Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
Abam Bocey Meninggal Dunia, Anak Baru 5 Bulan
Isu Semasa

Abam Bocey Meninggal Dunia, Anak Baru 5 Bulan

sham No Comments

Berita yang cukup mengejutkan diterima pagi ini, Abam Bocey meninggal dunia. Arwah merupakan antara pelawak yang saya ikuti juga sebab lawak yang selamba. Lebih menyedihkan anak arwah , Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey baru sahaja mencecah 5 bulan.

abam bocey

Mula-mula ingat main-main berita ni, tapi bila semua portal berita melaporkan kesahihan berita sedih ini, teringat pula pada anak arwah yang masih kecil. Arwah baru sahaja menjadi seorang ayah, kini anak bergelar seorang anak yatim. Semoga Allah tempatkan roh arwah bersama sama orang yang beriman.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Sumber astro awani.

Arwah Abam Bocey memang cukup terkenal dengan lawak spontan bersama kumpulan lawak Bocey. Ia merupakan satu berita yang mengemparkan industri hiburan tanah air. Semoga keluarga Abam bersabar dan dipermudahkan segala urusan.

Bakatnya dalam lawak memang diakui kerana pernah menjuarai Maharaja Lawak. Memang ramai akan merindui lawak spontan Arwah termasuk saya sendiri. Ajal jodoh semuanya sudah ditetapkan. Ini masa Abam untuk kembali ke sisi Tuhan. Kita pula akan menyusul tidak lama lagi. Bila? Itu rahsia Allah.

Semoga keluarga Abam bocey tabah dan bersabar dalam menghadapi ujian ini. Al fatihah.

Artikel Berkaitan
  • Takziah Buat Keluarga Taqiyudin
    Hari saya agak terkejut apabila mengetahui salah seorang sahabat IM yang meninggal dunia di WangCybe...
  • Mengajar Nilai Wang kepada Anak Anak
    Saya tertarik dengan post Tuan Irfan Jani di blog beliau tentang kanak kanak yang mengunakan wang ta...
  • Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia
    Bagi peminat sukan, nama Datuk Hasbullah Awang bukanlah seorang yang asing. Dengan suara yang garau ...
  • Duit Banyak Bukan Penjamin Kebahagian, Carilah Keredhaan Allah
  • Oh..It’s A Girl
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 498
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:abam bocey abam bocey meninggal abam bocey meninggal dunia

Related Articles

Kod Etika Blogger
Hari ini dalam Utusan Malaysia, Perdana Menteri memberi cadangan Kod …

Kod Etika Blogger

Dalam minggu ni, isu cadbury yang produknya yang mempunyai DNA …

Cadbury Haram – Jawab Menteri Pun Macam Haram

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Mawi Tengah Hot- Debar Malam Pertama Kot

Tanggal 20 Disember 2008 iaitu esok Mawi & Ekin akan berkahwin. Carian tenta…

Cripto Currency: Pelaburan atau Peleburan?

Ramai yang tanya saya tentang kripto currency ini. Sebenarnya ada baik dan buruk…

McDonalds Gunakan Lemak Babi Dalam Penyediaan Makanan?

Isu McDonalds Gunakan Lemak Babi telah banyak kali terjadi. Saya telah boikot Mc…