Pada awal dulu ia dinamakan CPOTrading.com yang menawarkan pelaburan yang kononnya hasil dalam perdagangan Future Crude Palm Oil. Mereka menawarkan pulangan tetap setiap bulan sebagaimana skim-skim cepat kaya lain. Mereka juga melarang ahli mereka mempromosikan skim mereka di facebook atau online bagi mengelakkan ia dikesan oleh pihak berkuasa. Kini nama skim ini telah berubah kepada Crudepalmoiltrading.com.
Skim ini kini sedang disiasat oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti kerana menawarkan pelaburan yang tidak sah dan melanggar undang-undang Malaysia.
Sehebat mana pun trader tidak mampu untuk menjanjikan pulangan yang tinggi kerana pasaran mungkin berubah dan kini pasaran minyak sawit masih lagi tengah merudum teruk disamping tekanan daripada negara eropah yang mengenakan pelbagai cukai kepada komoditi minyak sawit.
Saya ada membuat semakan Whois, namun ianya di”privacy” kan menunjukkan mereka agak arif untuk menyembunyikan diri.
Walau bagaimanapun pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengambil tindakan proaktif untuk mengesan dan membuat siasatan terhadap skim ini. Saya jangkakan ia akan menukar nama atau mungkin akan ditutup tidak lama lagi.
Ini bukan Dengki kat Orang Melayu Nak Kaya.. Tapi Untuk Melindungi Anda daripada Tertipu daripada Skim CPOTrading.com ini.
Jika anda ingin melabur dalam skim ini, fikirkan banyak kali. Ini bukan satu cubaan untuk menjatuhkan skim kesayangan anda. Pihak suruhanjaya Sekuriti pun tidak akan membuka kertas siasatan tanpa ada bukti yang kukuh skim ini salah disisi undang-undang.
Mereka bukan nak tutup periuk nasi pelabur. Ia adalah satu penipuan. Menjadi tanggungjawab mereka untuk membanteras sebelum ia berjaya merekrut lebih ramai ahli yang mungkin akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit lagi.
Dalam skim Highway Group baru ini diberitakan kerugiaan melebihi RM100 juta ringgit. Ia satu jumlah yang sangat besar yang dilarikan oleh penganjur skim cepat kaya ini. Peserta yang susah kini semakin susah.
Mereka bukan untuk membantu sebaliknya untuk mengambil kesempatan diatas sifat tamak segelintir yang ingin cepat kaya tanpa perlu berusaha keras. Semoga ia menjadi satu pengajaran buat mereka agar tidak percaya kepada skim walaupun ketuanya mendakwa dirinya seorang ustaz sekalipun.
Awak Dengki Dengan CPOTrading.com la tu
Tak kuasa den nak dengki dengan skim merapu macam tu. Saya menulis agar mangsa dapat dikurangkan dan jutaan ringgit boleh diselamatkan. Jangan mudah percaya sangat dengan sogokan yang kononnya dapat duit banyak daripada skim cepat kaya.
Yang nampak kayanya ialah orang join awal. Hakikatnya akhirnya mereka tak kemana juga pada akhirnya. Lindungi duit anda daripada sebarang skim cepat kaya. Nak kaya, usaha!

Incoming search terms:
- crudepalmoiltrading
- crudepalmoiltrading com
- www crudepalmoiltrading com
- og1asean penipu
- og1asean tipu
- crudepalmoiltrading penipu
- maqib penipu
- og1 asean tipu
Mohd Asri Bin Abd Manaf
Tiada maklumat pun di Suruhanjaya Sekuriti? Mana awak dpt info ni? Please clarify.
Ahmad Shauki
Pemeriksaan dgn Suruhanjaya Sekuriti menunjukkan tiada dakwaan seperti dibuat saudara. Adakah ini bersifat irihati dan dengki ataj sekadar fitnah kurang bijak dr seorg blogger? Comment pertama sy lihat juga dipadam?
sham
Nah — http://www.sc.com.my/list-of-unauthorised-websites-investment-products-companies-individuals/#c
sham
Saya tak padam.. tak approve lagi. Saya dah approve. Boleh komen sampai lebam. Tiada irihati, memang ada kat senarai Suruhanjaya Sekuriti.. cek pada syarikat bermula huruf C.. No.1.
