Rasanya agak lama saya tak menulis di blog ini. Sekarang agak sibuk skit. Ramai yang yang bertanya bagaimana untuk memulakan perniagaan internet. Semuanya bermula dengan idea anda. Sebab itulah saya menerbitkan ebook 101 Idea Perniagaan Internet. Sahabat saya Irwan Dahnil menyarankan ia dijadikan buku pada asalnya. Tetapi sebenarnya bukan perancangan saya untuk jadikan buku.
Buku dalam proses menulis lagi. :).
Kembali pada topik hari ini… Bagaimana untuk memulakan perniagaan internet?
Pertamanya anda perlukan modal. Setiap perniagaan memerlukan modal samada untuk membeli stok, pembangunan laman web dan juga promosi. Boleh guna yang percuma? Boleh.tetapi…
Ia tidak profesional dan tidak membantu anda membina brand anda dalam jangka masa yang lama. Saya sering menekankan mereka yang serius untuk berjaya dalam perniagaan internet perlu mempunyai laman web dot com mereka sendiri tanpa bergantung kepada platform percuma (blogspot,wordpress.com & etc) atau platform pihak ketiga (blogstarz.my & etc).
Tetapi anda boleh gunakan platform tersebut untuk tujuan promosi produk anda. Anda boleh gunakannya untuk membawa pelawat ke laman web jualan utama anda. Secara tidak langsung membantu anda mengurangkan kos promosi. Kebanyakan usahawan baru beranggapan bahawa dengan adanya laman web, pasti akan ada pelawat tanpa promosi… Anda silap..
Perlu ke buat promosi?…. Jawapnya Sangat perlu..
Tanpa sebarang promosi atau pemasaran produk anda, ia akan gagal. Ia seolah olah menunggu bulan jatuh ke riba anda. Orang tidak akan tahu akan laman web anda jika anda tidak membuat sebarang promosi. Anda mungkin mendapat pelawat daripada organic search dari Google,Yahoo atau mana mana enjin carian. Tetapi ia masih belum memadainya.
Apa yang diperlukan untuk memulakan perniagaan internet?
Anda perlu beberapa perkara yang bagi saya adalah satu kemestian bagi memastikan kejayaan anda dalam perniagaan internet.
1. Nama Domain – ia adalah nama perniagaan anda samada dot com(.com), dot net(.net), dot biz (.biz) dan sebagainya. Saya sarankan anda mendapatkan nama dot com. Contoh nama domain dot com ialah Shamsuriyadi.com, RajaAdsense.com & etc. Ia biasanya berharga diantara RM30 ke Rm100.
2. Hosting – Ia adalah tempat anda menyimpan laman web anda. Ia seolah olah sebagai tapak kedai anda. Semua fail perniagaan anda seperti gambar,laman web dan sebagainya akan disimpan di tempat dimanakan hosting ini. Ia adalah berbayar. Anda yang percuma tetapi saya tak galakkan kerana kemungkinan untuk anda kehilangan perniagaan sangat tinggi.
Untuk hosting dan nama domain saya menyarankan anda membeli di NetKL.com Saya juga mengunakan perkhidmatan mereka.
3. Autoresponder – Autoresponder merupakan satu tools pemasaran yang tidak diambil serius oleh mereka yang ingin terlibat dalam perniagaan internet. Ia adalah satu perkhidmatan untuk mengumpul email prospek anda. Dengan adanya list email, anda boleh membuat duit berulangkali. Jangan gunakan autoresponder percuma. Laburkan wang untuk dapatkan autoresponder yang dapat menjaminkan setiap email anda hantar sampai ke penerimanya. Anda boleh dapatkan Autoresponder seperti Aweber atau Getresponse. Saya gunakan autoresponder Aweber. Ia adalah satu pelaburan yang berbaloi!
4. Laman Web– Ia adalah kedai online anda. Anda boleh membinanya sendiri atau mengupah orang untuk membinanya untuk anda. Saya sarankan anda mengupah pakar dalam pembinaan laman web agar ia kelihatan lebih profesional dan membantu anda dalam branding. Jangan terlalu berkira untuk menjimatkan kos sehingga ia merugikan masa dan wang ringgit anda.
5. Ilmu Pemasaran – Ini adalah satu pelaburan untuk diri anda. Anda perlukan ilmu untuk membuat promosi laman web anda. Ia adalah penentu untuk berjaya atau tidak. Laburkan wang untuk belajar dalam pemasaran di internet ini. ia akan membantu anda dalam memajukan perniagaan anda. Anda boleh belajar untuk membuat promosi secara percuma atau berbayar. Gunakan duit keuntungan anda untuk dapatkan ilmu ini.
Ini adalah perkara yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan internet. Perkara yang paling penting ialah yang berada di nombor 5. Ramai yang gagal disitu sedangkan 80% kejayaan anda berada disitu. Jangan kedekut untuk melabur untuk mendapatkan ilmu untuk memantapkan diri anda dengan ilmu pemasaran di internet. Beli ebook atau ke seminar yang berkaitan.
Ia juga dalam membantu anda membina hubungan dengan mereka yang berkenaan.
Berkenaan untuk mengupah orang membina laman web anda. Pastikan anda tidak membayar penuh selagi laman web anda belum siap. Saya ada kes dimana designer yang menipu. Setelah mendapat duit, terus menyepi tanpa sebarang berita.

nenjil
saya ingin tahu bagaimana ke buka perniagaan on9,saya baru mengenali perniagaan ini……..apakah yang perlu saya buat untuk pertama kali dalam membangunkan laman web ni……..saya sangat perlukan informasi yang dapat membantu saya nanti……..ples
Mohamad Izuan
yehh.. terima kasih tuan.. Info yang bermanfaat. Ramai juga yang gagal sebab mudah putus asa. tak boleh fokus.. saya setuju dengan tuan. dalam bab pemasaran agak sukar nak pelajari, once da dpt tu la yang paling senang nanti.. 😉
kerja sambilan
Autoresponder adalah teknik pemasaran internet terbaik, cuma ia agak teknikal bagi orang yang baru berjinak dengan perniagaan internet..
Warray
Apa-apa bisnes pun pasti ada pro and con..nya. Yang penting kesungguhan dan kental..di samping terus belajar…belajar dari step pertama nak cepat belajar habis-habisan.