Saya sekarang sudahkan siap membersihkan tanah kebun yang saya beli beberapa tahun lepas. Tak luas, hanya 2 ekar untuk berbakti kepada tanah. Asyik kerja di hadapan komputer. Jadi saya menjadi hobi baru yang membuahkan hasil jika diusahakan. Jadi berapakah kos membersihkan kebun tu?
Sebelum tu saya tanya beberapa pihak juga. Masalah utama ialah jentera apa yang perlu digunakan dan keadaan tanah untuk dibersihkan. Isu lain ialah laluan untuk jentera masuk ke kebun berkenaan. Saya tanya beberapa tempat juga. Ada yang mengenakan caj RM3000 seekar, tapiĀ ada caj untuk loading jentera. Maklumlah jentera berantai tak boleh jalan atas jalan bertar.
Akhirnya saya jumpa budak kampung yang bekerja membersihkan kebun dengan excavator. Kos yang dikenakan ialah RM3500 per ekar. Tiada caj loading. Kira lumsup semua termasuk cuci dan bakar kayu-kayu yang dikumpulkan. Jadi saya setuju dengan perkhidmatan budak ni. Tetiba dia datang, dia tak sempat buat dan passing kepada orang lain. Rupanya saya kenal juga orang ni. Abang Nan orang panggil.
Jadi selepas tunjukkan lokasi tanah, 2 hari selepas itu Abang Nan pun bawa masuk la jentera beliau. Saya ingatkan excavator. Rupanya di bawa bulldozer untuk bersihkan kawasan kebun. Lagi senang dan cepat!
Caj dikenakan juga sama RM3500 per ekar. Saya ingat dalam seminggu siap semua kerja tolak pokok yang ada. Rupanya 2 hari sudah selesai semua. Tanah saya 2 ekar, jadi susutlah RM7000 daripada akaun bank saya untuk membayar perkhidmatan perbersihan kebun ni. Bukan murah nak berkebun ya. Nak kena beli tanah, bersih, pagar dan keselamatan di kebun semua memerlukan kos.
Hasilnya..
Selamat digondolkan dengan rakus oleh Abang Nan dalam masa 2 hari. Jadi tinggal 3 pokok cempedak dan sebatang pokok jering. Semua kayu kayan semakĀ dia tolak ke tepi. Sangat cepat dan pantas. Jadi sekarang saya tengah cari modal untuk buat pagar dulu.
Kenalpasti Musuh Tanaman Di Kawasan Kebun
Saya ada bersembang dengan orang kampung sekitar tentang masalah atau musuh tanaman di kawasan ini. Jadi masalah utama ialah babi dan juga monyet. Jadi kena buat perlindungan atas dan bawah! Yang paling susah ialah mat pet atau penagih dadah. Hat ni pening kepala..hahaha
Kera atau monyet ini boleh lompat masuk ikut atas. Jadi saya survey cara apa yang paling menjimatkan kos. Paling murah ialah dengan cara pagar elektrik solar. Ini paling murah. Kos dalam RM2000 untuk 2 ekar tanah. Kelemahan ialah kadang kadang babi tak makan saman. Dia main langgar je kabel sampai putus dan berhari raya menikmati pokok tanaman. Nak murah beli kat kedai Mohd Akil shopee ni..
Saya suka sebab dia pakej siap2 untuk 2-3 ekar tanah. Klik Sini kalau nak beli.. Nak beli satu persatu renyah betul. Dia buat lengkap dah semua barang. Tinggal cari tiang je. Tiang nak jimat boleh je guna kayu hutan di sekitar kalau nak bajet. Kalau nak beli, boleh je beli paip kat kedai hardware. Potong dalam 1 meter.
Jarak setiap tiang 5,6 kaki dah cukup dah.
Zink?
Zink sekarang harga pun boleh tahan. Nak tahan lama boleh guna zink kilang atau industri. Tapi harga garu kepala bila dengar. RM5.60 sekaki. Nak tutup keliling 2 ekar bukan kecil tempat ni. Bila buat costing, bila nak balik modal ni kalau mula-mula dah puluh ribu.
Tapi disebabkan minat, saya akan usahakan juga la. Alternatif lain?
Boleh guna pagar cyclone. Pagar anti babi. Memang keras besinya. Tapi kena pasang tegang la. Saya survey ada 2 tempat yang murah kat shopee. Saya dah tanya kat area sini, semua segulung 50m harga atas RM400. Kat shopee, boleh dapat RM380.40 termasuk shipping. Oklah tu.
Pagar Cyclone Murah 50 m – Klik Sini
Untuk 2 ekar, 7 gulung diperlukan. Untuk ekar seterusnya tambah 2 gulung. Kalau seekar, 5 gulung. Tiang boleh letak jarak 8-10 kaki. Agak jimat untuk tiang.
Saya cadangnya nak tanam kelapa pandan dan juga durian. Jadi sekarang tengah kumpul varieti yang ada dipasaran. Nak rasa semua jenis durian..hahaha. Tamak bukan?
Nanti saya update lagi..
p/s: Saya juga dah buat satu channel YT untuk update progress kebun tu. Harap dapat support ya. Kot dapat monetize nanti, boleh tambah apa apa kat kebun nanti. Kita grow slow-slow dan kongsi pengalaman dan ilmu bermanfaat.
Incoming search terms:
- https://www shamsuriyadi com/kebun/kos-membersihkan-kebun/
Azani
hi boleh saya dapatkan number phone ?
sham
phone buldozer tu ke? dari mana ya? Orang ni buat area Grik, kuala kangsar, taiping dan ipoh je.
Nazeera
Saya baru juga berkebun ni dalam setahun lebih, setakat ni dah ditipu dekat RM 100,000 untuk kerja2 bersihkan, tanam pokok dan pasang pagar..pagar pun dah nak roboh sekarang..Scammer tu janji nak jaga 5 tahun lagi tapi lepas tu lari dengan duit..Sekadar luahan disini^^Kalau encik ada kenalan2 area Seremban, boleh kongsi? Saya mmg mencari network yang boleh dipercayai. Sekarang ni semua ayah saya uruskan..umurnya dah nak cecah 60 tahun..dengan kudrat saya apalah sgt yang boleh tolong..
Radi Soberi
Salam tuan , saya ada tanah dekat kuala kangsar 2 ekr jugak . Boleh sy dptkan no phone abg nan tuh ?
sham
0135119433
Fatimah
Camne ye nak elak dr ditipu. Risau jugak la duit bukannya banyak sgt.
Hussein
Assalam
Cik.Pn.Nazeera…
Area seremban
Sila hujungi 01135431135 (Hussein) perihal kebun.