Huda
Ya. Betul ada
silverhythm
pak man telo la.. skim emas la… TB la.. KB la.. skim forex la… HG la.. ni skim fcpo pulak… tapi melayu ttp nk masuk jgk… nampak duit kelabu mata… TAPI mmg ada cara untuk goyang kaki dpt duit… nak tau??? meh saya share…..
1. ASB
2. TH
3. FD
4. Beli rumah buat sewa
yang kat atas tu konpom!!!
modal keras?? mmg la!!! nak goyang kaki kan… xkan modal ciput!!
mr y
Kalau dalam list Bank Negara tiada lagi… apa pendapat tuan admin… adakah ianya masih sah atau bagaimana?
mr y
Tuan admin..
kalau bank negara belum listkan adakah ia masih tidak dikatakan salah?
sham
Boleh ambil kira dua dua sebab BNM dan SC mempunyai unit khas dalam pemantauan skim pelaburan dan fraud. Hati hati jika ada senarai salah satu badan berkenaan.
Mark Andam
orang cakap melayu bangang nak melenting,tapi bila orang buat andaian semua pakat marah,nanti kena salahkan orang,yang sokong2 ni comfirm dah masuk,silap2 orang sama je dengan yang masuk HG baru2 ni,belajarlah dari kesilapan,nak kaya keje kuat2
jahid
To Sham Admin , do you have something to recommend for us? we have to earn money. don’t just put some bad information to the Blog. try to put something that help us to become rich or run our family. please show me the way else go away.
sham
Mr Jahid,
1. Bagus untuk melabur. Tapi kena tahu sumber bagaimana wang dilaburkan dan tahap risiko pelaburan. Bukan hentam je. Pelaburan yang menawarkan pulangan yang tidak logik akan secara bulanan seperti 30%-40% sangat tidak logik. Jika tahunan, ia masih logik kerana ada dan wujud. Please invest untuk diri belajar selok belok pelaburan.
2. Hidup dalam kemampuan diri. Jika tidak mampu, jangan belanja diluar kemampuan. Kata orang, ukur baju dibadan sendiri.
3. Blog ini ada lebih 450 artikel. Please explore more. Bad information? Salah tetap salah. Buruk tetap buruk. Kenapa nak nafikan lagi? Skim ini dalam pemerhatian Suruhanjaya Sekuriti. Jadi sedialah untuk worse senario.
4. Nak kaya? Usaha lah. Skim cepat kaya bukan buatkan anda kaya tetapi semakin miskin. Jika anda seorang muslim,katakuncinya ialah KEBERKATAN.
ezad
Cpo ni kalo nak join…mmg dh lama sy join…tp sy x smpi hati menipu umat islam n melayu2 yg bodoh dn malas memikirkan sumber..dh terang2 sumbernya haram…makan duit downline smpi rm500-700…org ats lg?mudah benar buat duit..hasil usaha atau menipu?sy pnh tgk agreement cpo ni sehelai je..kalo amik lawyer nk sue company pun x strong…xde penama n owner company..belajar kenal halal haram n keberkatan…
mr y
Apa cite cpo skarang?
zack
jahanaaaammmmmm..abis dah cpo terkubur..dato nadim konon..pukimak punya mutalib nih guna nama samaran banyak sangat..sial betul..tersebar dah gambar programmer dia n dato gelaran beli tu..terkubur dah cpo..kesian sapa yang baru masuk register nak kan pulangan langsung xde po..
zack
jahanaaaammmmmm..abis dah cpo terkubur..dato nadim konon..pukimak punya mutalib nih guna nama samaran banyak sangat..sial betul..tersebar dah gambar programmer dia n dato gelaran beli tu..terkubur dah cpo..kesian sapa yang baru masuk register nak kan pulangan langsung xde po..woooiiii pengecut buang komen aku..cibai..goyang ke??mmg betul la cpo dah jahanamm..
Penyiasat CSI
CPO dh berkubur. Abdul Mudztalib bin Ismail kononnya Datuk Nadim Yusof sudah melarikan diri bersama-sama jutaan ringgit duit ahli. Dia kini dalam buruan dan beberapa maklumat sudah didapati.
Lutfi
website CPO dh takde.. dah mati lah tu.. apa nama la dato tu yang buat lari duit konon konon accident.. kalau website dah hilang.. nampak gaya dah mati lah tu crudepalmoiltrading.com..
