Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
Isu Semasa

Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri

sham No Comments

Sekarang harga beras naik sangat tinggi. Malah tadi di pasaraya, saya sempat tengok seorang pakcik duduk memilih beras yang paling murah. Lama termenung.. Yang tinggal beras 10kg yang semua hampir RM40 sekampit. Betul rakyat kita semakin terhimpit. Stokpile beras negara cukup untuk 5-6 bulan sahaja. Tahun depan lagi teruk..

Banyak negara sedang membuat persediaan untuk menghadapi krisis makanan. Cuma negara kita je kerana masih termanggu manggu melayan PRN. Belum ada tindakan untuk memaksimakan pengeluaran padi negara. Kerajaan push tanaman durian. Takkan nak makan durian setahun? Siap bangga ada ladang durian terbesar la.

Alternatif kepada rakyat marhain yang ada laman rumah..tanam sendiri. Tak semestinya luas. Dalam polibag boleh, dalam bekas minyak terpakai pun boleh.

Tiba tiba ada orang menegur, Tuan kelulut okay ke tuan. Saya pun toleh ke kanan. Rupanya ada orang cam juga. Beliau merupakan subcriber Youtube berkenaan kelulut saya. Tapi beliau lagi hebat la. Ada 600 lebih sarang di pelbagai negeri. Ladang kat Johor ada, selangor ada. Perak pun ada. Beliau merupakan jemaah Tabligh. Lama juga bersembang pasal kelulut dan juga firasat beliau tentang krisis ekonomi sekarang. Yang bakal menjadi krisis makanan dunia kelak. Tanda sekarang sudah ada.

Kenaikan harga beras akan berterusan sehingga ia akan tiada lagi. Beliau ke pasaraya untuk beli barang prepper untuk setahun. Beliau ada beli kebun di Kuala Kangsar. Ramai orang Tabligh merupakan orang yang ada aset banyak, orang berada la bahasa mudahnya. Malah ketika cluster Tabligh, beliau membekalkan madu kelulut untuk semua jemaah yang dikuarantin kerana Covid 19. Mereka yakin penyembuh ada dalam madu sebagaimana dalam Al Quran. Pastikan Ori jela.

Kemudian saya bercerita pasal kebun saya, sebab saya pun sedang buat kebun. Antaranya yang nak ditanam ialah padi huma. Nanti ada masa boleh sembang lagi.

Tanam Padi Sendiri Boleh Ke?

Boleh je la. Antara padi yang boleh diusahakan ialah padi huma atau padi bukit. Ia lebih mudah untuk ditanam dan dijaga. Malah sekarang ada banyak video orang share mereka menanam padi mereka sendiri dalam skala kecil.

boleh cari kat fb,tiktok dan youtube.

Kredit; Shopee

Kat kampung saya pun ada yang tanam padi dalam botol minyak masak terpakai je. Dah 5 kali tuai dah. Dia tanam padi ringan. Padi tu disimpan masa krisis katanya. Setiap kali tuai dapat 6-8kg padi. Simpan dengan tangkai tangkai untuk tahan lama. Ambil pedoman daripada surah Yusuf bagaimana menyimpan bekalan makan untuk 7 tahun.

Saya pun dah tanam sedikit padi huma kat kebun. Harap tumbuh la. Sekarang ada 2 varieti padi bukit yang cuba saya tanam iaitu varieti mayang sari dari Gerik dan juga sarawak white. Varieti lain macam beras bario takde stok benih. Benih ni saya beli kat shopee je. (Klik sini kalau nak beli benih padi bukit)

Yang ada tanah sekakang kera pun boleh tanam. Cuma kena jaga agar tak jadi tempat pembiakan nyamuk jela. Sebab itu saya lebih cenderung kepada padi bukit kerana tidak mengunakan air yang banyak. Harap menjadi la.

Penanaman Padi Huma atau Bukit ini patut digalakkan oleh Kerajaan. Ia tidak memerlukan sawah dan sistem pengairan yang mahal kos untuk membangunkan. Kita juga ada banyak tanah terbiar yang boleh diusahakan. Dengan penanaman padi huma secara besar besaran, saya rasa kepeluan untuk beras import dapat dikurangkan. Ia boleh dijadikan alternatif terbaik kerana banyak sawah padi sekarang sudah dibangunkan menjadi taman perumahan.

Yang penting ialah mengisi perut rakyat. Dengan peningkatan pengeluaran beras dalam negara, keperluan beras import akan berkurangan. Tiada lagi isu negara menghentikan eksport beras mereka seperti India yang telah membuat larangan eksport beras bagi memenuhi keperluan dalam negara mereka.

Saya sendiri tak pernah makan nasi daripada beras huma ini. Tapi sekarang tak boleh memilih. Asal boleh makan untuk isi perut. Jalan je. Nak proses padi jadi beras macamana? Ala dulu dulu orang tumbuk dan ayak je. Mana ada mesin.

Sekarang barang keperluan semakin meroket. Banyak mereka yang dalam F&B yang tarik handbrek kerana tidak dapat menampung kos bahan mentah dan kuasa beli semakin merosot di kalangan penguna. Saya pun ada kedai makan. Sekarang masih cuba bertahan. Jika tak boleh tahan, kena tarik hand brek juga la jawabnya sebelum dibelit hutang.

Sekarang orang makin kurang membeli dan makan kat kedai makan. mungkin nak berjimat dengan masak sendiri dan makan di rumah.

Mencabar betul sekarang ni..

Artikel Berkaitan
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
    Sejak dua menjak ini barangan keperluan semakin meroket. Yang paling jelas, beras. Ada sampai RM40-5...
  • Encik Ada jual Cacing?
    Salam.Ada jual cacing? Saya nak beli 30kg. Itulah sms yang saya dapat kejap tadi. Pelik jugak sebab...
  • Buat Kad Kahwin Sendiri Dengan Software Kad Kahwin
    Pada zaman kegawatan ekonomi sekarang pastinya ramai bakal pengantin tengah pening kepala sebab kos ...
  • Keburukan Program Berkonsepkan Head Hunting
  • Cara Menanam Herba Misai Kucing dan Khasiatnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 44
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Tags:beras padi padi bukit padi huma tanam padi tanam padi di rumah tanam padi sendiri

Related Articles

Kenapa UUM Tiada Bekalan Air?
Saya merupakan graduan daripada UUM. Sebenarnya dulu pun ada sekali …

Kenapa UUM Tiada Bekalan Air?

Sumpah Laknat Semakin Menjadi Jadi
Sejak akhir akhir ni pengunaan sumpah laknak semakin menjadi jadi..Bermula …

Sumpah Laknat Semakin Menjadi Jadi

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Geran Percuma Dalam Ternakan Kelulut
  • Kawan Online Bagi Hadiah Tapi Suruh Bayar Kurier? Scam ke?
  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Nadia on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Fatimah on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • NORAZLEN BINTI MOHAMAD SALIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Iman nazihah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Nor on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pentingnya Memahami Polisi Medical Card Sebelum Melanggan

Adakah anda membaca polisi insurans anda sebelum sain perjanjian? Beberapa hari …

Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!

Saya selalu mendengar banyak ceramah berkenaan tanda-tanda nak kiamat sepanjang …

Cripto Currency: Pelaburan atau Peleburan?

Ramai yang tanya saya tentang kripto currency ini. Sebenarnya ada baik dan buruk…