Apabila PTS mengumumkan novel terbitan mereka iaitu Karipap Karipap Cinta bakal diadaptasi menjadi sebuah filem, saya turut berbangga sabagai salah seorang penulis PTS.Saya turut memasang impian bahawa suatu hari ini untuk menulis novel yang boleh diadaptasi menjadi sebuah filem sebagaimana kejayaan novel Harry Potter. Malah saya mengikuti perkembangan filem ini. Namun, setelah menonton trailer filem ini, ia tidak berjaya untuk menarik minat saya.
Pemilihan Pelakon
Bermulanya dengan pemilihan pelakon yang silap seperti Gambit dan Eman Manan. Malah mesej islamik yang disampaikan menerusi novel diabaikan walaupun tajuknya adalah sama.Ia menjadi seolah olah karya yang berlainan. Pelakon Gambit pernah mengemparkan negara apabila membuat pengambaran lucah. Dan terbaru mengeluarkan kenyataan menghina peminat di Facebook beliau. Pelakon kontroversi biasanya akan diban oleh peminat filem.
Bagi Eman Manan pula, ia lebih sesuai sebagai watak serius. Malah lakonannya dalam drama Tahajjud Cinta memberi kesan psikologi kepada penonton siri tersebut.Walaupun ia hanya sebuah drama, kesannya boleh terbawa bawa ke dunia luar. Ia adalah mentaliti penonton untuk turun menonton.
Watak heroin yang memakai tudung tidak sempurna juga memainkan peranan kerana dalam versi novel, wataknya adalah graduan daripada Universiti Timur Tengah. Sudah pasti pembaca novel ini akan membayangkan wataknya seorang bertudung sempurna sebagaimana mereka yang berpendidikan tinggi dari negara Arab.
Poster Tidak Islamik
Malah covernya versi novel menampilkan wajah Puan Husna Adnan yang comel sebagai model bagi buku ini. Beliau merupakan salah seorang penulis PTS dan juga editor sambilan di PTS. Cover dan poster yang memainkan peranan penting dalam membantu pembaca membayangkan watak yang ditampilkan dalam novel.
Berbeza dengan poster filemnya, ia menampilkan wanita yang memakai tudung separuh. Ini membantutkan keinginan dan pembaca novel bestseller ini ke pawagam. Ia adalah kerana mereka menjangka ia berbentuk Islamik sebagaimana versi novel. Ia adalah antara faktor sampingan yang menyebabkan pembaca novel bestseller ini tidak ke pawagam.
Trailer Tidak Menyengat
Malah trailer bagi filem ini juga dilihat tidak kena dan kurang menyengat. Ia tidak menampak sebarang X Faktor yang boleh menyebabkan ramai peminat filem berasa teruja untuk ke pawagam. Berbeza dengan apa yang berlaku pada drama dan filem Nur Kasih yang berjaya menarik peminat mereka ke pawagam. Malah ia digarap dengan banyak elemen Islam dan mesej islamik yang dicari cari oleh peminat.
Novel Islamik Ditukar Menjadi Karya Liberal
Terus terang boleh saya katakan versi filem Karipap Karipap Cinta adalah karya yang liberal. Bukan lagi sebuah karya Islamik yang diterapkan oleh penulis novelnya ini. Pengarah mungkin terlepas pandang tentang apa yang pembaca novel islamik mahukan.
Mereka mahukan sesuatu karya yang bermesejkan islam. Ia santai dan menjaga tatasusila ketimuran yang diterapkan dalam masyarakat kita. Saya pastikan penulis novel ini mungkin terasa terkilan apabila apa yang disampaikan olehnya disalah ertikan. Ia adalah sesuatu yang sangat mencabar untuk menhasilkan sebuah karya adaptasi daripada karya bestseller.
Tersilap mengarapnya pasti akan mengalami kegagalan.
Dengar cerita, kos penerbitan filem ini adalah RM1.7 juta. Ia adalah satu angka yang cukup besar untuk sebuah filem komedi romantik yang biasanya diantara Rm1.2-1.3 juta sahaja. Kos RM1.7juta adalah menyamai kos untuk penghasilan filem aksi V3 Samseng Jalanan arahan Farid Kamil.
Mungkin penerbit perlu menilai kemanakah kesilapan mereka lakukan sehingga kos meningkat sebegitu tinggi. Mereka juga perlu membuat analisis dan kajian terlebih dahulu sebelum menghasilkan karya adaptasi. Mereka perlu tahu apa yang pembaca mahukan dan terapkannya ke dalam filem.

touya
Ramai yang kata novel dia best . Cari-cari last-last baru jumpa . Sekali cover muka Gambit . Tak jadi beli .
Azham Zanal
ouh.. dah lama tak baca novel.. last yang saya ingat jaguh dan dimana suamiku.. sekarang dah lama sangat beli novel.. itu hari waktu pesta buku dekat 10 buah saya beli tapi baru nak selesai 1 buku je iaitu how to win friends and influence people versi BM terbitan pts.
sham
saya pun dah lama tak baca novel.
titan
aku rasa..faktor kegagalan paling besar sekali..si gambit tu.
Sebab dialah aku rasa ramai orang yang nak tengok cerita ni..tak jadi nak tengok..
Eddie
Saya ada buat trackback berkenaan artikel yang sama ni di blog saya. http://eddie.bumicyber.com/index.php?option=com_content&view=article&id=448
Eddie
Saya ada buat tracback tentang artikel ini di blog saya.
sham
saya dah baca. rumusan lebih menyeluruh. Saya suka. Terbaik!
beba
saya tak pernah bace novel dia and filemnye pon saya tak pernah tengok..cuma lihat trailer di astro jek..tapi memang saya setuju dengan pendapat penulis..jika saya tak bace ulasan mengenai novel tu di sini saya pon takkan tau yang sebenarnye filem ini berdasarkan sebuah novel yang berciri islamik..dalam trailer tu yang dapat saya lihat hanyalah kisah cinta melayu yang biasa2 kita tengok tu..
and memang dari trailer tu saya tak terasa nak ke cinema untuk tengok or beli kat astro first pon..cuma tiap kali terlihat trailer filem ni jadi macam teringin nak makan karipap je..hehehe…
karipap best
saya setuju dgn beba sebab pertama kali saya tgk poster film nie jer yg tergambarkan fikiran dan sanubari ialah rasa nak makan karipap dan apa rasa kariapap tu haa lg satu klu nak buat cerita tak yah ler letak karipap tu besar2 lebih baik suruh karipap tu jer belakon dan film ini mmg dari awal berhak gagal stat dari posternya lagi
noorashiken
Saya rasa tajuk pun dah tak sesuai,terlalu santai,saya rasa novel yang boleh menaikan seseuah filem adalah novel yang meempunyai unsur-unsur kehidupan yang tinggi dan mesej yang amat mendalam,novel karipap-karipap cinta pun tak berjaya menarik minat saya untuk membacanya apatah lagi menonton filem tersebut,walaupun saya dah melebihi 10 tahun menjadi penggemar novel melayu.