Disebabkan terlalu banyak permintaan diterima berkenaan pelaburan EMGOLDEX. Adakah ia skim ponzi? Jawapannya ya.
Ianya sudah di”file”kan untuk siasatan di US. Anda boleh baca di Sini.
[+] http://behindmlm.com/companies/civil-fraud-charges-filed-against-us-emgoldex-investors/
Dan beberapa lagi maklumat tentang skim piramid ini.
[+]http://mlm-scam.info/emgoldex/em-goldex-scam-the-alluring-pyramid-in-circles/
Jadi saya pun membuat beberapa kajian tentang skim ini. Perkara yang pertama yang saya akan tengok adalah alamat pada contact di laman web mereka.-http://www.emgoldex.com/gold/contact.php
1. Semakan Alamat Perniagaan
Kenapa? Perkara pertama yang perlu dipastikan ialah samada ia benar-benar wujud bukan sekadar laman web. Hasilnya adalah berikut.
Alamat Pentadbiran:
Suite 1, Second Floor,
Sound and Vision House Francis Rachel Str. Victoria,
Mahe Seychelles
Tel.: +442081330653
e-Mail: info@emgoldex.com
Saya dapati ia adalah alamat offshore agent. Ia dikongsi dengan pelbagai syarikat lain. Anda tak rasa pelik jika pelaburan yang kononnya memberikan pulangan ribuan ringgit dalam masa beberapa hari hanya mengunakan virtual office? Anda boleh search banyak mana syarikat “dummy” yang guna alamat berkenaan di Google. Saya malas nak masukkan gambar kat sini sebab lepas ni pasti ada yang orang curi URL imej berkenaan. Ia membazirkan resource server laman web saya.
No telefon berkenaan juga adalah kod negara UK. Alamat di negara dunia ketiga, Seychelles tapi no.telefon adalah phone redirect di UK. Ini menambahkan lagi keraguan.
Daripada alamat pertama terdapat 2 keraguan iaitu alamat virtual office dan juga no.telefon redirect UK sedangkan alamat di negara Seychelles. Antara orang lain yang guna alamat ini:
[+] http://morpher.com/contacts/
[+] http://www.orioninvestgroup.com/contact
[+] http://www.scvrisk.com/index.php/contact-details.html
[+] https://vpntunnel.com/contact-us/
dan banyak lagi yang malas saya nak tampal kat sini…Kata company berbillion dollar jual emas… Alamat kongsi dengan orang lain..Masih tak nampak penipuan kat situ?
Alamat ke 2:
Gold provider: EMGOLDEX TRADE DMCC
Unit No. 705, Indigo Tower
Plot No. D1, Jumeirah Lakes Towers
Dubai
United Arab Emirates
Menurut mereka yang curiga ada yang ke DUBAI sendiri. Ia sebenarnya pejabat kecil dengan tiada orang di dalamnya. Anda boleh lihat di Yahoo Answer ini. Malah ia diserta gambar yang kononnya pejabat EMGOLDEX. Hasilnya..tipu saja maa..
Sama seperti VGMC yang telah terkubur sebelum ini. Mereka mengunakan nama DUBAI sebagai penambah rasa yang kononya mereka menjalankan perniagaan yang betul.
Alamat kedua juga tidak wujud sebarang pejabat di alamat di Dubai berkenaan. Maklumat yang kononnya ada pejabat di Jerman tidak dinyatakan di laman web mereka. Jadi tiada siasatan boleh dilakukan.
Alamat ke 3:
Singel 540
Amsterdam
1017 AZ
Netherlands
Ia juga adalah virtual office di Belanda. Jadi anda patut tahu sebelum anda membuat pelaburan. Jangan percaya gambar testimoni yang kononnya dalam masa beberapa hari sudah dapat beberapa belas ribu. Ia semua gimik saja.
[+] http://www.alliancevirtualoffices.com/NL/singel-540-virtual-office-2331
Itu baru sahaja berkenaan alamat. Sudah begitu banyak keraguan yang membuktikan ia adalah satu pelaburan yang tipu.
2. Semakan WHOIS Laman Web
Hasil semakan Whois laman web, berikut adalah maklumat laman web berkenaan
Domain Name: EMGOLDEX.COM
Registry Domain ID: 1593413846_DOMAIN_COM-VRSN
Registrar WHOIS Server: whois.publicdomainregistry.com
Registrar URL: www.publicdomainregistry.com
Updated Date: 2014-06-25T22:59:12Z
Creation Date: 2010-04-19T15:12:46Z
Registrar Registration Expiration Date: 2022-04-19T15:12:46Z
Registrar: PDR Ltd. d/b/a PublicDomainRegistry.com
Registrar IANA ID: 303
Registrar Abuse Contact Email: @publicdomainregistry.com
Registrar Abuse Contact Phone: +1-2013775952
Domain Status: clientTransferProhibited
Registry Registrant ID:
Registrant Name: Anthony Conti
Registrant Organization: EMGX F.S. LTD
Registrant Street: Suite 1, Sound and Vision House Francis Rachel Str. Victoria
Registrant City: Mahe Seychelles
Registrant State/Province: Not Applicable
Registrant Postal Code: n/a
Registrant Country: SC
Registrant Phone: +44.1233280653
Registrant Phone Ext:
Registrant Fax:
Registrant Fax Ext:
Registrant Email: @emgoldex.com
Registry Admin ID:
Admin Name: Anthony Conti
Admin Organization: EMGX F.S. LTD
Admin Street: Suite 1, Sound and Vision House Francis Rachel Str. Victoria
Admin City: Mahe Seychelles
Admin State/Province: Not Applicable
Admin Postal Code: n/a
Admin Country: SC
Admin Phone: +44.1233280653
Admin Phone Ext:
Admin Fax:
Admin Fax Ext:
Admin Email: @emgoldex.com
Registry Tech ID:
Tech Name: Anthony Conti
Tech Organization: EMGX F.S. LTD
Tech Street: Suite 1, Sound and Vision House Francis Rachel Str. Victoria
Tech City: Mahe Seychelles
Tech State/Province: Not Applicable
Tech Postal Code: n/a
Tech Country: SC
Tech Phone: +44.1233280653
Tech Phone Ext:
Tech Fax:
Tech Fax Ext:
Tech Email: @emgoldex.com
Name Server: ns1.emgoldex.com
Name Server: ns2.emgoldex.com
Name Server: ns3.emgoldex.com
Ia didaftarkan diatas nama Anthony Conti dengan alamat virtual office di Seychelles.
