Asssalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama betul tak update blog ni. Saya kini cenderung kepada bidang pertanian. Insyallah tengah setup satu kebun untuk perancangan di masa hadapan. Sebagai anak seorang petani, memang tidak lari untuk kembali kepada pertanian.
Sebidang tanah yang saya beli pada tahun 2014, baru sahaja siap dibersihkan. Perancangannya untuk tanaman kelapa pandan dan juga durian atas faktor keadaan tanah. Sebahagian tanah berbukit, saya akan tanam durian (Lebih kurang suku ekar). Sebahagian lain landai sedikit berbukit kecil. Keluasan tanah ini adalah 2 ekar.
Kalau dulu diusahakan, dah ada hasil dah sekarang..huhuhu
Inilah perancangan saya untuk hobi dan juga persediaan untuk “pencen”. Di masa sekarang, persiapkan beberapa pasif income seperti ebook, affiliate dan juga Google Adsense. Ya. Pasif income tu income yang kita akan dapat walaupun kita tak buat apa apa.
Semenjak dunia dilanda Covid, keadaan ekonomi semakin tidak menentu. Ditambah dengan keadaan politik Malaysia yang dipenuhi monyet-monyet yang gilakan kuasa tanpa memikirkan kesusahan rakyat. Jadi kepada Allah sahaja kita bergantung. Itulah pemegang kunci rezeki kita. Biarkan mereka dengan labu labu mereka. Kita tanam labu kita sendiri..
Sedar atau tidak… Dunia kini menuju kearah… Kiamat
Bagi mereka yang terlibat dalam teknikal analisis ekonomi dunia, mereka sudahpun mengjangka Krisis Makanan Dunia akan menjelang tidak lama lagi. Zaman Great Depression akan kembali lagi. Malah ia lebih teruk daripada sebelum ini. Bermula dengan wabak, disusuli dengan kejatuhan ekonomi dunia. Ya. Dunia, termasuklah negara kita Malaysia yang tercinta. Jadi jangan nak compare dengan negara lain.
Jika anda perasan, semua harga komoditi semakin meningkat. Ditambah dengan kekurangan pengeluaran hasil pertanian ini menyebabkan harga meningkat sehingga tidak mampu untuk dibeli orang biasa. Ini adalah forecast atau ramalan keadaan ekonomi beberapa tahun akan datang. Terjadi atau tidak, itu semua ketentuan Tuhan. Namun, bibit bibit untuk terjadi sudah ada.
Faktor yang paling ketara ialah PERUBAHAN CUACA. Ia secara langsung mengurangkan hasil pertanian dan juga makanan di seluruh dunia. Bukan negara kita sahaja.
Harga komoditi semakin meningkat, paling mudah ialah harga sawit sekarang ditahap ALL TIME HIGH (ATH) dalam sejarah negara ketika artikel ini ditulis. Dijangka ia akan terus meningkat mencecah 7000 per tan. Bagi mereka yang ada kebun sawit, ia adalah satu berita yang baik. Berita buruk untuk kebanyakan orang, harga minyak masak akan turut melambung naik kecuali kerajaan memberikan subsidi minyak masak.
Pasti ramai yang akan mengeluh, Malaysia pengeluar Minyak Sawit no 2 dunia. Tapi harga minyak masak macam harga Yahudi. Hahaha.. Yahudi jugak yang kena..
Ia akan terjadi di masa akan datang jika kita tidak bersedia. Hanya masa akan menentukannya. Ia akan terjadi di zaman kita sekarang. Dengan wabak covid ini sudah melumpuhkan ekonomi keluarga rakyat Malaysia. Jika ia berterusan, ramai yang tidak akan dapat bertahan lebih lama.
Apa yang boleh kita lakukan?
