Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
11 Insentif Untuk Memperkasa Bumiputera
Isu Semasa

11 Insentif Untuk Memperkasa Bumiputera

sham 5 Comments

Semakin hampir dengan PRU 14, semakin banyak pengumuman insentif baru untuk menarik minat golongan bumiputera. Masalahnya kerajaan ada duit ke? Untuk operasi jabatan kerajaan pun sudah banyak dipotong sana sini. Apa yang saya khuatir ia adalah gula-gula sempena PRU yang bakal menjelang tak lama lagi. Kemungkinan besar pembubaran parlimen pada bulan April dan PRU pada bulan Mei sebelum puasa.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 11 insentif baharu bernilai RM2.9 bilion untuk mengukuhkan lagi usahawan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera di negara ini.

Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) amat memahami usahawan memerlukan sokongan kerajaan.

“Untuk mengukuhkan lagi tiang sokongan kerajaan kepada usahawan PKS Bumiputera kita umumkan 11 insentif baharu ini,” katanya di hadapan 10,000 usahawan Bumiputera sempena

Himpunan Usahawan Bumiputera di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib berkata, insentif pertama adalah penyenaraian syarikat PKS di pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) dengan peruntukan RM50 juta.

“Untuk tujuan itu geran bersamaan (matching grant) sejumlah RM500,000 akan diberikan kepada setiap syarikat yang berjaya disenaraikan dan dimasukkan dalam Program Entreprise Bumiputera (BEEP) di bawah SME Corp.

“Kedua, insentif Program Local to Global Acsend 800 atau LGC 800 dengan peruntukan berjumlah RM40 juta. Insentif ini memanfaatkan 80 syarikat PKS Bumiputera berprestasi tinggi dalam bentuk pinjaman mudah sehingga RM500,000 bagi syarikat untuk mentransformasi perniagaan masing – masing,” katanya.

Beliau berkata,insentif ketiga ialah Dana Insentif bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) sebanyak RM60 juta bagi 2019 untuk mempersiapkan dan melatih belia Bumiputera.

Insentif keempat katanya adalah galakan Elaun Peningkatan Eksport bagi PKS dilanjutkan untuk tempoh dua tahun lagi sehingga 2020.

“Insentif kelima pula adalah inisiatif pelaksanaan WIRA eDagang di Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) dengan peruntukan RM50 juta untuk 10,000 PKS Bumiputera dalam tempoh tiga tahun.

“Seterusnya,insentif SpeedMeUp dengan peruntukan RM50 juta di bawah SME Corp yang mana syarikat Bumiputera akan dibantu dengan geran bersamaan sehingga RM250,000 bagi memulakan operasi,” katanya.

Ketujuh, beliau mengumumkan dana sebanyak RM500 juta disediakan bagi mempergiatkan pembangunan usahawan Bumiputera dalam industri peruncitan dan pengedaran yang mana RM200 juta sumbangan kerajaan dan RM300 juta daripada Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB).

Menerusi insentif kelapan pula, MARA akan melanjutkan Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) berjumlah RM50 juta untuk manfaat 3,000 usahawan Bumiputera.

“Kesembilan adalah insentif memperkasa Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera (TERAJU) menjadi penyelaras tunggal bagi semua dasar dan program berkaitan Bumiputera di setiap peringkat Kementerian, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

Insentif ke-10 adalah peruntukan RM50 juta di bawah Dana Insentif Pelaburan bagi melonjak pemilikan ekuiti Bumiputera yang terbabit dalam sektor strategik terpilih.

Akhir sekali, katanya, Dana Mudahcara Bumiputera dilanjutkan untuk fasa kedua dengan peruntukan tambahan sebanyak RM2 bilion.

sumber: Harian Metro

Berikut adalah 11 Insentif Baru Oleh Kerajaan yang baru diumumkan oleh PM yang saya boldkan daripada artikel Harian Metro 30 Mac 2018. Jika kerajaan menang, mungkin ada la insentif ini. Namun apa dirisaukan lebih banyak skandal-skandal kewangan yang tidak terjawab munkin akan timbul seperti isu derma, 1MDB dan banyak lagi yang disembunyikan malah diarahkan untuk tidak siasat.

insentif bumiputera

Isu ini menyebabkan beberapa bekas menteri bersuara seperti DS Rais Yatim yang merupakan seorang penguam dan juga bekas ahli parlimen Kuala Kangsar, DS Rafidah Aziz yang menyuarakan tidak puas hatian mereka setelah teguran kepada pihak tertinggi tidak dilayan walaupun beliau dilantik sebagai Penasihat.

Sebagai golongan muda, kami mahukan kepimpinan yang telus. Skandal demi skandal kewangan kini timbul melibatkan orang No.1 negara. Ianya mengubah persepsi pemimpin luar negara terhadap negara kita.

