Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
Minyak Sapi QBB Pure GHEE Tidak Halal
Isu Semasa

Minyak Sapi QBB Pure GHEE Tidak Halal

sham 5 Comments

Kepada rakan rakan sekalian. Sila pastikan isteri anda yang sedang buat kueh raya tu. Pastikan tidak mengunakan minyak sapi QBB Pure Ghee kerana sijil halal untuk produk ini telah ditarik balik oleh JAKIM. Ini adalah kerana JAKIM ada mengesan unsur asing yang tidak halal. Ada juga yang mengatakannya ia dari lemak babi.

Kalau dah terbeli, buang sahaja kueh dan baki minyak sapi berkenaan.

Bagi yang merancang untuk membuat nasi beriani. Beli minyak sapi jenama lain yang sijil halalnya masih lagi sah. Jika anda berniaga kueh raya dan mengunakan minyak sapi ini. Saya sarankan ia ditarik balik agar tidak merosakkan umat islam yang memakannya.

Rujukan… Halal Malaysia

Update: Semua produk QBB telah dikembalikan sijil halal setelah penyiasatan JAKIM selesai. Anda dah boleh mengunakan minyak sapi jenama ini kerana ia sudah disahkan halal oleh pihak JAKIM pada 1 November 2010.

Artikel Berkaitan
  • Biskut Arab Yang Sedap
    Biskut Arab Yang Sedap Biskut arab lebih kurang sahaja dengan biskut makmur. Jika anda rasanya bent...
  • Twisties Mengandungi Lemak Babi?
    Saya tak perasan sehinggalah saya beli Majalah Milenia Muslim Edisi Mac 2010 yang ada menyenaraikan ...
  • Harga Terkini Minyak Masak dan Bahan Api
    Mencabar betul pada bulan November ini, 2 jenis minyak yang menjadi nadi kehidupan rakyat telah naik...
  • Perbezaan Kopi Radix Asli dan Radix Tiruan
  • Debat Anuar Ibrahim & Shabery
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • harga minyak sapi
  • minyak sapi
  • harga minyak sapi ghee
Post Views: 2,171
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:qbb pure ghee qbb pure ghee haram

Related Articles

Kenapa disalahkan Blogger?
Saya pelik kenapa kerajaan salahkan blogger bila kerajaaan dihentam. Kenapa …

Kenapa disalahkan Blogger?

Apabila Bukan ISLAM Mentafsir Al Quran…
Keadaan di pilihanraya di “2 Bukit, satu batang” semakin panas. …

Apabila Bukan ISLAM Mentafsir Al Quran…

5 Comments

  1. Haji Mohamed Shafie

    Pakcik kerja masak kenduri kahwin di Pulau Pinang semenjak 1980an. Pada pendapat Pakcik, kita patut mengelakkan penggunaan minyak sapi tulen yang dihasilkan dari susu lembu dan juga sebarang barangan dari lemak binatang walaupun disahkan halal atas sebab-sebab kesihatan kerana kedua-dua jenis barangan ini banyak berlemak. Pakcik juga mendapati marjerin yang mengandungi minyak sawit, air dan garam sama ada Planta atau lain jenama tempatan juga kurang sesuai untuk masakan beriyani dan lauk-pauk. Kalau dari segi rasa dan juga kos, memadai kalau gunakan minyak sapi sayuran yang dikenali sebagai vanaspati menurut Akta Makanan 1983, itupun vanaspati yang separa terhidrogen yang kelihatan lembut dan sesuai untuk pemakanan manusia. Dari segi kesihatan, kita perlu mengelakkan dari menggunakan vanaspati penuh terhidrogen yang kelihatan seperti lilin. Dari pelbagai jenama vanaspati tempatan dan luar negeri yang Pakcik pernah mencuba, Pakcik mendapati yang paling baik sekali yang masih dijual di Penang adalah Cow Brand dari Holland juga dipanggil Cap Lembu, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah, tinnya untuk pasaran Malaysia dicetak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Barang ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit dengan bahan tambah beta carotene yang menguatkan sistem kelalian badan disamping memberi rasa, keharuman dan warna macam minyak sapi tulen. Pengeluarnya di Eropah mempunyai reputasi yang tinggi dan banyak mengeksportnya ke negara-negara Islam di Timur Tengah. Penguatkuasaan di Timur Tengah cukup baik dan sebarang bahan yang tak halal sama ada lemak binatang ataupun bahan menagihkan dapat dikesan dengan segera. Cow Brand Vanaspati ini terdiri sepenuhnya dari bahan tumbuhan dan tidak mengandungi langsung lemak binatang, bahan beralkohol, bahan yang menagihkan, halia atau bawang putih; menjadikannya produk yang bukan sahaja boleh diambil oleh oleh orang Islam tetapi juga oleh pengikut mana-mana agama di dunia. Menurut pengimportnya di Kuala Lumpur yang Pakcik pernah telefon, olehkerana Cow Brand Vanaspati ini merupakan barangan import, Jabatan Kesihatan Pelabuhan Kelang bertanggungjawab mengesahkan kandungannya seperti yang dilabelkan dan menuruti Akta Makanan 1983 dan Akta Perihal Dagangan 1972 setiap kali diimport masuk ke Malaysia. Mana-mana jenis nasi beriyani yang Pakcik buat dari Cow Brand Vanaspati memang lazat. Di Malaysia, banyak catering menggunakan Cow Brand Vanaspati tetapi memberitahu pengguna mereka pakai minyak sapi tulen seperti QBB. Ada juga yang menggunakan minyak biji matahari, minyak zaitun, minyak masak biasa, marjerin tempatan sebagai gantian kepada QBB. Mana boleh tahan pakai QBB sekarang dengan harganya menjulang tinggi. Lagipun QBB yang dijual di Malaysia tak original seperti dulu. Menurut anak buah Pakcik yang pandai melayar internet, pengilang asal QBB di Australia dah gulung tikar beberapa tahun dahulu. Lagipun, pihak penguatkuasa Emiriyah Arab Bersatu semenjak beberapa tahun lalu sedang mengkelaskan QBB sebagai animal shortening dan bukan sebagai pure butterfat ghee atau pure butterghee iaitu sebagai minyak sapi tulen. Dari segi kos, rasa dan juga segi kesihatan Pakcik sentiasa syorkan Cow Brand Vanaspati kepada pengguna Pakcik. Maklumat tambahan boleh didapati dari laman web: http://www.dishhad.com/cms/index.php

