Dah lama saya tak kena kes dispute kat Paypal. Sebelum ni, dispute memang ditakuti oleh penjual kerana biasanya keputusan banyak menyebelahi pembeli. Semalam saya dapat satu kes, tapi ia diselesaikan dalam masa sehari. Menyelesaikan kes dispute paypal sekarang ni memang mudah skit kerana ia membenarkan kita membuat pilihan samada untuk full refund atau diserahkan pada Paypal untuk selesaikannya.
Jika dahulu, semua kes akan terus kepada Resolve Team Paypal. Biasanya penjual akan kalah.Duit kena tarik balik, dan caj Paypal juga dikenakan. Saya pernah kena kes USD15, caj Paypal USD25. Itu dulu la.
Sekarang kita boleh selesaikan dengan pembeli. Malah pembeli boleh tarik balik dispute setelah pembeli berpuas hati dengan perbincangan penyelesaian bersama penjual.
Apa yang perlu anda buat ialah
1. Hubungi pembeli anda dan cuba selesaikan dengan sebaiknya. Mereka mungkin akan menarik balik kes tersebut.
atau
2. Refund 100% dan tutup kes.
atau
3. Serahkan pada Paypal untuk selesaikan. Saya tak galakkan sebab jika anda sebagai penjual, anda mungkin kalah dan dikenakan caj.
Jangan mengelabah jika ada kesย dispute daripada Paypal. Kadang kadang ia berlaku disebabkan miscommunication atau misunderstanding. Ia boleh diselesaikan secara baik tanpa menjejaskan mana mana pihak.
Selamat berjaya!
titan
yap. Tak perlu gelabah. Benda ni mudah aje. ๐
Aty
Sejak akhir-akhir ni saya asik kena payment reversal je rata-rata dari pembeli china. Dasyat betul diaorang ni. Penah satu ari sapai 10 orang saya kena refund money.Almaklum la saya jual ebook tak da tracking no. Kadang2 rasa serik.Rugi pun banyak. Tapi saya kuatkan semangat juga. Tolong la sapa ada idea nak settle ni. Semalam pulak kna chargeback plak dari paypal.Apa la salah saya..
sham
Tengok balik pada produk. Apa yang menyebabkan diorang dispute? Kaji balik. Pasti ada yang mereka tak berpuas hati pape.
nuwa
Hohoho.. saya hari2 pening kepala layan kasteme open kes kat paypal.. solution yg sham bgatu mmg berkesan..try utk settlekan diluar paypal dulu.. ๐
knightblogger
yap. betul. jangan gelabah. Kalau malas, tunggu aje paypal siasat..