3. Semakan Data Pelawat Laman Web
Seterusnya ialah semakan data pelawat daripada negara mana yang ramai melawati laman web berkenaan. Saya boleh kata, Malaysia pasti tersenarai paling ramai walaupun tidak membuat semakan lagi.
Tada…hasilnya orang Malaysia ditangga kedua paling ramai melawati laman web skim cepat kayap ini. Almaklumlah ada team Malaysia yang kuat merekrut mangsa baru. Yang minat nak masuk tu, fikir banyak-banyak.
Ponzi skim dan skim piramid ini, orang awal akan kaya dulu. Orang bawah-bawah tu, tengok jela orang atas bergaya dengan kemewahan sementara.
Setakat tu je, kajian singkat daripada saya. Ulasan daripada sudut agama, saya malas nak ulas panjang. Cuma satu je yang saya ingin highlightkan, pelaburan yang menjaminkan pulangan tetap adalah riba.
Marketing Plan juga sangat unik.. bayar RM2600 + 2 orang downline. Cewah..
Geng EMGOLDEX… reply ya apa yang saya pertikaikan diatas… Di US sudah ada yang didakwa kerana mempromosikan skim ini.. Sebab tu, takkan berkembang kat sana dah. Negara lain, bergantung pada undang-undang masing masing. Yang pastinya negara China, takkan masuk sebab hukuman mereka yang buat skim cepat kaya adalah tembak sampai mati. Malaysia tak nak buat macam tu ke? hehehe
Saya hanya ulas tentang alamat sahaja… Ia meragukan walaupun dengan satu kajian ringkas.
Sebagai satu syarikat pelaburan emas, memang tak logik hanya mengunakan alamat virtual yang disewakan oleh banyak syarikat lain. Saya takkan pertikaikan jika ia tidak meragukan. Apabila saya buat semakan sebegini, penemuan telah saya tulis diatas.
Dengan kes di Massachusetts, Amerika Syarikat telah mengesahkan lagi ia menjalan satu skim piramid. Berikut adalah fail pendakwaan pada 22 Oktober 2014 yang lepas. Baru 3 bulan lepas.
[+] http://www.sec.state.ma.us/sct/current/sctemgoldex/EmGoldex-et-al-Complaint-Docket-No-2014-0056.pdf
Anda boleh baca dokumen pendakwaan diatas yang secara jelas bahawa marketing plan mereka salah disisi undang-undang Amerika Syarikat. (Sebab tu mereka didakwa!). Saya tabik dengan sistem pencegahan oleh jabatan Pendakwaan di US. Sebelum mereka kaut banyak duit, ia telah dihalang siap-siap. Berbeza di Malaysia yang agak lambat.
Tak kisah ia Team USA atau Team Malaysia, jika pelan pemasarannya sama.. Ia tetap sama dari segi undang-undang tidak kira di mana-mana negara.
Jual beli emas tidak salah malah digalakkan dalam Islam. Cuma perlu dipastikan, beli emas dapat emas dan transaksi mestilah berlaku pada masa berkenaan bukan berdiskaun atau tertangguh. Ini menjadikan transaksi berkenaan menjadi satu transaksi riba.
Update:
Ini adalah iklan daripada team Malaysia..
Kita beli emas 200 gram bernilai 7000 euro/Rm 28 k
Dengan hanya membayar…
Duit booking sebanyak…540 uero/Rm 2600
Emgoldex memberi kita pilihan…
Untuk dapat kan emas 200 gram tersebut…
1…kita bayar baki 6500 euro lagi…
2…kita promote pada rakan rakan kwan kawan..untuk membeli emas dengan emgoldex.
Hanya perlu 2 org sahaja …
So mana cik puan.cik tuan pilih….
Bayar baki 6500 euro tesebut…
Atau usaha kan cari 2 org beli emas dengan emgoldex…
Setelah membuat bayaran 540 euro…Rm2600 rgt…
Kita akan mendapat 1 invoice di mana di dalam invoice tersebut menyata kan kite sudah membayar 540 euro untuk menampah emas 200 gram bernilai 7000 euro…
Dan kita akan di masuk kan ke dalam table oder….
Dan di dalam tempoh berada di dalam table oder tersebut…
Kita perlu pasti kan supaya kita mendaftar 2 org membeli emas dengan emgoldex…
Supaya apabila kita terkeluar table nanti kita akan terima imbuhan dari pada emgoldex…
Terkeluar table 1.
Terima emas 100 gram bernilai 14k…
Terkeluar table 2…
Akan terima emas 100 gram lagi bernilai 14 k…
Itu sekira nye dapat mendaftar 2 org bawah kita membeli emas dengan emgoldex…
Sekira nya anda tidak berjaya mendaftar org dalam tempph terkeluat table …1 dan 2…
Anda hanya dapat emas bernilai 500 euro…
Hanya rugi 40 euro sahaja…
So apa slah nye anda mencube …dapat kan 2 org memdaftar membeli emas dengan emgoldexxx…
Emgoldex adalah sebuah syarikat yg ditubuh kan sejak 2010 lagi…
Lebih 100 negara terlibat…
Dalam biz jaringan emgoldex ini…
Malaysia hanya beru masuk bulan 6 …
Dan sehingga kiini …
Dalam masa 5 bulan sahaja…
Lebih 7000 org malaysia telah join emgoldex…
Itu adalah iklan dalam group wassap yang saya terima daripada informer saya. Bagi saya, ia jelas satu transaksi riba. Bagi mereka yang beragama Islam yang ingin menjaga hasil pendapatan dan juga keturunan mereka. Jauhkan saja.
Ulasan Saya
1. Terdapat transaksi bertangguh dan Unsur Paksaan. Nak dapatkan emas 200g kena dapatkan 2 orang downline atau bayar 6500 Uero. Kalau tak dapat cari downline, duit EURO 540 yang dibayar akan dipotong EURO 40…huhuhu..kesian.
