Ramai yang berimpian untuk pencen dengan tinggal di kebun yang indah dan menghabiskan sisa hidup dengan alam. Tapi apakah tanaman yang sesuai untuk menghasilkan pulangan yang baik ketika zaman “pencen” kalian.
Bagi mereka yang tinggal di Bandar dan merancang berpencen di kawasan pendalaman yang aman damai. Namun, ia sebenarnya bukan perkara yang mudah. Kos membangunkan kebun sebenarnya agak tinggi jika bermula dari kosong. Bermula dengan pemilikan tanah, mencuci kebun, penyediaan kawasan tanaman, penjagaan dan banyak lagi.
Kalau anda yang berduit tebal, beli sahaja tanah kebun yang sudah siap berpokok dan berumah. Harganya sudah tentu mahal. Ia bergantung kepada lokasi. Malah ada yang nak menjual rumah beserta kebun durian berkeluasan 1 ekar ada mencecah 500 ribu ringgit di tempat saya di Kuala Kangsar. Durian sudah berbuah la. Bukan baru tanam. Di Selangor, pastinya harga lebih tinggi.
Jadi apakah tanaman yang sesuai untuk dijadikan tanaman di Kebun anda nanti?
- Durian
Ia merupakan tanaman paling popular untuk kebun terutamanya klon musang king dan juga black thorn. Namun, perlu ingat. Penjagaan durian premium ini bukan main tanam tinggal dan tuai sahaja. Banyak perkara yang perlu diambil kira seperti pengairan, pembajaan, kawalan perosak dan banyak lagi. Namun hasilnya memang lumayan kerana harga MK dan Duri Hitam dari RM25 ke RM80 sekilo bagi klon berkenaan.Pastikan anda tak kena kencing manis la bila pencen nanti. Tak dapat nikmat makan durian nanti.hahaha
- Kelapa Pandan
Berbeza dengan durian yang bermusim, kelapa merupakan buah yang tidak bermusim. Ia berbuah sepanjang tahun. Permintaan untuk kelapa muda juga sangat tinggi. Bagi kelapa pandan, ia mencecah RM6 sebiji. Masyuk juga kan. Katakan setandan kelapa adalah 12 biji, itu sudah RM72. ia memberikan pulangan yang lumayan juga. Penjagaan juga tidak terlalu teruk. Membaja setiap 3 bulan sudah memadai selain mengapur setiap tahun sekali. Bau air kelapa pandan sudah terbayang dimata kan? Manis dan berbau pandan.Nak benih, order kat seller Benih Kelapa Pandan ni. Sini.
- Avocado/Alpukat
Bagi mereka yang tak tahu, avocado boleh tumbuh dan berbuah di Malaysia. Malah ia sudah ditanam di Malaysia sejak tahun 70 an lagi. Namun, ia tidak dikomersilkan. Berbeza di negara jiran Indonesia. Alpukat merupakan tanaman yang memberikan pulangan yang sangat lumayan. Malah di negara kita juga sudah mula ditanam di Negeri Sembilan dan Selangor. Namun, ia masih belum dalam skala yang besar.
Kredit: Fb UsahawanTaniMalaysiaMungkin sebab rakyat Malaysia kurang makan avocado ini walhal ia merupakan satu buah buahan yang sangat bagus dan menyihatkan. Perlu banyak promosi lagi kot. Daripada tinjauan saya dalam Shopee dan Group FB, permintaan untuk buah ini juga tinggal. Harga mencecah RM40 per KG bergantung kepada jenis. Antara klon yang sesuai adalah SAB034, Miki, Booth 7 dan banyak lagi. Tempoh untuk berbuah adalah 2-3 tahun sahaja.
- Pisang
Pisang memang mendapat permintaan yang tinggi. Samada untuk buah masak dan juga untuk dibuat kerepek. Tanaman juga mudah dan sesuai untuk orang pencen. Harga pisang sekarang berharga sekitar RM4.50 sekilo, setandan boleh mencecah 20kg bergantung kepada jenis pisang. Ok dah harga tu untuk orang berpencen kan. Badan pun sihat. - Nenas
Nenas adalah antara tanaman yang sentiasa mendapat tempat dihati kita. Malah di Mardi, beberapa klon baru nenas telah dibangunkan untuk industri nenas antaranya MD2 dan banyak lagi. Klon Yankee, Madukaca dan banyak lagi mula ditanam untuk makan mentah ataupun diproses dan ditinkan untuk pasaran tempatan dan eksport. Selain dari buah, sulur benih juga boleh dijual untuk menambah pendapatan.
Ini adalah lima jenis tanaman yang berpotensi untuk anda tanam. Ada banyak lagi sebenarnya yang boleh anda pertimbangkan. Masing masing ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Jika anda nak mulakan kebun, boleh pertimbangkan tanaman ini.
Semoga bermanfaat.