Ramai yang tertanya tanya apakah hukum perdagangan wang asing atau lebih popular dengan pangilan FOREX. Saya bukanlah pakar dalam bidang memberi hukum hakam ini. Tetapi saya cuba berikan link yang berkaitan agar ia dapat dirujuk oleh kita semua.
1. Penciptaan Duit Kertas Moden dan Hukum Forex
Forex salah disisi undang undang ke? Merujuk kepada kenyataan terbaru dari Bank Negara Malaysia. Ia adalah suatu kegiatan yang salah disisi undang undang.
Berhati-hati dengan Skim Urus Niaga Mata Wang Asing Secara Haram
Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai untuk tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam atau luar negeri.
Orang ramai selalunya dipujuk untuk menyertai pelaburan atau program latihan seperti ini dengan janji pulangan yang cepat dan lumayan. Modus operandi program termasuk:
* Menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan para pelabur, sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk (kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara);
* Menyediakan akses mudah kepada laman sesawang syarikat induk dan kemudahan urus niaga bagi menyenangkan pelabur menjalankan urus niaga mata wang asing secara dalam talian;
* Pengambilan siswazah baharu sebagai eksekutif pemasaran dan menggalakkan mereka untuk melibatkan keluarga dan rakan-rakan mereka dalam urus niaga mata wang asing; dan
* Menghendaki pelabur menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi memulakan urus niaga mata wang asing, dan seterusnya meminta mereka menambah pelaburan permulaan (panggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal.
Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk seseorang individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, selain daripada peniaga berdaftar. Di bawah Akta ini juga, adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.
Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my).
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.myBank Negara Malaysia
4 Januari 2010
Saya menjangkakan ia pasti akan mengundang pelbagai reaksi kepada mereka yang terlibat dalam forex trading di Malaysia ni. Bagi mereka yang terlibat dalam forex trading pasti akan cuba pelbagai hujah dan dalil bagi menghadapi isu ini.
Bagi mereka yang terlibat dalam coaching , seminar dan bengkel Forex, ia merupakan satu tamparan yang cukup hebat. Langkah ini dibuat mungkin terdapat aduan dari orang ramai berkenaan dengan perdagangan wang asing di atas talian (online) yang semakin diminati ramai orang.
Bagi saya, kenyataan BNM ada betul dan salahnya. Forex mungkin banyak kali diekploitasi oleh syarikat tertentu bagi tujuan menipu menyebabkan BNM mengeluarkan kenyataan sedemikian.Bermula dengan Swiss Cash yang kononya mendapat pendapatan mereka daripada Forex dan pelaburan minyak. Ramai orang awam tertipu oleh penipuan berkenaan menyebabkan BNM mula mengambil tindakan mengharamkan semua berkenaan forex trading yang berpusat diluar negara.
Namun agak sukar untuk mengambil tindakan disebabkan ianya berpusat diluar negara. Kini pelbagai broker yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan yang kononnya mendapat kelulusan daripada bank bank luar negara seperti Cyprus dan sebagainya. Tiada tapisan yang dibuat samada broker tersebut sah atau tidak. Ini menjadi satu isu utama. Ya, ada broker forex diluluskan oleh kerajaan US. Ini menjadikan forex bukanlah sesuatu yang sangat salah. Tetapi yang mana satu broker yang sah?
Lebih lebih di Malaysia terdapat undang undang berkenaan dengan tukaran wang asing iaitu Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953. Ia adalah untuk melindungi ekonomi dieksploitasi menerusi tukaran wang asing. Jadi ini memberi hak dan kuasa untuk BNM mengharamkan perdagangan wang asing di Malaysia.
Penglibatan ramai rakyat Malaysia dalam Forex online. Malah ada yang menjadi jutawan menerusi perdagangan mata wang asing ini. Tetapi lebih ramai yang mengalami kerugian ribuan ringgit dalam forex.
Ia memerlukan pengetahuan yang luas berkenaan pelbagai analisa pasaran dan fundamental. Ramai yang mengalami kerugian yang besar. Forex adalah sesuatu yang sangat berisiko tinggi. Fikirkan 3,4,5 kali sebelum anda menyertai sebarang forex broker dan melakukan perdangangan jual beli matawang asing.
Apa pulak pendapat anda?