Update 2:
Informer saya juga memberikan jawapan yang diberikan oleh Upline skim ini terhadap artikel yang saya siarkan ini.
Dear Team members i am replying to recent post on fb and the general media about gold programmes that cheat the public .
This is great news for us in emgoldex because we are not the company that the news is talking about and now that this news is out we have a bigger share in the market!!!Even the gold product picture that the officer is showing is not from emgoldex.
That news is about royal gold, swiss gold ….. Same owners as geneva.
Now about the blogger encik shamsuriyadi.com who is desperately trying to get traffic to visit his website where he is promoting his book….. He is a very selfish man who is taking dreams away from hardworking networkers like you and me…
He writes about many goid companies not just emgoldex because this is his full time job
I also understand that he is being paid to write the article by another group that is promoting another mlm programme.
Here are the facts;
1) engoldex trade dmcc is a genuine company registered in dubai by DMCC ….. Please call +97144249600 and mention our company name and the officer from DMCC which is the licensing authority will verify that emgoldex trade dmcc is registered with them with the license number DMCC 32237 and registration number DMCC3142.
Now lets answer some of what this idiot is saying…..
2) Many of us have written to emgoldex about their office address in dubai at Indigo tower….. They have confirmed with us that that was their old address but as so many asians went to that office which is suppose to be just just a techical office they had to shut it down …. They are now looking for another address that networkers can visit…Please remember that their registerd office in the duty free zone in Dubai is a valid address and this address is on our presentation slides.
3) emgoldex trade dmcc has a bank account in the name of emgoldex trade dmccthat means obviously that the company is in that name and is registered.
4)so what if their Sea Shells office is a virtual office with many other companies sharing the same office? Many other companies do that too!
5)So what if the website is registered on an individuals name?many big companies register their domain like that! Thats up to the owners.
6)About USA legal action against Emgoldex USA team ….. We welcome that because the networkers there tried to set up the own company and collect funds….anyway thats a old story…
7)Please remember that the owners of the company appear in all conferences and many leaders have met them in person too.We in Malaysia have done a search in the ministry of trade thru the german embassy in kl and their names appear on the registration docs…. Same name as the names on our presentation slides.7)In the 4years that this company is operating not a SINGLE complaint from any client that they did not get their gold or cash after they sold tbeir gold.The debit cards provided by emgoldex work perfectly and please also remember that first swiss bank wont just be giving a master card to any company!!
8) emgoldex does not pay commissionsthey are a reward based company that uses the public to advertise their website…. Anyone can buy from emgoldex not just members!!!!so whats the big deal?? One person cannot spend more than €540 in their lifetime which is fully refunded to them witin 14days if they choose not to grow their franchise! If they cannot tell 2friends then the company gives them back 90% of their investment….. So whats the risk????
Most of these bloggers will look for something to say that will bring people to their blogsite…. Even if its not true.
So my team members lets remember that if we are not doing a great job no one wants to know or disturb usthis happens to all successful companies.???????(Disalin daripada whatsapp)
9. Bayar EUR 540, dapat balik EUR 500 kalau tak dapat cari 2 downline. Mana pergi EUR 40? Kata jual beli emas. Ia transaksi riba. Jika nak beli emas, dapat emas. Bukan dapat sistem. Ia juga tidak boleh bertangguh mahupun berdiskaun.Boleh rujuk fatwa:
Incoming search terms:
- kongsi makan penipu
- kongsimakan penipu
- kongsimakan tipu
- kongsi makan tipu
- emgoldex
- emgoldex penipuan
- emgoldex scam alert
- Emgoldex malaysia penipu
- kongsimakan com tipu
- kongsi makan
lelongbank
Info menarik disertakan bukti….sistem ponzi yg lama diolah mengikut trend semasa
abdfatah
oooo penipu rupanya. cari orang pastu cari orang lagi dan cari orang lagi sampai berkayap2…
Ishamudin
Emgoldex adalah syarikat MLM terbaik,team kami sendiri telah pergi ke Dubai,melihat sendiri pejabat nya..ternyata ia adalah benar..dan awal bula 12 yang lalu team kami juga telah ke russia untuk menghadiri conference emgoldex..,kami telah menerima banyak reward dari Emgoldex…its simple its gold its money….Peace…
Wan Safar
Benar ke info ini berlaku
sarah
Fuhhh…nasib baik x join..bru je beberapa hari ada org ajak join..
hmidi.jr's
Semak Fakta Emgoldex
Anda boleh semak fakta dan info berkaitan dengan EMGOLDEX.
1. http://www.emgoldex.com
– Merupakan laman web utama dan kat sini kita boleh membeli emas secara terus atau online. Produk yang dibeli akan dihantar melalui kurier.
2. http://www.whois.com
– Kita boleh semak status laman web Emgoldex. Kita boleh lihat di sini, bila dan berapa lama web ini telah diwujudkan.
3. http://www.dubaided.gov.ae
– Kat sini kita boleh melihat yang Emgoldex mempunyai lesen perniagaan yang sah di Dubai.
Hari ini EMGOLDEX mempunyai lebih 600,000.00 pelanggan di seluruh dunia sama ada yang membeli emas mengikut harga pasaran* dan melalui Program Pemasaran EMGOLDEX.
* Nilai pasaran emas semasa ditentukan London Stock Exchange
*MOHON PENCERAHAN FAKTA DRP TUAN..TKASIH.
Aurora
hurmm…cheap publicity…wateva u say doesnt change the fact that emgoldex does really give us the benefit they promise..maybe doesnt work for you thats why ur circulating rumour..hey and you know what..I really THANK YOU for this..youve made us more popular.. can you make this story more bigger?.better yet published it in newspapers..that will really help us…THANK YOU SO MUCH..GOD BLESS…XOXOXO
emgoldex
How much you get paid to writing this article??
Have you personally go to emgoldex office in dubai? Because some of friend of friend is personally go there. And you know what?
That office is exist!
Engoldex is the genuine business.
khairulizah
Cuba postmortem utoken by ufund
sham
TQ. Hmidi.jrs atas info.
