Review Teknik Pukau Pelanggan
Bagaimana untuk membuatkan pelanggan atau bakal pelanggan terpukau dan membuat pembelian dengan pantas? Itulah yang ramai ingin tahu. Saya telah membeli panduan teknik pukau pelanggan ini walaupun saya boleh mendapatnya secara percuma menerusi review copy.
Terus terang saya sememang suka mengkaji panduan-panduan berkenaan dengan copywriting atau teknik penulisan. Saya juga seorang penulis jadi saya cepat teruja jika ada panduan yang membincangkan topik teknik copywriting. Ia adalah satu kaedah content marketing.
Apakah Teknik Pukau Pelanggan?
Ia adalah satu panduan yang dibangunkan oleh 2 orang pelajar universiti dalam memasarkan produk mereka. Mereka masih baru namun kaedah pemasaran yang digunakan sangat matang. Ia mengandungi 5 Modul dan 3 Bonus.
Kandungan Panduan Teknik Pukau Pelanggan
Modul 1 adalah 3 saat pukau perhatian pelanggan. Ia adalah teknik menulis headline yang menarik perhatian pelanggan. Anda akan ditunjukkan bagaimana untuk menulis headline yang boleh memikat dan memukau pelanggan terhadap tawaran yang anda buat.
Modul 2 adalah berkenaan bagaimana untuk melakukan closing apabila berunding dengan pelanggan. Malah dalam teknik ini juga akan akan ditunjukkan bagaimana untuk memaksimakan keuntungan dengan upsell dan tawaran menarik untuk pelanggan.
Modul 3 adalah berkenaan strategi yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan duit dengan pantas menerusi jualan produk anda. Mereka menerangkan beberapa teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan jualan pantas seperti pengunaan kupon dan sebagainya. Ada caranya yang tersendiri.
Modul 4 adalah berkenaan kaedah dan ayat yang boleh dilakukan untuk membuat follow up pelanggan yang masih belum membuat pembelian. Mereka berminat, namun masih menanti-nanti dan mungkin lupa. Jadi dengan follow up, ia akan refresh kembali “nafsu” mereka untuk membeli.
Modul 5 adalah berkenaan penggunaan 2 aplikasi android yang boleh membantu mengautomasikan sedikit sebanyak dalam proses memukau pelanggan. Ia ditunjukkan langkah demi langkah. Mereka yang tak pernah guna aplikasi ini, ia sangat mudah.
Dan 3 bonus yang ditawarkan adalah:
Bonus 1 berkenaan teknik gambar yang boleh memikat dan memukau pelanggan terhadap tawaran yang kita buat. Selain daripada headline, imej atau gambar memainkan peranan penting untuk memukau pelanggan.
Bonus 2 adalah berkenaan mencetuskan rasa tidak senang pelanggan dan bakal pelanggan. Ia membuatkan pelanggan anda segera menyerahkan duit mereka untuk mendapatkan produk anda. Ia memang menjadi sebab saya juga sering mengunakan kaedah ini.
Bonus 3 adalah berkenaan kesilapan yang dilakukan oleh seorang admin fanpage facebook. Ia kesilapan yang boleh merugikan anda dan perniagaan anda. Mereka dedahkan agar anda tidak mengulangi atau membuat kesilapan ini.
Itu sahaja yang akan anda perolehi daripada Teknik Pukau Pelanggan ini. Bagi yang masih terkial-kial untuk membuat jualan di facebook. Saya sangat sarankan ebook ini. Ia satu short cut untuk anda belajar psikologi menjual di facebook.
Ia memerlukan latihan dan juga guru untuk memahirkan diri dengan teknik ini. Menurut penulis ebook ini, mereka hanya ingin menjual 700 unit sahaja ebook ini. Pada sebelum pelancaran, mereka dah pun menjual 300 unit.
Selain itu, ada mereka ada buat Support Group di Facebook dimana anda boleh bertanya dan berbincang sepuas puasnya. Mereka berdua akan membantu anda memcipta skrip jualan untuk memukan pelanggan anda sendiri.
>>Dapatkan Teknik Pukau Pelanggan Sekarang
Jimatkan masa untuk anda belajar. Jangan cuba sendiri. Dapatkan guru untuk belajar teknik pemasaran. Mereka akan membimbing anda. Dengan support dan panduan berterusan daripada mereka, saya berani jamin ia untuk berbaloi untuk anda dapatkan Teknik Pukau Pelanggan ini.
Panduan ini saya beli, bukan diperoleh percuma (Walaupun boleh dapat percuma). Jadi saya akan cuba untuk berikan review yang sejujur mungkin. Jika diberikan bintang, saya boleh berikan 4.5 daripada 5 bintang. Sebabnya selain daripada ebook ini, Facebook Group untuk support produk ini juga berjalan dengan aktif.
Jadi anda tidak akan dibiarkan terkongtang kanting lepas membeli ebook ini.
Klik >>> Dapatkan Teknik Pukau Pelanggan
p/s: Ilmu pemasaran tidak rugi kalau nak belajar. Anda boleh gunakan dalam pelbagai situasi. Ia adalah satu skill perundingan perniagaan menerusi facebook. Cukup baik untuk mereka yang mempunyai perniagaan atau mereka yang ingin memulakan perniagaan menerusi facebook atau mana-mana platform sekalipun.

yusri
Saya berminat cuma buat masa ni saya tengah fokus cara buat duit selain daripada jual produk/affiliate marketing. Suatu hari nanti saya akan cuba jual produk/affiliate marketing juga. In sya Allah.