Incoming search terms:
- hukum melabur dalam vgmc
- kuasa forex penipu
- https://www shamsuriyadi com/isu-semasa/hukum-tukaran-wang-asing-dan-forex-salah-disisi-undang-undang/
- undang-undang malaysia trading forex
siapasiapa
di malaysia ni, yang boleh main forex hanya bank sahaja. broker memang tak wujud. dan tak wujud juga hedge fund yang menguruskan dana forex macam negara jepun dll. jadi, memang tak boleh nak ‘main’ duit orang. masalahnya ada pihak yang buat macam ni dan menyebabkan rugi. kemudian orang yang tak puas hati mula buat laporan.
saudara tidak boleh samakan forex dengan swisscash. forex adalah instrumen kewangan sama macam futures, option, warrant dan sebagainya. tak wujud sistem piramid yang memungkinkan untuk menipu duit ‘orang bawah’. jadi, kalau individu itu menggunakan duit sendiri, sepatutnya tak menjadi masalah. yang penting jangan bagi orang ‘main’kan duit kita. tentang hukum agama pulak, kebanyakan instrumen kewangan memang ni hukumnya memang kabur sikit. ramai yang berlainan pandangan.
saya rasa mungkin forex ni dah terlalu popular agaknya. ramai orang yang mengambil kesempatan untuk menganjurkan kelas-kelas forex dan sebagainya. kenakan bayaran beribu-ribu tapi bila keluar tetap tak untung jugak. bila ramai dah rugi, BNM pun mulalah nak ambil tindakan
sham
saya tak samakan forex dengan swisscash. Saya cakap swisscash mendakwa mereka mendapat keuntungan daripada forex. Forex diekploitasi banyak pihak.
thanks.Banyak jugak info dari saudara/saudari.
kel
setuju dgn siapasiapa. tapi saudara tidak boleh kata ianya sesuatu yg sangat salah. yg tak bagus ialah apabila ada pihak tertentu mengambil kesempatan dari orang ramai yg tidak tahu tentang forex. kononnya pelabur invest dan untung bahagi berdasakan % tertentu.. atau kemungkinan mereka merupakan introducing broker kpd broker forex tertentu dan mereka akan dapat komisen drpd setiap transaksi yg dibuat. so mereka akan tarik orang ramai supaya buka akaun dgn mereka dan dari situ mereka akan dapat komisen. macam tu tak bagus lah.
tapi sesetengah introducing broker pula ada menganjurkan kelas kpd traders yg buka akaun melalui affiliate mereka, sama macam support yg diberikan apabila kita membeli sesuatu produk. yg ini bagi saya ok.
so pandai-pandailah pilih dan belajar sebelum terjun dlm fx ni.
sham
Saya tak pernah kata forex adalah salah. Cuma bank negara yang akan bertindak tegas kepada mereka yang cuba menipu.Lebih baik berjaga jaga daripada terkena.
kel
u kata kat atas tu “Ini menjadikan forex bukanlah sesuatu yang sangat salah.”
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/9/business/5432021&sec=business
azman
Sudah terang dan jelas BNM menegaskan forex trading di lakukan oleh individu dan bukan melalui institusi yg dibenarkan adalah salah di segi undang2. Tiada apa lagi nak di bahaskan.
kel
Mengikut Perkara 4(1), Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, Di Malaysia, hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh berurusniaga FOREX dan EMAS. Dalam erti kata lain, mana-mana yang tidak berdaftar tidak boleh berurusniaga FOREX di Malaysia ini. Di Malaysia agen-agen FOREX berdaftar merujuk kepada Pengurup Matawang Berlesen. (BNM)Secara mudah, melalui konteks Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, anda tidak boleh menjalankan aktiviti tukaran wang asing seperti pengurup mata wang jika tidak berlesen. Simple as that.
Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 DIKEMASKINI pada tahun 1969.Jesteru, tiada satu peruntukkan khas yang benar-benar jelas untuk mengawal selia urusniaga FOREX melalui internet ini memandangkan penggunaan Internet untuk FOREX trading bermula sekita 1990-an.
Yang salah dalam ruang lingkup Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 adalah menjalankan urusniaga jual beli matawang asing tanpa lessen, atau membantu, memujuk dan mengiklankan perkhidmatan berkaitan DI MALAYSIA samada kepada Residen atau Non- Residen.
Memandangkan Malaysia tidak mempunyai broker yang sah untuk menguruskan urusniaga FOREX, maka sesiapa yang mempunyai kemampuan boleh saja berurusniaga dengan broker-broker berdaftar di Negara-negara yang lain seperti UK atau US.
Broker-broker seperti FXCM, Interbank etc, adalah broker yang SAH dari segi perundangan Negara mereka.
