Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Perniagaan
Seminar Marketing Power Dr. Azizan Osman
Perniagaan

Seminar Marketing Power Dr. Azizan Osman

sham 9 Comments

Khamis lepas saya berpeluang untuk menghadiri seminar Marketing Power yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman kat Hotel Shuen, Ipoh. Memang full seminar kat Ipoh tu.

Dr. Azizan turut menjemput Pak Habib atau dikenali S.H Alattas dalam dunia penulisan buku politik. Seorang penulis yang penuh kritis.Beliauย  Seorang jutawan dalam bidang penulisan. Beliau telah menulis 60 buah buku setakat ini.

Beliau juga mempunyai rumah taman tercantik di Malaysia yang dinamakan Wadi Hussein. Rumahnya tersiap sedia helipad untuk pendaratan helicopter beliau.

Banyak jugak perkara baru yang dipelari menerusi Seminar ini. Kebanyakannya saya dah tahu, cuma tak buat.huhuhuhu.

Ia lebih kepada “Blue Ocean Strategy” dalam pemasaran. Bagaimana untuk menjadikan pesaing anda tidak relevan dengan perniagaan anda? Bagaimana untuk menjadikan pesaing anda cemburu dengan perniagaan anda?

Walaupun ia hanya menyentuh hanya “surface” dalam pemasaran. Namun, ia membuka minda ramai orang. Tetapi apa yang berbeza, sebanyak mana yang akan bertindak untuk mengikut apa yang disarankan oleh Dr. Azizan.

Kebanyakan idea dan contoh yang diketengahkan telah diaplikasi oleh tokoh usahawan lain dan ia sangat berjaya.

Konsep Think Big, atau dikenali teknik berangan. Tetapi ia bukanlah berangan semata mata. Ia perlu disertakan dengan tindakan.” That’s can make the difference.”

“Akal ada ke!”. Itulah teguran Pak Habib. Beliau meminta kita gunakan akal dan “melihat” peluang yang ada didepan mata. Beliau meminta kita jangan bermain main. Kita mestilah serius dan fokus.

Antara mereka yang mengunakan kaedah Blue Ocean adalah Dato’ Tony Fernandes. Bagaimana beliau menjadikan pesaingnya tidak relevan pada dunia penerbangan sehinggakan pesaing terpaksa mengikuti langkah Air Asia lakukan.

Satu persoalan untuk anda…..

Kenapa anda buat bisnes dan apakah matlamat bisnes anda?

Jawapannya pada post yang akan datang. ๐Ÿ™‚

Sebelum tu, saya akan menulis tentang hakcipta dulu. Kemudian barulah jawapan untuk soalan saya tu.

Artikel Berkaitan
  • Apa Yang Membuatkan Orang Diiktiraf Sebagai Pakar?
    Seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan apa yang saya sempat "tangkap" dalam seminar Marketing ...
  • Gambar Seminar JomSeminar
    Seperti yang dijanjikan. Saya akan masukkan gambar gambar yang saya ambil ketika seminar jomseminar....
  • Kaya dengan Seminar?
    Saya sering mendengar sesetengah yang cukup anti dengan orang seminar.Malah ada orang dengan lantang...
  • Sekitar Seminar JomSeminar
  • Seminar Harta Intelek dan EDX di UTP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • dr azizan osman menipu
  • www marketingpower com my
  • dr azizan osman menipu penipu
  • marketingpower com my
  • dr azizan osman penipu
  • marketing power dr azizan
  • dato azizan osman
  • https://www shamsuriyadi com/perniagaan/seminar-marketing-power-dr-azizan-osman/
Post Views: 1,125
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

daun-ketapang
Siapa sangka daun bersepah kat bawah pokok boleh jadi duit …

Daun Ketapang Terbuang Tapi Sangat Lumayan

Jumlah Peratus Telco makan dari Bisnes SMS
Saya tertarik dari komen dari system failure. Saya rasakan beliau …

Jumlah Peratus Telco makan dari Bisnes SMS

9 Comments

  1. suhaimi ukm

    telah hadiri marketing power oleh dr azizan, rasanya scam. x de yg releven hanya teknik dia mnjual program tu je ramai yg tertipu kot.

    cthnya: harga asal rm450 tapi sy bagi promo sebanyak rm99 sahaja, xkan 99 pun nak kedekut utk ilmu.

    lebih jimat bc buku 7 habits of highly effective people-itula idea yg kita kene bertindak.

    scammers boleh blaja marketing power dr king nya dr azizan.

    komen sy this guy talk crap

  2. sham

    Bagi saya, i get something daripada seminar tersebut. Memang basic je pemasaran yang diajar. Tapi tak pergi la kursus advance dia sebab tak berapa relevan. Ke seminar sebenarnya untuk refreshment minda.

