Scammer Parcel sekarang semakin menjadi jadi. Dan peliknya masih ramai yang tertipu dengan taktik mereka ini. Sebab itulah, mereka akan semakin galak mencari mangsa terutamanya wanita. Platform utama yang digunakan ialah Facebook.
Apa yang mereka lalukan ialah add wanita sebagai rakan. Mereka akan mengunakan gambar profile lelaki kacak. Malah ada yang mengunakan gelaran doktor. Ini adalah kes sebenar daripada mangsa yang meminta pendapat daripada saya sebelum ini. Jadi saya meminta, semua skrinshot perbualan dengan scammer ini.
Mereka menyamar sebagai rakyat Malaysia yang berada di US atau UK. Kononnya ada keluarga di Malaysia dan bekerja di negara berkenaan. Dalam kes ini, menyamar sebagai rakyat Malaysia yang bekerja sebagai doktor di US. What? Bukan senang nak jadi doktor perubatan di US tau…
Langkah Pertama: Berkenalan
Ianya bermula di Facebook. Mangsa ini menerima sebagai rakan sebab ada mutual friend dengan rakan fb yang lain. Tidak lama selepas itu, scammer ini mula mencucuk jarum untuk berkenalan. Dalam masa 2 hari, scammer ini tiba2 hantar parcel yang kononnya ada duit dan hadiah. Wow kan?
Siap pesan kalau kurier minta bayaran, bayar katanya. Ia bayaran airport clearance…hahaha
Nampak canggih. Padahal takde pun fees ini. Kastam pun tidak akan berurusan secara online. Wajib ke pejabat KDRM berdekatan. Semua secara official dengan surat berdaftar.
Siap bagi slip bak hang.
Langkah 2: Kurier Minta Duit
Sehari lepas tu, terus ada whatsapp yang kononnya daripada syarikat kurier. Fuh. Cepat gila. Sehari dah sampai daripada US. Kurier apa dipakai..hahaha. Ekspress pun seminggu baru sampai kalau kurier betul.
Belum apa apa dah ugut masuk penjara kalau tak bayar. FBI tangkap. Bagi mereka yang lurus bendul, bayar la sampai berhutang, korek tabung. Takut punya pasal.
Korang tengok ayat dia. Google translate tu..hahaha
Ayat pun tunggang terbalik…
Scammer yang kononya kurier itu akan memberikan nombor akaun rakyat tempatan. Akaun ini adalah akaun keldai akaun. Scammer ini menyewakan akaun dengan bayaran yang lumayan dengan syarat bagi kad bank kat mereka. Bagi mereka yang tak tau, bagi sewa.
Apabila ada mangsa membuat bayaran, mereka akan cepat cepat keluarkan duit berkenaan. Apabila mangsa tersedar ditipu dan membuat laporan polis. Duit berkenaan tidak lagi dapat dikesan. Dan penyewa akaun ini yang akan ditangkap untuk membantu siasatan. Sebab itulah, untuk dapat balik duit adalah tipis.
Jadi jika ada orang nak pinjam atau sewa nombor akaun. JANGAN BERI!
Dalam kes ini, mangsa tersedar awal dan PM saya di Facebook bertanya pasal perkara ini. Jadi saya minta beliau blok sahaja Whatsapp scammer kurier tu.
Bila dah blok satu nombor, scammer ini whatsapp dengan nombor lain dengan ugutan. Suruhanjaya Jenayah Persekutuan? Agensi mana plak ni. Tak wujud kat Malaysia. Dia google translate FBI..huhuhu
Siap sumpah dengan nama Allah. Gila kan?
Beberapa minit selepas mesej ini, yang doktor Daniel tu pula whatsapp marah kena blok “kurier scammer dia” tu. Macamana dia tahu? Sebab itu semua orang yang sama. Itulah taktik mereka.
Apa nak buat jika dah terbagi nama dan alamat?