Apabila rakyat Malaysia menggunakan broker ini sebagai platform, sama seperti kita membeli pelaburan di Negara UK atau US dan ia tidak termasuk di bawah bidangkuasa Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dalam konteks yang dinyatakan tetapi termasuk dalam EXCHANGE CONTROL NOTICES 9 –Investment Abroad di bawah tajuk ini: (ECM9)
“Investment By Individual” –
A resident individual with domestic ringgit credit facilities is allowed to convert ringgit into foreign currency up to RM1 million per calendar year for investment in foreign currency assets.
top blogger
Azman, I think you’re right Forex Trading is carried out by private individuals.
hayat
baru2 ni ada keluar hukum kata forex haram dalam utusan ker metro minggu ni.
bleh anda ulas?
sham
ada perbezaan pendapat tentang hukum forex ni.Pengunaan teknik trading sepertu hedging & konsep liverage dalam forex boleh menjadikan forex haram.itu pendapat UZAR la kerana ada unsur judi.
saya tak layak nak ulas panjang perkara ni. Serahkan pada mereka yang mahir dalam bidang agama jela. Kalau saya, saya elakkan sahaja dari perkara yang saya ragui.
Man Cyber
Saya ada terbaca tentang hukum hakam forex, forex ni menyalahi undang2 syariah sekiranya wujud leverage, hedge dan swap. Kalau forward / future market memang salah tapi kalau spot tak salah asalkan bila untung terus masuk dalam Modal dan tidak boleh ditangguhkan untungnya kalau tertangguh di sini akan wujud riba nasi’ah. Kalau nak tahu memang forex ni terus masuk dlm modal kalau untung. Bagi hedge pula terpulang pada individu, untuk pengetahuan kat broker US sekarang NFA tidak membenarkan hedging ni. dah kira ok tu. kalau swap pula cari yg broker ada akaun swap free habis cerita. sekarang ni byk broker menyediakan swap free account untuk comply syariah law sebab ramai muslim di arab sana pun trade dlm forex ni. Dari segi undang bank negara saya rasa mmg salah sebab dia tak nak duit mengalir keluar mcm tu sbb ramai trader rugi, kalau semua trader untung mungkin dibenarkan kok.satu lagi sebab kerajaan mungkin tak dpt collect tax.
kairul
Forek boleh mendatangkan sumber sampingan jika pandai mengurusniagakannya…nak kaya susah rasanya…cuma berduit sahja. Nak kaya buka kelas forex.. tu yang den nampak…
sham
pendapatan..ya.
forex ni high risk..high return. kalau takde ilmu, jangan la risikokan duit yang ada.
mamat
salam semua,,,,
hukum forex dikata haram oleh zaharudin.net tentang leverage zaharudin suruh kita trade level 1:1 bukan 1:100,,1:500 maknanya kita kena berdagang modal sendiri laa kalau 1:1 xda pinjaman dlm forex baru dikata halal.
yaser manough
dah sah2 tukaran matawang tu riba.. konfem haram le
inspirasicyber
benda yang was-was macam ni lebih baik ditinggalkan…
xwas2
terang dan nyata hukumnya.lihat uzar dlm ceramahnya
matforex
kalau nak cari duit susah di malaysia ni kerajaan dan bank negara kena sediakan kerja dengan gaji yg sama nilai dengan perbelanjaan semasa. Bukan saya menolak hukum tapi kalau dah bank2 di malaysia kenakan interest apa pulak citernya? Banyak betul hukum? Bila untungkan kerajaan atau bank ianya HALAL tapi kalau untungkan rakyat ianya HARAM. Takkan salah orang melayu pandai berniaga dalam forex? Pada saya perniagaan mesti ada untung. Kalau tiada untung bukanlah perniagaan namanya. Bila banyak sangat hukum yang di buat oleh manusia untuk kepentingan seseorang atau sesebuah organisasi di malaysia MAKA DENGAN ITU SUDAH PASTI RAKYAT DI MALAYSIA AKAN TERUS KETINGGALAN SAMPAI BILA2. ALASAN
EKONOMI NEGARA AKAN TERGANGU MEMANG SELALU DI GUNAKAN. EKONOMI SIAPA? EKONOMI RAKYAT TERGANGGU SIAPA YANG NAK BELA?
MENTANG2 ORANG ORANG MELAYU KHUSUSNYA TIDAK TAHU TENTANG EKONOMI KATALAH APAPUN MEREKA AKAN IKUT TAPI KENAPA KAUM LAIN DI MALAYSIA MENGATASI KAUM MAJORITI? SEBAB HUKUM YANG DI BUAT OLEH MANUSIA . Bukan saya penentang sesiapa tapi adakah orang akan datang ke rumah kamu tatkala kamu dalam kesusahan? Tapi bila anda kaya ramai yang datang lebih2 lagi pihak berkuasa nak siasat kamu dan gunakan hukum mereka. Almatfa, Bafia dan segala akta yang memang rakyat tidak tahu kerana wujudnya akta tidak pernah di beritahu kepada rakyat. Saya sedih orang orang Melayu ketinggalan dalam sudut ekonomi sedangkan kerajaan di kuasai oleh orang Melayu. Tak kan jadi kroni saja baru boleh kaya? Saya sedia terima apa sahaja di atas tulisan saya ini kerana saya adalah mangsa kepada akta2 itu. Bila dalam kesusahan siapa yang pedulikan? Tapi bila ada sedikit kesenangan WOW di siasat sana sini. Adilkah mereka untuk menentukan rezeki kita????????
sham
Istigfar banyak tuan Matforex, jangan sampai terpesong akidah kerana hanya mencari duit.
