Saya lihat pada hari ini bersepah contest SMS kat Metro & Sinar Harian. Sampaikan saya pun dah naik menyampah. Bukan apa, ia sangat merapu seolah olah tiada idea yang lebih gempak. Diorang regid pada contest yang terlalu biasa. “Apakah makanan kegemaran rakyat Malaysia”,”Adakah kanak kanak tidak selamat di Malaysia” dan banyak lagi la contest yang merapu.
Ia adalah daripada geng MIRSB. Diorang hanya buat contest & waktu solat je..Yang lain takde dah.Lepas tu bersaing sesama sendiri dalam iklan bersepah di surat khabar. Ia sangat tidak bagus. Ia sudah menjadi tidak unik dah. Mereka seolah olah tidak mahu lari daripad acuan MIRSB.Jadi lah usahawan yang kreatif.
Jika anda ingin berjaya dalam perniagaan sms. Jadilah seorang yang kreatif dan unik. Jika asyik benda sama yang diubah skit je.Orang akan muak. Lagipun iklan bukanlah sesuatu yang murah. Saya jamin hanya 2,3 orang sesat yang join contest tu. Sad but true…
Saya tak galakkan mereka yang ingin memulakan perniagaan sms membuat contest, ringtones dan waktu solat. Ia sudah tepu dan orang tidak berminat dengan benda sedemikian. Terdapat banyak kelemahan kalo mereka yang buat sms contest ni.
Persoalan yang timbul:
- Adakah hadiah yang ditawarkan adalah betul & benar?
- Adakah pembahagian hadiah saksama, tak berikan kepada sepupu sepapat.
- Adakah ia halal? ya..ada isu ni..Rujuk http://www.zaharuddin.net
- Adakah ia menguntungkan usahawan kerana bersaing sesama sendiri dengan aplikasi yang sama
Itu adalah persoalan saya. Ada banyak lagi kalo nak pertikaikan. Terus terang saya tidak sukakan apa yang berlaku sekarang. Orang yang join contest sebab nak menang hadiah semata mata. Rasanya ramai yang kecewa.
SMS Contest yang sebenar adalah seperti WALL’s buat tu. Beli aiskrim siapa yang sms akan dapat hadiah buat mereka yang bernasib baik. Bukannya buat contest tanya soalan budak tadika. “Berapakah jawapan 1 + 1?”… Nampak sangat usahawan berkenaan tak serius dan main main. Apatah lagi orang nak join…
Siapa yang buat tu…hentikan la..Buat contest yang educational skit. Bukan soalan budak tadika..Anda bukannya TV3 yang buat soalan tanya pendapat.TV3 boleh la buat sebab mereka TV. Mereka tak perlu keluarkan iklan di TV sendiri. Malah diorang pun tak iklankan berita mereka sebab orang akan tengok berita.
Saya nak tau lama mana mereka boleh bertahan kalo masih buat benda yang sama sedemikian. Rugi beb…Rugi…
Agaknya hanya SMS contest je yang boleh digunakan dalam banyak banyak aplikasi dalam Callcenter tu agaknya. Takde pulak yang buat direktori mcm MIRSB buat.Takut ada competitor ke apa..huhuhu.. :p
Apa nak jadilah nanti benda ni semua ni… Nak berjaya tapi kreativiti masih kurang…
Anda boleh undi dibawah:
[poll=1]
bajet
Salam,
SMS contest adalah salah satu applikasi yang paling popular kerana paling banyak sambutan,dan paling senang buat duit,namun bila dah terlalu banyak orang buat contest dalam satu akhbar,timbul konfik kepada penghantar2 sms.
Namun applikasi ini di klasifikasikan sebagai ada unsur perjudian…..jadi HARAM mengikut UZAR dlm http://www.zaharuddin.net,namaun ramai dari staff MIRSB tetap mempertahankannya mengatakan bukan perjudian.
Terpulang
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Salam
titan
manusia sekarang. Semua mahu wang cepat. 🙂
rose
sham, tengkiu…tengkiu… yang benar watpe nak di sorok. Contest SMS tu dah makin mengarut. Nak kata lucu tidak, berilmiah pun jauh sekali.
Sistem Bossmailer, payment gateway tu memang sesekali dengar kira dasat…. tapi kalu nak dapat website kongsi2, baik upah designer buat website sendiri, sendiri manage, sendiri control, tak payah sign agreement…. Duit pun tak habis banyak, boleh simpan dalam unit trusts..
Agaknya yang jadi macam TIKUS GIGIT BESI tu sebab MIRSB lepas tangan kut…
mr.eims
from zaharudin.net
2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.
jadi rupanya permainan treasure hunt itu juga judi coz pemain perlu bayar untuk join game. & kalu kalah, modal tadi akan burn. hadiah pemenang diambil dari duit org yang mendaftar.
ada banyak lagi permainan yang macam nie.kat sekolah2, kat universiti pun ada juga program mainan yang peserta perlu bayar untuk join.
Non Blatik Sik
x yah dok galak nk join bisnes sms gila ni. baik jual air tebu tepi jln lg baguis.
Tok Wan Asan Sik
Xpayah le nk join bisnes sms ni. Apa yg djanjikan mmg menguntungkn tp bila dh join habuk pn tarak. Yg dok brangan nk kaya cepat carilh bisnes lain. Sy dh join gan bisnes contest sms. Modal iklan pn x lepas camna nk kasi hadiah yg ribu2 tu.BERINGAT SEBELUM KENA. Kalu duit byk, baik sedekah kat umah anak yatim