Gold
Desperate blogger hahaha
sham
Sudah buat laporan rasmi kepada BNM. Tunggu respon je. 🙂
apis
Emgoldex trusted…alamat sham ni search xbetul,tu sebab xjmp syarikat…dan dia search di laman web yg salah….kaji dulu,jgn terus percaya ..sebab kdg2 ni semua ada agenda tersendiri…
Woojae
Hmmm. Berkenaan komen anda tentang laporan yang sudah dibuat kepada BNM, apa kaitan BNM dengan Emgoldex jika pembeli menjadi client terus kepada company, yang merupakan entiti berlesen & berdaftar yang sah di DMCC. Pendepositan tidak dilakukan kepada mana2 akaun bank individu mahupun syarikat berdaftar dalam Malaysia. Malahan Team Malaysia Emgoldex hanya menubuhkan “team” atau pasukan sukarela dalam membincangkan gerak kerja & strategi bisnes.
Ini berbeza dengan “Team USA” yang jelas bercanggah dengan undang2 sebab menubuhkan syarikat & mendepositkan duit clients dalam akaun syarikat tersebut (terang2 deposit taking). Pendakwaan di USA itu adalah ditujukan kepada Emgoldex Team USA Inc., yang jelas merupakan entiti berbeza & tak kena mengena dengan Emgoldex Trade DMCC yang bernombor lesen DMCC 32237 & bernombor pendaftaran DMCC3142. Ini boleh disahkan serta merta melalui +97144249600 http://www.dmcc.ae/contact-us. Link di http://emgoldex.com/gold-news/read.php/illegal-activity-on-behalf-of-the-emgoldex-company jelas memberi peringatan tentang isu berkaitan. Ia adalah kesalahan serius dalam pengkajian anda.
Berkenaan isu virtual office, antara syarikat besar yang menggunakannya adalah WordPress.com http://www.businessweek.com/articles/2012-09-04/why-some-company-offices-are-virtual & GlaxoSmithKline http://www.alliedoffices.com/blog/virtual-office/even-big-companies-can-benefit-from-virtual-offices. Ia menjimatkan (apa perlunya beli/sewa pejabat fizikal yang mewah jika tak bersangkutan dengan operasi & modul bisnes – konsep Emgoldex adalah online store sama seperti amazon, ebay dan sebagainya).
Tentang isu kebolehpercayaan atas talian (online trustworthy) dan sebagainya selain http://www.alexa.com/ & Whois http://www.whois.com/, boleh juga merujuk kepada: https://www.scamaudit.com/domain/emgoldex.com?search_bar=True
Berkenaan isu hukum membeli emas secara bertangguh, pendapat yang bagus untuk difikir & dibincangkan bersama adalah di link berikut:
http://goldbarpamp.blogspot.com/p/hukum-beli-emas-secara-bertangguh.html
Petikan:
Assalamualaikum wb..
HUKUM BELI EMAS SECARA BERTANGGUH..
Aku tak sangka soalan ini muncul kembali… Nampak sangat korang tak buat study habis lagi….
Hukum tak boleh bertangguh adalah atas barang ribawi…. contoh.. kalau beli emas dengan emas, memang tak boleh bertangguh… haram..
Sekarang ni korang beli emas dengan apa?.. wang kertas kan…
Sebelum 1971, US dollar diikat dengan emas… dan ringgit malaysia disandarkan kepada us dollar… maka diwaktu itu, wang kertas dikira sebagai emas juga… ini jelas, tiada perpecahan pendapat bahawa membeli emas dengan wang kertas, tak boleh bertangguh…
Selepas 1971, Amerika telah memutuskan ikatan dan sandaran matawang mereka dengan emas, dan serta merta dollar diapungkan… semua matawang juga diapungkan… maka berlakulah aktiviti jual beli wang…. forex…
Maka apabila ini berlaku, ulama berpecah kepada 2 pendapat… ada yang kata, wang masih lagi barang ribawi, ada yang kata bukan lagi barang ribawi atas alasan, wang tidak lagi disandarkan dengan emas dan nilainya adalah “ciptaan ” manusia…
So… pilihlah mana nak ikut… kalau korang kata wang kertas benda ribawi, maka haramlah kau membeli emas secara bertangguh dengan wang kertas… Kalau kau kata bukan ribawi, maka haruslah korang membeli emas secara bertangguh…
Kalau lah wang kertas itu barang ribawi dan nilainya setara emas, kenapa harga emas berubah-ubah?… kalau berubah-ubah, haramlah jugak hukumnya…. pikir ler sikit… sebab, bila membuat pembelian atau pertukaran ribawi (emas) dengan ribawi (emas), kadarnya mesti tetap dan tidak boleh berubah…
So, Aku mengambil pendapat bahawa wang kertas bukan barang ribawi… maka jual beli bertangguh menggunakan wang kertas tidak haram… silalah rujuk dengan pakcik google yang banyak tu….
Lagi satu… di zaman dahulu, emas dianggap wang… tapi sekarang emas dianggap sebagai bahan mentah barang kemas dan produk-produk electronic… mufti kelantan pun kata dinar bukan wang tapi aksesori… menderrr…
Dari segi practicality, kalau kau tempah barang kemas, boleh ker dapat on-the-spot?… Apa lagi kalau kau tempah 10-100 kilo… ader ker kilang yang boleh buat on-the-spot?… Aku rasa ulamak yang alim akan buat kajian mendalam… sebab dalam fekah, hukum boleh berubah-ubah…. tidak seperti akidah, ianya tetap… asas hukum fekah adalah harus dalam mahzab Shafie… hukum berubah atas sebab kemaslahatan umat juga…
Gi ler rujuk ulamak “on-field”… jangan tanya ostad dalam ofis yea…
Wasallam…
-ARBA-
khairul
Program pemasaran yang bagaimana.Jika ianya mlm maka perlu kelulusan daripada kpdnkk.
sokong EMGOLDEX
Ha..haa.haa50x
Sakit pulak perut aku tgk mamat ni..tp btullah dia pun da confess yg research ringkas..sesuai untuk org bru knal abc..
Contoh Panama Emgoldex.nama pun da PANAMA apa ada kena mengena dgn Emgoldex internasional..lpas tu di charge kerana buat ‘FOREX ACTIVITIES’ bila pulak la ada activity tu dlm emgoldex cik abg ooi..
Kalau banggang tu simpan2 la sikit jgn kluarkan semua.,
Apa dosa emgoldex dgn awak ni..klau rasa nak berjasa pd rakyat Malaysia bnyk lagi perkara baik buknnya tutup periuk nasi org..