Selain forex, masih banyak pilihan lain yang boleh dilakukan untuk mencari rezeki yang halal dan jauh daripada perkara syubhah. Majlis Fatwa telah mengistiharkan bahawa forex adalah bertentangan dengan islam dan patut dihindari. Hukum ini adalah hasil muzakarah ulamak-ulamak yang mahir dengan hukum hakam. Ia bukan dibuat sembarangan.
Alasan ekonomi orang melayu lemah ia tidak boleh diguna pakai. Sebab ramai orang melayu yang berjaya pada hari ini. Bank konvensional memang ada interest, memang itulah hasil keuntungan mereka. Namun, kita ada pilihan untuk mengunakan perbankan islam.
Jika ingin terus berforex, teruskan sahaja. Akibatnya di akhirat nanti, sendiri tanggung. Majlis Fatwa hanya menjalankan tanggungjawab mereka untuk memberi peringatan kepada umat Islam tentang persoalan hukum hakam yang terkandung di dalam agama Islam.
porek
lau kat akirat bukan forex je di tanya……bank2…peniaga2 pun ditanya……hakikat…yg tak nampak tuuuu yg lagi bahaya…….namnpak berniaga..buka kedai…..tapi…..lau tersalah sedikit….pasal jual beli…dose gak…..aikk aper aku merepek niiii!!!
kompius
Aku kompius ttg forex..betul2 kompius…tapi……apa yang saudara-saudari katakan di atas ada jugak betul dan salahnya……cuma….alangkah bagusnya kalau orang yang kaya -raya tu(Islam la)….buat amal jariah byk sikit….zakat ka, derma ke…apa -apa je lah…supaya ramai orang Islam di Malaysia nie menikmati kenikmatan yang sama….ni tidak, masuk paper..tunjuk rumah mewah, kereta mewah, makan d hotel…yang melarat, makan kedai kaki 5….dah la kaya , tunjuk pulak….yang miskin…apa…makan hangin je ke…..aku rasa….kena pikir balik la..ttg ekonomi nie…zaman berubah tapi hukam syariah x berubah…tapi pada masa yang sama, boleh berubah jika perlu….Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri….?????????
regalking
saya nak tanya di sini .en pernah terlibat ka dlm forex ni atau pun pernah join?sebelum en mau membahaskan atau mau mengeluarkan kanyataan fikir2kan dan cek betul2 kenyataan itu..
sham
Porek, ya di akhirat bukan hasil pendapatan sahaja ditanya. Ada banyak perkara lain seperti amalan,sedekah, zakat dan banyak lagi.
Di zaman yang penuh dengan perkara yang riba ini, seeloknya kita berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkannya. Jika dah terbabas, mohonlah keampunan dari Allah dan membuat pembetulan. Selagi ada nyawa dibadan, kita masih boleh bertaubat dan membetulkan kesilapan yang telah dibuat.
Regalking- soalan tu ditujukan kepada saya kah? Jawapanya saya pernah terlibat dalam forex,sekarang tidak lagi. Jadi saya tahu akan risikonya yang sangat tinggi. Kenyataan pengharaman forex dibuat oleh Majlis Fatwa dan disokong oleh pakar pakar kewangan islam yang diiktiraf.
jin_eur
tak main laaaa…asyik margin call je…….try dapat sejuta tgk…..compom..tak tingalnya….
bbc
banyak broker yg menawarkan islamic account.. bila islamic tu maksudnya ikut syariah la kan.. yg saya musykil adakah pakar agama dan pakar kewangan yg terlibat dalam majlis fatwa ni juga pakar investment?.. sebab kat malaysia ni susah nak cari pakar investment.. kena tau beza pakar investment dgn pakar dalam bidang jualan..
bbc
lagi satu hairan gak pehal kjaan sekat sgt benda yg boleh bawa wang masuk.. yg jd beban pada negara macam petani, nelayan, pemandu teksi nak sangat belanya..
bbc
Hi my malaysian brothers,
So sad to hear of the stupidity. Why does the stupid always get to make crazy statements.
ECM , my kaki lah
All Banks trade forex,
All financial institutions trade forex.
All companies registered with ROC trade forex.
All businessmen trade forex.
The whole population of malaysia trades forex when you buy or sell any foreign product.