Ini antara pertanyaan yang famous yang saya dapat. Ramai yang pm saya apa nak buat kalau dah terbagi alamat. Betul ke polis datang tangkap kalau tak bayar.
Sebenarnya itu ugutan sahaja. Tiada akta di Malaysia yang membolehkan tangkapan dilakukan jika tak ambil parcel. Kalau tak, ramai dah kena tangkap sebab beli barang COD tapi tak bayar. Barang return balik kat seller terutamanya seller tiktokshop.
Jadi apa yang perlu anda buat ialah blok semua nombor tu dan juga scammer tu. Teruskan kehidupan. Jangan risau diorang datang rumah ke apa sebab dah bagi alamat. Itu takkan berlaku. Negara kita ada undang2.
Scammer ini biasanya geng nigeria atau negara afrika yang datang ke Malaysia sebagai pelajar. Mereka datang bukan nak belajar pun. Guna visa pelajar, cari mangsa untuk ditipu. Ramai juga wanita malaysia yang jatuh cinta dengan scammer ni.
Sebab itulah ia digelar sebagai Negerian Scam. Nama barunya LOVE SCAM sebab kerajaan nigeria marah. Taktik scammer sebegini menjadi pendapatan utama negara Nigeria. Mereka terlatih untuk scam orang. Mangsa mereka bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Mereka mengunakan emel dan sosial media sebagai platform mereka mencari mangsa yang lurus bendul.
KALAU DAH TERBAYAR MACAMANA PULAK?
Ini satu hal. Jika anda bayar sekali, diorang akan minta lagi dan lagi sampai korang sedar dah kena tipu. Itu yang banyak terjadi. Mula mula minta jumlah kecil, semakin lama semakin besar sampai ada beratus ribu pun ada yang terkena dengan scammer ni.
Anda perlu buat laporan polis. Sertakan segala bukti seperti slip pembayaran dan sebagainya. Duit takkan dapat balik, sekurang kurangnya anda boleh menghalang daripada orang lain tertipu dengan akaun yang sama.
Pihak polis boleh blok nombor akaun yang terlibat dalam penipuan sebegini. Tapi ada prosedur dia lah. Nombor akaun yang ada laporan kes penipuan kita boleh semak di laman web PDRM.
Jadi semoga bermanfaat ya.
Jangan tertipu.
Incoming search terms:
- https://www shamsuriyadi com/scam-alert/ini-kronologi-scammer-parcel-lakukan-bagaimana-menanganinya/
Shahira Sulwani
Assalamulaikum en sham baru terjadi dekat saya 12/12/2022 hampir saya percaya dgn scammer dkt kata2 manis ingi bg hadiah dan byk lagi nama masih aktif dkt ig boleh tgk nama dia tolong report ig dia cha.n_g165 dia mengunakan tektik gambar lelaki kacak korea nama kim sahun dari uk nasib saya tak bayar sbb pelik kenapa sy perlu sbyk 1500k hahahaha bila saya tgk halaman sini saya terkjt online scamer tersenarai hahaha Alhamdulilah Allah tolong sy
sham
Alhamdulillah. Jadikan pengajaran
AZURA AHMAD
Assalamualaikum. En. Sham, akak ada berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia tinggal di London. Tidak sampai 2 minggu berkenalan lelaki ini beria-ia hendak mengirim hadiah tanda pengenalan pada akak. Akak telah menolak berkali-kali tetapi lelaki ini memaksa juga dengan meminta alamat dan email akak. Akhirnya lelaki ini mengatakan telah mengirim hadiah kepada akak pada 13 Februari 2023. Keesokan harinya akak mendapat wasap drp syarikat courier mengatakan barang yang dihantar dari London telah sampai ke Malaysia dan akak perlu membayar RM7050 untuk clearance hadiah sebelum dihantar kepada akak. Lelaki yang berkenalan dengan akak ini juga menyuruh akak untuk membayar kepada syarikat courier bagi mendapatkan hadiah yang telah dikirim kepada akak. Setakat ini akak tidak melakukan sebarang pembayaran. Apa yang perlu akak lakukan. Tolong En. Sham bantu akak mengatasi masalah ini.
sham
blok je. scammer tu kak. Jangan buat bayaran apa apa.