Oo..China hukum tembak untk Skim Cpat Kaya..haaa..lawaknya..patut la bnyk cina dtg sini untk mnipu!! termasuk lah En.Sham ni yg jd balaci.tak gitu baang!!
Jom la join Emgoldex, saya ajar abang cerita yg benar lagi jujur.berdosa bang tabur fitnah.,baik tabur jagung bg ayam..ada jugak pahala..
Doris
hahahaa…KESALAHAN SERIUS DALAM PENGKAJIAN ANDA! Lain kali buat la kajian bagi habis…kasi khatam la dulu…kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jgn diduga kihkihkih
Woojae
Aip cepat anda delete komen saya tadi 😀
Emgoldex
1st time aku jumpa melayu berusaha keras menjatuhkan melayu ????????????????
Jack
Paling lawak la mamat,baru je kenal dunia blogger nk tunjuk hebat..artikel yg paling best utk awal tahun ni..Kaji selidik betul2 bro..jap lg xpasal pasal ko kena saman ngan emgoldex.Emgoldex is real company.
sham
jack – saya blogger picisan sahaja. buat apa nak risau kan? Ia akan menfamouskan lagi skim ni. Nanti berkoyan-koyan orang join.. :p
Doris – saya bukan kaki pancing. bukan setakat lautan, kolam kecil pun saya tak minat nak duga.
Woojae – saya approve semua komen. Cuma untuk kali pertama, perlu approve manually. TQ atas info.
Apis – saya search alamat yang tertera kat laman web sahaja di ruangan contact laman web rasmi. Alamat lain tidak dinyatakan secara jelas.
Aurora aka ariana ibrahim – i’m helping you now and make you scheme popular in malaysia.
megat
hahahaha…cacing kepanasanlah promoter2 dgn kepala2 besar emgoldex ni..termasuk juga yg bawa masuk mlm ponzi haram ni…@ company mlm dari jb ni yg bawak masuk skim makan duit riba dari org2 bawah..tunggu jerlah bnm dan agensi2 lain kasi rush diaorang ni semua..
sham…jgn takut..diaorang ni takda telor nak saman kalau emgoldex ni legit…
dah terang2 skim cepat kaya bertopengkan emas..dah kira illegal deposit activities…
10 tahun penjara 10 juta denda….
apalagi promoter2 emgoldex dgn kepala2 emgoldex ni…saman lah kalau berani…
tash
Hi Sham,
I think you are confused with the concept. The program doesn’t force you to buy 200gram gold. Emgoldex is basically a gold trading company that is suitable for gold buyer only.
Why am I saying this?
Because it is targeting customer who can afford to buy gold at the value of €7000. As a customer, first and foremost you must be aware that you are buying gold at the value of €7000. So this means before joining this program, you must have the intention to buy €7000 worth of gold as well as have the money to purchase it.
However, things become interesting for the customer. Rather than paying the full amount of €7000, he or she can join the marketing program and is only required to pay €540 upfront. If the client can find customer as targeted, then he won’t be paying the full amount of €7000. Instead he will be rewarded with gold at the value of €7000.00.
BUT if the buyer failed to achieve the target. He can just pay the full amount of €7000 to get his gold and quit the program. It’s very simple. He won’t feel the lose because he has already have the intention to buy the gold at the value of €7000.
But the company understands that there are also clients who joined the program that couldn’t afford to buy the €7000 gold. They just joined in as marketers by introducing others about this program to serious gold buyers or people like themselves. Well! That’s what sales & marketing is all about anyway. Thus these customer are given are refund. They have a choice to quit the program within 14 days and receive a refund if theyfailed to get two buyers within a certain duration of time.
Other than the €540 table, there are smaller entry level to purchase gold. But you know Malaysian are very ambitious!
wan faizrul
Saya sokong dengan statemnt tash. Sebenarnya program ini ditujukan kpada serious buyer sahaja.
Agreement program ada menyatakan sekiranya klien menyertai program ini, klien juga harus bersetuju membeli emas bernilai €7000 dari Emgoldex. Inilah sebabnya bagi pihak Emgoldex, program ini tidak mempunyai risiko sebab pelanggan memang berniat untuk membeli emas €7000 dan tidak akan merasa rugi sekiranya gagal mencari buyer.
Tempoh 14 hari diberikan untuk menyemak agreement tersebut.
Malangnya ramai ahli yang masih belum memahami unsur bisnis ini. Mungin disebabkan tak faham agreement atau malas nak baca. Saya sukar menerima banyak pihak menyalahkan Emgoldex kerana Emgoldex adalah syarikat profesional yang telah menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan semua dokumentasi yg sepatutnya dalam website. Tapi ramai ahli gagal menyampaikan mesej yg tepat kepada prospek. Dalam minda prospek, sekiranya membuat pelaburan dalam bisnis ni, mereka akan mendapat keuntungan dalam beberapa bulan dengan hanya mendapatkan dua klien sahaja. Disebabkan ini, ramai pihak termasuk tuan pandang biz ni biz Ponzi.
Mungkin ini konsep marketing ahli? Tapi dari mana mulanya trend ini? Adakah dari Leader atau kepala yang mula2 memperkenalkan bisnis ni kepada ahli. Selain itu, ramai leader yang mengutip deposit daripada ahli yg boleh menimbulkan keraguan. Bayaran yang dikenakan juga adalah lebih tinggi dari €540 yang telah ditetapkan dari syarikat Emgoldex. Adakah “team leader” ini berjanji untuk mendapatkan ‘downline’ kepada ahli sekiranya mengenakan caj tambahan? Cara ini boleh mengundang masalah dari perundangan negara. Lihat sahaja apa yang telah terjadi di Team USA, Panama, Colombia.
Emgoldex tidak bersalah langsung dalam hal ini. Saya telah membuat urusniaga dgn Emgoldex bertahun2 dan telah membeli dan menyimpan emas Heraeus dari syarikat ini.
