Artikel saya berkenaan Krisis Makanan Dunia beberapa bulan dulu semakin nyata. Ketika itu, peperangan Rusia-Ukraine belum belaku. Malah bibit peperangan juga belum belaku. Penulisan saya itu berdasarkan teknikal analisis komoditi makanan sebenarnya. Namun, kinia ia semakin menjadi semakin jelas dan nyata.
Pengeluaran minyak bunga matahari terhenti akibat perang. Bekalan gandum dunia semakin meruncing. Terkini, India telah menghentikan eksport gandum mereka bagi memenuhi permintaan dalam negara mereka sahaja. Ia merupakan polisi biasa dikala krisis makanan. Mana mana negara pun akan mengutamakan rakyat negara mereka terlebih dahulu.
Indonesia juga telah memulakan larangan eksport minyak sawit mentah mereka untuk memenuhi permintaan dalam negara mereka. Namun, saya sedikit ragu berkenaan data pengeluaran dan stok semasa dalam negara Indonesia. Ia menunjukkan peningkatan, tetapi dalam negara bekalan berkurangan. Saya risau ia merupakan strategi Indonesia untuk meningkatkan harga CPO. Dalam pasaran saham dan komoditi ia terkenal dengan cara PUMP and DUMP dimana harga akan dipum untuk naik, kemudian bekalan dilepaskan secara mengejut sehingga harga komoditi jatuh mengejut.
Krisis makanan dunia ini sekarang menjadi isu dunia. Kebanyakan negara kaya mula menyimpan bekalan makanan untuk kegunaan dalam negara mereka. Malaysia? Menteri masih syok sendiri. Walhal tindakan memaksimakan pengunaan tanah terbiar patut ditingkatkan untuk pengeluaran makanan negara.
Penglibatan kartel dalam pengimportan makanan ke dalam negara juga perlu diatasi. Contoh mudah, negara kita boleh mengeluarkan sayur sayuran kita sendiri. Akibat manipulasi kartel, negara memberi keutamaan kenada kocek kartel dengan mengeksport secara besar besaran. Malah menteri terlibat secara tidak langsung terikut dengan perancangan kartel-kartel ini.
Ayam tak cukup, import.. sayur tak cukup, import. Walhal ada isu lain yang kita tak pandang.. Halal kah ayam berkenaan? Sijil halal pun boleh dimanipulasi tau. Sayur pula berkenaan sisa racun yang melampau. Sayur yang diimport nampak cantik je. Tahan lama pulak tu. Kita tak tau banyak mana racun yang digunakan untuk sayuran berkenaan.
Jadi tak mustahil semakin ramai yang menghidap penyakit kanser dan sebagainya berpunca daripada makanan yang tercemar. Benda ni susah nak nampak sebab sisa racun diserap ke dalam batang dan daun sayuran. Jika ia dihantar ke makmal, pastinya dapat kesan. Tetapi ianya pasti akan dihalang oleh kartel dengan kuasa duit yang mereka ada. Pak menteri pun tunduk setelah dapat habuan mereka. Rakyat?
Itu periuk nasi mereka. Pastinya mereka akan manipulasi sebaik mungkin. Kita boleh tengok kes kartel import daging sebelum ini? Macamana kes tu? Dah senyap kan? Tiada seorang pun yang didakwa dan dipenjarakan. Lama lama, rakyat pun lupa.
Yang menjadi mangsa ialah rakyat marhain seperti kita semua. Nak beli barang mahal. Yang jadi petani pula, nak jual hasil pertanian pun susah kerana perlu besaing dengan sayuran yang diimport daripada luar negara oleh kartel yang terlibat. Harga pula berganda ganda berbanding harga yang ditawarkan oleh petani tempatan.
Itu kuasa duit. Money is king kata bekas PM kita Tun Dr. Mahathir. Anda ada duit, anda boleh apa sahaja termasuklah mengubah sistem keadilan dalam negara.
Berikutan dengan larangan gandum oleh pengeluar no 2 dunia iaitu India, bekalan gandum dalam negara boleh bertahan sehingga Julai sahaja. 2 bulan sahaja ya. Mereka yang berbisnes mengunakan gandum sebagai bahan asas seperti roti, roti canai dan sebagainya kini mula pening kepala. Mana cara gandum ni…
Bermula dengan pandemik, krisis ekonomi dan kini krisis makanan pula. Bersama kita berdoa agar kita dapat mengharungi ujian ini dengan sebaik mungkin. Ia bukan perkara yang mudah.
Pastinya ia akan merebak ke komoditi lain seperti beras yang menjadi makan ruji negara kita. Negara kaya akan gunakan duit mereka untuk memborong sebanyak mungkin. Negara miskin, tengok tepi jela. Nak beli takde duit.
Pak menteri, ada perancangan dalam food security negara kita tak? Harapnya ada la..
