Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Kebun
Kos Pasang Pagar Elektrik Kebun
Kebun

Kos Pasang Pagar Elektrik Kebun

sham No Comments

Hai gais. Kita sambung pasal kebun lagi. Kali ni pasal topik Kos Pasang Pagar Elektrik Kebun. Kosnya bergantung kepada sumber elektrik dikawasan kebun anda. Kalau belakang rumah je, kosnya agak murah sebab boleh ambil sumber elektrik daripada rumah je. Jika kebun jauh daripada sumber elektrik, boleh gunakan tenaga solar dan bateri sebagai  sumber kuasa.

Jadi Berapakah Kos Pasang Pagar Elektrik Kebun 2 Ekar?

Dalam post ini, saya cerita pasal kebun saya lah. Ia agak jauh daripada sumber tenaga elektrik. Jadi terpaksalah guna tenaga solar sebagai sumber kuasa bagi pagar elektrik ini. Nak senang beli terus satu set yang seller jual kat Shopee ini. Senang kerja. Bukan apa, nak jimat sikit akan jadi tak jimat langsung kalau beli satu persatu. Itu belum masuk salah beli lagi..hahahaha

Ini adalah barang yang dijual oleh seller di Shopee. Saya dah survey, memang dia je yang buat set macam ni. Lengkap termasuk set solar dan bateri sekali. Seller lain jual set solar je. Ramai yang tak sedar setiap barang ada shipping cost. Baik beli terus 1 set macam ni. Dia ada buat pakej untuk keluasan tanah atau kebun.

Bagi 1-2 Ekar – RM1100

Bagi 2-3 Ekar – RM1500

Baik ambik yang mahal skit. Bezanya ialah batteri yang diberi. Yang satu ekar guna 20Mah, yang 2 ekar 30Mah. Energizer guna yang siam. Ok je. 0.7 Joule. Ia renjatan ringan la. Kalau nak kuat lagi, beli energizer lain. Tapi ia lebih merbahaya, ada kes orang mati terpegang wayar pagar elektrik ini jika terlalu kuat. Maksimum 2 joule dah okay. Itupun boleh terberak kalau terkena..hahaha

Tak caya boleh test pegang bila dah siap pasang nanti. Ada berani ka?

Untuk cara pasang, kat Youtube banyak orang buat. Yang penting, anda ada barang yang lengkap untuk pasang pagar. Harga diatas tak termasuk tiang. Nak jimat, boleh ke kedai hardware beli paip pVC dan potong dalam 1 meter setiap satu.

Jarak tiang pula ikut suka..Sebaiknya dalam 4-8 kaki. Tapi ada je orang buat jarang tiang tapi tak tahan la kalau babi langgar terus tercabut. Jika jarak yang dekat. ia lebih kuat untuk menahan rempuhan. Kalau ada bajet lebih beli wire heavy duty brand maxson. Mahal skit dalam RM160 segulung 500 meter. Kegunaan biasa, boleh guna yang biasa pun boleh.

Kalau rasa babi di kawasan kebun anda tu ada level general. Beli yang heavy duty yang lebih tahan rempuhan. Kalau setakat kera, yang biasa sudah memadai.

Keselamatan Barangan Pagar Elektrik Solar

Ini yang susah sikit. Anda perlu buat la stor kecil untuk simpan peralatan terutamanya bateri. Itu barang kegemaran pencuri tu. Tak perlu buat besar pun. Asalkan boleh pastikan keselamatan peralatan solar anda tu. Nak bajet, boleh gunakan C Channel untuk buat stor. Kena ada kemahiran bertukang sikit la.

Babi dan kera boleh selesai dengan pagar elektrik. Pencuri agak susah sikit terutamanya kebun yang jauh daripada rumah. Jika ada stor yang tegap, insyallah selamat. Anda perlu kerap la ke kebun untuk memantau keadaan kebun. Biasanya penagih dadah ini otak dah tak betul. Tapi diorang mencuri jika anda tidak pantau keadaaan kebun anda.

Jadi kerap ke kebun juga salah satu cara yang terbaik untuk mengelakkan berlaku kecurian ini. Selebihnya bertawakal kepada ALLAH agar diorang tak nampak harta anda tu.

Semoga post ini bermanfaat kepada anda berkenaan kos pasang pagar elektrik kebun ini.

Artikel Berkaitan
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?
    Pagar cyclone kini antara pagar kebun yang mendapat perhatian pengusaha kebun. Ia lebih murah berban...
  • Kos Membersihkan Kebun
    Saya sekarang sudahkan siap membersihkan tanah kebun yang saya beli beberapa tahun lepas. Tak luas, ...
  • Sihir Meter Elektrik Untuk Dapat Elektrik Murah? Duh…
    Setelah kerajaan menaikkan tarif elektrik, ramai orang menjadi alternatif untuk menjimatkan elektrik...
  • Kerimo – Cecair Penghalau Binatang Perosak Tanaman dan Kebun
  • 1 Kaedah Mudah Tanam Ubi Kayu Buatkan Keluar Ubi Yang Banyak dan Besar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • https://www shamsuriyadi com/kebun/kos-pasang-pagar-elektrik-kebun/
Post Views: 2,252
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:bahaya pagar elektrik cara pasang pagar elektrik harga barang pagar solar kedai jual pagar elektrik kos pasang pagar elektrik solar pagar elekrik pagar elektrik solar set pagar elektrik

Related Articles

Pagar cyclone kini antara pagar kebun yang mendapat perhatian pengusaha …

Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Saya sekarang sudahkan siap membersihkan tanah kebun yang saya beli …

Kos Membersihkan Kebun

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Radi Soberi on Kos Membersihkan Kebun
  • Hanie on Jualan Ebook Lebih RM300 Ribu Dalam Masa 10 Hari,Bestnya Jual Ebook
  • Nazeera on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Pagar cyclone kini antara pagar kebun yang mendapat perhatian pengusaha kebun. I…

Kos Membersihkan Kebun

Saya sekarang sudahkan siap membersihkan tanah kebun yang saya beli beberapa tah…