Iron Man merupakan antara filem yang saya nantikan. Ia memang best dan penuh aksi. Termasuk ada jugak aksi lawak semasa Tony Stark menguji ciptaannya iaitu sut baju besi. Ia bermula apabila Tony Stark membuat demo tentang peluru berpandu berangkai ciptaan di Afganistan.
Beliau diculik dan dipaksa untuk membina peluru berpandu. Rupa rupanya dalang disebalik penculikan tersebut adalah rakan perniagaan beliau sendiri. Rakan dia telah membina satu lagi prototaip Baju Besi berdasarkan baju besi yang Tony Stark bina semasa beliau dalam tahanan pengganas.
Apa yang mengecewakan saya, mereka sentiasa mengambarkan pengganas adalah orang islam. Orang islam sangat kejam. Dan mereka melayan tahanan dengan kejam. Perkara sebenar adalah sebaliknya. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Taliban melayan tahanan mereka dengan penuh terhormat sehingga mereka telah memeluk islam tidak lama selepas mereka dibebaskan.
Hollywood sentiasa menanamkan rasa benci terhadap orang Islam. Malah mengambarkan mereka sangat kejam sehingga membunuh kanak kanak dan jugak wanita. Isu filem Fitna masih belum selesai. Kali ini, Iron Man pulak menyelitkan unsur tak betul dalam filem mereka.
Seperti biasa, mereka akan bertindak sebagai hero untuk menyelamatkan dunia sedangkan mereka sendiri yang memulakannya. Hakikat sebenar pun sama. Mereka menunjukkan niat sebenar Amerika Syarikat dalam industri senjata dimana mereka yang membekalkan senjata kepada pengganas. Dan mereka akan muncul sebagai hero atau “angel” untuk menyelamatkan dunia. Maka lahirla “Iron Man” untuk membanteras pengganas.
Ia mengandungi motif tersembunyi seperti biasa terhadap filem filem hollywood yang lain. Itu yang saya kurang setuju dalam filem ini. Dari segi bab aksi, saya boleh berikan ia first class la. Memang menghiburkan. Nampaknya lepas ni akan ada lagi la Iron Man 2 sebagai mana filem fantasi komik yang lain seperti Superman,Spiderman,Batman, X-man dan banyak lagi.
Saya pasti akan ada lagi filem yang bersikap prejudis terhadap Islam lepas ini. Agenda Yahudi takkan berakhir selagi kita tak ikut mereka. Jangan sampai mereka masuk lubang biawak pun kita ikut sama. Gunakan lah akal fikiran kita untuk menilai baik dan buruk. Filem memainkan impak yang besar untuk mempengaruhi sebarang ideologi.
Bila lagi negara Islam nak respon balik benda macam ni? Wat jadi IRAN MAN ke.. 😛
p/s:Saya kehilangan kunci rumah masa tengok wayang tadi. Terpaksalah tunggu housemate balik. dekat 1 jam jugak.Esok kena wat duplicate lain la.Kali ni wat lagi 2 duplicate,senang kalo hilang lagi.:)

titan
TU la..asyik sangat tengok iron man. Kan dah ilang kunci. Nasib tak ilang dompet..
Aku ilang kamera masa tengok wayang. Wa….
sham
Dah wat duplicate baru dah 2.. 🙂