Dalam artikel saya berkenaan pagar dan perosak sebelum ini, terjadi pula kejadian yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia adalah dimana 2 kanak-kanak meninggal dunia kerana memakan jajan beracun yang dimasukkan racun untuk membunuh monyet di kebun. Cara ini digunakan ramai pekebun untuk melindungi kebun mereka.
Daripada pemerhatian saya, keropok super ring rasanya. Masalah kera dan sepesis monyet yang lain seperti beruk, mawas dan ungka memang banyak menganggu hasil pertanian. Pekebun dan petani tiada jalan lain iaitu mengurangkan populasi dengan cara meracun perosak ini. Mungkin ia sudah jalan terakhir.
Perangkap hanya dapat tangkap beberapa ekor sahaja. Lepas tu, memang payah nak masuk dah sebab kera dan beruk sekarang semakin pandai. Malah racun juga kadang tak berkesan kerana mereka sudah pandai. Sebab tu ada pekebun letak jajan yang sedap. Super Ring plak tu.
Namun, nasib tidak baik kerana ada kanak-kanak yang nampak dan mengambilnya. Mereka tidak tahu ianya beracun. Akibatnya 2 hari lepas, kedua dua adik beradik meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa di hospital.
Ia satu wake up call untuk mereka di Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Kementerian Pertanian kerana ia berlaku disebab mereka dalam bidang ini. Dalam kes ini, racun tikus dimana fungsinya ialah merosakkan organ dalaman tikus. Jadi akan berlaku pendarahan dalaman yang akan menyebabkan tikus mati. Malah ada racun tikus jenis sistemik ini akan membunuh anak-anak tikus jika ibu tikus ini menyusukan anak-anak mereka.
Jadi ia adalah kes yang sangat mencabar buat KKM untuk meneutralkan racun apabila ia dimakan oleh manusia sebab ia sangat toksik apabila dimakan kerana ia berfungsi sedemikian untuk membunuh tikus dan kera.
Takziah buat Keluarga adik Aqil dan Luth yang terbunuh dalam kes keracunan ini. Selepas kejadian ini, mungkin akan ada SOP baru pengunaan racun dan juga penjualan racun jenis berkenaan akan dikawal.
Rasanya ini merupakan kes pertama melibatkan kanak-kanak yang termakan racun di negara kita ini. Rasanya pemilik kebun pun rasa serba salah dengan keluarga kanak-kanak berkenaan. Ia merupakan satu kemalangan. Menurut pekebun berkenaan, jajan beracun berkenaan sudah digantung tinggi.
Kemungkinan besar kanak-kanak berkenaan memanjat pagar dan mengambil jajan berkenaan. Ingat jajan free kot. Walau apapun takziah sekali lagi buat keluarga mangsa. Al fatihah.
p/s: Jom join Group Geng Kebun untuk dapatkan info terkini berkenaan teknologi kebun dan pertanian.