Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
Harap YB Nizar Tidak Terikut Politik DAP
Isu Semasa

Harap YB Nizar Tidak Terikut Politik DAP

sham 9 Comments

Keadaan politik di Perak semakin genting dan panas. Terdapat satu kenyataan daripada Karpal yang menyatakan bahawa Bekas MB Perak iaitu Nizar akan menyaman Sultan Perak. Perlu diingat bahawa YB Nizar adalah daripada parti PAS. Harap YB Nizar tidak terikut dengan cara politik DAP yang sentiasa membelakangkan Sultan.

Sebagai bangsa Melayu, YB Nizar sepatutnya mendaulatkan kesultanan negeri Perak yang menaungi negeri Perak. Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Syah merupakan bekas Hakim Besar Negara. Pastinya Tuanku mempunyai pendirian tersendiri apabila enggan mengiktiraf pembubaran DUN perak yang ternyata membelakangkan Sultan.

Sebarang pembubaran DUN mestilah mendapat perkenan Sultan sebelum diistiharkan. Bukannya istihar dulu baru dapatkan perkenan daripada Sultan. Ia menunjukkan bahawa Tuanku tidak berkuasa langsung dalam membentuk kerajaan di Perak. Terdapat banyak isu sebelum ini yang membelakangkan Sultan Perak seperti isu tanah kampung baru.

Kampung baru dibina diatas tanah orang melayu. Ia dipajakkan selama 999 tahun. Apabila ia ditukar status menjadi milik kekal. Ia bukan lagi menjadi tanah milik kerajaan negeri lagi atau dengan bahasa mudah bukan lagi dibawah kuasa Sultan melayu lagi. Banyak keputusan YB Nizar dilihat banyak dipengaruhi oleh DAP.

Tindakan untuk menyaman Sultan merupakan pertama kali terjadi. Pastinya ia akan melukakan hati orang Melayu kebanyakannya.Lebih lebih lagi dilakukan oleh seorang Melayu dan pemimpin yang dipilih rakyat sebelum ini. Kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah memang mudah tumbang apabila 2,3 orang berpaling tadah.Sepatutnya Pakatan Rakyat perlu bersedia dari dulu lagi untuk menghadapi situasi ini.

Bagi UMNO pulak, jangan menerima ADUN yang bermasalah yang masih lagi dalam kes rasuah seks. Malah mereka mengakui perbuatan mereka sebelum ini yang menerima suapan seks. Jika menerima mereka pastinya akan memburukkan lagi prestasi UMNO yang kian tercalar dengan kes rasuah atau politik wang pada waktu ini.

Ya. Politik memang kotor.BN dan PR mengunakannya. Tidak perlu menafikannya kerana ia memang terbukti. Tetapi peliharalah kestabilan dan keamanan. Tindakan membuat demostrasi jalanan bukanlah satu jalan yang bagus. Malaysia merupakan negara yang mempunyai undang undang. Jangan terlalu diikutkan perasaan. BN pernah merasai kepahitan kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

PR pun patut menerimanya secara terbuka. Pakatan Rakyat perlu memperkuatkan negeri negeri yang masih ditangan mereka. Pakatan Rakyat juga boleh kehilangan Selangor jika tidak menunaikan janji janji yang mereka taburkan ketika pilihanraya yang lepas. Perlu diingat bahawa rakyat sedang menilai prestasi Pakatan Rakyat dan berharap mereka membuat perubahan.

Isu lompat parti merupakan antara duri dalam daging bagi setiap parti politik tidak kira samada dari parti pemerintah mahupun pembangkang.Isu lompat katak ini juga berlaku apabila ADUN Bota yang melompat ke PKR kemudian lompat kembali kepada UMNO. Ini menunjukkan betapa senangnya untuk melompat parti.Ia merupakan satu sandiwara yang mengelikan hati tentang politik malaysia ni.