But the elites get to scam you wide spreads, that is the reality.
you don’t sell ringgit , how you import your samsungs and stuff.
you don’t trade forex how you sell your produce abroad.
mana lah undang lagi, ada ka otak.
Ai ya to oppressed minds, no medicine la.
No insult intended.
But the frastration about imbeciles that run the system , really scratch my pain. Truely brain drain.
But the truth is no infrastructure to regulate and protect trading from unscrupulous operators. It was in the pipeline in the MME business structured, unfortunately became gajah putih with the Bursa Malaysia now.
If trading forex is illegal , then top cat is 1st candidate to masuk penjara. He lost whole nations foreign reserves when operating for Bank Negara.
I believe to the tune of 30 b RM.
bbc
the truth is golongan bangsawan dan pak menteri nak kawal kekayaan mereka.. rakyat tak boleh lebih cerdik.. kalau cerdik mesti ikut telunjuk mereka.. kalau rakyat lebih banyak duit nanti xde sapa nak tunduk pada golongan bangsawan.. ada paham?
kalau ada masa sila baca the secret. kalau ada masa sila baca rich dad poor dad, kalau ada masa sila baca buku2 donald trump dan robert kiyosaki
4z
Aku kuli kerajaan yg fin. status paras2 hidung…
kereta, duit rumah, PTPTN, loan kawin…
baru je kenal forex & tengah deeply study pasai forex…
hope dapat la bagi bini & anak asa idup senang…
hari ni aku baca majlis fatwa kata forex haram…
haram betul la……
tang mana lagi nak cari duit lebih?
keje 8am to 5pm..
nak cari part time petang badan dah lesu…
(seriously layan public sehari suntuk buat badan & otak jadi lesu!)
santak keje over time sabtu ahad pun dapat max300 je…
tengah bulan kering dah…
MEMANG HARAM!
muhambur
bermain forex baru 1 tahun untung sikit2 cun-cun bayar streamx tiap bulan…kalau forex tak ada…broadband dan streamyx memang tak laku dah..ada pun restoran2 kaya atau hotel…orang kampung mana mampu nak beli broadband bayar bulan2…Gov bagi notebook untuk student guna tapi…wifi tak adaer yang freee….
macam ni lebih baik tak payah pakai line internet, ekonomi pun tak maju pun tak apa
sham
jangan sempitkan minda pemikiran.. tanpa forex, ramai orang masih boleh dapat duit menerusi perniagaan lain. Forex bukan satu satunya cara untuk tambah pendapatan. Forex juga boleh buat hilang pendapatan. Buat apa kaya di dunia, jika di akhirat merana? Sebagai orang Islam, kita mesti cari rezeki yang halal.
Kalau dulu, tiada hukum berkenaan forex. Sekarang sudah ada hukum, sebagai orang Islam mestilah patuh. Walaupun ianya pahit.
jijo
Exchange Control Notices (ECM) tu bincang tetang apa ye?
LALA
TANAM POKOK LAGI BAGUS…SUDAH LE TU…DAH KATA HARAM..HARAM LA..
danzig
Apabila Ulama telah mengeluarkan fatwa maka yang terbaik adalah patuh dan taat. Elakkan Syubahah. Contohi saya. Dahulu sebelum fatwa dikeluarkan saya sememangnya kaya raya dan untung beribu sebulan atas pelaburan forex. Namun setelah fatwa keluar saya terduduk dan terkejut dan beristikharah pada Allah Taala. Keputusannya saya berhenti. Alhamdulillah sekarang Allah beri rezeki daripada pintu yang lain. Biarlah sedikit asalkan berkat. MasyaAllah. Terpulang pada setiap individu. Anda boleh mereka 1000 alasan untuk mengatakan yang ianya halal. Jalan ke syurga itu penuh ranjau dan duri manakala jalan ke neraka itu penuh dengan kesedapan dan kelazatan.
norhisyam
saya rasa hukum bermain forex adalah syubhah dan mungkin juga jatuh kepada haram kerana tidak jelas pengaliran wangnya
sham
Ya. Syubhah dan cenderung kepada haram dah.
forextoyou
dah tu kenapa bank2 pun trade forex….kalo dh haram…..
sham
Konsep leverage tak boleh dalam islam. Trade RM1 dengan RM1.. bukan modal RM1 boleh trade RM10,000. Itu leverage. Ia ada diterangkan dalam blog Ustaz Dr Zaharuddin. Bank memang ada keupayaan untuk trade tanpa leverage sebab mereka ada modal. Malah ada beberapa konsep forex yang bertentangan dengan konsep ekonomi islam dan jatuh kepada riba jika tidak dijaga.
