Ini adalah antara soalan yang biasa saya terima. Bilakah Google Adsense akan membayar komisen pengiklan yang kita dapat? Ia adalah satu soalan yang mudah sahaja. Namun, saya akan huraikan dengan lebih panjang.
Untuk mendapat menerima pembayaran daripada Program Google Adsense ini, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipatuhi.
1. Jumlah pendapatan akumulatif mestilah melebihi usd100. Selagi jumlah pendapatan tidak mencapai nilai minimum ini, bayaran tidak akan dilakukan dan akan dibawa ke bulan seterusnya.
2. Sudah menerima poskad pengesahan alamat. Ia adalah untuk mengesahkan anda adalah orang benar, bukan orang palsu. Ia hanya sekali sahaja. Poskad ini mengandungi kod pengesahan alamat. Ia akan dipos kepada anda setelah jumlah pendapatan anda mencapai USD50. Langkah ini hanya sekali sahaja.
3. Sudah hantar borang cukai US. Bagi non US, pilih je bukan non us. Ia saya terangkan dengan lanjut dalam ebook Panduan Raja Adsense.
4. Pilihan bayaran. Terdapat 2 pilihan bayaran buat rakyat Malaysia iaitu cek dan juga western union. Jika anda memilih bayaran menerusi cek, anda perlu tunggu selama 2 minggu untuk sampai di Malaysia. Ia sah selama 3 bulan sahaja. Manakala bagi WU, anda boleh keluarkan duit daripada agen WU di Malaysia sehari selepas ia dibayar oleh Google. Saranan saya pilih WU kerana lebih cepat.
update: Kini sudah ada pilihan direct transfer ke akaun untuk publisher Malaysia.
5. Tarikh pembayaran pendapatan Google Adsense dibayar pada 21hb setiap bulan. Jadi selepas tarikh tersebut, tengoklah akaun anda untuk dapatkan kod MTCN Western Union. Duit akan terima ke akaun dalam masa 2 hari.
6. Akaun anda telah memenuhi syarat pembayaran US1oo pada bulan sebelumnya. Jika akaun anda berjaya mencapai USD100 pada bulan Ogos, ia akan dibayar pada bulan September. Begitulah seterusnya untuk bulan bulan akan datang.
Jika anda menerima bayaran, anda akan menerima emel seperti diatas. Anda bolehlah segera menuntutnya di agen WU dengan segera kerana ia sah selama 60 hari sahaja.
Cara terbaik untuk menjana pendapatan menerusi Google Adsense? Bagi saya ialah menerusi blogging. Ia adalah antara sumber pendapatan sampingan saya sejak 2006 sehingga sekarang. Ia bukan mudah kerana memerlukan komitmen untuk terus menulis. Hasilnya memang berbaloi!
Teruskan usaha ye!
penin
salam,saya nak tanya ,untuk bulan ogos earning adsense saya da dpt lebih $102.00,tapi finalize earning pd 1 october ,saya kena tunggu sampai bulan hadapan ke ,minta tolong tuan ,sekian terima kasih
sham
Bulan depan baru dapat. Jika 31 Ogos cukup USD100, payment akan dapat pada 26hb October sebab ia akan finalize pada 1 oktober.
Jamal
Jamal nak tanye nie..boleh ke letak iklan Google Adsense bersama dengan iklan Innity dalam satu blog. Sesiapa yang pernah cuba harap boleh bantu ye.
Takut kalau dah letak nanti kena banned dengan google adsense pulak, rugi tue..
Oil and Gas Blog
sham
tiada masalah. Google membenarkannya. Innity lebih kepada iklan banner. Manakala Adsense adalah iklan contextual. Jika nak guna iklan contextual pun boleh tetapi warnanya mestilah dibezakan dengan iklan adsense.
Jamal
Thanks Bro Sham untuk jawapan tue. Saya ade beli buku tentang Google Adsense Bro kat MPH..Murah dah berbaloi…Tahniah
Alhamdulillah saya dah berjaya Cashout Adsense bulan lepas, InsyaAllah bulan nie dan bulan yg mendatang akan terus dapat income dari Adsense.. 🙂
Thanks.
sham
Wah..Tahniah. Teruskan usaha. 🙂
syida
Saya nk tanya. bagaimana sy nk dpt kn servis untuk membuat akaun google adsense. Kerana saya dah banyak kali mohon akaun google adsense , tp tak berjaya.
sham
kat forum wangcyber ada orang buat servis buat akaun adsense.
syida
1) Sy apply google adsense tapi tak diapprove atas alasan alamat tak lengkap. jadi perlu ke sy tukar email dan apply permohonan baru?
2) alamat rumah sy dlm ic —> Kampung Bukit Banjar 84900 Tangkak Johor, jadi kalau saya tambah nombor rumah sy masa apply google adsense boleh x??? sebab dalam ic sy xde no rumah.
sham
sebaiknya tukar emel dan apply baru. Gunakan alamat yang ada alamat rumah. Mungkin Google beranggapan alamat tak lengkap sebab tiada nombor rumah.
shah
Assalamualaikum..saya nak tanya sikit.kenapa earnings adsense kadang2 menurun kadang2 menaik?kenapa click cpc semakin menurun kepada $0.13?
sham
ia bergantung pada harga iklan juga.
paktam
Salam Tuan rumah,
info yg menarik t.q, sya pun ada jana sikit2 pendapatan dgn adsense nih.. punya la susah nak lulus masa memula mohon dlu, 6kali buat pembetulan bru berjaya..alhamdulillah skrg 2 kali dah merasa duit adsense nih..
cuma kekadang pelik gak iklan adsense nih bila sya kerap buat post baru dlm blog pendapatan clik biasa2 ja, kekadang tinggal berminggu tak buat post,cek pendapatan adsense mak aiii mencanak naik, bila buat post baru pendapatan slow plak.. pernah 2minggu sya tak update,buka2 tgok tetiba dah ada 50usd..he he..apa pun janji masyukkk tak gitu.. blog sya tentang jawatan kosong,tapi blog yg ala kadar la maklumlah tak berapa pro..nama blog pun jobkini, tak berapa ada nilai komersial hiii…
Cikgu Norazimah
Entry yang berguna. CN baru berjinak-jinak dengan adsense ni. Itu yang tertanya-tanya bila boleh dapat cash out
Arifudin
HI saya dah buat google adsense tpi youtube. saya dh post video tetapi apabila saya check duit saya masih kosong. Adakah google bayar berbulan bulan?
sham
Tuan arifudin, akaun youtube kena approve dulu untuk hosted account adsense youtube barulah boleh monetized.
Syazwi
Assalamualaikum encik, nak tanya.. google adsense telah keluarkan pembayaran untuk saya pada july= 129 usd,saya memilih pembayaran melalui cek. sekarang da nk masuk dua bulan saya belum menerima apa-apa berita berkenaan pembayaraan cek saya. Pembayaran saya tak sampai ke alamat rumah saya, so dimana saya nak cek pembayaran saya??? Di bank atau pejabat pos?? Saya ada pergi pejabat pos dan tunjukkan resit pembayaran dari google adsense, tetapi pihak pos tak dapat buat apa-apa melainkan ada tracking number. Masalahnya tak ada tracking number pada resit . Sila respon da dua bulan saya tunggu dan pembayaran kedua saya da da masuk sebulan.. ada cara tak nak dapatkn pembayaran cek saya tersebut???
sham
Semak kat dalam dashboard payment Adsense. Biasanya ia mengambil masa 2 minggu untuk sampai ke Malaysia. 20 hari untuk clearkan cek bila masuk ke bank.