Lama juga saya tak update blog ni. Harap maaf la ya. Saya agak sibuk dengan urusan keluarga. Maklumlah ada baby kecil yang memerlukan perhatian serius. Kami ada baby “prem” atau kelahiran pramatang. Mata kena sentiasa tengok jika tak asyik “muak” dengan susu walaupun dah sendawa. Mencabar jugala menjaga baby yang pramatang ni.
Ok. Berbalik kepada topik hari ini… RM770 dengan hanya menulis selama 30 minit..
Ini adalah cerita sebenar yang berlaku beberapa hari lepas ketika cabaran affiliate Tips PTD. Pada awal-awal dulu, saya adalah antara orang yang mempopularkan penggunaan Google Adwords dalam pemasaran affiliate tempatan. Sekarang saya, kurang terlibat sangat dan kurang mengunakan PPC (Pay Per Click) dalam pemasaran affiliate tempatan.
Ya. Saya masih mengunakannya tapi bagi pasaran antarabangsa. Tapi mengunakannya secara berhati hati kerana polisi Google Adwords sangat ketat dan kemungkinan kena ban tetap ada jika salah caranya.
Komisen RM770 Dalam Cabaran Affiliate Tips PTD
Dalam cabaran kali ini, saya hanya menfokuskan kepada teknik SEO menerusi blog sahaja. Ya. Saya hanya mengunakan 1 blog pelbagai guna saya untuk menguji beberapa teknik seo dalam penulisan. Cabaran affiliate ini hanya berlangsung 4 hari, tapi saya tahu agak lambat iaitu 2 hari selepas ia berjalan.
Saya sememangnya tahu apakah “katakunci membeli” atau buyer keyword bagi tips ptd ini. Jadi saya gunakan artikel lama untuk dijadikan main page dan menulis 1 artikel yang menfokuskan kepada buying keyword berkenaan. Ia hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit kerana artikel saya tulis hanya dalam 300 patah perkataan sahaja. Tapi ia mengunakan teknik SEO.
Dalam masa beberapa jam, pelawat mula datang dan pada hari berkenaan saya mendapat 8 jualan daripada artikel berkenaan. Pada keesokkannya iaitu hari terakhir cabaran, saya menambah 2 lagi artikel berdasarkan “Incoming Search Term” atau carian yang membawa trafik ke laman blog berkenaan.
Setelah memilih katakunci yang di sasarkan, saya menulis 2 artikel baru dengan setiap satunya menfokuskan kepada satu keyword sahaja. Pada hari terakhir, saya menerima 15 lagi jualan hasil daripada ketiga tiga artikel berkenaan. Dalam masa 2 hari berkenaan, saya menerima komisen sebanyak RM770 hanya untuk kerja menulis selama 30 minit. Mungkin rezeki baby juga kot.
Sasaran awal hanya untuk mendapatkan 2,3 sale sudah memadai sebab saya memang tidak membuat sebarang persediaan awal. Tengok di FB, Saudara Muaz ada update pasal jualan dibuka. Peperiksaan PTD tahun ini agak tidak menentu sebab surat dihantar lambat disebabkan musim PRU 13. Saya jangka ia akan ditangguhkan, namun ia tetap diteruskan pada 13hb April iaitu semalam.
Calon peperiksaan PTD semalam pun agak besar iaitu kira-kiran 60,000 orang calon. Memang agak besar calonnya. Persaingan memang cukup tinggi tu..
Nak tahu ke kaedah yang saya gunakan dalam SEO?
Memang salah satu daripada kepakaran saya dalam SEO dan tidak pernah didedahkan kepada sesiapa pun. Saya hanya gunakannya untuk diri sendiri dan bisnes sendiri sahaja.

fizzo
Wah banyak dpt tu bro.. tk nk ke kongsi2 teknik SEO bro tu?
sham
isyallah. nanti wat study case.
Juan
bro, kongsikan lah teknik seo tuh
sham
kalau saya rajin, saya tulis report teknik seo ni. kalau dah biasanya dengan SEO,
1. Fokus pada keyword yang trigger traffik.
2. Tulis artikel sekurang kurangnya 300 patah perkataan.
3. On page seo (cari sendiri teknik ni)
Untuk cari keyword yang sampai boleh tengok kat awstat atau mana mana tracking kat blog seperti analytics ke apa ke.. terpulang. Fokus kepada keyword yang sampai ke blog kita.