Pertanian Kampung sebenarnya mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagaimana di Thailand. Namun, ia semakin tersisih dan terpinggir akibat tindakan pencinta haiwan. Perosak utama industri perniagaan di negara kita adalah monyet dan babi. Namun, kini kedua dua haiwan ini menjadi haiwan yang dilindungi.
Malah tindakan pihak PERHILITAN yang memasang perangkap dan memindahkannya ke kawasan penempatan orang terutamanya di kampung membuatkan keadaan semakin teruk dan tidak terkawal. Bayangkan rambutan, duku, langsat, cempedak, durian dan banyak lagi buah buahan boleh menjadi aset penting dalam keterjaminan makanan negara. Ia musnah diserang perosak ini.
Buah Rambutan di setengah tempat langsung tidak dapat dituai kerana telah dituai awal oleh monyet-monyet liar yang menjatuhkan buah muda. Jika suatu masa dahulu, Anggota RELA secara bergotong royong memusnah koloni monyet dan babi yang menganggu tanaman dan hasilan pertanian kita.
Sarang kelulut yang diserang monyet
Kini tiada lagi, semuanya kerana tindakan Pencinta Haiwan yang menghalang tindakan menghapuskan perosak pertanian negara terutamanya monyet dan babi hutan. Malah ia diwartakan sebagai haiwan yang dilindungi. Membunuh haiwan ini boleh dikenakan denda RM50,000 dan penjara.
Para petani kampung sudah bermati matian menanam pokok dengan harapan untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik, namun ia hanya jadi mimpi kosong setelah semuanya diserang oleh perosak pertanian ini. Harapan musnah diragut kera dan babi hutan.
Ia Juga Menyerang Manusia
Bukan sahaja menyerang tanaman, ada juga kes dimana haiwan ini menyerang manusia. Malah anak saya sendiri pernah dikejar oleh beruk jantan liar yang berkeliaran. Ia juga berani untuk menyergah kembali kalau kita cuba menghalau mereka.
Ada Masanya Kita Perlu Pilih Manusia Atau Haiwan!
Dalam memastikan bekalan rantaian makanan negara kembali meningkat, usaha untuk membasmi haiwan perosak ini perlu dilakukan. Monyet dan babi membiak dengan kadar yang sangat cepat. Pihak PERHILITAN juga perlu bertindak melepaskan haiwan yang ditangkap ini jauh ke dalam hutan, bukan dilepaskan di perkampungan atau berdekatan dengan penempatan manusia.
Jika boleh mandulkan, mandulkan sebelum dilepaskan jika tidak mahu hapuskan haiwan ini. Pembiakan yang tidak terkawal menyebabkan makanan haiwan ini berkurangan dan mula untuk mencari makan di penempatan orang termasuklah kebun-kebun orang kampung.
Ia menyebabkan kerugian berbilion ringgit kerana ia tidak dapat dijual atau dikomersilkan.
BUAH BUAHAN DALAM TIN ADA PERMINTAAN DI LUAR NEGARA
Kita boleh belajar bagaimana negara China memaksimakan pengeluaran buah Lycee mereka. Kebanyakan buah ini tidak dimakan segar, sebaliknya ditinkan dan dieksport ke luar dan membawa pulang berbillion ringgit ke negara mereka.
Kita juga boleh buat perkara yang sama untuk rambutan di negara kita. Malah banyak lagi produk hasilan pertanian dijadikan produk yang tahan lama seperti makanan dalam tin, sejuk beku dan juga jeruk. Ia boleh menjadi satu sumber pendapatan bagi orang kampung yang menanam rambutan secara kecil kecilan dan besar besaran.
Agensi terlibat seperti Jabatan Pertanian, Peladang dan juga FAMA juga perlu memainkan peranan penting untuk mengkoordinasikan pelan pertanian negara dan membuka ruang ke peringkat antarabangsa. Petani perlukan sokongan daripada agensi untuk melangkah ke depan.
Masalah sekarang masalah beras tempatan tak selesai. Menteri Pertanian masih berhoneymoon sambil masak-masak nasi goreng. Harap ada tindakan daripada pihak kerajaan.
Orang kampung bukannya malas, tapi tindakan kerajaan yang membuatkan mereka terus terkebelakang. Hasil pertanian tak menjadi kerana perosak. Mereka dah berusaha sehabis baik, sudah bergolok bergadai mengusahakan pertanian. Akibat polisi kerajaan yang dilobi kartel dan orang yang berduit, usaha mereka menjadi sia sia atas nama tiket Pencinta Haiwan.
Bukan sedikit modal untuk membangunkan kebun. Itu belum dikira masa dan tenaga yang dikerahkan. Namun, hasilnya tiada kerana terbantut akibat tanaman dimusnahkan oleh Haiwan yang dilindungi Kerajaan.
Stress bila habis pokok yang bertahun tanam, mati…huhuhuh