Sebenarnya tak salah sekiranya ahli ingin mendapat untung dari program ini. memang program ini diwujudkan khas untuk melariskan penjualan emas syarikat melalui penglibatan org awam. Dan seperti salah satu top leader emgoldex pernah menyatakan “program ini hanya sesuai bagi ahli yg bersifat entreprenuer. ” biz ni sesuai untuk marketer, BUKAN orang yang bersikap pasif. Nak dapatkan untung kena berusaha. Anggap je macam kerja kat sales & deparment emgoldex untuk dpt gaji €7000. Saya tengok semangat ahli kat Emgoldex ini bagus dan mmg ramai dapat untung. Sedih gak tengok blog ini memburukkan syarikat Emgoldex sbab ia akan menjejaskan rezeki beribu2 ahli emgoldex. Dahla ekonomi skrang teruk.
kepada ahli yg malas nak bekerja sebagai marketer, sediakan la modal sebanyak €7000 untuk beli emas bernilai €7000 tu. Kan mmg dah letak kat agreement.
Peace!
Ana
Emgoldex x tipu.. Real bisnes.. sy selalu kene tipu dgn mlm dlu.. ms nk join emgoldex pn sy ragu2..bl pendptn pertama sy dpt, sy btul2 yakin Emgoldex blh bantu kita maju kalu ade sikap teamwork..sistem yg wujud utk memastikan perjalanan jual beli emas teratur.yg selalu buat sesuatu bisnes tu menipu adelah disebabkan upline/leader yg x jujur dan x amanah.. pilihlah grup yg jujur & amanah.
sham
Berkenaan komen yang mengatakan wang fiat bukan item ribawi.. boleh rujuk artikel ini:
[+]http://www.pakdi.net/duit-kertas-duit-fiat-adalah-barang-ribawi/
megat
keuntungan emgoldex hasil dari recruit mangsa2 baru..bukanya hasil jual beli emas..tunggu hasil aduan rasmi dari BNM…sapa2 yg baru masuk tu yg duit dah kena makan ngan org atas,boleh kemuka aduan consumer court mtk balik duit korang…promoter2 emgoldex ni semua nak kaya xpress jer…
yusof
nak tye ….. perniagaan ni memang bersangkutan dengan riba ke??
nam
emgoldex the real bisness
bro ada g sana ke tgk office dia..
31hb ni kami pergi sana
nk info buka fb emgoldex team
0173412470
siasat separuh jalan dan salahkn org lain….
joey
benda tipu selalu membuatkan org prcaya bulat2…kalo nk tipu biar buat betul2 sampai org tertipu…mcm2 sekarang ni…fikir secara waras…nanti
mat top
Skim ni dah nyawa2 ikan, tunggu masa sontot!
Pelabur2 baru, kalau nak hilang duit, SILALAH MELABUR!
boy
Salam bro..nk celah skit..law x taw jgn nk pkao redah…aku da dpt hasil…dan ramai lagi bukti2 yg da dpt hasil…nmpk sngt korang tunjukkan betapa kolotnyer korang..sama cam katak bawah tepurung batu..emgoldex mmg real..
Abdfatah
Cara mudah pinjam duit untuk buat skim pelaburan. Maka dgn itu jika nak pinjam duit yg cukup mudah boleh buat skim pinjaman mudah orang ramai. Acaner tu? Tanya pakcik tok eta delay dan pakcik pak ponzi serta tak lupa jugak pakcik pak man telor. Itu skim cepat kayap daaa… Dah nampak jalannya?
herry
Tulislah byk mn pun tentang emgoldex,tapi bagi kami yg dah join emgoldex tetap tidak akn pcy sebab kami tahu emgoldex ni real bisnes sebab kami sendiri yg rasa pulangannya,dan utk pengetahuan dlm emgoldex semua akn dpt nilai yg sama tidak ada pun kelebihan pd yg join terdahulu,apepun emholdex mmg mantap….
iwan
bohhh!!! hehe , jgn laaa duk reka cerita gituu , kesian org lain nax cari rezeki , emgoldex terbaek bro !! .
Abdfatah
Tak baik kacau rezeki orang. Ambo kecik hati terus dgn ini artikel laa… Mcm mana serikat bleh byr duit byk2 gitu? Cer citer? Kalo dah byr terus kepada serikat berapa byk emas telah melalui proses penghantaran kpd pesertanya? Kalo dah tempohnya 14 hari tarik diri tu emasnya nak kena hantar balik kpd syarikat terus dkt dubai tu ka atau hantar balik dekat jerman? Penghantaran emas guna pos dunia ka?
mainman
aku bet 10000% SHAMSURIYADI akan join EMGOLDEX “senyap2” hahahahah… ko dah kaya buat e-book/duit online pastu dengki orang lain nk buat duit dah kenapa? sama la org awal kaya dengan ko, ko awal2 tau pasal perniagaan online buat duit ribu2 jual ebook.. kalau seluruh rakyat malaysia tahu buat ebook ko rasa ko ada duit tak sekarang? orang yg first discover opportunity la buit duit dulu. Melayu.. melayu..
sham
join? korang naik la kapal tu, dah nak kaya sangat.. saya naik kapal lain… biar tak kaya, tapi hidup tenang.
Rezeki Allah yang bagi.. bukan Emgoldex atau mana mana skim yang bagi.
Kalau seluruh orang Malaysia tahu buat ebook lagi bagus… Banyak ilmu yang boleh saya belajar… 🙂
Saya lagi suka.
Helmi Aliarit
Biasanya yang terlibat adalah orang sama yang pernah join skim-skim cepat kaya sebelum ni… Semoga Allah bantu mereka kembali ke jalan yang benar.
Kamal
Takpe tuan Shamsuriyadi. Dekat group2 fb pun rmai yang bash skim ni. Terus bongkarkan lagi tuan. 🙂
Fadhlul
assalamu’alaikum.
jazakaLlahu khair di atas info yang penting ini.
baru ada kawan ke rumah saya cerita pasal emgoldex. lalu saya searh dalam google dan landed di website ini.
alhamduLillah dapat tahuu awal dan escape!
thank you!
Tasha
Saya dh join…baru lagi…alhamdulillah saya dh pun merasa rm14k yg pertama…
mmg tiada risiko…
Emgoldex sangat membantu masalah kewangan saya..
