Perniagaan internet Malaysia dalam bahaya! Dah lama juga terbuku dalam hati tentang perkara ini. Produk buat duit di internet juga tumbuh bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Banyak JV saya tak reply langsung. Maaf kalau tiada respon daripada saya. Saya jarang jarang promote produk yang tak berkenaan dengan niche list yang saya ada.
Sejak akhir akhir ini aura negatif mula melanda apabila IM terlalu mengejar rekod jualan yang tinggi. Mereka berbangga dengan rekod jualan puluhan ribu dalam masa sekian masa. Tak berapa lama kemudian lancarkan produk baru lagi sedangkan masalah customer sedia ada langsung tak dibalas.
Malah saya pernah email beberapa IM yang buat duit puluhan ribu ini. Sampai sekarang pun email saya tak berbalas. Tujuan saya hanya untuk menguji sejauh mana customer support mereka ini. Ini menyebabkan pelanggan sedia ada berasa tertipu sedangkan dijanjikan segala macam janji. Malah produk yang dijanjikan tak siap sedangkan duit dah pun diambil.
Ramai yang meluahkan perasaan kecewa mereka apabila zul smartusaha menulis teguran terbuka tentang perkara ini.Malah Sabri Saifulsham juga telah menyuarakan kekecewaannya terhadap situasi perniagaan internet Malaysia sekarang ini. Aura negatif mula melanda perniagaan internet Malaysia. Jika ia tidak dibendung, ia akan menjadi duri dalam daging perniagaan internet Malaysia pada masa akan datang.
PPL atau Pay Per Lead satu per satu timbul. Malah ramai yang komplen, IM yang menganjurkan PPL membuat pelbagai promosi. Ia cukup merimaskan jika menerima pelbagai email promosi yang langsung tak berkenaan dengan PPL yang terdahulu.
Malah ada IM Malaysia, terlalu terpengaruh dengan stail produk building Mat Salleh diluar sana. Buat satu produk lebih kurang sama. Hanya produk je yang berlainan. Itulah style yang dibawakan oleh IM mat salleh terutamanya di Clickbank. Nama produk mereka sering berubah sedangkan nama adalah sama, begitu juga teknik yang digunakan. Tidak dinafikan ia memang berkesan untuk menjual, tetapi jangan lupa tentang pelanggan kita yang terdahulu.
Memang agak mengecewakan apabila email berbulan bulan tak dibalas. Memang email hanya untuk mengaburi pandangan orang yang menunjukkan mereka mempunyai customer support je kot. Saya pasti beratus email tak dijawab. Bila masa promosi produk affiliate, bermanis mulut betul. Sedangkan email pelanggan sendiri tak diendahkan.
Produk sampah pun semakin banyak. Entah apa nak jadi dengan perniagaan internet Malaysia jika ini berterusan. Mungkin ramai yang akan mengecop bahawa perniagaan internet adalah tipu semata mata.
Bagi saya, perniagaan internet Malaysia sekarang dalam bahaya. Walaupun ia semakin berkembang. Dengan adanya isu sebegini sedikit sebanyak mencalarkan nama perniagaan internet itu sendiri.

Incoming search terms:
- isu semasa perniagaan
zamri
mungkin saudara berasa tergugat dengan kehadiran kuasa2 IM yang baru…ia menyebabkan sales ebook anda jatuh merudum…
-maaf-
smartzul
Market Malaysia ni kecil. Sesiapa yang buat hal, susah nak hidup pada masa depan. Ye lah, nak lari ke mana? Malaysia bukan besar pun. 🙂
Utamakanlah kualiti, walaupun kuantiti itu penting. Saya sendiri sejak 4 tahun lepas, belum pernah lagi buat big launch menggunakan JV. Kalau saya buat pun, mungkin ia pertama dan terakhir. Itu pun saya nak limitkan pembeli.
ps. Bahagian support adalah tulang belakang bisnes dan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan. Jadi, utamakan bahagian tersebut berbanding hanya mengira-ngira duit yang masuk.
sham
Sales ebook saya tetap maintain je. Cuma saya agak kecewa IM sekarang tak berapa fokus pada customer support yang sepatutnya.
