Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Review
Review Rahsia PPC Percuma
Review

Review Rahsia PPC Percuma

sham 3 Comments

Saya telah mendapat review copy pada minggu lepas untuk review content dia. Apa yang boleh katakan ia sangat berinformasi buat mereka yang ingin gunakan ppc dengan kupon kredit percuma. Jangan salah anggap ye.Anda masih perlu mengeluarkan modal untuk PPC ini.

ebook-small-web.jpg

Modal adalah kewajipan kalo bermain dengan PPC. Jika ingin jimat, gunakan kopun kredit percuma agar anda boleh gunakan dengan percuma. Penulis ebook ini juga telah memberikan banyak link kopun kredit percuma bagi Yahoo Search Marketing atau YSM. Ia mengambil masa yang banyak jugak kalau ingin mengumpul link tersebut.

Boleh dikatakan ia adalah ebook pelengkap kepada ebook Panduan Adwords saya. Ebook Rahsia PPC Percuma ini banyak mengfokuskan kepada penggunaan kupon untuk beriklan dengan kredit percuma yang disediakan oleh Yahoo dan Google. Untuk MSN, ia tak mesra pelanggan antarabangsa kerana kupon percuma mereka khas untuk mereka yang menetap di US sahaja.Manakala ebook saya, lebih menfokuskan teknik.

Tahniah buat Saudara Naem diatas penghasilan ebook ini. Namun, design sales letter beliau agak kurang skit apabila membuat image background yang lebih terang berbanding sales letter beliau. Ia membuatkan sales letter beliau nampak berserabut dan penuh. Ia sebenarnya menganggu prospek ebook ini untuk membaca sales letter tersebut. Penggunaan image background juga akan melambatkan laman web tersebut loading.

Harap beliau dapat merujuk kembali designer mini sites berkenaan. Untuk background memadai dengan image kosong. Jika ingin letakkan apa apa ayat,buatkan ia seolah olah “watermark” bukan sebagaimana sekarang ini.

ppc percuma

Ini adalah pandangan peribadi saya la sebagai seorang prospek. Mungkin pandangan setiap orang adalah berbeza. Saya tiada komen apa apa dari segi kandungan ebook kerana saya rasakan ia mudah difahami. Namun, anda perlu belajar untuk mengunakan akaun adwords terlebih dahulu.

Kalo beliau menjual Lesen Jual Semula, saya pasti akan membelinya untuk dipakejkan dengan Ebook Panduan Adwords saya. Rahsia PPC Percuma adalah nama yang sesuai. Cuma tidak semua orang tahu apakah maksud PPC. Newbie mungkin tak tahu la. Jika dah biasa dalam pemasaran di internet, takde masalah la kot.

Satu je cabaran untuk menjual ebook berkaitan pengiklanan, tak ramai lagi usahawan internet di Malaysia ni. :). Hanya segelintir je. Ia berlainan dengan Adsense kerana ramai orang terlibat dengannya. Jika ingin menjadikan ia produk jangka masa panjang, ia adalah sesuai. Kena buat awareness dulu la naem. Kalau tidak susah nak jual ebook tu.

Nama PPC sahaja orang dah nampak mcm susah. Sebab itulah saya gunakan “Panduan” bukannya Rahsia. Ini adalah kerana saya mahu tunjukkan bahawa ia adalah untuk tujuan “educational” atau mendidik. Inilah cabaran untuk buat sesuatu yang orang masih kurang awareness. Perniagaan internet di malaysia masih baru. Boleh dikatakan masih bayi.

Nak tunggu ia matang akan mengambil masa yang agak lama. Ditambah dengan “pengacau” yang mengatakan mereka usahawan internet/ICT tetapi pengiklanan mereka hanya tahu TV & Surat Khabar je. Itu yang akan merosakkan perkembangan perniagaan internet di Malaysia. Ia berpotensi besar untuk berkembang, jika awareness yang betul tidak dilakukan ia akan menganggu perkembangan perniagaan internet.

Orang sudah ramai tahu pasal Adsense. Pasal Adwords, masih kurang. Saya rasakan ia memerlukan 1 tahun/ 2 tahun lagi untuk melakukan awareness. Banyak kerja yang perlu dilakukan.

Anda boleh dapatkannya di http://www.ppcpercuma.com

Artikel Berkaitan
  • Laporan Percuma 7 Rahsia Buat Duit Dengan Clickbank
    Saya baru sahaja selesai membaca laporan percuma 7 Rahsia Buat Duit Dengan Clickbank oleh Gobala dan...
  • Perlukan Review?
    Adakah anda memerlukan review untuk laman web atau ebook anda? Saya akan menawarkan perkhidmatan ini...
  • Rahsia Amazon : Panduan Buat Duit Amazon Cara Automatik
    Amazon.com merupakan laman web e-dagang terbesar di dunia. Pada suku 3 tahun 2012  sahaja, Amazon m...
  • Rahsia dan Cara Memenangi Perolehan Kerajaaan
  • Duit Dari Blog: Review Produk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 881
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:adwords adwords percuma google adwords msn adcenter ppc percuma yahoo search marketing

Related Articles

Review Video Usahawan
Saya menerima DVD Videousahawan.com pada beberapa hari lepas. Terima kasih …

Review Video Usahawan

didik anak membaca
Berita baik untuk mereka yang mempunyai anak kecil. Saya sendiri …

Terbukti Berkesan! Rahsia Didik Anak Membaca

3 Comments

  1. titan

    Betul. Tapi aku rasa e-book ini antara yang bagus juga. Thanks pada Naem yang bagi aku kupon best tuh. Aku try wat dalam 1-2 hari nih. Ada keje luar daerah sekarang..

  2. naem | diariadsense

    Thanks en sham…

    ulasan yang baik..insyaAllah, saya akan hubungi designer utk masalah design ni….

    tentang awareness tu, betul….cuma satu kesilapan kalau saya hasilkan produk yang sama dengan en sham…hehehe..jadi saya cuba cari penyelesaian dari apa yang akan orang lain hadapi dalam adwords..

    pada saya, memang ramai buyer yang beli sebenarnya tak berapa faham ttg kupon ppc ni..hehehe…Sebab tu saya akan cakap, saya boleh membantu tapi saya bukan pakar pengiklan..untuk maklumat mendalam, saya sarankan diorang dapatkan panduan adwords en sham…hehehe

  3. kaya2u

    salam.. mula-mula mmg niat nak beli.. tapi…
    nape kat muka depan gambar paypal, cdt card ada, tp masa nak bayar xde plak pilihan paypal? cdt card pun xder..? cuma ada maybank jer..? cimb pun tak bernombor akaun..
    dah tu.. ada satu link blog yg diberi.. not valid..
    sorry lar. . x jd beli.. 🙁

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact
  • johari on Contact
  • sham on Kos Membersihkan Kebun

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Google Adwords: Bentuk Iklan Baru

Saya tengok semakin banyak perubahan yang dilakukan oleh Google. Ada diantaranya…

Bagaimana Untuk Dapatkan Kupon Adwords

Bagaimana untuk anda mendapakan kupon kredit pengiklanan di Google Adwords? Rama…

Tips Mendapat Tempat Pertama Dalam Google Adwords

Ramai yang masih bergelut dalam Google Adwords bagi mendapatkan kedudukan yang t…