Nadia
Assalamualaikum. En. Sham situasi yang Encik tulis itu betul-betul jadi kat saya. Tapi courier parcel itu email saya bukan whatsapp. Dia desak untuk saya bayar bank in dalam akaun yang dia akan bagi dan kalau saya tak bayar dia akan report polis. Sebiji macam kejadian di atas. Saya pelik, saya sepatutnya dapat hadiah tapi kenapa saya kena bayar. Saya terus pergi laman web rasmi courier itu dan diorang kata kalau kena bayar kat laman web situ. Nasib saya tak bank in. Tergerak hati saya nak google image gambar orang yang bagi saya hadiah terkejut saya orang tu scammer pakai fake profil di ig. Fuhh saya kena scam hidup-hidup. Soalan saya. Diorang takkan report polis dan datang rumah saya kan sebab saya dah bagi alamat rumah? Saya kena buat report polis ke walaupun duit saya tak kena rembat?
sham
takde apa. gertak je
Emma
Assalamualaikum En.Sham saya nk tanya kalau mcm kes saya, saya ada berkenalan dgn lelaki Malaysia yg bekerja di UK. Lelaki ni ingin memberi hadiah kepada saya sebagai tanda perkenalan tapi saya x nak. Dia ada hantar gambar dan cakap barang dah di tempat pos dan dia juga hantar bukti slip untuk pos dan ada nama serta alamat saya. Keesokkanya saya dpt kiriman whatsapp yg mengatakan saya perlu membuat pembayaran sebanyak RM12500 kerana selain hadiah yg dipos terdapat sejumlah duit yg akan ditransfer ke akaun bank saya. Jika saya tidak membuat pembayaran tersebut duit itu akan dikira sebagai pengubahan duit haram dan saya boleh ditangkap kerana bersubahat serta akaun bank saya boleh dibekukan jika saya tidak membuat pembayaran tersebut. Lelaki itu ada alamat rumah serta no akaun bank saya. Apa perlu saya buat En.Sham
sham
Scammer tu. Blok je nombor tu. Teruskan hidup.
Nurrul
Assalamualaikum..En sham. Nama saya Nurrul dari Negeri Brunei Darussalam. Apa yang saya baca comments Emma memang betul sama dengan saya kenalan dengan (orang malaysia tapi dia berkerja di usa.) Apa yang dikatakan oleh Emma ini memang betul, tetapi lelaki dengan saya kenalan ni nak (menghadiahkan saya untuk sempena harijadi saya), tapi saya nak. Terus dia hantar gambar dengan slip penghantar sebagai bukti juga. Dalam seminggu tu saya kena call dari courier service malaysia, dia beritahu kepada saya yang barang saya dah sampai di malaysia tapi saya kena bayar $1800BND. Jadi saya nak tahu perlu ke saya kena bayar wang sebanyak tu untuk hantar ke negeri brunei?
Nurrul
Assalamualaikum Tuan Sham. Nama saya Nurrul dan berasal negeri Brunei Darussalam. Saya nak kongsikan masalah saya. Saya ada kawan dia orang malaysia dan berkerja di usa. Kawan saya ni nak beri saya hadiah untuk sempena hari jadi saya. Dan kawan saya beritahu dia akan menghantar barang kepada saya sehingga dia hantar slip penghantar tu sebagai bukti. Selepas dalam seminggu saya kena call dari malaysia courier services dan beritahu kepada saya yang barang saya sudah sampai kat malaysia dan kenapa saya kena bayar wang sebanyak $1800BND?apa yang saya patut lakukan, Tuan Sham?
sham
Blok je. Abaikan. Scammer tu.