Kak Ita
CPO dah bungkus. Ramai yang kena tipu dan rugi beribu-ribu. Pengasas “Dato Nadim” dah lari.
Banglasia Macai Najib CPO
Bahasa melambangkan bangsa.tolong perkasakan bahasa melayu anda.sebab aku tak faham ayat ini.”Hakikatnya akhirnya mereka tak kemana juga pada akhirnya” apa kejadahnya semua ini
dhia dla
Dikatakan telah membuka syarikat baru si mutalib nie… Dr minyak kpd steell.. Modus operandi yg sama… Hati2 yea semua..
mr.powergold999
Assalam.tuan.tolong selidik OG1 asean
kaizer
Salam Tuan,bagaimana pula dengan SOLAR BOND (M) Sdn Bhdyg sedang giat mencari member?
shanz
Hi members please adivice,
so cash dump in are gone? Tak ada care untuk dapatkan balik modalnya??
Mohd Yazid
Cpo terbaaaikkk
sham
Dalam hampir semua kes skim cepat kaya, modal hangus tak dapat balik.
Mohd Yazid
Mcm mane pulak dgn kongsimakan berhad? Adakah ia scam atau tidak?
Nmpk mcm jual produk tp ade bg keuntungan setiap bulan
Elle
Kan dah betul Tuan Sham cakap awal dulu… Kena hencap. Sekarang tengok CPO dah lingkup. Tapi rasanya CPO ni tak lama sangat. Websitenya sangat meragukan. Kpd yg terkena, sy fhm perasaan anda. Sy pernah kena dulu. Hrp2nya anda tak ajak kwn2, sedara mara atau ofismate masuk skim ni. Kalau takde, bersyukur la dan bangkit semula.
ridzwan
betul tu cpo jgn pecaya sy rugi 1855..
Huda
Salam. Bagaimana dengan koperasi maqib berhad.
Huda
Koperasi maqib berhad ok x.
mr.powergold999
Tolong check tuan og1asean.nampak mcm mantap.ada app n mcm2 lagi baru mou ngn webcash.
OG1ASEAN
Wan
Salam sham..sye nak tanye pasal program termasuk yg ditawarkan pada saya bulan lepas iaitu SILENT KNIGHT TRADING(skt)
saya ingin tau apakah program ini boleh saya teruskan niat untuk join atau disebaliknya?kerana sya bukan pakar dlm bidang semakan mana yg boleh atau tidak.terima kasih
earman
KAT TAMAN TAS KUANTAN JER 500K DIA SAPU…KESIAN BEBERAPA ORANG SAUDARAKU DITIPU…NASIB AKU TAK MASUK KERANA BERPEGANG KEPADA AJARAN ISLAM
sham
Macam-macam nama, jika meragukan elakkan terutamanya yang menawarkan pelaburan.
Huda
Salam.. apa pendapat tuan tentang kangen water. Betul ke ia dari jepun dan digunakan di hospital jepun. Sekarang ia begitu popular di malaysia sebagai air yang sihat.
AntiMLM
Ambil logik lah kan? Wang Pelaburan Rm1k,
Kalau orang bawah join ko dapat Rm200,
Orang bawah lagi ko dapat RM100
Maksudnya.. kau dah bayar RM300 ke atas..
Company dapat RM700.. Mana mungkin, RM700 tu boleh bagi pulangan 20% ke atas RM1000 pelaburan? Company mana yang bodoh kecuali orang bodoh yang nak kaya cepat.
ANONYMOUS
Boleh bongkarkan tentang DANA HAJI JASMAN?
Sedih ramai sangat melabur. Harap tuan sudi share info. Terima kasih 🙂
sham
Sudah ada.
Azlan
Dari 2007 sampai skrg banyak sungguh skim labur melabur cenggini. Nama je lain2. Tapi fundamental dia sama – duduk diam dapat duit. Lepas tu janji pulangan tetap setiap bulan. Mana ada bisnes boleh janji pulangan tetap setiap bulan.
Mr. Mojo
Salam Tuan Sham. Mohon komen berkenaan Phytoscience dan FX United sebab ramai sgt dah kawan2 saya masuk.
Mr. Mojo
Harap2 mereka selamat. Saya malas nak berdebat dgn mereka. Malas nak gaduh…
sham
Kedua duanya labu peram.