Saya tak tergugat pun dengan IM baru. Malah saya gembira dengan pertambahan IM sekarang. Lagipun saya tak bergantung sangat pada sales ebook saya sebab ada banyak sumber lain lagi.
Jangan terlalu sangat kejar duit sampai terlupa tanggungjawab sebenar untuk mendidik orang. Setiap pelanggan berhak untuk mendapat semua yang dijanjikan terutamanya after sales servis. Ya. Semua orang tak sempurna. Sekurang kurangnya bantulah pelanggan yang mengeluarkan duit untuk membeli produk.
Saya tak nak la suatu hari nanti pertumbuhan perniagaan internet malaysia terbantut disebabkan kesilapan kita sendiri.
Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas. Tak gitu zamri? 😛
Zairi Zaidi
Yang tak bestnya, mesti ade produk cara buat duit di internet keluar.
Kenapa kita tak cuba niche lain
titan
memang agak berbeza berbanding dulu. Aku rasa ramai yang kecewa. Cuma aku harap otai-otai baru dan sifu segera yang terhasil tu dapat membantu ramai newbie yang baru nak timbul. Takdelah fikir nak dapat sales aje memanjang sampai tembak list setiap hari. Bosan gak dapat promosi produk yang sama..
sham
hehehe.. saya harap macam tu gak titan. Terlalu kejar duit sampai terlupa tanggungjawab sendiri untuk membantu pelanggan sendiri sehingga berjaya.
UmmiSofea
saya amat setuju dengan pendapat saudara Sham, IM yang berkualiti sepatutnya mengutamakan afer sales services. Jangan terlalu ghairah melancarkan produk demi produk. Sebagai newbie (MACAM SAYA) mereka akan mudah terpedaya apabila menerima email demi email dari IM yang sudah mempunyai nama dalam ebiz Malaysia.
Siapa makan cili dia terasa pedasnya….
FENDI 69Z a.k.a khalifah
moga perniagaan internet di malaysia kembali mantap
** jgn lupa customer service amat penting…
umpama kalau kita x berikan service yg mrk perlukan spt kita makan duit yg tak berkat…… renung3x kan wahai rakan2x ku semua
dr khalifah
WEBMASTER
suhailahsu
Produk Youtube lisa helm ini betul ke.Saya daftar 2 okt 2009 sampai skrg tak dapat maklum balas. hantar email dan YM pada beliau pun tak berjawab.rasa macam kena tipu aje.saya baru nak cari income tambahan nak bantu rawatan mak saya yang sakit.no tel tak diberi untuk dihubungi.ada sesiapa boleh bantu.RM70 mungkin sikit pada sesetengah org tapi pada saya cukup untuk membeli lampin pakai buang seminggu untuk mak saya.
sham
Tak dapat link download ke sihailahsu? Tak tau apa dah jadi dengan dia sekarang sebab orang lain dah take over. nanti saya cuba try tanya tanya orang lain.
Mohd Zaini
Dunia IM sebenar tercalar sebab terkeliru dengan perniagaan internet dan buat duit. Banyak program-program cepat kayap tumbuh dan orang akan lebih terkeliru.
Betul cakap Zul, kualiti paling penting walaupun kuantiti perlu. After sales servis adalah satu amanah sebenarnya. Kita menjual dan membantu sehingga berjaya.
Bila customer puas hati dengan after sales servis, orang akan lebih terbuka minda dengan perniagaan internet sebenar.
sekadar pandangan.
reezluv
tentang perkara tu, setelah banyak aku membeli produk IM Malaysia ni, ada yang good dari segi support dan juga after sales servicenya..dan ada juga sebaliknya..
kalau ebook tentang buat duit ni terlalu universal.Mungkin boleh spesifik kan cara lain ke.atau lebih bersifat teknikal yang rasanya tak ramai yang mampu mengetahuinya dengan lebih detail.Contoh senang ebook Bloggingsteps tu memang baik sebab dari segi teknikalnya ramai yang masih kabur..
Produk lebih kurang sama tu,kat WC sendiri aku dapat kesan trendnya.memang betul Sham..aku saja try beli dan lihat apa jadi..rupanya betul apa yang disangkakan..jadi selepas ni aku akan jarang membeli ebook..rasanya dah berpuluh2 produk disambar..cuma 2 atau tiga je yang boleh dikira sebagai baik dan berkualiti