HAMBA ALLAH
ALLAHUAKHBAR… !!!! SEDIH SY TGK UMAT NABI MUHAMMAD SAW SEBEGINI RUPA.. MUDAH2AN ALLAH KEMBALIKAN ANDA SEMUA KEJALAN YANG BENAR.. TAK NAK KOMEN BYK2.. CUMA NK BAGITAHU CARILAH REZEKI UNTUK KELUARGA DENGAN DUIT YANG HALAL DAN BERKAT AGAR DIBERKATI HIDUP KITA OLEH ALLAH.. BAGI ORANG ISLAM,, INGAT!!!! KITA ADA ALLAH.. ALLAH TUHAN KITA.. CARILAH REZEKI YANG HALAL DENGAN TULANG EMPAT KERAT KITA. BARULAH DATANG KEBERKATAN. TIADA HASIL YANG DATANG DENGAN BEGITU SENANG TANPA BERUSAHA. CARILAH REZEKI YANG HALAL AGAR KELUARGA DAN KETURUNAN KITA JUGA INSHAALLAH SENTIASA DALAM PELIHARAAN ALLAH.. WALLAHUALAM…
Mirza
Terima kasih kepada admin a.K.a SYAM.
sbb telah berjaya menaikkan populariti EMGOLDEX…bagus abg ni.. dr org tak tahu apa tu EMGOLDEX sekarang semua sibuk nak tahu.Terima kasih abg SYAM saya suka abg ni.sekarang ramai dok call saya nak tanya apa sebenarnya benda ni? cer cite sikit.
Saya tak mau cite banyak…
saya kata malam ni gi lah dengar cerita kat opis sana.
kami x paksa eh…
kalau kata nak tipu.. ye tipu lah.. kalau rasa betul.. ye betul…
tapi apa pun saya suka EMAS.. nak buat cam ner wanita x leh lepas dr EMAS.
Terima kasih lah na? abg SYAM.
rizq
Saya tak kata Emgoldex menipu sesiapa yang menyertai bisnes ini. Memang terbukti sesiapa yang melabur akan mendapat pulangan modal dan hasil yang lumayan. Yang saya bimbang, jika pulangan ini menjadi haram. Kenapa perlu ada downline? Kenapa tidak terus berdaftar dengan syarikat. Maknanya semua yang ingin menjadi ahli mendapat pulangan yang sama dan bukannya ada perbezaan dari segi pulangan. Ikut modal lah. kalau 2600 makanya semua yang bermodal 2600 dapat pulangan yang sama. Tidak ada upline dan juga downline. Apa yang penting, biarlah rezeki yang dapat adalah halal. itu bagi saya.
Fall
Sabar tuan. Tuduhan saling menjatuhkan ini memang popular sejak dahulu lagi. Dan pastinya, proses head hunting akan menemui jalan buntu. Hanya yang terawal akan kaya dan berjaya.
Tak perlu risau. Tunggu dan saksikan satu lagi kejatuhan sistem piramid/network ini.
Fall
Lupa nak tanya, untuk beli emas dari emgoldex ada minimum belian tak?
Apa produk yang kita akan dapat dari emgoldex? Jongkong emas/barang kemas
Tolong jelaskan berkaitan produk. Pelan pemasaran memang umum sudah mengetahui
apis
Rilek je abg syam..
Diorang dh goyang la tuh, dah berpakat ramai2 nak bash abang..
Memang tak dinafikan yang emgoldex nih menguntungkan, tapi memang korang yakin ke benda ni dari sumber yang halal?
Nak bagi anak bini makan?
Pikir2lah melayu atau lebih tepat lagi muslim muslimin sekalian
poi la
hahahah….sapa geng emgoldex yang pegi ke dubai kata opis dia wujud…..takkan takde gambar…..takkan miskin sangat tak mampu pakai smartphone nak snap gambar opis dia…meleis kalau bab nak kaya mmg paling cepat dia kejar…pastue kena kencing meroyan citer padang mashyar lah…neraka lah…masa tu baru dia ingat tuhan…ngeh ngeh ngeh….
hmidi.jr's
assalamualaikum en.sham..dh ada fedbck drp BNM,jnyah komersial dll x mengenai dakwaan tuan ttg emgoldex menipu?
idan
Terima kasih syam.. baru sebulan dua dengar tentang emgoldex ni. Ada ramai juga member yang nak join.
Lepas baca artikel ni.. semua batalkan niat. Siap tolong pesan pada kawan kawan lain pula. Yang dah ready nak bagi duit pun terus tak jadi.
zakri
Diantara halal dan haram ada subhah.ambillah yang halal.
bunga mawar
hi semua, saya dan satu group ni konon bukan emgoldex, modal rm3000 sekali ngan pengurusan, janji 21 hari..mmg bendul join sebab semua payment org join dorg attached as a prove supaya terpedaya, now selidik punya selidik rupanya game emgoldex..leader yang menipu pelabur yg berjumlah below/above 400k is MOHD AMIN BIN SAIFUDIN
mazlan
Aku dah ditipu dgn vgmc…nak ditipu lg?oh tidak..bye2 pelaburan emas..
megat zulkifli
terima kasih info ini tuan…
zany
Asslam semua… ..nk mencelah sikit.. ..ape kate… .yg melabur rm2600… Dah dpt untg 14k.. ..pinjamkan 2600 kepada yg tkde modal nk melabur.. .nnt dpt untg ganti balik… Siap bagi bunga lagi.. ..????…..janji jgn kene tipu.. .klu tk kira hangusla hutang tu.. .