- Kurangkan Hutang Ditahap Dalam Kemampuan Kita
Tidak salah untuk berhutang. Pastikan hutang yang kita buat itu mendatangkan hasil dan di dalam kemampuan kita untuk membayar balik. Jika tidak, kita akan terjerat dengan hutang yang tidak mampu kita bayar di masa hadapan. Jadi kenalpasti hutang anda dan cuba selesaikan bermula daripada yang hutang yang paling kecil. Jangan tak bayar hutang ya. Makin susah nanti.
- Tambah Pendapatan di Masa Lapang
Ya. Selain kurangkan hutang, kita juga boleh cuba untuk tambah pendapatan anda. Jika sibuk macamana pun, pasti ada waktu rehat seperti hujung minggu dan sebagainya. Di zaman sekarang, ada banyak peluang untuk menambah pendapatan menerusi internet sahaja. Antaranya dengan program affiliate, dropship, agent produk dan juga penerbitan seperti video, ebook dan kursus online. Di youtube pun boleh dijadikan pendapatan pasif anda menerusi program Google Adsense.
- Potong dan Buang
Ramai diantara kita yang terjebak dengan gaya hidup masa kini. Contoh mudahnya ialah jenis langganan yang boleh anda kurangkan perbelanjaan anda. Contoh? Langganan Tv Satelit dan juga penapis air. Kita terjebak dengan kononnya bayar bulan2 untuk penapis air, tak perlu risau sebab ada servis bulanan. Ada keluarga yang jimat banyak dengan tidak melanggan perkhidmatan penapis air. Jika perlu penapis air, beli je yang tiada langgan. Setiap tahun, tukar sendiri filter. Harganya pun murah je. Begitu juga dengan TV satelit, walhal tengok tv pun jarang-jarang. Cerita pun cerita sama diulang-ulang. Caj masih sama setiap bulan berdasarkan pakej langganan.
- Berkebun / Kebun Bandar
Kini ada gerakan yang mengerakkan kebun bandar untuk mereka yang tiada tanah atau tanah yang terhad. Boleh gunakan kaedah moden seperti hidroponik untuk tanaman di balkoni. Boleh tanam sendiri sayur yang mudah seperti bayam brazil,sawi, kangkung dan sebagainya. Ia tidak memakan ruang yang luas mengunakan takung hidroponik atau hidropot. Nak tak nak je.
- Bersiap sedia dengan Emergency Fund
Sediakan dana kecemasan. Pastikan ada simpanan untuk kegunaan di masa kecemasan. Nilai barang akan terus meningkat. Dulu ikan adalah makanan orang marhain, kini sudah menjadi makanan orang kayangan waima ikan sardin sekalipun. Yang masih murah ialah ikan keli dan patin di pasaraya.
Ini adalah antara cara awal untuk anda bersedia untuk menghadapi krisis yang bakal menjelang. Cuba untuk tanam sendiri makanan. Dengan galakan daripada Jabatan Pertanian dan pelbagai agensi lain untuk meningkatkan hasil produk makanan di dalam negara.
Kebergantungan kepada import daripada luar perlu dikurangkan. Bersediakah kita untuk menghadapi krisis ini? Semoga kita semua dapat mengharungi cabaran yang mendatang. Pandemik baru sahaja semakin pulih. Dihari artikel ini ditulis, kerana telah membenarkan untuk rentas negeri. Andainya krisis makanan bermula, negara pengimport akan menghentikan eksport mereka untuk menampung keperluan dalam negara mereka. Jadi dari mana kita nak beli beras dan makan lain?
Dah boleh rentas negeri? Yak Yak Yeay….
Maka berhari raya lah. Ramai yang mengambil peluang untuk balik ke kampung bertemu ibu dan ayah yang telah lama tidak di jenguk semenjak pelbagai siri PKP. Rakyat juga sudah muak. Ditambah dengan pelbagai karenah ahli politik yang tak berakal memporak perandakan sistem pentadbiran negara.
Lain kali, pastikan calon pemimpin yang benar benar layak dipilih. Jadi pilih pemimpin otak udang. Sengal jadinya negara kita ini. Pelabur luar pun takut nak melabur.
Semoga bermanfaat.