Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Blogging
Blogger Kena GST? Habislah Blogger Mantop Sekalian
Blogging

Blogger Kena GST? Habislah Blogger Mantop Sekalian

sham 2 Comments

Dalam Sinar Harian hari ini ada menyatakan Blogger akan dikenakan GST bermula April tahun depan. Tapi dengan syarat pendapatannya melebihi RM500,000. Fuh lega den. Al maklumkan pendapatan blog ini biasa biasa je. Tak konsisten. Saya tak jual iklan pun. Income pun hanya daripada program affiliate yang jarang-jarang dapat sale. Cuma cukup la untuk bayar hosting setiap bulan. Ada kalanya tiada langsung. Update blog pun jarang-jarang.. 🙂

Rasionalnya Blogger Kena GST?

Dalam pelaksanaan GST ini, semua perniagaan yang “layak” akan dikenakan GST. Jadi blogger yang mempunyai pendapatan melebihi setengah juta setahun akan dikenakan cukai dan beliau boleh masukkan caj GST dalam setiap transaksi beliau jalankan. Jadi mereka yang beli iklan dengan blogger berkenaan juga akan dikenakan GST.

Saya tak pasti sejauh mana pendapatan Blogger di Malaysia sekarang. Mungkin ada yang mempunyai pendapatan puluhan ribu sebulan (saya bukan salah seorang daripadanya, komfirm). Kalau diikutkan syarat 500K setahun ia bermaksud pendapatan bulanan sebanyak RM42,000 sebulan.

blogger-kena-gst

Blogger Kecil Kecilan

Bagi blogger bahasa Malaysia, rasanya tak sampai jumlah berkenaan lagi. Bagi mereka yang mensasarkan pasaran antarabangsa dengan Blog bahasa Inggeris, mungkin ada yang mencapai jumlah berkenaan seperti blog Automotif Paul Tan dan ramai lagi blogger yang berpendapatan tinggi hasil daripada komisen affiliate dan juga pengiklanan di blog mereka.

Mereka yang memperoleh pendapatan daripada Google Adsense, saya tidak pasti bagaimana ia dilaksanakan. Mungkin hanya blogger berkenaan perlu membayar GST kepada kerajaan. Itu lagi lah pening. Ia jadi macam cukai pendapatan la pulak. GST kena, cukai pendapatan pun kena. (Ke boleh pilih salah satu, :P)

Menurut sumber yang “enggan dikenali”, blogger perlu mendaftarkan perniagaan mereka di SSM. Dan no.pendaftaran SSM perlu diletakkan dan dipaparkan di blog mereka.

Bagaimana Nasib Blogger Kena GST?

Apabila pelaksaan GST, kebanyakan harga barang akan meningkat. Pastinya kita semua perlu menambah pendapatan, blogger pun tidak termasuk kena menambahkan lagi pendapatan blog mereka. Bila dah lepas tahap 42K sebulan, cukai baru akan dikenakan.

Syukur Malaysia Masih Aman.. 🙂

Artikel Berkaitan
  • Kod Etika Blogger
    Hari ini dalam Utusan Malaysia, Perdana Menteri memberi cadangan Kod Etika Blogger. Ianya diambil da...
  • Buat Duit Dengan Blog Adakah Mudah Seperti Yang Disangka?
    Buat Duit Dengan Blog mudah ke? Apabila terbaca kisah kejayaan seseorang blogger menjana puluhan rib...
  • Statistik Pelawat Shamsuriyadi.com Jan-Mei 2014
    Statistik Pelawat Shamsuriyadi.com Jan-Mei 2014 Tadi saya terbaca tentang blogger di Harian Metro. ...
  • Kenapa disalahkan Blogger?
  • Rohaizad dan Kisah Blogger Tersepit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 361
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:blogger blogger kena gst cukai gst untuk blogger gst

Related Articles

Amazon September
Ini sambungan kepada eksperimen saya yang bermula pada bulan Julai …

Buat Duit Amazon: Keputusan Eksperimen Bulan September

Bayaran Google Adsense
Ini adalah antara soalan yang biasa saya terima. Bilakah Google …

Bilakah Duit Google Adsense Dibayar?

2 Comments

  1. soleh

    Salam. RM42000 sebulan..itu dah pro blogger dah tu

  2. dinsblog

    Kalau pendapatan 42k sebulan sah2 memang sepatutnya dah kena cukai pendapatan dah tu..Untuk GST pulak blogger pada level pendapatan 42K apa2 servis yg blogger tersebut provide perlu masukkan elemen GST dan hasil GST tu perlu dipulangkan kepada kerajaan.

    Sebagai contoh antara servis yg blogger tersebut provide adalah membuat web design.Jadi dalam invois kepada pelanggan perlu masukkan GST dalam invois tersebut.Hasil GST perlu di pulangkan kepada kerajaan.Camtu lah lebih kurang.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Laporan Percuma Buat Duit Dengan Blog

Semalam saya meluangkan masa untuk menulis satu laporan percuma khas untuk merek…

Segmen Blogger di RTM1

RTM nak buat segmen khas untuk blogger kat TV..hmm..memang manarik. Harap ia men…

Rohaizad dan Kisah Blogger Tersepit

Baru sahaja mengubah keyword bagi iklan ppc untuk produk clickbank. Eksperimen m…