Berita baik untuk mereka yang mempunyai anak kecil. Saya sendiri mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 tahun. Sangat pintar. Pada usia 2 tahun lebih, beliau sudah hafal alif ba ta, A B C dan huruf. Malah ketika ini, beliau telah mengenal warna warna.
Doa tidur, masuk tandas pun beliau dah hafal.
Kami mengunakan pelbagai alat bantuan untuk membantu pembelajaran dan minat anak membaca. Malah kami sendiri sering membawa anak kami ini ke kedai buku. Jika diberi pilihan samada mainan atau buku. Beliau akan memilih buku! Itulah anak kami, Nor Aishah Adlina.
Dan beliau sangat suka berbahasa inggeris.. Perkataan No, Yes dan Are You Okay adalah yang biasa disebut. Beliau akan marah jika kita menjawab dengan salah. Jika beliau bertanya, “Are you okay, papa?”, kami perlu menjawab “Fine”. Jika tidak, beliau akan marah….jawablah… fine..fine..fine..
Itulah telatah anak pintar kami. Malah pemikiran beliau sudah menjangkau pemikiran kanak kanak sebaya dengan beliau sehingga kami takut beliau bosan jika ke sekolah nanti kerana kebanyakan sudah diketahuinya.
Rahsia Didik Anak Membaca
Ramai yang inginkan anak yang pintar. Namun, ramai yang tidak mengetahui caranya? Segalanya bermula dengan ibu bapa sendiri. Ya. Bermula dengan anda!
- Komunikasi
Anda perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak anda. Jangan biarkan anda anda bersendirian menonton kartun dan sebagainya. Ini adalah petua penting dalam rahsia didik anak membaca. Anak anak akan mengikuti apa yang kita sebut dan perkatakan. Jika baik, baiklah apa yang disebut oleh anak anak kita. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan kesat di hadapan anak anak. - Budaya Membaca Ibu Bapa
Jika ingin anak anak membaca. Ibu bapa juga perlu membaca. Jika tidak, anak anak akan berasa, “buat apa aku nak membaca, ibu bapa aku pun tak membaca”. Ini adalah psikologi anak anak. Apabila anak anak melihat kita sering membaca, mereka akan mengikut apa yang kita buat. - Bacakan Buku Kepada Anak Anak
Anda boleh bacakan buku kepada anak anak sebelum tidur. Ini akan membina minda separuh sedar anak anak dan memupuk minat anak anak membaca..Anak anak berusia 2-4 tahun adalah umur yang sesuai untuk anda bermula. - Jangan lokek Untuk Membeli Buku Anak Anak
Anda jangan berkira untuk membelikan buku dan alatan pembelajaran untuk anda anak anda. Kami sendiri berhabis ribuan ringgit untuk anak kami. Teknologi dapat membantu anak anak belajar dengan lebih cepat.
Alatan Untuk Didik Anak Membaca
Bagi yang berkemampuan, boleh beli grolier tu.. Kalau tak mampu, ada pilihan yang lebih murah dan islamik. Ia sesuai untuk kita. Kita boleh mengajar agama dan juga membaca kepada anak anak serentak.
Pen Pintar Myiman adalah antara pilihan kami. Ia mudah dan praktikal dalam mendidik anak anak untuk mula membaca. Mendidik anak anak mestilah dari kecil bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Anda boleh mengajar anak anak membaca dalam bahasa inggeris, melayu dan bahasa arab. Malah kita pun boleh belajar bersama anak anak. 🙂
Harga Pen Pintar Myiman adalah RM300.00. Ramai diantara kita sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk membeli telefon pintar. Anda hanya perlu melabur RM300.00 untuk melatih anak anak menjadi pintar. Dapatkan di http://www.penpintarmyiman.com/hop.php?ref=offers
Latih dan didik anak anak untuk menjadi lebih pintar dan suka membaca. Anak anak adalah permata hati dan pewaris bangsa kita pada masa hadapan.