Azlan
Saya nak tanyalah. Kenapa topik forex masih dibincang kat forum Wangcyber? Syam ni moderator kat sana kan. Saya pun beli buku forex yg direview kat situ dan baru sekarang jumpa post ni.
sham
Saya dah tak aktif berforum sejak ada fb. Saya tak promote niche forex.
forextoyou
info http://miswansurip.blogspot.my/p/hukum-forex-dan-leverage.html
Konsep leveraj yang disediakan oleh broker forex sebenarnya wujud dalam Islam. Islam
tidak pernah mengharamkan sesuatu perkhidmatan yang tiada unsur penindasan (gharar)
meskipun ianya disediakan oleh orang bukan Islam.
Leveraj forex merupakan jaminan (pertolongan)sementara yang diberikan oleh broker
forex. Ianya boleh dikatakan juga kontrak sementara antara trader forex dan broker
selagi trader tersebut masih mempunyai ekuiti dalam akaun mereka. Trader hanya
boleh memegang kontrak berdasarkan ekuiti mereka sahaja dan mengikut yang mereka
persetujui dengan broker mereka.Bagi akaun Islamik, broker forex tidak mengenakan
atau memberikan apa-apa faedah atas jaminan mereka.Dengan jaminan mereka kita
dapat memasuki pasaran matawang mengikut kemampuan kita.
Broker forex adalah orang tengah antara bank-bank antarabangsa (institusi) dan pedagang
kecil (retailer).Mereka membeli (qoute) dari institusi dan menjual balik (reqoute) kepada
pedagang kecil.Biasanya jualan balik adalah munasabah antara 3-10 mata sahaja.Di sini
lah mereka membuat keuntungan. Proses ini adalah dibenarkan oleh Islam. Ianya bukan
riba. (Ada yang terkeliru menyatakan jual beli adalah juga sama riba).
Pandangan Professor Kewangan Islam
Saudara/i,
Kalau kita mengkaji banyak pandangan dari pakar-pakar kewangan islam yang terlibat
langsung dengan kewangan islam dan pernah membentang kertas kerja di forum
kewangan islam. Majoriti bersetuju menyatakan leverage adalah harus (permissible).
Seperti kata Professor Humayon Dar, Managing Director of Dar Al Istithmar in London
(Examines the Shari’ah aspects of the emerging Islamic hedge funds)…
“…Shari’ah does not have problems with leverage as long as it is achieved through
Islamic debt. Leverage is not a Shari’ah concern, rather it is an economic issue…”
Rujuk: http://islamicfinanceandbanking.blog…mic-hedge.html
Kalau mengambil kata-kata beliau, saya mengambil contoh leverage dalam akaun islamik
FXOpen; leverage yang dikenakan tidak dikenakan sebarang interest (interest-free).
Juga kalau kita overnight pun tidak ada apa-apa interest (berbanding conventional
dikenakan interest kalau overnight).
Saya rasa perlunya kita merujuk banyak pihak yg mahir dan terlibat secara langsung
dalam kewangan islam. Bukan sekadar merujuk graduan bachelor yg baru balik dari
universiti di Jordan dan kerja 2-3 tahun di institusi kewangan islam dan tukar jadi
pensyarah di uiam. Kemudian buat hukum tanpa perbincangan.
hadith dhaif sebagai hujah pengharaman.
Saya ingin berkongsi pengetahuan tentang satu lagi hadith yang terputus sanad (dhaif)yg dijadikan hujah pengharaman, iaitu:
“Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu.” (Riwayat Abu Daud,
No 3504 3/283)
Rujuk Konsep Leveraj Haram; Metro Ahad 3 Februari 2008.
Adalah terjemahan langsung satu hadith yang masyhur
“la tabi’ ma laysa ‘indak”
??????????????
Beberapa isu telah dibangkit berkenaan hadith ini.Salah satunya tentang percanggahan
rantaian sanadnya.Al Bukhari dan Muslim tidak pernah merekodkan dalam koleksi
mereka walaupun yang lain antaranya Ab? Daw?d and al Tirmidhi, ada merekodkannya.
Percanggahannya adalah seperi berikut:
1. Ab? Daw?d, Ahmad ibn Hanbal, and Ibn Hibban menyatakan ianya diriwayatkan oleh
Ja’far ibn Abi Wahshiyah, dari Y?suf ibn Mahak, dari Hakim ibn Hizam, manakala yang
keempatnya, ianya [Abd Allah ibn ‘Ismah, manakala koleksi yang lain menyatakan antara
Y?suf and Hakim. Dalam al Mizan, al Dhahabi menyatakan nama pertengahan langsung
tidak diketahui (la yu’araf).