    Saya tau ada banyak isu negatif tentang “Dr.” Azizan ni seperti doctorate dia & hasil seminar/kursus dia sebelum ni.

    Tapi saya ambik dari sudut positif, semua orang ada anugerah dan juga pengalaman yang tersendiri.

  3. Millionaire KKA

    “U are what u think you are.” Org yg negatif akan memproduksi tindakbalas negatif,seperti tingkah laku,tutur bicara,pemikiran etc. Kuasa minda Dr Azizan bukanlah suatu yg baharu. Majoriti mereka yg berjaya telahpun mempraktikkan kaedah Law of Attraction (LOA) @ Undang2 Tarikan. Dari suatu sudut lain, ianya byk menekankan kepada konsep yakin,doa,usaha,syukur,kasih sayang etc. Mereka yg melihat sesuatu dari perspektif positif,akan cuma berfikir,bertutur dan bertindak yg positif.
    Saya belum berkesempatan utk menghadiri ilmu Dr Azizan secara fizikal,tetapi lebih mendalami teknik sebegini melalui pembacaan serta audio visual yg dihasilkan oleh LOA practitioners antarabangsa.
    Saya menganjurkan rakan2 utk mencari inisiatif bagi memperbaiki diri menjadi ‘the creator of your own ideal life’, samada secara material,sosial,ekonomi atau rohani..

    “There are many wonderful things that would not do, if you do not do them”.
    ๐Ÿ™‚

  4. norman

    Apa sahaja, sama ada negatif atau positif, kita yang tentukan. Banyak perkara memang kita dah tahu, cuma kita tak buat je, sebab manusia ni sifatnya pelupa (cari la apa maksud insan), sebab tu nak kena diingatkan selalu.
    Macam iklan keselamatan jalan raya la, mana ada negara lain selain Malaysia yg buat iklan berhenti di lampu merah? Tapi kenapa buang duit buat iklan tu? sebab orang tahu, cuma tak buat je.
    Seminar apa pun, semua tu kan ke ilmu, jadi terpulanglah apa ilmu yang kita nak ambik. Seminar mcm ni boleh tarik beribu peserta, jadi apa salahnya belajar macam mana dia tarik peserta yang ramai, kalau pun tak nak belajar apa yang dia kongsikan kat seminar tu, kan? ๐Ÿ™‚

  5. noorem

    Salam,
    Kan bagus masa program monsunbiz dulu kamu berfikiran positif.

    Baru sekarang nak berfikiran positif setelah menutup periuk nasi lebih kurang 500 org pembeli monsubiz.

    Sekarang ramai yg tak dpt balik modal RM5K dan ada yg habis RM50K sebab awak mempromosi monsunbiz sebagai scam pada tahun 2008.

    Saya ingat lagi sebab awaklah ramai monsuner yg merana sebab tidak ada sesiapa yg nak sewa tapak iklan kami.

    Dosa awak kerana menyebarkan propaganda ‘negatif’ dan dosa Dr. Zubir yg menghentikan laman web tersebut akan dituntut di akhirat. Dua-dua pihak sama2 akan dituntut.

    Jgan bertalam dua muka. Sekejap pikir negatif dan sekejap fikir positif. Kamu tanggunglah setiap kerugian mereka hasil dari aktiviti propaganda negatif kamu dan kuncu2 kamu. Kata nak tolong tp habuk pun takder. Buat org melingkup adalah.

    Yg untung? Dr. Zubir dan org2 yg menjadi pengikut kamu. Yg dah termasuk program monsunbiz? Lingkup abis.

    Maaf kalau terkasar. Tapi itulah kenyataannya.

    Sekian,
    noor

  6. sham

    Sudah dinyatakan daripada awal. Monsunbiz adalah satu skim lebih kepada head hunting. Ia tidak akan bertahan. Malah ia juga bertentangan dengan Islam kerana konsep head hunting tersebut. Keuntungan yang diperolehi juga dihasilkan daripada orang yang masuk. At the end, orang terakhir akan teraniaya. Orang mula-mula memang dapat untung. Lambat laung ia akan terkubur juga walaupun saya tidak menulis sebarang review berkenaan skim ini.

