Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
FCPO
Bagaimana Nak Trade FCPO Spread Trading
FCPO

Bagaimana Nak Trade FCPO Spread Trading

sham No Comments

FCPO Spread Trading merupakan salah satu daripada 2 cara dalam trading FCPO iaitu Out Right dan juga Spread trading. Spread trading merupakan perdagangan perbezaan kontrak masa hadapan. Berbezaan kontrak antara kontrak masa hadapan ini juga 2 hala sebagaimana OR yang saya tulis sebelum ini.

Kelebihan FCPO Spread Trading

Tidak semua broker menyediakan kemudahan spread trading ini. Jadi anda perlu tanya terlebih dahulu FBR iaitu singkatan bagi Future Broker Representative. FBR adalah individu yang akan menguruskan akaun anda. Ia sama seperti Remisier bagi pasaran saham. Yang berbeza, FBR lebih banyak kerja sebab untuk witdraw, deposit oleh trader dibawah mereka, semua kena uruskan secara personal. Berbeza dengan akaun CDS untuk pasaran saham, anda boleh withdraw menerusi platform yang anda gunakan.

FBR adalah individu penting untuk anda dalam pasaran Future. Jadi pastikan anda simpan nombor telefon mereka. Jika anda tersalah trade atau mempunyai masalah berkenaan akaun future anda, mereka adalah orang yang akan membantu anda menyelesaikan masalah anda. Jika margin tidak cukup, mereka juga akan pantau dan minta anda topup jika tidak cukup.

Margin bagi spread trading lebih rendah berbanding dengan Out Right. Jadi anda boleh masuk beberapa lot berdasarkan trading plan anda. Modal atau margin yang diperlukan ialah RM1700 bagi full margin atau RM850 bagi half margin bagi intraday. Ini adalah bagi broker Kenanga Futures.

Jadi dengan modal RM850, anda boleh membeli 1 lot dengan 2 kontrak. Jadi semua kontrak bagi IN dan OUT bagi spread adalah 4 kontrak. Ia adalah kerana ia adalah perbezaan 2 kontrak. Jadi perlu bayar brokerage bagi 4 kontrak.

Bagi kenanga future Bersama kami, brokerage yang dikenakan adalah RM10 bagi setiap kontrak. Jadi brokerage yang dikenakan adalah RM40 bagi transaksi jual beli kontrak yang anda lakukan.

Contoh Spread Trading

Dibawah adalah spread bagi Jan22 dan Feb22. Jadi ia adalah perbezaan harga bagi kontrak Januari 22 dan Februari 22. Jika anda BUY pada 148 kemudian harga naik ke 155. Anda untung 7 tick atau bernilai RM175. Setiap tick bernilai RM25.

Semakin jauh kontrak yang anda dagangkan, semakin tinggi keuntungan dan semakin tinggi juga risiko yang bakal anda hadapi. Namun, pergerakan harga bagi spread ini tidak sebanyak bagi OR trading. Jadi spread trading ini lebih selamat berbanding OR walaupun tinggi volatility pada masa sekarang.

Arah bagi Spread kebiasaannya mengikut arah Gerakan OR. Namun, kadang kala Spread berlawanan arah dengan OR. Jadi anda perlu bersedia untuk cut loss jika arah yang salah. Jangan guna Teknik harapan.

Jika tak tau, boleh ikut signal dan direction yang akan diberikan menerusi Group Telegram group kami. Boleh layari untuk buka akaun dan ikuti analisis dan signal setiap hari. Untuk buka akaun trading future, layari link dibawah:

https://t.me/fcpotradingnewbie

Saya merupakan spread trader. Jadi anda tidak berseorangan dalam trading fcpo. Dalam group trading ini, kami gunakan GANN untuk mencari Support dan Resistant bagi setiap pair spread. Ianya mudah untuk anda fahami nanti. Malah, ada video untuk anda belajar untuk mereka yang membuka akaun future dengan kami.

 

Disclaimer: FCPO trading adalah sangat volatile. Pergerakan harga juga sangat pantas. Jadi sangat perlu berhati hati. Pastikan anda ada ilmu dan terus belajar dalam trading. Anda boleh join group kami untuk dapatkan signal dan juga belajar teknikal analisis berdasarkan Fibonachi dan juga Elliot Wave. Yang unik, FCPO adalah antara komoditi yang patuh dengan analisis Elliot Wave ini. Jadi kurangkan risiko anda rugi dengan analisis yang betul.

Gunakan duit lebihan untuk trading. Jangan trade jika itu sahaja duit yang anda ada. Ketika artikel ini ditulis, fcpo sangat volatile kerana harga CPO yang tinggi pada masa sekarang.

Artikel Berkaitan
  • FCPO Out Right – Lubuk Duit Trading Yang Patuh Syariah
    FCPO Out Right atau OR merupakan salah satu cara perdagangan dalam FCPO. Ia merupakan market utama p...
  • Rahsia Sulit Bisnes Trading
    Rahsia Sulit Bisnes Trading Bagi mereka yang mengkaji secara Rasulullah SAW. Nabi memulakan perniag...
  • Skim Penipuan Pelaburan Di Telegram
    Skim pelaburan semakin berleluasa apabila ekonomi tidak cantik. Sebab lebih mudah untuk mereka menyu...
  • Jangan Guna Nama Domain Trade Mark
  • 103 Skim Yang Dilarang Oleh Bank Negara Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • apa itu trading spread fcpo
  • https://www shamsuriyadi com/fcpo/bagaimana-nak-trade-fcpo-spread-trading/
Post Views: 1,895
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Tags:fcpo spread fcpo spread trading spread fcpo spread trading trade spread fcpo

Related Articles

FCPO Out Right atau OR merupakan salah satu cara perdagangan …

FCPO Out Right – Lubuk Duit Trading Yang Patuh Syariah

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

FCPO Out Right – Lubuk Duit Trading Yang Patuh Syariah

FCPO Out Right atau OR merupakan salah satu cara perdagangan dalam FCPO. Ia meru…