Pagar kebun memang satu keperluan kalau nak merasa hasil tanaman yang kita tanam. Jika tidak, semuanya akan habis dirosakkan atau dimakan oleh perosak tanaman. Seperti dalam post saya sebelum ini, perosak utama pertanian negara kita ialah Babi dan Monyet.
Jadi tujuan pagar kebun adalah untuk menghalang haiwan perosak ini masuk dan merosakkan tanaman kita. Sebelum ini negara dilanda African Swine Flue, jadi jumlah babi hutan berkurangan secara mendadak di seluruh negara. Namun, saki baki yang terselamat daripada terkena wabak berkenaan kini mula kembali membiak. Sebab itulah ada Harimau yang tersesat ke kawasan manusia kerana kekurangan makanan disebabkan kekurangan babi hutan. Banyak tak boleh, kurang sangat pun tak boleh.. masalah juga kan?
Pemilihan Pagar Kebun atau Pagar Elektrik
Pertama sekali yang perlu diambil kira ialah keluasan kebun anda. Ia adalah untuk menentukan kadar arus elektrik yang diperlukan untuk keluasan kebun anda. Jika satu ekar ke bawah, energizer dengan arus 1 Joule ke bawah memadai. Lebih luas tanam, lebih kuat arus elektrik yang diperlukan. Harganya juga semakin mahal. Kebun saya seluar 2 ekar, saya gunakan energizer 2 Joule. Ia cukup untuk kebun keluasan 3 ekar ke bawah.
Kebun Saya..
Pemilihan pagar elekrik adalah kerana ia dapat menghalang babi dan kera daripada masuk ke kebun anda. Jika berdekatan dengan rumah, boleh guna elektrik TNB sahaja. Kalau jauh, Pagar Elektrik berkuasa Solar adalah pilihan yang terbaik.
Ia tidak membebankan anda kerana ia dikuasai oleh tenaga solar daripada matahari. Sumber tenaga percuma. Namun, kita perlu beli la kelengkapan untuk memasang pagar elekrik solar ini.
Kelemahan pagar elektrik ialah ia tidak dapat menghalang daripada pencuri daripada kalangan manusia. Makhluk ini terlebih pandai. Apapun tak jalan.. hahaha
Jadi fokus utama adalah perlindungan daripada haiwan perosak. Tentang pencuri, hanya manusia boleh menangani manusia. Itupun masih sukar. Di Perlis, ketika musim HarumManis, banyak juga pekebun yang kerugian apabila pencuri masuk. Mereka siap potong pagar lagi. Apa yang boleh kita buat ialah tawakal jela. Kita dah berusaha untuk buat pagar.
Baca juga:
–> Pagar Cyclone atau Pagar Elektrik Lebih Jimat
–> Kos Pasang Pagar Elektrik Kebun
Bagi memastikan keselamatan, peralatan pagar elektrik terutamanya Bateri dan Energizer, sebaiknya perlu ada tempat berkunci agar ia tidak dicuri oleh pencuri. Saya beli kotak pagar solar ini.
Harganya dalam RM380 ke RM450 bergantung kepada saiz. Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut.
Dengan adanya kotak ini, anda boleh simenkan kaki ke dalam tanah, dalam kunci peralatan solar di dalam kotak berkenaan. Saya guna kotak ini dikebun, ia masih selamat setelah 3 tahun. Saya rasa ia salah satu kemestian kalau nak buat pagar elektrik solar ini.
Lebih baik keluar modal untuk kotak ini daripada peralatan solar kita dicuri pencuri. Benda paling berharga adalah bateri.
Kalau nak beli peralatan pagar elektrik, saya sarankan untuk beli secara set sebab utama ialah shipping cost. Setiap peralatan jika dibeli satu persatu, ada kos penghantaran yang berbeza. Jika beli 1 set, hanya ada 1 kos penghantaran. Tak perlu pening nak beli apa dah sebab dah siap satu set mengikut keluasan tanah.
Bagi Tanah 1-2 Ekar ke bawah – Klik Sini
Bagi tanah 2-3 Ekar – Klik Sini
Nak berkebun memang makan modal. Saya sendiri dah berpuluh ribu habis untuk kebun 2 ekar sahaja. Kena bertahan sehingga pokok dah mengeluarkan hasil. 5-6 tahun juga tu. Adeh…
Semoga bermanfaat.