Arill
Siapa otai2 emgoldex tolong bantu saya macam mane nak keluarkan duit rm2600 tu…
Saya dah stage 3 sebelum keluar table… Kalau sesiapa berminat nak ganti table emailkan kepada saya 60colours@gmail.com
sofia
Assalam..dalam byk2 bisnes yg saya buat ini la bisnes yg paling real.sistem dia x pernah berubah iaitu modal 2600 dan perlu enroll 2 clients.thats it!clear bukan?emgoldex dah explain dari awal kalau x sanggup or x boleh cari org x yah join.kena paham konsep apabila kita buat bisnes mesti kena ada modal produk dan paling penting networking.takkan kita buat bisnes x de modal dan x perlukan customer beli barang kita tetiba nak untung berjuta2..logik bukan!kalau setiap org paham konsep emgoldex ni x timbul isu susah nak cari org smpai berduyun2..hanya 2 sahaj seperti kita.nak duit kena buat kerja bro!xkkan labur modal dok senyap x yah cari org pas tu dapat duit?itu baru la skim ponzi.dan jika dikira balik sistem yg dijalankan sgt2 menguntungkan syarikat dan itulah sebab utamanya emgoldex xkkan mati..jgn la ckp company nak untungkan kita smpai dia sanggup rugi pulak.undang2 di europe juga ketat jika nak buat bisnes scam.jika terdapat sebarang aduan dari rakyatnya even seorang pun company akn disiasat serta merta..x seperti di Malaysia kena tggu 1000 org buat report baru pihak berkuasa take action.utk information Jepun juga telahpun masuk market emgoldex ni.undang2 negara dia juga ketat bukan?after all midal dia hanya la 2600 shaja pada yg mampu.i phone pun mahal lagi.apapun alhamdulillah dah beberapa kali saya merasa 14k tu rasa2 dah hmpir 9x atas hasil usaha saya sendiri dan dgn duit itulah saya memberi zakat dan buat kebajikan utk sek.mahad tajfiz..syukur Ya Allah!
Ahmad
As Salam & Salam Sejahtera,
Sekadar pandangan saya, apa yang saya faham tentang Bottom line untuk pelaburan emas; beli emas mesti dapat emas. Emas tu boleh kita simpan sendiri bila2 masa yg kita mahu. Kalau pelaburan yg boleh janjikan fixed income, jelas sekali bersangkut paut dengan transaksi berunsur Riba ! Pandangan tulus graduan Perbankan Islam, UiTM.
P/s: Sapa yang berminat dalam pelaburan emas, so far Public Gold is the most trusted and well known in Malaysia. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah. Wassalam
mata camey
ade lagi ke emgoldex ni? beli barang kemas je la senang.. bagi duit dapat barang..
Insan ditipu
Lambatnye keluar statement ni..sy dh join dr bln 11 ag akibat percaya kwn..n now dh terbukti kne tipu..9 bln tnggu still xde feedback…scha,shafiq,elia ketua plng bodoh..dh makan duit org tp xmao pulang blk modal..
Jgn percaya pd emgoldex..skang drng dh tersontot..becareful
mangsa
Lambatnye keluar statement ni..sy dh join dr bln 11 ag akibat percaya kwn..n now dh terbukti kne tipu..9 bln tnggu still xde feedback…tlg la pulangkan balik duit saya rm7800 tu..
Zool
Tq tuan.. Aku dah bash kaw2 puak2 yg join emgoldex atau semua jenis ponzi scheme tapi macam biasa, org yg sama jugak yg masuk. Depa ni memang jenis ketagih kot benda2 mcm ni. Harap BNM ambil tindakan segera. Kalau org byk duit join aku tak kisah tapi puak2 palat ni dok rembat org yg keja makan gaji ciput puna ada.
sham
Emgoldex dah masuk dalam senarai BNM. Dah senyap penyokong emgoldex ni. Duit dah lesap.. 😛
noni
Salam sejahtera kekwn..sy nak tny mmg dah sah yang Emgoldex ni dah tiada..harap dapat bg penjelasan nye.
dinz
Assalam..sy nk tanye sikit pndaoat en. Sham tentang kongsimakan berhad..hrp dpt bg sedikit pndangan.tq
Khalil
As’salam Tn Sham, tolong bagi pandangan syarikat pelaburan emas yg sangat hot skrg,
Zenith Gold
Watch “Zenithgolds – The Best,The Rest, The Rare” on YouTube – https://www.youtube.com/watch?v=LGpeIgzFZtc&feature=youtube_gdata_player
?? Welcome To ZENITHGOLDS INTERNATIONAL LIMITED..
Investment will started earning ETA Profits compoundings 0.5%~2.0% daily and grab your opportunity to get 5 special networking bonus
Dragon
Penyokong2 tegar dalam komen2 awal tu mengingatkan saya kepada sahabat saya. Kami sahabat baik. Bila berkecimpung dalam mlm @ skim cepat kaya, dia selalu mengajak saya join, menunjuk2 kereta2 mewah, pakaian2 mahal. Bila saya berhujah dengannya, semua ditentang. Fatwa tak betul, kawan dia punya kawan dah pegi jumpa bos besar, takde risiko, kalau menipu dia tak bawak keluarga dia join, macam2 lagi. Hubungan jadi suram. Tak lama lepas tu, dia terkena. Habis jadi orang biasa balik, kawan dengan kawan2 lama. Insaf sekajap. Tak lama lepas tu, terjebak pulak dengan skim lain yang baru. Mula berubah. Dan perkara ni dah berulang 2-3 kali. Fikiran rasional bila lepas terkena. Sebenarnya wujud orang2 macam ni kat keliling kita sampai kadang2 kita pun tak faham dengan dia orang ni. Fatwa dah bagi, bukti dah bagi, fakta dah bagi, hujah logik dah bagi, hujah mantik pun dah bagu, sebab duit hilang kewarasan akal manusia.
Dragon
Seperti komen sofia kat atas selaku penyokong tegar. Benda dah terbukti, dah banyak kali dapat, dah buat zakat. Sumber rompak & judi pun kalau buat zakat pun ingat dosa tak kira, dan pahala berlipat ganda? Ni pulak riba dan duit dari jalan yang shaz & bathil. Ingatlah, skim cepat kaya ke, mlm ke, yang bawah2 kene tipu ni akan cari korang kat akhirat sebab korang dapat rezeki tak tau dari jalan mana. Sistem2 macam ni kalau korang kritis korang akan nampak duit korang datang dari mana, bukan datang dari langit @ dalam tanah.
LBS
Salam
Bagaimana tentang kongsimakan. ada orang ajak join tapi sebab banyak kali terkena saya jadi fobia pulak . Kalau ada apa2 info please…
Anti skim mlm
Kenapa lah org Malaysia ni tak pandai serik, asyik nak tau goyang kaki jerr dapat duit…dah berjuta skim mcm ni kat Malaysia, berjuta gak modal kene tipu, tapi masih ada yg yakin dengan rezeki datang bergolek…usahalah atas diri sendiri, janganlah asyik nak “menumpang” atas usaha org lain….