Bisnes dropshipping merupakan salah satu konsep e-commerce yang semakin popular pada hari ini. Biasanya ramai mengunakan Aliexpress sebagai dropshipper bagi produk-produk yang berjaya dijual daripada laman web. Namun, realiti sebenarnya ia sangat mencabar jika tidak tahu selok belok pemasaran online.
Dengan FB Ads yang semakin ketat dan mahal. Lanskap ecommerce mungkin akan berubah. Begitu juga perubahan algoritma Facebook dan juga enjin carian yang sentiasa memberikan cabaran besar buat mereka yang terlibat dalam perniagaan drophipping ini.
Bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini, ada beberapa pilihan platform yang boleh anda gunakan untuk membangunkan laman web ecommerce anda. Menurut jangkaan statistica akan mencecah 2.8 Trilion dollar pada tahun 2018.
Ia akan meningkat sekali ganda dalam masa 3 tahun daripada sekarang. Orang semakin menerima ecommerce sebagai salah satu cara untuk mendapatkan produk yang mereka perlukan. Malah di malaysia semakin banyak direktori ecommerce seperti Lazada, Shoppe, 11 street, zalora dan banyak lagi yang mengasuh rakyat negara kita untuk mengunakan platform jual beli secara online.
Saya tidak mahu ketingalan untuk membuat eksprimen dalam bidang ecommerce ini dan membuat kajian apakah platform yang sesuai untuk saya memulakan perniagaan ecommerce dengan bajet yang terhad.
- Shopify
Ia merupakan platform untuk ecommerce yang popular di seluruh dunia. Caj bulanan yang dikenakan ialah USD29 sebulan. Ia tidak termasuk perkhidmatan pihak ketika untuk membantu dalam automasi dalam transaksi dan juga pembangunan laman web seperti Oberlo. Ini caj berbeza daripada caj shopify. Oberlo pula USD29 jadi caj terbakar setiap bulan sekurang-kurangnya USD60 walaupun takde sale. Kelebihan shopify, ia dibangunkan untuk selaras dengan pengunaan Google Shopping. Ia sudah build in. Jadi penguna shopify boleh terus iklankan produk mereka terus mengunakan Google Shopping. Kaedah pembayaran juga ada dalam sistem shopify.Saya mempunyai bajet yang terhad. Jadi saya agak risau mengunakan shopify ini. Ada fee bulanan yang mungkin akan makan bajet yang terhad itu. Terbakar je nanti. - Woocommerce
Cara kedua ialah mengunakan platform wordpress iaitu woocommerce. Masalahnya nak setup, jenuh. Namun tiada caj bulanan sebab wordpress adalah percuma. Malah plugin woocommerce juga adalah percuma. Masalanya ialah untuk automasikan perniagaan dropship ini.Jadi saya juga 2 perkhidmatan bagi mengautomasikan transaksi ini.A. Woodrophip – ada yuran bulanan $29 untuk perkhimatan ini.
B. Alidropship – yes. Ia adalah plugin yang sekali bayar je iaitu USD89. Jadi saya pilih cara ini setelah research sakan di Youtube, cari tutorial bagai. Jadi saya bangunkan laman web ecommerce drophip saya yang pertama.
Setelah membeli plugin Alidropship ini, saya mula membangunkan laman web. Beli domain dan park dalam hosting sedia ada. Save bajet..hehehe
Terdapat 2 jenis Alidrophip beri iaitu untuk wordpress biasa dan juga untuk digunakan bersama Woocommerce. Satu licence boleh guna kat satu laman web je. Jadi kena pilih salah satu daripada 2 jenis plugin berkenaan.
Setelah 2 hari membangunkan laman web, jadi siaplah laman web ecommerce saya. Saya takkan dedahkan laman web berkenaan untuk tujuan privacy. Kalau tak tahu atau malas nak setup laman web, boleh ambik pakej custom website. Mereka akan bangunkan untuk anda termasuk buat research untuk anda mencari niche terbaik dan profitable untuk dibangunkan.
Mereka akan siapkan dalam 10 hari. Mereka akan masukkan 50 barang untuk dijual. Memang mereka akan setup yang terbaik untuk anda termasuk research bagi setiap kategori produk yang nak dimasukkan ke dalam laman ecommerce anda tu. Ada beberapa orang akan entertain anda untuk develop laman web. Memang puas hati la. Setiap orang incaj bahagian berbeza.
Saya ada bajet terhad. Jadi bangunkan sendiri, research sendiri. Ia siap setelah 2 hari tak tidur dan tak makan..hehehe..tipu je. Saya spend dalam 6 jam setiap hari, jadi 12 jam lah total untuk bangunkan laman web.
Kelebihan plugin ini, saya boleh import product terus ke laman web saya tu. Kemudian edit deskription. Kalau ada watermark kat imej pun boleh padamkan tang tu juga. Bila dah puas hati baru publish. Itu yang ambil masa 2 hari tu.
