Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Yeehaa… 3 Berbalas 0, Malaysia Vs Indonesia
Berita

Yeehaa… 3 Berbalas 0, Malaysia Vs Indonesia

sham No Comments

Seronok tengok bola malam tadi. Rasanya dah lama stadium tak penuh macam tu. Rasanya itulah harapan semua peminat bola sepak Malaysia. Kita sentiasa mengharapkan kegemilangan bola sepak kita dikembalikan. Malaysia melangkah bergaya apabila menang 3-0 terhadap indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki.

Masih teringat tentang kisah sotong Paul yang meramal perlawan Piala Dunia yang lepas. Gambar diatas adalah satu lawak jenaka yang mencuit hati saya pada hari ini. Ia sekadar hiburan semata mata.

Walaupun gembira dengan kemenangan Pasukan Malaysia, saya sedikit kecewa dengan beberapa penyokong Malaysia yang membaling mercun dan memancarkan laser ke arah pemain. Ia sedikit sebanyak merosakkan kegembiraan kita meraikan kemenangan tersebut. Pastinya media Indonesia akan menyerang Malaysia tentang isu ini.

Apa yang dirisaukan ialah keselamatan anak muda Malaysia yang bakal berjuang di Stadium Bung Senayan nanti. Saya khuatir ia mungkin akan mencetuskan balas dendam terhadap apa yang berlaku. Jika ini berlaku, pastinya semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pemain Malaysia ketika di Bukit Jalil tiada maknanya.

Saya respek dengan pemain Malaysia yang bermain dengan berhemah. Jika mereka bertindak keras, mereka tanpa segan silu untuk membantu lawan untuk bangun. Malaysia dan Indonesia adalah serumpun. Bahasa kita hampir sama dan kita berkongsi budaya yang hampir sama.

Kepada penyokong Malaysia, jagalah tatatertib jika ada lagi perlawanan di Malaysia nanti pada masa akan datang. Jangan rosakkan permainan dengan mengacau pemain yang sedang berjuang untuk mengharumkan negara masing masing. Kalah-menang adalah adat permainan.

Tahniah Harimau Muda. Teruskan perjuangan memartabatkan sukan bola sepak negara.

Artikel Berkaitan
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
    Sekarang cukup panas di Indonesia dimana influenser di Youtube ditahan berikutan penipuan menerusi a...
  • Perniagaan Internet Malaysia Dalam Bahaya
    Perniagaan internet Malaysia dalam bahaya! Dah lama juga terbuku dalam hati tentang perkara ini. Pro...
  • Scam Alert: Ambank Phising Email
    Sekarang scammer & phiser semakin canggih dalam penipuan mereka. Nampaknya software email blaste...
  • Oh..Pulau Batu Putih Dapat Kat Singapura!
  • Scam Alert: Sms Cabutan Bertuah Power Root
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 31
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:malaysia vs indonesia piala aff suzuki

Related Articles

Buat duit menulis
Akhirnya produk pertama saya bagi tahun 2012 telah siap. Ianya …

Buat Duit Dengan Menulis Di Akhbar

Pesakit yang telah disahkan positif Covid 19 kini mencecah 900 …

Something Wrong Dengan Perintah Kawalan Pergerakan?

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Osama Laden Meninggal Hanya Super Impose

Kerajaan Amerika Syarikat dikecam kerana gagal menamatkan perang dengan Al-Qaeda…

Program Amal: Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Sempena ramadhan, ada satu pertubuhan amal yang mengumpul baju baju untuk disera…

Denda RM1juta Bagi Individu Yang Menganjurkan MLM Tipu

Nampaknya kerajaan dah mula serius untuk membanteras skim cepat kaya dan MLM yan…