Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
Senaman Yoga Secara Sistematik Adalah Haram
Isu Semasa

Senaman Yoga Secara Sistematik Adalah Haram

sham 2 Comments

Hari ini Majlis Fatwa dah mengeluarkan fatwa bahawa senaman yoga diharamkan,senaman fizikal dibolehkan. Tapi peringkat seterusnya seperti mantera dan sebagainya diharamkan kerana ia boleh memesongkan akidah. Yoga berasal daripada amalan sami Hindu untuk mencapai penyatuan diri dengan tuhan. Ia bertentangan dengan ajaran islam.

Ini adalah keratan artikel dari utusan:

PUTRAJAYA 22 Nov. — Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.

“Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.

Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.

Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.

Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.

— BERNAMA

Ada banyak lagi senaman yang boleh dibuat. Kenapa pilih yoga je? Senamrobek Senamrobik ke? Jogging ke?. Ada banyak senaman yang boleh dibuat. Harap tiada yang pertikaikan fatwa sebagaimana fatwa tentang pengkid sebelum ni.

Fatwa hanya melibatkan orang islam. Orang bukan islam boleh mengamalkannya tanpa sebarang masalah. Jadi jangan pulak ada NGO yang tak reti bahasa untuk membuat demonstrasi membantah fatwa yoga tu sebab ia langsung tak berkenaan dengan mereka.

Hormati agama orang lain.

Artikel Berkaitan
  • Urus Bisnes Cara Otai Azrul Mustapa
    Urus Bisnes Cara Otai Azrul Mustapa Anda ingin tahu bagaimana jutawan muda ini menguruskan pernia...
  • Scam Alert: Tawaran Perniagaan Lumayan
    Saya berjaya mengesan satu kaedah baru scammer untuk menarik minat "mangsa" mereka yang kesempitan w...
  • Wanted Oleh Bank Negara Malaysia
    Dalam utusan hari ada beberapa orang yang dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia yang terlibat dalam ...
  • Cadbury Haram – Jawab Menteri Pun Macam Haram
  • Skim Cepat Kaya: SpeedLineGlobal.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • teknik senaman yoga
Post Views: 933
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:fatwa yoga hukum yoga yoga yoga haram

Related Articles

Dalam minggu ni, isu cadbury yang produknya yang mempunyai DNA …

Cadbury Haram – Jawab Menteri Pun Macam Haram

Haram Untuk Mengunakan Sampul Duit Raya Bank Konvensional
Blog Ustaz Zaharuddin adalah antara blog yang saya layari setiap …

Haram Untuk Mengunakan Sampul Duit Raya Bank Konvensional

2 Comments

  1. cencurut

    Akhirnya.. Majlis Fatwa dah pon kuarkan fatwa.. Bagus la kalau cam tue… skarang nie sudah terang lagi bersuluh…

  2. aceglobal13

    Benarlah apa yang difatwakan.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Promosi Di Internet Ada Etikanya

Agak lama juga saya tak update blog akibat kesibukan yang menerjah. Beberapa ker…

Abam Bocey Meninggal Dunia, Anak Baru 5 Bulan

Berita yang cukup mengejutkan diterima pagi ini, Abam Bocey meninggal dunia. Arw…

Kisah Duka Menjentik Hati – Budak Jatuh Dari Tingkat 17

Saya ada beli akhbar semalam cuma tak berkempatan untuk baca. Bila baca kisah bu…