2. Berkenaan periwayat utama Hadith ini, Hakim ibn Hizam, dikatakan “obscure”
(majhu?l al hal). Hanya Ibn Hibban memasukkan beliau antara periwayat yang boleh
dipercayai (reliable / al thiqqat). Sementara al Nasa’’i telah merakamkan cuma satu
Hadith yang diriwayatkan oleh beliau, Yang lain menyatakan beliau adalah “obscure”.
Rujukan:
Commodity futures: An Islamic legal analysis
Mohammad Hashim Kamali
http://en.wikipedia.org/wiki/Mohammad_Hashim_Kamali
——————————————————–(*
Perkataan: Majhul al-Hal (dinamakan juga al-Mastur)
Definisi: Perawi yang diriwayatkan daripadanya oleh dua orang atau lebih tetapi tidak
ditawsiqkan.
Hukum periwayatannya: tidak diterima mengikut pendapat yang sahih di sisi majoriti
ulama.
Adakah hadisnya itu mempunyai nama khusus?
Hadisnya itu tidak mempunyai nama khusus tetapi diletakkan di bawah hadis dha`if.
Rujukan:
http://www.darulkautsar.com/penghadi…bahasan_Kedua:
—————————————————————(*
Nota: Saya tidak pernah memandang rendah pada hadith dhaif. Cuma menyatakan
bahawa hadith dhaif tidak boleh dijadikan hukum dalam soal halal dan haram.
The effects of using weak Hadeeth:
http://www.islamweb.net/ver2/archive…ng=E&id=139248
Wallahu ‘alam.
Bukankah leveraj dan margin trading saling berkait.Ibarat kuku dengan isi.Kalau ikut
pemahaman saya, margin trading saham gunapakai
pinjaman ada riba sahaja HARAM.Kalau tiada riba, jadi HALAL.Secara amnya margin
trading (leverage) HALAL tanpa ada riba. Sebenarnya dalam akaun Islamik forex,
margin tradingnya LANGSUNG tidak kena / guna riba.
Malah broker forex telah dulu merealisasikan prinsip-prinsip Qard Al Hassan (beautiful
loan) berbanding bank yang berjenama perbankan Islam tidak kira di Malaysia atau luar
negara. Kalau ada pun, ianya agak terbatas ruang lingkupnya seperti:Rujuk:
http://www.dib.ae/en/communityservice_qurad.htm
Insya Allah. Saya akan huraikan tentang Qard Al Hassan pada kesempatan lain.
Berkenaan risiko pula, andai pasaran tidak menyebelahi kita, kita masih ada stop loss
sebagai penyelamat. Andai kita tidak menggunakan stop loss pun, Broker forex
mengamalkan Fakta #3: ***No Debit Balances*** Your risk is only limited to funds on
deposit. Because there are no margin calls in forex trading, for your protection the broker
will automatically close out all of your open positions if your account equity falls below
the required margin level. Think of this as a final, automatic stop.
In fact, you’ll never lose more money than you have in your account!
Janganlah susah-susahkan hati pasal forex ini halal ke haram.ianya harus. yg uzar
komenkan adalah pasal leverage. leverage dlm forex menepati hukum syarak. xde riba.
kena yakinkan diri yg ianya menepati hukum syarak. tanpa keyakinan boleh jatuh
syubhah pula. yg penting pakai islamic account [swap free account]. kan byk broker yg
tawarkan islamic account. was-was itu adalah bisikan syaitan. sedangkan hukum dagang
forex dan penggunaan leveraj adalah harus [halal]. yakinkan diri baru hati jadi
tenang…kerja jadi senang. Apa-apa pun saya tiada kuasa menjatuhkan hukum HALAL @ HARAM.
Saya Cuma tolong menerangkan apa yang saya fahami selama ini megenai perkara tersebut.
Yang ada kuasa ialah MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.
Jikalau MAJLIS FATWA KEBANGSAAN mengeluarkan FATWA di Malaysia ini menerangkan yang Trading FOREX ini HARAM.
Maka berhentilah.Sehingga sekarang tiada apa2 FATWA dikeluarkan oleh MFK mengenai FOREX.
Di dalam Islam “La ibrata bil musammayaat walakinna ibrata bil ma’aani” (Pengajaran (hukum) bukan diambil dari segi istilah sesuatu perkara bahkan pengajaran (hukum) diambil dari cara perlaksanaannya). In ISLAM to verify things that are HALAL or HARAM is not from the direct meaning of the terminology but from how it’s done.
———————————————————–
jawapan dari yang lain merujuk kepada perkara yang sama
by SurFXGzali » Mon Oct 05, 2009 11:43 am
Daripada Penasihat Syar’ie/Shar’ie Advisor
KODANA Berhad.
Waalaikumussalam w.b.t..
