Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
Berita

Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online

sham No Comments

Sekarang cukup panas di Indonesia dimana influenser di Youtube ditahan berikutan penipuan menerusi aplikasi judi online Binomo. Indra Kenz atau namanya Indra Kesuma telah ditahan oleh pihak berkuasa di Indonesia berikutan terlibat dalam mempromosikan aplikasi judi scam iaitu Binomo.

Ramai mangsa telah kerugian jutaan rupiah berikutan terpengaruh dengan kekayaan yang ditonjolkan beliau di media sosial. Polisi di Indonesia dikatakan telah menyita aset bernilai lebih daripada RM16.7 Juta atau 57.2 Billion Rupiah. Itulah kekayaan beliau hasil daripada skim berkenaan. Keren bangat kan?

Beliau bukan founder atau pemilik syarikat Binomo. Ia tidak berdaftar. Memang sukar untuk mencari siapakah dalang disebalik skim berkenaan. Ramai yang menyertai skim berkenaan kerana dipengaruhi oleh si Indra ini. Ramai dikatakan jatuh bankrup kerana menyertai skim berkenaan. Ia adalah aplikasi berbentuk mesin slot.

Seorang lagi ialah Doni Salmanan yang terlibat dalam skim binari option Quotex. Beliau terkenal di Indonesia kerana sering membuat video memberikang wang kepada orang ramai di lampu isyarat dan sebagainya. Apabila skim mereka terciduk, ramai yang baru sedar telah tertipu.

Mengaku Islam Tapi Mempromosikan Judi

Saya pelik sikit dengan keadaan Islam di Indonesia ini. Boleh dikatakan sangat LIBERAL. Boleh kahwin campur berlainan agama. Berbeza sekali di Malaysia ia merupakan perkara yang terlarang. Begitu juga fahaman orang Indonesia berkenaan dengan judi. Ia sudah menjadi satu lumrah biasa. Pelacuran? itu biasa dong..

Memang sangat berbeza di Malaysia. Bertuah kita berada di Malaysia dimana Islam masih terpelihara mengikut landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di Indonesia, kita boleh lihat ia sudah jauh terpesong. Malah agamawan mereka sudah tidak mampu berbuat apa apa, pasrah. Ia kini bercampur aduk.

Kita beruntung, Majlis agama samada di peringkat pusat ataupun negeri masih berfungsi untuk menguatkuasakan undang undang syariah walaupun tidaklah sebaik di Brunei ataupun Acheh yang mengikut undang-udang syariah sepenuhnya. Semoga ia akan diterus diperkasakan di masa akan datang.

Itupun ada cubaan daripada para murtad untuk memusnahkan fungsi Majlis Agama ketika zaman PH. Nasib baik mereka berkuasa sebentar sahaja. Kalau tak, tak tahu apa yang akan jadi terhadap Majlis Agama Islam seperti JAKIM dan majlis agama negeria. Korang kenalkan peguam tu kan?

Tahniah Buat Pihak Berkuasa Indonesia

Yang ini, Polis Malaysia perlu belajar daripada  Indonesia. Mereka yang terlibat dengan skim ini, disita harta mereka. Berbeza di Malaysia, scammer skim sebegini masih terus berleluasa setelah skim mereka telah kantoi dan tidak mampu membayar peserta mereka. Mereka boleh terus membuat skim lain pula.

Lebih ramai yang akan menjadi mangsa mereka dalam skim yang baru. Saya telah membuat pendedahan banyak skim sebelum ini seperti Mobile Income, Highway, Mecca Fund dan banyak lagi. Malah ada skim penipuan ini didalangi orang yang sama.

Hal ini tidak akan berlaku jika harta mereka terus disita untuk memberi laluan siasatan seperti yang dilakukan oleh Polri iaitu Polis Indonesia. Ia tidak memberi ruang untuk mereka “menghilangkan diri” dengan memindahkan aset mereka kepada orang lain. Kemudian timbul kembali dengan skim baru untuk mencari mangsa yang baharu.

Berbeza di Indonesia, dalang disebalik applikasi dikesan. Jadi mereka menyita harta mereka yang mempromosikannya. Komisen yang ditawarkan juga sangat lumayan sehingga mendapat membeli harta dan melaram sakan dengan barangan dan kenderaan mewah.

Samada di Malaysia atau Indonesia, ada je scammer yang mencari mangsa. Aplikasi judi online ini sangat mudah untuk dimanipulasi. Mereka boleh set sejumlah kemenangan untuk orang tertentu. Apabila sudah ketagih, mereka akan sedut kembali wang mereka sehingga kering. Itupun ramai yang masih belum sedar diri dan terus deposit dan bermain dengan judi online seperti mesin slot tu.

Semoga kita dan keluarga kita dijauhkan daripada perjudian online ini. Dunia semakin canggih..Ia merosakkan generasi muda dengan harapan untuk dapat duit secara mudah. Jem semua jadinya.

Artikel Berkaitan
  • Taktik Penipuan dan Jenayah Menerusi Facebook Yang Perlu Anda Tahu
    Ini merupakan sambungan kepada post saya sebelum ni tentang Taktik Scammer mencari Mangsa di Faceboo...
  • Skim Penipuan Pelaburan Di Telegram
    Skim pelaburan semakin berleluasa apabila ekonomi tidak cantik. Sebab lebih mudah untuk mereka menyu...
  • 26 Orang Ditahan Kerana Penipuan SMS
    Rasanya akan berkurang skit kot lepas ni sms menang cabutan bertuah Power Root, Coca Cola, Petronas ...
  • Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Buat Duit Online Tanpa Perlu Menjual Hanya Dari Rumah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 194
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Tags:binary option binomo judi online quotex skim binari option skim penipuan

Related Articles

bantuan prihatin nasional
Hari ini telah bermula pendaftaran untuk Bantuan Prihatin Nasional atau …

Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

MECD Dimansuhkan,Nasib Usahawan Bumiputera Bagaimana?
PM Baru Malaysia, Dato’ Seri Najib telah mengumumkan kabinet baru …

MECD Dimansuhkan,Nasib Usahawan Bumiputera Bagaimana?

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Panduan Bisnes Kereta Sewa

Panduan Bisnes Kereta Sewa Sebenarnya saya memang nak tahu sangat tentang bisnes…

Paypal Buka Pusat Operasi Kedua Di Malaysia

Sebelum ni, kebanyakan syarikat besar seperti Yahoo, Google, Ebay, Paypal hanya …

Perang Gaza cetus perang siber

Sekarang ni zaman siber.Internet banyak digunakan untuk urusan.Hacker dari Turki…