Alangkah bagusnya kalau hanya klik klik dapat duit…Serius. Siapa la taknak keja dengan klik website/ iklan dapat duit puluhan ribu DOLLAR…saya ulang DOLLAR. Bukan RM ye. Tapi…..
Ia adalah hanya penipuan semata mata. Itulah PAID TO CLICK atau singkatannya PTC. Di Malaysia ni pun dah ada walaupun di US kini dah semakin berkurangan. Ia adalah satu perangkap untuk anda membuang masa.
Pada 4-5 tahun lepas, PTC dan Autosuft sememangnya cukup terkenal. Antaranya ialah STUDIO TRAFFIC (ST) yang cukup terkenal.Malah ramai IM lama seperti Gobala Krishnan yang menjadi kipas susah mati ST ni. Kata Gobala, itulah kesilapan yang paling diingatinya.
Pada awalnya ST sememangnya membayar. Ia membayar 12% daripada pelaburan pengklik mereka. Pelawat disyaratkan untuk melawat laman web mereka secara automatik selama 12 saat bagi setiap laman web. Ia secara automatik. Apabila dah berjuta dollar mereka dapat. Ia ditutup menyebabkan ribuan peserta dari seluruh dunia hilang duit.
Ia menjadi berita sensasi ketika itu. Kononnya mereka bermasalah dengan STORMPay iaitu salah satu Payment Gateway yang terkenal suatu ketika dahulu menyebabkan wang pelaburan ahli mereka tidak dapat dibayar. Itulah diorang cakap bila nak cabut.
Bagi PTC pulak, ahli disyaratkan untuk klik laman web ahli/pengiklan selama beberapa saat. Lagi banyak klik.Banyak la dapat duit. Itulah dakwaan mereka. Ada PTC yang menawarkan “bayaran” sebanyak USD1000 bagi setiap klik. Kayo lah pakcik kalau macam tu kan?
Padahal, mereka langsung tidak membayar ahli mereka. 99.99% PTC adalah SCAM. (Macam sabun basuh pulak. :P)
Bak kata orang, buat “perabih boreah” je dok klik klik tu. Habiskan elektrik & masa dok buat kerja tu.
Kalau anda jumpa program yang di internet yang tawarkan kerja KLIK KLIK Dapat DUit tu…jauhkan jela.
Takde kerja yang semudah itu. Kalau tak, dah takde orang susah kat dunia. Yela, klik klik sejam sehari dah dapat ribun-riban. Orang bodoh je tak nak keja macam tu. kan? hehehehe
Kalau anda nak masuk jugak, saya malas nak cakap apa dah.
Pergilah nak buang masa KLIK KLIK laman web tu. Yang rugi ialah anda, bukan saya.
Saya dah tegur dah. Kalau ada yang bayar tu, hanya segelintir & memilih untuk bayar sebab nak tarik orang join. Kalau bayar skit, pasti ada ribut orang masuk sebab ada yang dapat payment. Lepas dah ramai, cabutlah dengan duit yang peserta bayar.
Saya tahu sebab dah lalui zaman ni 4-5 tahun lepas. Saya belajar dari pengalaman.huhuhuh

Incoming search terms:
- klik iklan dapat dollar
- klik iklan dapat duit
- klik dapat duit
Buat Duit Dengan Bulk SMS
dah lama saya tak dengar member2 main benda ni. maybe banyak yang lingkup kot
noordinbakar
terima kasih atas nasihat tu. bunyinya macam skim piramid…
baiduri
terimakasih .tunjuk ajar sifu