Hari ke tiga, saya pun jalankan kempen FB Ads dengan cara boost post dengan sasaran berdasarkan niche produk saya jual. Saya pilih niche hobi sebab manuasia cenderung untuk beli banyak demi untuk hobi. Setelah boost beberapa minit, dapat dalam 30 reach, 1 share. Akaun Fb Ads kena flagged. Jem..hahaha
Jadi saya buka akaun business pulak untuk fb ads. Masih banyak yang perlu belajar lagi.
Beberapa jam selepas itu, saya dapat sale pertama. Yahoo!!
Rupanya orang yang share post saya tu membuat pembelian. Harga yang saya set 2 kali ganda daripada harga kos. Jadi lepas tolak fee paypal dapat dalam USD7++ untung. Kos iklan sebelum kena flagged adalah 16 sen.
Jadi saya pun buat tempahan mengunakan plugin Alidrophip ini. Memang senang, klik-klik je ia akan transfer maklumat pelanggan ke dalam sistem aliexpress dan kita just tekan butang bayar je. Tapi dalam akaun Aliexpress kena set siap siap maklumat kad kredit/debit kita untuk membayar barang yang kita nak dropship.
Saya pilih produk yang ada e-packet sebab cara penghantaran ini lebih cepat iaitu 10-15 hari tak silap saya untuk ke US.
Ia satu permulaan yang baik untuk niche yang saya pilih tu. Kemudian usha-usha di pinterest, rupanya ada banyak seller yang jual produk yang sama dengan harga yang lebih tinggi. Tetapi mengunakan platform shopify.
Ia bermaksud produk yang saya pilih memang ada permintaan. Jika dapat prospek yang betul, mereka akan membeli tanpa ragu ragu.
Untuk laman web mengunakan Alidropship, saya gunakan versi wordpress biasa tanpa woocommerce. Woo version memang pening skit nak setup.Ia akan makan masa yang lama. Jadi saya nak cepat guna platform biasa je. Pihak Alidropship menyediakan 3 theme untuk digunakan yang boleh kita ubah skit imej yang digunakan. Layoutnya sama.
Mereka juga ada forum yang agak aktif membincangkan pelbagai isu termasuk pemasaran. Kalau anda nak terjun dalam bidang ecommerce, saya sarankan mengunakan Alidropship ini. Memang memudahkan kerja.
Kalau ada bajet lebih pilih custom website terus biar mereka setupkan untuk anda. Anda hanya perlu relax dan respon dengan cadangan yang mereka berikan. Saya tau sebab ada kawan yang mengunakan perkhidmatan ini, sangat syok walaupun tak siap lagi laman web. Memang hassle free tanya. Mereka buatkan research dan bagi cadangan. Malah nama domain yang cantik pun mereka akan suggest.
Jadi kena preparelah duit untuk perkhidmatan mereka. Caj untuk bangunkan ecommerce store di Malaysia mencecah RM5000. Dengan servis mereka paling tinggi dalam RM3000 lebih untuk pakej penuh termasuk SEO. Yang murah dalam Rm1000 lebih.
Jadi memang senang kalau anda duit. Dalam ecom, ia bukan melibatkan pembangunan laman web je. Yang penting adalah promosi. Inilah part yang sukar. Laman web tu memang akan convert jika anda juga prospek yang tepat dengan tawaran yang tepat.
KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PLUGIN ALIDROPSHIP
Bagi saya, sale pertama pada hari pelancaran adalah feedback yang sangat bagus. Ia untuk dapatkan semangat sebab ecom ini tak semua indah. Lepas baca kisah kejayaan penguna alidropship, kita boleh belajar banyak benda.
Memang saya suggest plugin tu kalau nak terjebak dalam ecommerce dropshipping syle ini. Barang di Aliexpress memang banyak. Jadi pilih suplier yang mempunya rating yang tinggi. Tengok juga review bagi produk yang kita nak jual.
Tentang harga kita hanya perlu set formula untuk pricing, plugin tu akan setkan harga siap-siap mengikut harga yang kita mark up tu. Jadi tak perlu set satu per satu sebab pricing akan ikut harga yang kita set dalam setting alidropship.
Semoga bermanfaat.

johan
Hello there,
I’m also from Malaysia,may I know what payment gateway do you use on Alidropship besides Paypal? Did you use 2checkout,Payssion or Paytab?
sham
Most payment gateway that can be use with woocommerce can be use.
Andi
Assalamualaikum tuan, bagaimana cara sy boleh berhubung dengan tuan utk berbincang lebih lanjut berkenaan alidropship plugin setup? Saya stucked bila transfer domain baru…..
Terima Kasih….
sham
Sebelum ni dah guna kat domain lain? Kena contact alidropship untuk tukar domain. Sebab setiap license, untuk 1 domain je. Kalau nak tukar, kena contact support alidropship.
Wan
Salam..saya wan. nak tanya en sham ada tak guru atau expert yang boleh ajar shopify? setakat ni belajar dekat youtube and dah set up shopify/import products etc. FB ads dah ok tak ada masalah cuma nak combined secara betul untuk marketing belum yakin lagi.
sham
shopify yang dedahkan diri, geng shopievo jela.
Rahim
Berminat.. Tapi haram tak faham.. ??. Wish dapat menuntu face to face..