Herba Misai Kucing Merupakan Salah Satu Rahsia Herba Perubatan Melayu.
Assalamualaikum & salam sejahtera. Yes. Saya semakin rajin update blog ni, kalau tak lama bebenor nak update artikel baru kat sini. Biasanya banyak kat blog english saya yang lain walaupun banyak outsource je artikel. Tapi still kena setup. Oklah. Dalam artikel ini, berkenaan dengan tanaman herba yang cukup baik dan sangat mudah ditanam. Ini adalah cara menanam herba misai kucing.
Jangan potong misai kucing anda bela tu ya. Kesian dia. Sebab tu saya tulis herba misai kucing, takut ada yang salah faham pergi potong misai kucing, tanam. Naya..hahaha
Gambar kat atas ni adalah bunga misai kucing. Rupanya macam misai kucing, lentik-lentik gitu. Sebab itulah dinamakan misai kucing. Nama saintifiknya Orthosiphon stamineus. Kalau tok nenek kita dulu, memang suka menanam pokok herba ini. Sebab itulah diorang ni susah nak kena penyakit, pelbagai macam herba ditanam keliling rumah dan dijadikan ubat.
Khasiat Misai Kucing
Menurut kajian Dr. Suri Roowi (saintis MARDI), khasiat terbaik daripada misai kucing terletak pada bunganya. Ada sejenis antioksidan yang terdapat pada bunga yang boleh membantu dalam mengawal masalah kencing manis. Saya ada tanam pokok ini sebab ia adalah salah satu tanaman yang kelulut singgah pada bunganya. Boleh kira madu herba juga la kot..hehehe.
Saya dah lupa dah nama anti oksidan tu. Nanti saya korek balik nota-nota saya.
Antara khasiat misai kucing ini, ia adalah herba yang membantu dalam menurunkan dan mengawal kandungan gula, tekanan darah tinggi dan bagi yang ada masalah batu karang. Boleh amalkannya. Bagi wanita pula, ia merawat masalah keputihan.
Bagaimana caranya nak dapatkan manfaat ni?
Mudah je. Ambik daun dan bunga, basuh sehingga bersih dan rebus. Minum air rebusan ini sekali sehari. Insyallah berkesan.
Sebab tu ada dipasaran teh daun misai kucing, tapi orang tertinggal bunganya paling banyak khasiat. Nak dapat susah kot. Lagi baik kalau anda tanam sendiri sebab pokok ini senang tumbuh dan dibiakkan.
Cara Menanam Pokok Herba Misai Kucing
Kalau nak tanam pokok misai kucing cukup mudah. Anda hanya perlukan keratan dahan matang pokok ini. Kalau ada kawan-kawan yang tanam, boleh minta sikit keratan. Atau beli je kat nursery 1 polibag, biakkan jadi banyak-banyak kat kawasan rumah anda.
Boleh buat berniaga teh misai kucing. Sekarang orang semakin ramai kembali kepada herba untuk rawatan sebab ia tiada side effect. Berbeza dengan ubat kimia yang merosakkan badan jika diambil dalam masa yang lama.
Kencing manis, darah tinggi memang semakin ramai yang dah terkena. Tak kira tua muda, semua kena kalau tak jaga daripada awal sebab ia daripada keturunan. Kalau ada keturunan pengidap penyakit ini, kenalah berhati-hati dalam pemakanan.
Jika dah dapat keratan dahan, boleh cucuk je dahan tu kat dalam polibag. Nak cucuk terus ke tanah pun boleh tapi kena siram sekali sekala. Tanah biasanya saya beli kat kedai RM2.10 . Dulu RM2.00, lepas ada GST jadi RM2.12. Dah mansuh GST, jadi RM2.10 pula. Tapi oklah, still murah. Kalau tak boleh beli kat nursery tanah campuran untuk dijadikan media semaian.
Tak lama memang akan tumbuh daun baru dan berakar. Selepas agak matang, boleh pindahkan ke tanah. Kalau ada banyak, boleh cucuk terus ke tanah sebab ia memang senang nak tumbuh. Bila pokok dah matang, ia akan keluar bunga. Dah boleh buat teh misai kucing dah tu.
Kalau nak jadikan ia rendang, boleh buat prunning (potong dahan). Dahan yang dah buang tu, cucuk balik kat tanah, ia akan keluar dahan baru dan keluar bunga baru kat dahan muda. Itu sahaja. Memang mudah nak tanam pokok herba yang berkhasiat ni.
Ia sesuai untuk dijadikan rawatan alternatif bagi mereka yang ada masalah kencing manis dan darah tinggi. Nak tak nak je. Itulah amalan tok nenek kita dulu, kita je tak nak ambil pengajaran dan manfaat yang mereka tunjukkan.
Semoga artikel ini bermanfaat. Share kat orang agar memberi manfaat kepada orang lain juga.
p/s: Bunga misai kucing saya selalu dipow nyonya dari kampung cina sebelah. Memang saya bagi mereka ambik je sebab banyak sangat..hahaha