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Seeraj atas pertanyaan yang diajukan
dan sokongan kepada ruangan forum ini.Memang semalam ada persoalan tentang
leverage. Oleh kerana soalan tersebut telah menyebut nama seseorang, pihak
pengurusan telah membuang soalan tersebut supaya perbincangan kita lebih telus
dan tidak menyentuh mana-mana pihak. Akhlak dan kesatuan adalah penting
dalam Islam dan bukan perpecahan serta pergaduhan yang dianjurkan.Terima
kasih atas keperihatinan saudara itu.
Diruangan yang terhad ini saya tidak bercadang untuk menterjemahkan definisi
LEVERAGE mengikut istilah perniagaan yang memeningkan kepala kerana ianya
berbeza mengikut penggunaan di dalam sesuatu urusniaga. LEVERAGE yang
berlaku dalam perdagangan FOREX adalah “how to earn more with less”
sebagaimana berikut :-
Sebagai contoh : kita mengambil urusniaga matawang asing yang melibatkan
matawang GBP/USD. Sekiranya kita membuka akaun USD1,000 dan kita ingin
membeli/menjual 1 lot GBP/USD, sepatutnya pihak platform akan memotong
USD100 dari akaun kita sebagai modal pusingan. Tetapi sekiranya leverage,
platform hanya akan memotong USD50 untuk modal pusingan 1 lot tersebut. Ini
merupakan kemudahan dan diskaun yang diberikan oleh pihak platform untuk
meringankan modal pusingan kepada pedagang yang mempunyai akaun mini
sahaja. Inilah yang dikatakan leverage dan keistimewaan ini hanya diberikan
kepada pedagang yang mempunyai akaun mini sahaja. Akaun mini ialah jumlah
akaun yang kurang dari USD50,000. Tetapi sekiranya akaun tersebut melebihi
USD50,000 ke atas, keistimewaan ini tidak diberikan kepada pedagang (trader).
Yang paling penting didalam perdagangan forex ini ialah setiap urusniaga yang
dibenarkan serta kerugian maksimum yang akan ditanggung oleh pedagang tidak
akan melebihi dari jumlah modal pusingan yang terdapat di dalam akaun mereka.
Sebagai contoh, sekiranya anda membuka akaun yang bernilai USD1,000 anda
tidak akan menanggung sebarang kerugian melebihi modal tersebut iaitu USD1,000
walau apapun leverage yang anda perolehi dari pihak platform dan kerugian anda
sama sekali tidak akan berganda dari keseluruhan modal yang anda laburkan.
Dengan ini leverage tidak menjadi halangan mengikut hukum syara’ dalam
perlaksanaannya kerana ianya merupakan diskaun atau keistimewaan yang
diberikan kepada pedagang. Ini hanyalah kemudahan yang diberikan oleh pihak
platform dengan harga yan lebih rendah kepada pedagang yang mempunyai modal
yang kecil (mini akaun) iaitu akaun yang yang modalnya kurang dari USD50,000.
Saya berharap penerangan saya yang ringkas ini dapat merungkaikan segala
kekeliruan dan pemahaman yang silap tentang leverage yang timbul dewasa ini dan
juga menjawab kepada persoalan hukum tentang leverage itu sendiri. Di dalam
Islam “La ibrata bil musammayaat walakinna ibrata bil ma’aani” (Pengajaran
(hukum) bukan diambil dari segi istilah sesuatu perkara bahkan pengajaran
(hukum) diambil dari cara perlaksanaannya).
Sekian.Wassalam.
Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed
Penasihat Syar’ie/Shar’ie Advisor
KODANA Berhad.
maaf sy tak arif pasal hukum……harap dapat sedikit penjelasan@rumusan dari tuan tentang info tersebut
sukahati
lantak ko la haram ka apa2 sy nk trade forex juga ,,,kami trade forex bukannya minta duit kat ko…kami trade pun x kurang beras kat rumah ko! lpas ni klu para ulama ckp beras haram,,,, x hairan klu korang makan batu lepas ni hahahahahahahahahaa
sham
Betul..kubur kita asing-asing…Sekurang-kurangnya ada ulamak yang menegur. Nak ikut atau tak, itu pilihan kamu. Arak haram… nak minum atau tak.. tanya iman.. Babi itu haram… terpulang pada kamu nak makan atau tak..tanya iman kamu..
Naziman Azlye
Terima kasih tuan. Sebelum nak komen, skimming komen, macam-macam sifat yang ada di Malaysia ni rupanya.
Zade
Aku baru terjumpa site ni (walaupun artikel dah bertahun publish). Baguih gak baca komen2 di atas.. apa2 pun peringatan utk diri aku – “islam suruh iqra’, bukan jadi keyboard warrior”..simple as that. Lagi, “Forex pairing dan forex MLM scheme actually killed ecosystem trading”. Terima kasih pada “forextoyou” di atas perkongsian tuan.