Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
FCPO
FCPO Out Right – Lubuk Duit Trading Yang Patuh Syariah
FCPO

FCPO Out Right – Lubuk Duit Trading Yang Patuh Syariah

sham No Comments

FCPO Out Right atau OR merupakan salah satu cara perdagangan dalam FCPO. Ia merupakan market utama pergerakan harga pasaran hadapan minyak sawit mentah. Disebabkan dalam Future, apa yang diperdagangkan ialah kontrak masa hadapan. Jadi kontrak utama yang didagangkan dalam FCPO merupakan kontrak 3 bulan ke hadapan.

Contohnya sekarang kita berada di bulan November 2021. Jadi kontrak yang didagangkan ialah Kontrak 3 bulan di hadapan iaitu Kontrak Januari 2022. Anda juga boleh trade kontrak yang lebih jauh ke hadapan, namun risiko dan perbezaan harganya lebih tinggi.

Imej WIkipedia

Kontrak ini akan berubah kepada kontrak baharu setiap 15hb setiap bulan. Contohnya kita berada di bulan November 2021, jadi pada 15hb November 2021. Kontrak yang akan didagangkan ialah kontrak bulan Februari 2022. Begitulah seterusnya untuk bulan bulan di hadapan. Pertengahan bulan adalah perubahan kontrak yang diperdagangkan oleh trader fcpo.

Kenapa? Kontrak yang sebelumnya masih boleh diperdagangkan tetapi jumlah Volume akan berkurangan. Pastikan anda menutup entry sebelum 15hb kontrak bulan semasa. Contohnya kontrak November 2021 wajib ditutup sebelum 15hb November 2021. Jika tidak anda perlu menerima 25 tan minyak sawit mentah bagi setiap kontrak yang anda pegang. Jika anda ada kilang memproses minyak sawit mentah, jangan buat pasal!

Tak pasal-pasal kena bayar nilai minyak sawit mentah dengan nilai kontrak yang anda pegang tu. Kalau harga RM5000 per tan, jadi kena darab 25 sebab setiap kontrak bersamaan 25 tan. Selain tu, anda perlu terima minyak sawit berkenaan sebab ia adalah PHYSICAL DELIVERY. Dengan kata lain, anda akan terima minyak mentah kontrak yang anda pegang jika tidak tutup entry yang anda pegang samada posisi BUY atau SELL.

Margin atau Modal Diperlukan Untuk FCPO Out Right

Modal bagi membeli 1 lot kontrak adalah RM7000. Ia adalah margin terbaru kerana harga minyak sawit yang tinggi sekarang. Bagi transaksi Intraday atau pada hari yang sama, modal adalah RM3500 atau separuh daripada margin yang diperlukan. Jika anda bercadang menutup transaksi jual beli pada keesokannya, anda memerlukan sekurang kurangnya RM7000 untuk Overnight atau OV. Untuk dapatkan half margin ini, anda perlu memohon dengan broker menerusi FBR anda.

Margin Requirement (1 lot):
1) FCPO
Intraday = RM 3.5K
OV atau Swing = RM 7K

2) FCPO Spread
Intraday = RM 850
OV atau Swing = RM 1700

Masa Dagangan FCPO adalah spt berikut:
10.30am – 12.30pm = Sesi Pagi
12.30pm – 2.30pm = Rehat
2.30pm – 6.00 pm = Sesi Petang

Jika transaksi jual beli atau sebaliknya berlaku pada hari yang sama, margin anda perlukan ialah hanya RM3500 untuk 1 lot kontrak CPO.

Contohnya anda Membeli (Buy) Kontrak bulan Februari 2022 pada harga RM4800. Kemudian harga telah meningkat kepada RM4850. Anda perlu membuat entry Menjual (Sell) untuk menutup transaksi berkenaan. Jadi anda mendapat untung 50 tick iaitu bersamaan RM1250.

Sebaliknya jika anda Membeli (Buy) Kontrak Bulan Februari 2022 pada harga RM4800. Kemudian harga telah jatuh kepada RM4750. Anda perlu membuat entry Menjual (Sell) untuk menutup transaksi berkenaan untuk Cut Loss. Jadi anda rugi RM1250. Sebaiknya kerugian anda jangan melebihi 20 tick atau RM500. Jangan gunakan teknik harapan iaitu berharap harga kembali ke atas. Ini adalah risiko yang perlu anda hadapi.