Lompat si katak lompat..ewah… heheheh

Artikel Berkaitan
  • Krisis Politik Terengganu Berterusan
    Saya sebagai anak terengganu berasa sedikit kecewa dengan apa yang berlaku. Ia secara terang teranga...
  • Keputusan Pilihanraya Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air
    Saya pasti ramai yang tertunggu tunggu keputusan pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau ...
  • Penulis Blog Upahan Untuk Blog Politik?
    Saya terbaca dalam akhbar berita harian yang menyarankan SKMM memantau blog upahan oleh parti politi...
  • Apabila Bukan ISLAM Mentafsir Al Quran…
  • Segmen Blogger di RTM1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 1,087
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:barisan nasional BN karpal sing nizar pakatan rakyat perak

Related Articles

Debat Anuar Ibrahim & Shabery
Hari ini menjadi satu fenomena yang ditunggu tunggu iaitu debat …

Debat Anuar Ibrahim & Shabery

Tanggal 20 Disember 2008 iaitu esok Mawi & Ekin akan …

Mawi Tengah Hot- Debar Malam Pertama Kot

9 Comments

  1. Rizal KomenEbook

    Salam Sham

    1. Saya memang terkejut dengan tindakan terkini ex-MB yang mahu menyaman tuanku sultan perak. Perkara ni tak sepatutnya berlaku. Dari segi perspektif adat istiadat Melayu, Raja adalah nombor 1, titah baginda tidak boleh dibuat endah tak endah. Malahan, baginda sultan perak juga berpengalaman dalam bidang undang2 dan kehakiman..begitu berani dia?

    Kalo jadi macam ni, siapa yang “bertepuk tangan”?..Boleh terima ke pemimpin yang sengaja “niat” nak derhaka?

    Walaupun saya ni bukan orang perak jati, saya tak boleh terima jenis orang cenggini..Ikut resam Jebat boleh binasa!

    2.Memang bermasalah jika Adun yang suke ikut stail “lompat si katak lompat” ni..lagi bermasalah kalo sekarang ni adun berkaitan ada kes/skandal – rakyat akan lihat dari segi moral dan peribadi pemimpin…ini yang jadi asas yang sangat rationale buat PR nak “pow” BN…Saya pun tak boleh terima kalo pemimpin yang jenis “tunggang langgang” jadi sebahagian dari pemimpin negeri/negara.

    3. Ya, betul Sham, PR kat selangor boleh tumbang jika mereka tak ambil pengajaran seperti yang terjadi sekarang. Paling stabil hingga sekarang adalah kerajaan di kelantan…Mereka perlu belajar sesuatu dari Kelantan

    4. Dari satu segi, PR memang kena terima hakikat ini. Mereka kena kaji, buat ‘post-mortem’ kenapa perkara ni boleh terjadi, salah pihak MB sebab tak mampu nak kawal keadaan kah? termakan janji semasa kempen dulu kah? Allah ni Maha Kaya, DIA boleh tunjuk dari segi yang tersurat dan tersirat.

    Cuma saya sangat kasihan melihat orang awam (pengikut) yang ditangkap tadi (as seen on tv)..adakah nasib mereka benar-benar akan terbela oleh pemimpin mereka? Jika mereka yang ditangkap akan dibela nasibnya oleh pemimpin berkenaan, baguslah..jika tidak, bagaimana dengan nasib ahli keluarga mereka (jika yang dah kawin, ada anak, ada kerja)…sukar nak dijawab

    saya harap pasni, keadaan perak dan malaysia keseluruhannya akan kembali stabil..saya tak suke keadaan politik sekarang ni..

    p/s: baru saya faham, ustaz saya pernah pesan secara peribadi kat saya dulu-“Rizal, enta jangan terlibat dengan politik..ustaz tengok rizal..bla…bla..)

