Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Perniagaan
Terokai Internet Untuk Menjana Wang Untuk Keluarga
Perniagaan

Terokai Internet Untuk Menjana Wang Untuk Keluarga

sham 5 Comments

Jika anda mempunyai talian internet di rumah, agak merugikan jika tidak menerokainya untuk menjana wang tambahan untuk keluarga anda. Perniagaan internet merupakan antara perkara yang boleh anda terokai. Namun, AWAS dengan jerat skim cepat kaya dan penipuan internet yang sentiasa mencari mangsa.

Perniagaan Apa Buat Di Internet?

Sebenarnya ada banyak perniagaan yang boleh anda lakukan di internet.  Terdapat 2 kategori produk yang boleh anda jual di internet iaitu produk digital dan produk fizikal.Ia bermula dengan diri anda. Anda boleh menjual diri anda. Produk ini boleh dihasilkan sendiri atau membelinya di tempat tertentu.

Apa yang saya maksudkan menjual diri ialah kemahiran dan pengetahuan yang anda ada. Ia merupakan satu aset yang tak luput dek zaman dan boleh disuaikan dengan pelbagai keadaaan. Ia adalah produk perniagaan internet yang terbaik!

Buktinya, Isteri saya baru sahaja memulakan perniagaan internet pertama beliau lebih kurang 3 minggu yang lepas. Beliau hanya menjual kemahiran dan pengetahuannya sahaja untuk menghasilkan pendapatan 4 angka sebulan. Apa yang beliau jual adalah pengetahuan dan kemahiran beliau dalam pembuatan coklat buatan tangan dan juga produk bakery di laman web beliau di http://www.buatcoklat.com

Saya memang tidak terkejut dengan hasil yang beliau dapat kerana saya telah terlibat dalam perniagaan internet sejak tahun 2006 lagi.

Apa lagi yang boleh dijual?

Produk disekitar anda. Contohnya pemilik Tudung-Online.com mengunakan kelebihan harga tudung yang murah di Terengganu untuk memasarkan tudung secara online dan menghasilkan pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan. Malah kemahiran dan kedudukan strategik untuk mendapatkan produk telah menjadikan satu kelebihan kepada kebanyakan usahawan berjaya.

Kraftangan yang dihasilkan di tempat anda juga boleh dijual di internet dan mempunyai permintaan yang agak tinggi di internet seperti tembikar, kraf kayu, kraf perak, kraf tembaga, kaca, kristal dan sebagainya.

Irfan Khairi, jutawan internet yang semakin popular hari ini menjadi jutawan dengan menjual perkhidmatan mereka bentuk grafik, laman dan menjual peta Malaysia secara online.

Pasaran Bergantung Kepada Permintaan

Suka saya ingat tidak semua barang berpotensi untuk dijual di internet. Ada sesetengah barang tidak sesuai antaranya barang basah seperti ikan dan sayur yang mudah rosak.

Apa yang perlu anda buat sekarang ialah terokai potensi diri anda untuk menghasilkan produk yang mungkin akan mengubah hidup anda buat selama lamanya. Apa yang membezakan orang yang berjaya dan yang biasa adalah mereka bertindak untuk merealisasikan apa yang mereka impikan.

Cita cita hanya akan tinggal cita cita jika tidak bertindak dan berusaha untuk merealisasikannya.

Langkah Pertama Untuk Mula?

Apa yang perlu lakukan ialah buat kajian permintaan terhadap apa yang ingin anda jual. Ia sangat penting agar perniagaan internet yang anda jalankan mendapat permintaan.

Antara tools yang boleh anda gunakan ialah Google Keyword Tool.

Anda boleh bermain main dengan tools tersebut untuk mencari produk apakah yang paling sesuai untuk anda. Nasihat saya, terokai bidang lain selain  niche buat duit di internet.

Ia sangat fragile dan mudah salah anggap.

Artikel Berkaitan
  • Betul ke Perniagaan Internet Boleh Buat Duit?
    Saya menerima banyak juga sms yang bertanyakan samada betul ke perniagaan internet boleh buat duit? ...
  • Jualan Ebook Lebih RM300 Ribu Dalam Masa 10 Hari,Bestnya Jual Ebook
    Bagi mereka yang tahu akan potensi jual ebook di internet. Ramai yang akan berusaha menerbitkannya. ...
  • Perjuangan Baru Bermula
    Nampaknya shuhaimy aka Shuth dah tukar status kepada usahawan internet sepenuh masa. Kerjayanya seba...
  • Teknik Menjana Trafik Percuma Buat Blogger
  • Mangsa Nigerian Scammer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 527
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Masih tercari-cari produk untuk di jual di internet? Oklah. Ini adalah daripada …

Produk Hangat Yang Pasti Terjual Untuk Mereka Baru Meniaga Di Internet

SMS adalah best effort service!
SMS atau Short message system adalah best effort service. Ia …

SMS adalah best effort service!

5 Comments

  1. zool

    Belum mula2 lagi perniagaan internet ni..
    Sekadar blogging je lagi..

  2. dAzz

    Ya, semuanya bermula dengan langkah pertama…

  3. donnyien

    Salam Sham,
    Thank’s!aku suka buit duit di internet.Usaha bawa kejayaan dalam apa jua yang kita capai 🙂

  4. azham zanal

    selalunya ada kawan-kawan yang bertanya camner saya boleh ada income yang masuk tiap-tiap bulan tapi nampak tak buat apapun.. lepas kita terangkan kena membaca dan menulis, rajin-rajin explore internet dan buat lah macam kita cakap, pertolongan, pertanyaan anytime..

    tapi lepas beberapa bulan dia tanya soalan yang sama lagi.. tapi jawapannya kecewa sangat sebab dia cuma bertanya tapi tak ambil peluang belajar dan bermula.. hasilnya setiap bulan saya masih ada income dan dia masih macam dulu..

    Kena buat perubahanlah..

  5. nuwa

    Betul.. Alangkah ruginya melayari internet saban hari tanpa memanfaatkannya utk membantu diri dan keluarga..:-)

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Keajaiban Kolustrum Alpha Lipid Lifeline

Ia adalah cerita sebenar tentang susu kolustrum ni. Pada awal tahun ni, ibu saya…

Bisnes SMS tak semuanya Indah…

Bagi yang mereka yang berminat dengan perniagaan SMS, perlu saya ingatkan ianya …

Produk Hangat Yang Pasti Terjual Untuk Mereka Baru Meniaga Di Internet

Masih tercari-cari produk untuk di jual di internet? Oklah. Ini adalah daripada …