Semalam saya baru sahaja selesai menjalani kursus Perundingan Perniagaan anjuran MARA. Saya dapat jumpa 2 orang orang besar MARA Terengganu dan juga Pahang semalam. Penceramah? Saya dah kenal dah, dah jadi mcm member dengan consultant tu.
Saya dah beberapa kali menyertai seminar yang diajar oleh mereka. Perundingan perniagaan kali ini terpaksa diturunkan level kerana ramai yang belum start biz yang join.Pelik jugak kenapa mreka join kursus Pemantapan Usahawan.Mereka sepatutnya join kursus Asas Perniagaan terlebih dahulu.
Kursus ni berbayar.Sebab berbayar kot diorang bagi je sape nak masuk walaupun tak start lagi meniaga. Ada jugak budak lepas u masuk. Tapi apa yang sedikit terkilan,mereka datang berpasangan & gunakan dok hotel untuk seminar untuk membuat “onar”. Mula mula saya sangkakan mereka pasangan suami isteri,rupanya tidak…Oh lupa,mereka menginap disebelah bilik saya..
Saya rasa mereka takkan start meniaganya jika buat macam tu. Hanya nak ambil kesempatan p kursus je kot. Entah la. Apa nak jadi tah budak u sekarang ni…Sedih..
Saya tanya nak wat biz apa…jawabnya, tak tahu lagi..
hmm..Rasanya tak start dah sebab tak decide pun lagi nak jadi apa. Awek memang cun. :P. Just suka suka dapat dok hotel je kot. Dalam paper hari ni pun ada kes budak ceroboh rumah kekasih untuk melempias nafsu.Ia pernah terjadi kat kampung saya beberapa tahun lepas.Lembek kena belasah bapak budak perempuan tu.Sekarang tak kira la,dok bandar ke kampung ke..sama je..huhuhu
Yang ajak “balak” datang umah time mak bapak takde pun ada..
Kreatif betul..paper semalam plak pasal penuntut universiti yang sewa chalet gan “balak” dia sebelum balik u. Pastu kantoi.. Macam macam sekarang ni..pembaca akhbar Harian Metro tahu la.. :P. Cerita macam tu memang orang suka..hohoho
Otak bijak…tapi bodoh..
Kembali pada topik asal kita..
Alhamdulillah kita masih lagi menguasai politik walaupun banyak isu yang timbul. Ketuanan Melayu semakin dipermainkan oleh ahli politik. Dulu kes terengganu, kini kes perak pulak. Sama je kalo ahli politik ni.Sultan diorang tolak tepi. Masing masing tunggu peluang untuk mengenakan lawan mereka walaupun mengheret Sultan sama.
Sekarang ini,saya kira ia sudah dikira sebagai jihad ekonomi untuk mempertahankan hak orang melayu sendiri. BN,PAS atau PKR, saya berkawan dengan mereka semua. Sepatutnya mereka bersatu untuk bangsa melayu bukan tuduh menuduh yang memecah belahkan bangsa kita sendiri.
Kesamarataan? Tidak.Saya tak setuju sangat konsep kesamarataan tersebut kerana kita perlu korbankan sesuatu untuk konsep kesamarataan tersebut. Kita akan hilang hak istimewa dan hak sultan. Tiada lagi MARA lepas ni jika kita hilang kuasa demi kesamarataan. Bagi saya, dengan adanya MARA dah ramai usahawan berjaya dihasilkan walaupun bersikap kroni. Kenapa? Mereka akan bagi projek kpd mereka yang kenal.
Jadi jangan salahkan orang jika anda tidak dapat projek. Ini adalah kerana kita sendiri tidak usaha untuk kenal orang mara atau decision maker tersebut. Ini adalah kerana jika mereka kenal anda, mereka akan berikan kepada anda kerana mereka yakin anda mampu lakukan. Sebab itulah, bina rangkaian anda.
Saya jumpa lagi sorang kawan yang selalu join seminar ni.Tujuan dia hanya untuk wat networking. Hasilnya beliau telah pun menjadi jutawan.Cuma beliau tak mengaku. Seorang yang happy go lucky sebab itulah ramai yang kenal dia.Saya rasa sebab itu jugak dia senang mendapat kerja.Beliau adalah seorang kontraktor. Setiap kerja yang dia dapatkan,kualiti kerja mereka akan dijamin.
Ofis beliau kecik je.Beliau hanya menyewa dengan harga RM60 sebulan.Rasanya luas ofis hanya 2mx2m je. Muat satu meja je untuk kerani wat keje & simpan fail kat rak. Semua bidang kerja dia buat termasuk khidmat pembetungan (najis) dari hotel hotel sekitar kuala terengganu. Terus terang,saya berasa selesa bersama beliau. “Aura” tersebut pasti dirasai oleh kebanyakan orang yang berurusan dengan beliau. Semalam beliau turut memperkenalkan saya kepada Pengarah Pembangunan Usahawan MARA Pahang.
Sebab itulah penting untuk usahawan Melayu untuk buat networking. Anda akan mengenali ramai orang yang akan menjadi rakan anda. Mereka yang berjaya biasanya bersikap low profile. Mereka mempunyai public relation yang sangat bagus dan kita boleh belajar dari mereka.
Jadilah usahawan, bukan peniaga! Usahawan adalah mereka yang boleh mengenal dan menghidu peluang. Peniaga kerjanya hanya berniaga dan terus berada dalam kepompong mereka. Pagi buka kedai,malam tutup kedai. Begitulah sampai bila bila. Jika usahawan,mereka akan mengembangkan perniagaan mereka ke suatu tahap yang baru, bukan statik je.
Dah panjang pulak saya melalut..Jangan lupa untuk bookmark blog ini ye. 🙂