  2. syedshaffizan

    erm..

    sy rugi sikit sebanrnye ni, x dpt denga jelas berita tv3 semalam, beli makanan kat warung, kirenye x denga la..tgh tunggu paper pagi ni..

    walaubagaimanapun kptsn ex MB tu memang drastik yang amat..macma x caya jer…

    psl bahagian politik koter’ tadi tu..erm mmg bleh kata gak ar..kdg2 sama je 2 2 nyer..

    dulu bile IR perinth negeri perak ingat lg, bagus tu orang nye ada IR, ustaz sy cakap la. x sangka pemerintahan terpendek di malaysia berlaku plak..

    saya orang perak…

  3. sham

    inilah realiti politik malaysia. Yang paling saya respek ialah kelantan. Walaupun PRU11,Pas memang majoriti lebih 1 kerusi dun.tapi leh kekal sampai abis penggal.

  4. syedshaffizan

    erm ok itu satu hal gak..tp tula kelantan x sama degn perak kan..sy duk perak bukn smuanya pun pkr..tmbah lg mak sy..aktif gak la dia UMno2 ni..

    tp skng ni sy x saba nk tunggu untuk pelaksanan hukm hudud, lama dah ckp nk buat,..lg bgus klo try kat kelantan shj dulu..nk tgh mcm mne..kat seluruh negara ke lg bgus tuh..

    memang best..rakyat malaysia akan jd manusia yang terbaek dan tertakut di dunia..

    tulun la menjadi..tp agak2 sham kan la…nape DAP x berapa stuju dgn hukum hudud? lgpun x silp saya sudah terus terg hukum hudud hanya untuk orang islan je rasanye..

    btulkan sy jika kenyataan di atas silp..

  5. sham

    DAP taknak malaysia jadi negara islam. tak leh mencuri & etc.hudud kalo ikutkannya meliputi semua orang termasuk bukan islam.itulah yang nabi buat dulu. tiada diskriminasi. yang salah tetap salah.

    orang bukan islam mencuri,potong tangan..orang islam pun potong tangan.

    Tapi benda yang dibenarkan oleh agama bukan islam,tapi dilarang oleh islam.ia tak termasuk la.ia adalah demi menghormati agama lain.

    tapi politik sekarang nak wat sekerat sekerat demi menjaga hati pakatan mereka. entah la.

    hudud lebih kepada hukuman pada kes jenayah je.zina…rejam atau sebat..hohoho

    kalo dilaksanakan mesti ramai anak muda yang kena sebat ni. :p.

  6. syedshaffizan

    ish laju nye blas komen..tgh online eh..dah eat ke ni?
    sy baru je eat td..makan kat jalan chan sow lin..k lah saudara sham..sy nak jln2 tenet jap..nak cari gak plug in komen yg macam sham ni juga la..bleh panggil plak blek eh..buat terikat plak sy…

    tq luang kan masa..psl orang muda kene sebat2 td tu, agk2 orang tua2 x kena sebat gak..ish sape la tua2 tuh..

    bye..tq

  7. JimieRay

    Saya tak berapa ralat sgt kalau bab DAP tak nak terima hudud krn dia org maybe belum faham sepenuhnya lagi sbb dia org bukan Islam.

    Tetapi apa yg musykil dan heran bin ajaib ni kenapa UMNO tak nak terima hudud sgt2 sedangkan mereka ada byk pakar2 agama bertaraf ulama (Islam Hadhari lagi). Tak mau sungguh2 ni…bukan lawak2, tu yg heran sgt2…

  8. sham

    heheheh… tu satu hal jimiey. diorang nak wat islam hadari je kot.

  9. KNizam

    hehehe perak lagi kan. hehe 🙂

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Implikasi Harga Minyak Naik Di Malaysia

Apa yang rakyat risaukan telah berlaku. Pak Lah memang suka wat kejutan. Pilihan…

Graf Kenaikan Harga Perak

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pelaburan Emas dan Dirham Perak

Sekarang ini pelaburan emas dan perak menjadi antara pelaburan jangka masa panja…

Kerajaan Perak Lelong Camry Pakatan Rakyat

Kerajaan baru (pening dengan keadaan di perak) negeri Perak hari ini telah menge…