Apa yang kami mahukan ialah perubahan. Andainya mereka terpilih dalam PRU akan datang, buat perubahan dasar yang lebih telus dan mengelakkan daripada skandal-skandal yang melibatkan kewangan negara. Dalam kes 1MDB menjadi kes double standard kerana ia tidak disiasat oleh mana-mana pihak berkuasa di negara ini seolah oleh cuba ditutup oleh pihak tertentu.

Saya suka dengan iniasitif sebegini, namun biarkan ia boleh dilaksanakan dengan kemampuan kewangan negara yang ada. Bahang PRU semakin terasa. Layan jelah.. 🙂

Artikel Berkaitan
  • Insentif Untuk Mereka Berpoligami di Kelantan
    Hari ini dalam berita Sinar Harian menyatakan kerajaan Kelantan sanggup menyediakan insentif untuk m...
  • MECD Dimansuhkan,Nasib Usahawan Bumiputera Bagaimana?
    PM Baru Malaysia, Dato' Seri Najib telah mengumumkan kabinet baru beliau. Tengok tengok MECD atau Ke...
  • Penternakan Burung Walit Memang Lumayan
    Burung Walit atau layang layang sememangnya bukan sesuatu yang asing buat kaum cina kerana ia menjad...
  • Produk Kedai Rakyat 1 Malaysia Tidak Berkualiti?
  • Dividen dan Bonus Tabung Haji 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 21
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:insentif bumiputera insentif untuk bumiputera

Related Articles

Cari Duit dan Keredhaan Ketika Bulan Ramadhan
Bulan ramadhan sememangnya ditunggu tunggu oleh sesetengah orang. Inilah masanya …

Cari Duit dan Keredhaan Ketika Bulan Ramadhan

Negeri Pasir 2 Butir Ala P Ramlee di Perak?
Semalam saya tergelak besar bila tengok berita sidang tergempar ADUN …

Negeri Pasir 2 Butir Ala P Ramlee di Perak?

5 Comments

  1. an2

    mahathir ader 160 billion dlm bank berterabur di seluruh dunia,camner tuh????

  2. an2

    nampaknyer ko cumer baca dari sebelah pihak jerr….22 tahun punyer cerita kalau dikorek habis-habisan mmg ko akan tepuk dahi seratus kali lagi teruk dari projek emel1malaysia

  3. sham

    Itupun kena korek juga. Biar telus. Yang salah perlu dipertangungjawabkan. Tapi ia bergantung kepada pemegang kuasa atau pemerintah terkini. Takkan nak pilihanraya baru nak korek salah laku? sebabnya dah menjadi pencabar dalam pilihanraya. Kalau tak, ia akan didiamkan sahaja.

    Negara kita ada undang-undang. Takkan sebab ia kroni, maka ia didiamkan. Isu kekayaan mahathir hanya timbul lepas jadi pembangkang. Kalai dia diam je dalam UMNO, semua skandal tu pun terkubur masuk dalam kubur.

  4. sham

    Tapi jangan sebelah pihak je, siasatlah semua tanpa pilih bulu. Siasat juga menteri dan bekas menteri berapa banyak kekayaan mereka? Ikutkan gaji sebagai menteri takde kaya sangat sampai ada anak menteri boleh beli ferari jutaan ringgit. Dari mana duit tu? Sebab ia masih kroni, ia didiamkan. Same thing happened pada zaman mahathir kalau korek.

    Saya tak sokong mana-mana tapi pilihanraya saya akan pilih calon yang saya rasakan sesuai untuk memimpin masyarakat tempat saya. Memimpin adalah bersama dengan rakyat.

    Dakwa pung pang dalam suratkhabar, tv ada salah laku. Tapi tak pula siasat habis? takut terpalit sekali ke?

    Saya nak UMNO berubah. Saya dibesarkan dalam UMNO. Tapi sekarang, agak sedih… PH tak boleh harap sangat pun. Lagi banyak pincang yang saya nampak.

    Calon ADUN tempat saya pun terdiri daripada saudara mara keluarga saya sendiri.

  5. sham

    BTW An2, saya orang terengganu. Memang dah pernah rasa berada diperintah oleh bukan BN sekejap. Memamg takleh harap. Bila ada kuasa, mula fikir nak sumbat masuk poket sendiri walaupun yang cakap tu ustaz. Orang terengganu je akan tahu bagaimana rasanya. Lebih baik BN buat perubahan sendiri secara dalaman. Langkah pertama – turunkan najib dan beri peluang kepada orang baru membuat perubahan.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Oh..Pulau Batu Putih Dapat Kat Singapura!

Singapura nampaknya akan bertambah luas apabila Pulau Batu Putih dapat kepada me…

Website Dihack

Saya memohon ampun dan maaf kerana berlaku kegagalan untuk mengakses kebanyakan …

Kenapa Kami Larang Join Skim Cepat Kaya

“Kenapa nak dengki dengan kami, kami bukannya tak bayar pun. Jangan tulis …