Nak tahu je
Kongsi makan tu awat sonyap dah…bila nak bayo bonus bln jun n julai …cer cerita sikit biar semua jelas dgn apa dah jadi…
sham
Kongsimakan dah kena serbu BNM.
Kay
Tuan Sham…bagaimana dgn MyMi1? Ok x?
sham
Mymi1.. belum kaji lagi tapi hati saya kuat ada money game di dalamnya. 😛
Kay
Lbhkrg tuan..tp ramai da masuk n bukan calang2 amount diorg labur. Dari serendah rm400++ hingga ke rm21k.. skrg da smpi peringkat dpt kereta Vios last wk saya dpt info dr kwn…kalau tuan free mnta survey n bg feedback..tq
Norafiza Binti Shamsudin
Tuan, boleh tak tuan semak dengan OG1 asean? dah ramai juga yang masuk.
safwan
pls check OG1ASEAN tuan…
Duit xdtg melayang
Salam tuan! Tolong siasat mymi1 tuan. Ustaz lariba dah ade cakap pasal ni tapi nak dgr point dr tuan pulak pasai dah ramaiiii sgt yg join termasuklah kuarge saya. Geram betul rasanya nak argue last2 nnt suh pegi hq ler ape ler… Mcm xleh baca online je sume tu. Bukti akaun sume mana nak ade kan. Cume sbb point pasal beli topup tu means ade produk n bole bayar online tu nmpk cam betui je keuntungan depa tu. Bukan ape xnak depa menyesal je. Sayang kat kuage ni bukan dengki
mohamad
maaf. 19 set
mohamad
?????? ?????
tuan, kenapa kongsimakan berhad masih lagi beroperasi sekiranya memang benar statement yang tuan berikan ini shahih, kenapa tak ada sebarang indakan diambil oleh pihak BNM? sebenarnya saya salah seorang dari ahli kongsimakan yg belum lagi dapat rasa pulangan modal yang saya dah labur dalam kongsimakan berhad. sebanyak 17 set yang saya dah beli, sementara harga untuk 1 set yg kongsimakan tetapkan adalah RM1700. harapan saya kalau nak ambush tu bia ler tggu modal saya dh dapat balik..aduyai..pening tuan..
elle
mohon en sham untuk buka thread baru utk KongsiMakan. sy bukan ahli, tapi masa ke JB aritu, sy nampak ada 1 kedai cawangan KongsiMakan yg besar. 2 tingkat.. nak ckp banyak, tak berani pula. nampaknya ramai yg bertanya en sham ttg KongsiMakan ni…
Hazir Abd Halim
Tolong cek Go1asean.
Cempedak cheese
Dengar berita hari ini, sindiket ini dahh ditumpaskan dengan nilai kerugian RM31 juta. ‘Orang penting’ CPO pun dah ditangkap.
sham
Betul boleh tengok kat http://www.bharian.com.my/node/272727
TakTahuTanya
BTC 12 sekarang tengah naik, boleh percaya ke? Yg duk join BTC12 ni org kuat highway jugak.
ally
boleh beritahu saya selepas 8 jun 2017. apa yang jadi kepada dato nadim ( bukan nama sebenar )
Ahmad
Terkini aslmkm, sape2 yang menjadi mangsa penipuan cpotrading.com datuk nadim punya………saya ada tanya dengan PPIM tentang mangsa pelaburan, ada yang bagi tahu PPIM tidak dapat membantu jika mangsa penipuan cpotrading yang melaporkan ke PPIM hanya sorang dua,……..maka harap mana-mana mangsa penipuan cpotrading.com milik mudtalib ismail buat laporan ke PPIM agar mereka dapat buat tindakan selanjutnya……setidak2nya kita berusaha dahulu dan kita minta bantuan dari pihak yang pakar dalam memberi bantuan
Mohamad Qushairy
Salam saya nak bagi tahu baru2 ni dato yg bernama nadim.kepada nme sebenar abdul mudtalalib
Telah membuat lagi oparasi bernama gmi goldmine international..sekarang dia buat benda sama macam cpo..dah start untuk lari kan diri.dan separuh dri leader 2 xnk membuat kerja sama sebeb masih percaya kepada orang penipu yg bernama abdul mudtalalib..ada cara tak untuk saya bentang kan penipun yg dua buat..