Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Perniagaan
Apakah Nasib Usahawan Sekarang?
Perniagaan

Apakah Nasib Usahawan Sekarang?

sham 2 Comments

Apabila PM mengumumkan kenaikan minyak secara mengejut baru baru ini. Ramai orang mengeluh terutamanya para usahawan. Ini adalah kerana mereka tidak dibenarkan menaikkan harga barangan mereka walaupun mereka terpaksa menanggung kos yang semakin meningkat terutamanya pengankutan.

Syarikat pengangkutan adalah yang terpaksa bertahan walaupun kerajaan ada mengatakan mereka mempunyai sabsidi tetapi hanya 40% sahaja yang mempunyai fleet card yang layak menerima sudsidi tersebut. Tun Dr.Mahathir ada mempertikaikan kenapa usahawan perlu menjadi “badan kebajikan” apabila kerajaan melarang mereka menaikkan harga.

Bas yang saya tempah bagi rombongan perkahwinan saya pun dah naikkan harga RM200. Saya sememang dah agak dan bersedia dengan sedikit bajet kontigensi bagi menghadapi perkara sebegini. Pada asalnya hanya Rm1800 kini dah jadi RM2000 bagi charted bas.Malah ada syarikat yang menaikkan sehingga RM400. Saya nasib baik kerana telah menempah lama. Jika tak,banyak tu jugak saya kena bayar kot.

Mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan mula mencongak bajet mereka sekarang. Sebagai usahawan apa yang boleh saya buat ialah mempelbagaikan lagi sumber pendapatan. Tambahan beberapa ratus ringgit dapat menyelesaikan banyak masalah.

Ketika masa ini, pasti ramai usahawan yang akan gulung tikar jika tidak dapat menyerap kenaikan harga minyak dan barang sekarang. Malah dalam berita tadi pun, di Perak telah pun kekurangan bekalan tepung protein tinggi bagi pembuatan roti. Saya pasti ia angkara pemborong/pengimport lagi untuk menaikan harga barangan kawalan tersebut.

Bagi pengawai kerajaan yang bergaji bawah RM1000 pasti sangat terdesak ketika ini. Dengan gaji sebanyak itu,ia hanya memadai untuk membayar kereta dan juga minyak je. Itu belum masuk lampin anak,makan minum suami isteri. Jadi apa tindakan kerajaan untuk membantu. Sekarang ada cadangan untuk buat 2 kali gaji. Lagi nazak kerana ia lebih sukar untuk membuat bajet belanja. Nanti ada pulak anak bini tak makan sebab takde duit.

Pendapatan isi rumah di Malaysia bukan la tinggi sangat. Jangan dibandingkan dengan negara maju. Memang tak mampu terlawannya. Kenaikan mendadak 40% adalah tinggi. Jika negara lain,kenaikan hanya 10% sahaja. Sekarang subsidi telah ditikarkan kepada rebat tunai. Tapi ia hanya penyelesaian sementara sahaja kerana tiap hari kena beli minyak isi kat kereta dan ianya cukup untuk setengah bulan je. Jadi minyak lagi 11.5 bulan lagi macamana?

Saya dah siapkan satu biz plan baru bagi membuka bisnes baru khas untuk saya selepas kawin nanti. Harap ia berjaya. Saya akan siapkan beberapa bisnes plan lagi kot. Saya akan pilih nanti yang terbaik dan dirasakan ada potensi untuk maju.

Susah jadi usahawan.. Tapi ia menyeronokkan! 🙂

Artikel Berkaitan
  • MECD Dimansuhkan,Nasib Usahawan Bumiputera Bagaimana?
    PM Baru Malaysia, Dato' Seri Najib telah mengumumkan kabinet baru beliau. Tengok tengok MECD atau Ke...
  • Selamat Datang Ke Shamsuriyadi.com
    Dah lama saya merancang personal blog saya ni.Jadi disini tempat saya akan merapu tentang apa sahaja...
  • Perniagaan Internet Apa Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
    Saya sering menerima email yang bertanya apakah perniagaan internet yang paling sesuai untuk mereka....
  • Akaun Facebook Saya Dibatalkan Sementara
  • SMS adalah best effort service!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 5,258
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:bisnes plan biz plan harga minyak pelan perniagaan Perniagaan

Related Articles

Keperluan Menguasai Ekonomi
Semalam saya baru sahaja selesai menjalani kursus Perundingan Perniagaan anjuran …

Keperluan Menguasai Ekonomi

Terokai Internet Untuk Menjana Wang Untuk Keluarga
Jika anda mempunyai talian internet di rumah, agak merugikan jika …

Terokai Internet Untuk Menjana Wang Untuk Keluarga

2 Comments

  1. irwan.dahnil

    Kene menari twist la lepas ni… Twist sana sikit , sini sikit.. Ikat perut, kurangkan nafsu berbelanja, mengamalkan perbelanjaan berhemah … Insyallah, survive

    9/10 rezeki kan dari perniagaan… Dont worry 🙂

  2. titan

    hehe. takpe. Usahawan memang cam gitu. Cuba la plak orang atasan tu keje cam kita. Tak sanggup punye..

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Cari Duit dan Buat Duit Online

Cari duit online atau buat duit online adakah ia satu mitos atau hanya angan ang…

Apa Yang Anda Ingin Tahu Tentang Perniagaan Internet?

Saya ingin menghasilkan produk baru iaitu Siri Video pulak. Ia akan menjadi satu…

Perniagaan SMS Berkonsepkan Contest Semakin Merapu

Saya lihat pada hari ini bersepah contest SMS kat Metro & Sinar Harian. Samp…