Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
Perniagaan Internet Dah Wajib Daftar Perniagaan Di SSM
Isu Semasa

Perniagaan Internet Dah Wajib Daftar Perniagaan Di SSM

sham 13 Comments

Nampaknya mereka yang meniaga di internet perlu mendaftar perniagaan mereka di SSM. Sebelum ini takde penjelasan yang jelas bahawa perlu atau tak mendaftar di SSM. Namun ada banyak lagi yang kurang jelas tentang perniagan jenis apa yang perlu didaftarkan antaranya?

Blogger- pendapatan daripada pengiklanan, affiliate & etc. Perlu ke mendaftar?

Affiliate- bagaimana pendapatan affiliate. Ada affiliate marketer malaysia mempunyai pendapatan ribuan ringgit sebulan.

Forex Trader – pendapatan daripada pedagang matawang ni macamana?

Kalau nak jalan selamat, daftar je. Dalam RM70 je daftar di SSM. Sekarang ni nak daftar online pun boleh. Harap kerajaan boleh jelaskan kekeliruan ini.

Kebanyakan peniaga di internet masih belum mendaftar perniagaan mereka kerana menyangka mereka tidak perlu untuk mendaftar. Dalam Harian Metro semalam ada cakap 400 orang peniagaan online dikenakana tindakan undang undang kerana tidak mendaftar perniagaan mereka.

Oh…ini keratan artikel HM semalam:

2010/07/20
PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Bernama

Sumber: Harian Metro Online

Artikel Berkaitan
  • Apa Yang Anda Ingin Tahu Tentang Perniagaan Internet?
    Saya ingin menghasilkan produk baru iaitu Siri Video pulak. Ia akan menjadi satu koleksi video tenta...
  • Laporan Percuma 7 Rahsia Buat Duit Dengan Clickbank
    Saya baru sahaja selesai membaca laporan percuma 7 Rahsia Buat Duit Dengan Clickbank oleh Gobala dan...
  • Panduan Perniagaan Produk Fizikal Secara Online
    Shuth iaitu pemilik WangCyber.com telah melancarkan ebook pertama beliau dari genre perniagaan inter...
  • Betul ke Perniagaan Internet Boleh Buat Duit?
  • Ada Ke Pil Ajaib Dalam Perniagaan Internet?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 5,081
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:daftar perniagaan

Related Articles

Isu McDonalds Gunakan Lemak Babi telah banyak kali terjadi. Saya …

McDonalds Gunakan Lemak Babi Dalam Penyediaan Makanan?

Kenapa disalahkan Blogger?
Saya pelik kenapa kerajaan salahkan blogger bila kerajaaan dihentam. Kenapa …

Kenapa disalahkan Blogger?

13 Comments

  1. smartzul

    Sham, apa jua perniagaan perlu didaftarkan, tidak kisah dilakukan secara Online atau Offline. Internet hanyalah medium, tetapi perniagaan tetap perniagaan. Pihak SSM hanya mahu mereka yang berniaga mendaftar, selebihnya mahu lakukan secara Online atau Offline, itu mereka tidak perlu tahu.

    Bagi saya, para peniaga online yang keliru sebenarnya akibat daripada maklumat atau nasihat kurang tepat yang diberikan oleh kebanyakan IM.

  2. mashita

    macam mana nak daftar online? website mana yang boleh pergi utk rujukan?

  3. Asikin

    Terima kasih atas maklumat saudara..namun nak daftar ini..bukan mudah..saya telah alami sendir..ia merupakan cabaran yang agak besar..saya sendiri kena interbiew..hampir 3 jam baru boleh daftar..nak.daftar biz ni aje

  4. naz

    bagaimana dengan blogger yg menjual iklan dan review ya? ohh, tuan sham, saya sebenarnya risau akan ini, semalam saya sedang Google tentang MLM scam di internet dan saya terstumble blog mohdIsmail.net ttg blogstarz, kemudian saya ke http://www.blogstarz.my untuk melihat website mereka dan saya amat terkejut melihat mereka menulis “coming soon, we will assist you on the new upcoming blogstarz.my new features and benefits” apakah ini tanda mindset org kita belum berubah, sehingga Blogstarz berani mahu kembali. rosak lah internet marketing Malaysia begini.

  5. sham

    naz… dah dekat setahun dah blogstarz tu macam tu. susah nak recover balik dah tu. tunggu domain expired jela tu.

  6. naz

    ohh, ye ke. nampak mcm real pulak bila buka website tu. nasib baik lah 🙂

  7. hyprobulksms

    Sham, sesiapa yang mempromosi seminar dan bengkel coaching juga sebenarnya mereka berniaga juga kan. Kenapa seminar itu boleh diadakan tanpa SSM?

  8. eCoswaybiz

    uik.. pelik tapi mmg benar la.. sbb depa nk duit je.. suh daftar.. sukahati je.. gila apa.. tak pasal2.. malas la aku nk pk.. freedom freedom freedom

  9. sham

    kalau buat perniagaan, lebih baik daftar. Ia memudahkan jugak pada masa akan datang seperti nak buat loan, nak dapatkan geran dan sebagainya.

  10. Bad

    blogstarz sudah bungkus.tauke sudah lari.jgn haraplah nak dpt balik.iee.org mcm ni pun ada kan.bawa lari duit haram org lain bg makan anak bini..

  11. ahmad

    pd 2010 ada penipuan didedahkn di harian metro. Syarikat yg menipu ni didaftarkn di SSM atas nama noor farizan. Saya tau org ni dimana, tapi saya tak ingat artikel harian metro tu dan nama syarikat tu. Bagaimana saya nak buat semakan dan bantu pihak bkuasa menahan individu ini?

  12. sham

    Biasanya syarikat yang berniat menipu ni gunakan proxy. Itu yang susah nak buat pendakwaan. Diorang bayar orang untuk jadi pemilik, lepas tipu.Cabut… yang kena orang yang jadi proxy.

  13. sapiah

    untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni http://www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi…yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9…lesen saya sehari je diorangg siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail.

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Star2u adalah eksploitasi artis?

Baru baru ini saya ada lihat dalam Melodi pelancaran Star2u iaitu kumpulan bagi …

Ulasan Berkenaan Rang Undang Undang Juru Komputer Profesional 2011

Rang Undang Undang Juru Komputer Profesional 2011 Rang undang undang yang ingin …

Sumpah Laknat Semakin Menjadi Jadi

Sejak akhir akhir ni pengunaan sumpah laknak semakin menjadi jadi..Bermula denga…