Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Perniagaan
Cukai Digital – Berniaga Belum Tentu Untung Sudah Kena Bayar Cukai
Perniagaan

Cukai Digital – Berniaga Belum Tentu Untung Sudah Kena Bayar Cukai

sham No Comments

Cukai digital menyambut wawasan 2020. Tahun 2020 seringkali digambarkan dengan kereta terbang menguasai dunia. Itulah gambaran saya masa kecil dulu dengan pelancaran Wawasan 2020. Cikgu tanya apa yang digambarkan dengan wawasan 2020, kereta terbang! Bila sampai tahun 2020 yang bakal menjelang dalam 15 hari sahaja lagi. Ia hanya fantasi semata mata.

Apa yang menanti ialah pelbagai cukai baru yang akan diperkenalkan oleh kerajaan yang baru dipilih dalam PRU14 yang lepas. Pelaksaan cukai digital sebanyak 6 peratus akan dimulakan kepada mereka yang menawarkan perkhidmatan digital seperti periklanan dan hiburan. Jadi sebagai mereka yang giat dalam pengunaan iklan Google Ads dan FB Ads, dah pasti akan kena bayar 6% cukai digital ini. (saya pelik kenapa 6%? kenapa tidak 1%,2% pada permulaan ni?)

cukai digital

Jadi kesimpulannya berniaga belum tentu untung, dah kena cukai yang menanti. Apa kan daya untuk rakyat yang kini struggle untuk hidup di bumi Malaysia tercinta. Harga minyak pula bakal dinaikkan 1 sen setiap minggu sehingga harga semasa minyak dunia.

Ini semua dikatakan untuk membantu negara menyelesaikan hutang negara yang peliknya terus meningkat bukannya sedikit. Keputusan demi keputusan menteri kewangan juga kini semakin meragukan membuatkan rakyat semakin jelik dengan kerajaan baru. Masakan tidak, setiap hari rakyat mengeluh dengan keadaan ekonomi semakin suram. Kos sara hidup semakin meningkat. Ditambah dengan kada bil air dan eletrik akan dinaikkan.

Jadi cukai digital ini akan dijadi sumber pendapatan negara yang baru setelah banyak aset negara yang dimiliki GLC dijual secara beransur ansur. Tabung haji dan KWSP semakin mengalami penurunan pendapatan. Malah semua aset penting TH untuk bangkit telah dipindahkan kepada SPV yang ditubuhkan kerajaan. Dengan kata lain,SPV ini bebas untuk menjual aset-aset berkenaan!

Menteri kerajaan dan wakil rakyat kini sibuk dengan perasmian lif dan traffic light yang baru dibina. Mana ada masa untuk bertanya kepada rakyat apa yang mahukan. Harapan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik kini bertukar dengan harapan segera menukar kerajaan baru.

Dengan pengenalan cukai digital ini pastinya akan meningkatkan kos peniaga kecil-kecilan yang menjalankan perniagaan online. Jadi bersedia untuk menerima kenaikan harga barang yang dijual secara online selepas ini. Tak silap saya ketika era kerajaan sebelum ini sudah ada cadangan ini, namun pelaksaan dikenakan kepada syarikat perkhidmatan, bukan kepada pengguna perkhidmatan. Kerajaan PH pula mengenakan cukai kepada penguna perkhidmatan yang pastinya akan memberikan kesan kepada akar peniagaan kecil.

Jika dulu, GST menjadi isu besar. 

Dengan kerajaan baru PH, SST, Cukai Digital, Cukai Gula dan banyak lagi idea kreatif kerajaan yang bakal diperkenal termasuklah kereta terbang. (Last jadi dron).

Boleh dikatakan prestasi kebanyakan menteri PH sangat tak memberangsangkan. Semua masih sama dengan ideologi pembangkang walaupun sudah menjadi kerajaan. Kroni diutamakan,rakyat dicapatikan. Harapan untuk menjadi lebih baik, kini semakin menjadi angan-angan.

Harapan untuk Tun Mahathir mengulangi magis beliau dalam pengurusan negara seperti sebelum ini hancur dengan barisan menteri yang tidak pandai mengurus terutamanya kewangan yang menjadi tunjang utama negara.

Masih ada kira-kira 3 tahun lebih lagi untuk PRU 15. Saya lihat kerajaan bermati-matian untuk menamatkan karier politik kerajaan terdahulu yang kini bergelar pembangkang. Setelah 19 bulan memerintah, rakyat masih lagi diomongkan dengan skandal 1MDB walhal salah laku semua kroni mereka ditutup kes termasuhlah kes rasuah, salah laku dan juga yang dikaitkan dengan penganas LTTE dan PKM.

Ini Malaysia Baharu. Semua boleh. Apa yang boleh saya tengok ialah rakyat semakin berpecah dengan pelbagai isu perkauman yang dimulakan oleh kalangan parti komponen PH sendiri. Malah mereka masih lagi melakukannya walaupun sudah menjadi kerajaan. Politik perkauman akan merosakkan perpaduan kaum yang dulu semakin baik, kini semakin membara dek mulut ahli politik sendiri.

Doakan negara kita terus aman sentosa. PM 8 cepatkanlah PRU 15 ya. Tak pun PM 7 cepatkan…hehehe

Artikel Berkaitan
  • Blogger Kena GST? Habislah Blogger Mantop Sekalian
    Dalam Sinar Harian hari ini ada menyatakan Blogger akan dikenakan GST bermula April tahun depan. Tap...
  • Sedikit Gambar Kahwin 1
    Gambar ini adalah daripada kamera saya. Saya sedang menunggu gambar daripada jurukamera yang diupah ...
  • Penipuan Parcel Dari Luar Negara
    Semalam saya ada menerima satu mesej di Facebook yang bertanya tentang masalah beliau yang menerima ...
  • GST Atau SST Jadi Harga Murah? Eh Kenapa Naik Harga Pulak!
  • Perkara Yang Perlu Anda Tahu Jika Ingin Menyertai Program Francaisor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 1,063
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:cukai digital

Related Articles

lubuk murah china
Ebook Lubuk Murah China telah dilancarkan oleh Tim ChinaMethod . …

Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda

Jumlah Peratus Telco makan dari Bisnes SMS
Saya tertarik dari komen dari system failure. Saya rasakan beliau …

Jumlah Peratus Telco makan dari Bisnes SMS

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Jumlah Peratus Telco makan dari Bisnes SMS

Saya tertarik dari komen dari system failure. Saya rasakan beliau melakukan lang…

Buat Duit Dengan Amazon: Aku Dapat Sales Dari Amazon

Bila tengok rohaizad buat post tentang buat duit dengan Amazon, apa lagi. Saya t…

Keajaiban Kolustrum Alpha Lipid Lifeline

Ia adalah cerita sebenar tentang susu kolustrum ni. Pada awal tahun ni, ibu saya…