    Saya tidak akan berfikiran positif terhadap sebarang skim yang meragukan. Apatah lagi ia mengeksplotasi orang ramai untuk menyertai mereka. Yang untung, penganjur. Manakala peserta, terkontang kanting dibiarkan.

    Konsep virtual property yang ditampilkan juga adalah salah. Ia boleh dianggap virtual property jika anda memilikinya. Bukan menyewa lot ke apa apa kat laman web. Owner monsunbiz yang akan untung.

    Jika perniagaan mereka benar-benar jujur, mereka pasti akan hujah untuk mematahkan segala hujah saya. Konsep perniagaan sebegini sangat lemah. Malangnya orang yang kurang pendidikan berkenaan IT akan tertipu. Lebih ia dihentikan sebelum lebih ramai orang melayu dipermainkan oleh golongan yang suka mengeksploitasi orang melayu sendiri untuk menjadi kaya dengan cepat.

  7. mindakita

    Salam,
    Saya juga telah pergi seminar itu, Sebagai seorang trainer yang dah lama mengajar orang lain utk berubah, saya dapati seminar Dr. Azizan ini bukan scam sebab beliau ada pengalaman dalam membina syarikat. Beliau ada pengalaman.

    Kalau kita kata Dr Azizan menipu orang atau scam org lain… kenapa ramai yang berjaya setelah hadiri seminar advanced nya….saya jumpa mereka secara personal….sebagai trainer yang mempelajari ilmu NLP, saya dapati Dr.Azizan menggunakan ilmu itu utk mengajak manusia berubah dgn Teknik yg bersistem.

    Kalau anda rasa hebat …kenapa anda tidak membuat sistem yang mampu mengubah manusia mnjadi lebih baik dan tawarkan pada harga yang jauh lebih murah drpd Dr Azizan dan bina perubahan yang jauh lebih baik drpd beliau….kalau tak..maknanya kita hanya tahu cakap besar dan cakap kosong sekadar menyedapkan jiwa yang lara.

    Kenapa nak kutuk beliau sedangkan kita tak pernah melalui semua program beliau…sekadar pi program basic marketing power sahaja…..? lepas tu buat tuduhan seolah-olah kita dah tahu serba serbi programnya….

    Beliau ada 12 syarikat dibawahnya…..ni yg mengkritik beliau ni ada berapa syarikat di bawah anda….?

    Saya secara peribadi as trainer dan konsultan dalam HRM cuba mengikuti semua seminar beliau utk check sejauh mana keberkesanan yang dinyatakan oleh beliau….lepas itu barulah boleh membuat komentar supaya kita adil dgn manusia…..

    Kata orang duit boleh dicari tetapi umpatan dan fitnah adalah satu perkara yang ditegah oleh Allah….

    So be rasional dan buatlah sesuatu yang terbaik utk anda sentiasa….

    Wassalam

  8. Ahmad Hafizul Kamaluzaman

    Assalamualaikum,

    Saya dah hadir seminar AMP, secara keseluruhan cukup berpuas hati. Bagi sapa-sapa yang ada produk sendiri dan ada modal besar untuk marketing, elok pergi. Memang boleh letup korang punya produk…

  9. ahmad

    Ilmu Allah itu luas…at least saudara azizan cuba berkongsi ilmunya untuk kebaikan orang lain dan juga untuk perniagaannya. Saya tidak pasti sama ada beliau scam ataupun tidak, yg pasti saya hendak melalui dulu seminarnya dan menilai sendiri. Jika dia menipu, maka Allah pasti membalasnya.

    Ada orang suka bersedekah dan buat hari-hari, tapi tidak juga kaya-raya sedangkan dia juga berniaga. Jadi, adakah dengan satu asbab saja iaitu bersedekah (kocek rm50 yg last tinggal pun, dia tetap sedekahkan sepenuhnya kpd org lain–kita berani buat begitu?) dia boleh majukan perniagaannya tanpa ada ilmu yg lain?

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Bisnes SMS tak semuanya Indah…

Bagi yang mereka yang berminat dengan perniagaan SMS, perlu saya ingatkan ianya …

GDI – Global Domain International Scam Ke?

Gelombang GDI sedang melanda Malaysia. Itulah yang saya nak katakan. Saya dah ta…

SMS adalah best effort service!

SMS atau Short message system adalah best effort service. Ia adalah sebagaimana …