Jadi pastikan anda melakukan analisis dengan tepat dan cuba untuk mengelakkan berlakunya kerugian yang lebih besar jika pergerakan harga bertentangan dengan analisis yang anda buat. Anda perlu cepat bertindak kerana pergerakan harga CPO cukup laju dan setiap 1 mata bernilai RM25 menjadi taruhan.

Tapi jangan risau sebab anda tidak akan bersendirian. Kami ada Group dan Channel Telegram FCPO paling aktif di Malaysia dengan transaksi melebihi 20,000 lot setiap bulan. Tiada yuran dikenakan. Anda hanya perlu buka akaun Future menerusi kami untuk mendapat akses direction dan juga teknikal analisis yang dilakukan oleh mereka yang mahir.

Klik Sini Untuk Sertai Kami Secara Percuma

https://t.me/joinchat/5Vnu9f5XOFY2ODVl

Dengan ini, anda tidak akan berseorangan membuat analisa pasaran CPO. Ada ramai trader lain yang akan bersama sama belajar untuk memahami pergerakan harga FCPO setiap hari. Jadi anda mendapat pendapat kedua untuk dalam membuat keputusan.

Teknik yang digunakan ialah Fibonacchi dan juga Elliot Wave. Kami ada pakar dan merupakan Certified Ellittion yang akan membuat forecast keadaan market sebelum market dibuka dan semasa market berlangsung.

Masa Trading

Masa trading FCPO bermula jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari untuk sesi pagi. Bagi sesi petang bermula jam 2.30 petang sehingga 6.00 petang.

Sebelum mula, pastikan anda berlatih membuat analisa dan boleh buat paper trade terlebih dahulu samada dengan Tradingview atau mengunakan Bursa Marketplace. Jangan terus masuk kedalam pasaran tanpa ilmu. Pastikan anda membiasakan diri terlebih dahulu tentang bagaimana untuk membuat entry dan menutup transaksi. Jika salah langkah, buruk padahnya.

Pastikan anda tahu kontrak manakah dan entry apakah yang anda lakukan sebelumnya. Jika anda BUY, untuk menutup transaksi anda perlu memasukkan transaksi SELL. Jika anda sedang SELL, anda perlu BUY untuk menutup transaksi jual beli anda.

Jangan tersalah entry pula ya. Anda akan diberikan 2 cara samada mengunkan komputer ataupun menerusi telefon bimbit. Pada saya, applikasi di telefon bimbit lebih mudah untuk digunakan berbanding versi komputer. Anda boleh pilih mana satu yang anda selesa.

Semoga bermanfaat.

Disclaimer: Pasaran FCPO sangat volatile dengan pergerakan harga yang cukup pantas. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kerugian atau keuntungan yang akan anda perolehi menerusi FCPO. Anda wajib belajar untuk melakukan teknikal dan fundamental analisis bagi setiap entry yang anda lakukan dalam jual beli kontrak CPO ini.

 

Artikel Berkaitan
  • Bagaimana Nak Trade FCPO Spread Trading
    FCPO Spread Trading merupakan salah satu daripada 2 cara dalam trading FCPO iaitu Out Right dan juga...
  • Garis Panduan Jakim Tentang MLM,Jualan Langsung Yang Patuh Syariah Dan Halal
    Akhirnya apa yang ditunggu-tunggu, satu garis panduan berkenaan Multi Level Marketing (MLM) dan Jual...
  • Rahsia Sulit Bisnes Trading
    Rahsia Sulit Bisnes Trading Bagi mereka yang mengkaji secara Rasulullah SAW. Nabi memulakan perniag...
  • Skim Penipuan Pelaburan Di Telegram
  • Tabung Haji Melabur Dalam Syarikat Tidak Patuh Syariah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 480
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Next Article
Tags:fcpo fcpo out right minyak sawit mentah trading fcpo

Related Articles

FCPO Spread Trading merupakan salah satu daripada 2 cara dalam …

Bagaimana Nak Trade FCPO Spread Trading

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Bagaimana Nak Trade FCPO Spread Trading

FCPO Spread Trading merupakan salah satu daripada 2 cara dalam trading FCPO iait…