seorang insan yang berguna demi negara,bangsa dan negara.
Sekian…
titan
Kita tunggu ajelah. Betul. Kene Agong pilih. Hehe. Kuasa besau tu..takkan Pak Lah nak memilih plak..
beduz
dgr cite sultan t’ganu x brape suka kat idris jusoh. gara2 pemilihan calon untuk bertanding x menepati cita rasa sultan..wuallahualam..
sham
memang pun agong tak suka Idris Jusoh tu…Calon pilihan sultan kena drop oleh Idris sebab mereka antara mereka yang mendapat sokongan rakyat & sultan..
masa menang 2004 lagi benda ni…Sultan nak orang lain, Pak Lah lantik Tok Idris..
Sebabnya,Idris suka ambik usaha orang pastu dia yang dapat nama spt UDM,LPT..Pastu dibawa ke kampung dia sedangkan ia akan dibangunkan di Kuala Terengganu & Marang kerana ia barada di tengah tengah terengganu.
Lapangan Terbang Kuala Terengganu pasti tidak akan digunakan untuk ke UDM sebab Kota Baru lebih dekat. Ada lapangan terbang antarabangsa sekalipun kalo kurang guna sesia jugak.
arca
Agong x suka Idris tu coz masa rasmi masjid Kristal kt Terengganu baru2 ni.. Idris tu x ajak Agong yg rasmi.. Dia panggil Pak lah yang rasmi.. Apa lg.. mengamuk ar Si Agong.. x tahu ar tul ke x.. org kata la kan.. Allah jer yg tahu.. -anak Jati TRG-
3Penjuru
betul.. lagi satu sebab Deris ni guna sultan ismail dan pemangku sultan dlm byk hal utk menafikan pihak pembangkang. cam kes masjid batu burok tahun lepas. bila mane ustaz sharil long dari kedah dtg utk bagi khutbah jumaat… tetiba tuanku kecil tiba beserta sorang khatib kerajaan utk baca khutbah. makmum xleh nk halang pasal taknak derhaka pada sultan. Angkatan deris nie cuba guna kuasa sultan kecil yg xtahu apa2 utk kepentingan politik dia. tu salah satu baginda tuanku murka sgt.. tambah lagi dgn endurance kuda kt lembah bidong.. ingat tuanku suka sgt ke sampai nk bodek agong punya pasal habis duit rakyat kau telan?? kesian kt tuanku…dgr citer pukul 3 pagi terpaksa bangun nk kena race kuda.. apa pun tuanku memang sempoi…memang kuat imam di dada… DAULAT TUANKU!!!3x
emet
Salam Sham.
Nampaknya institusi Raja negara dah terlibat dengan politik…
Bahaya ni, nanti orang dah tak respek Raja lagi ni…
Man
SULTAN MIZAN, DYMM AGONG, MEMANG BAGUS SEJAK DARI MUDA LAGI, Walaupun saya bukan rakyat Terengganu tapi saya sanjung Sultan & Agong yang muda ini.
Alhamdulillah Tuanku Permaisuri Agong memakai TUDUNG, itulah lambang isteri pemimpin utama sebuah negara Islam.
Tapi macamana…isteri PM kita?Isteri TPM kita?
Dato’ Siti….bukan pemimpin Umno…dah pakai tudung daa..!
Kerabat Diraja Pahang dah mula dan bangga memakai tudung !
Memang patut deris tu..kena buang, pemimpin umno kat terengganu ni…terukkkkk!…tak semua..tapi kebanyakannya!
Saya ada kawan, seorang ahli politik kat marang tu..dan sekarang dah dapat Dato’…..(nama rahsia).
PR 11 dulu dia bertanding, ….PR12 tak nampak hidung…mungkin dah kaye KOT?
Tapi macamana dia boleh bertanding? Sebab SPM tak LULUS pulak tu..! Takkan Deris tak tau…Degree…BELI atau yang betul? Bodoh la Deris ni..! Orang yang tak berpelajaran pasti kita kenal…sebab idea dan percakapan mereka pasti tetap BODOH!
Agaknye DERIS punya IJAZAH beli jugak kot????
Projek kerajaan yang Dato’ (nama rahsia) ni..dapat semua dia bagi kat CINA. Sebenarnya…Dasar DEB tidak relevan lagi pada pemerintahan UMNO, tetapi pada pemerintahan DAP…saya sokong DEB masih relevan.