  2. Hj. Abdul Kadir

    Pak Cik kerja masak kenduri kahwin di Johor dan juga Melaka sudah lebih 30 tahun. Dulu ramai yang memilih Cow Brand Vegetable Ghee, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah. Benda ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit. Bahan pewarna dan perasanya pun dari bahan tumbuhan. Halal 100%. Mana jenis beriyani pun pakcik buat darinya memang lazat. Kemudian ada perubahan istilah dalam Akta Makanan Malaysia 1983, lalu namanya ditukar kepada Cow Brand Vanaspati. Vanaspati ini kalau tak salah pak cik, asalnya perkataan Sanskrit. Kemudian orang kita semakin mewah, mahu gunakan QBB Ghee yang lebih mahal yang masa tu memang dari susu lembu dan dibuat di Australia. Bagus juga mutu QBB masa itu. Beberapa tahun kebelakangan ini, pakcik dapati rasa QBB pun dah mula berubah. Pakcik dah mula syaki kandungan QBB bukan lagi seperti yang ditulis pada tinnya. Kemudian ada kawan Pakcik di Singapura beritahu kilang QBB di Australia dah tutup beberapa tahun yang lalu dan kerja membuat QBB sekarang di Shah Alam. Baru Pakcik sedar QBB ini bukan lagi yang original. Banyak jenama minyak sapi yang kilangnya di Malaysia muncul dalam 10 tahun yang lalu. Semuanya pakcik dah cuba. Cakap saja, minyak sapi tulen, tapi kebanyakan rasa macam dibuat dari minyak sawit juga. Harganya dua kali harga vanaspati. Sekali dua pakcik pernah masak dengan minyak sapi tulen diimport dari Eropah, namanya Green Mountain, tin hijau muda ada perkataan Arab dan banyak dijual di negara Islam, agak mahal tetapi memang minyak sapi tulen yang paling sedap dirasai. Buat bubur lambuk darinya cukup bagus. Pak cik tulis ini semua bagi orang tahu pengalaman pak cik pasal kisah minyak sapi ini. Pandai-pandai kita memilih, jangan terperangkap dengan tipu helah sesetengah pembuat tempatan.

  3. sham

    terima kasih pak cik. saya main tibai je. Wife saya guna gheeblend je. campuran minyak sawit. QBB tak pakai dah walaupun sijil halal dia dah dapat balik. Kalau boleh nak cari produk muslim je.

  4. smartzul

    Salam Sham, dikatakan JAKIM luluskan semula kehalalan produk ini.

    http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=PCS-20101109081232&type=PCS

    http://www.mmail.com.my/content/54799-jakim-confirms-qbb-ghee-halal

    Sekadar mencerahkan keadaan agar yang sudah halal tidak dianggap haram. Selebihnya terserah untuk guna atau tidak (saya tak pernah guna pun, hehe).

    Moga maklumat ini tersebar.

  5. sham

    Sijil halal QBB dah diluluskan kembali. Sijil halal QBB digantung buat sementara baru ini untuk penyiasatan kandungan bahan asing. Sekarang, dah boleh guna dah QBB. Tapi family saya memang tak guna QBB.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • sham on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Nor on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?

Sekarang kenaikan harga barang semakin terasa. Semua barang naik harga. Hujan je…

Cripto Currency: Pelaburan atau Peleburan?

Ramai yang tanya saya tentang kripto currency ini. Sebenarnya ada baik dan buruk…

Google Melaksanakan +1 Untuk Search Ranking

Google baru sahaja melancarkan konsep +1 untuk membantu ranking. Ia berdasarkan …