Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa skim yang dibawa Mecca Fund Global adalah haram kerana menawarkan pulangan tetap. Tidak lama selapas itu ia pun ditutup kemudian muncul pula Mecca Islamic Hotel yang turut sama menawarkan skim pulangan yang sama. Cuma nama sahaja telah ditukar.
Mecca Fund Global telah menutup laman web lamanya meccafund.com dan kini telah menukarnya kepada nama lain iaitu Mecca Islamic Hotel – meccaislamichotel.com. Sebenarnya mereka adalah entiti yang sama. Sama seperti skim lain penganjur akan tutup kedai dan buka skim baru dengan nama yang baru.
Hasil semakan WHOIS
Saya telah membuat semakan pemilikan laman web MeccaIslamicHotel.com dan mendapati ia adalah benar. Ia adalah rebranding semua skim yang telah difatwakan Haram oleh Majlis Fatwa Malaysia. Ini telah menjadi kebiasaan kepada penganjur skim cepat kaya. Ubah nama sekalipun hukumnya tetap HARAM.
Data Pemilikan Mecca Islamic Hotel
Dan berikut adalah data pemilikan domain bagi Mecca Fund
Jadi jika anda didekati mereka yang mempromosikan skim ini. Katakan tidak kepada mereka. Jangan biarkan mereka menjual agama demi wang. Berikut adalah antara hujah Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan skim ini.
Keterangan/Hujah:1. Isu ini ditimbulkan oleh aduan awam kepada JAKIM pada 1 Oktober 2014 yang memohon agar siasatan lanjut dilakukan ke atas Syarikat Mecca Fund Global yang mendakwa menjalankan aktiviti pelaburan patuh syariah dan giat menjalankan program promosi menerusi institusi masjid ke seluruh Negara.2. Isu ini menyentuh kepentingan umum mengenai skim pelaburan yang dijalankan oleh Syarikat Mecca Fund Global (MFG) dengan menawarkan pulangan yang sangat menarik kepada para pelabur. Pihak syarikat mendakwa mereka menjalankan aktiviti pemajakan beberapa hotel di Mekah dan tidak memiliki sebarang premis berdaftar di Malaysia.3. Modus operandi syarikat ini adalah dengan menawarkan lot pajakan hotel yang bermula dengan nilaian RM3,500.00 bagi satu lot dan kemudiannya pelabur akan mendapat pulangan di sekitar 15 hingga 30 peratus keuntungan daripadanya pada setiap bulan. Tempoh pelaburan bagi setiap lot yang didaftarkan adalah selama setahun dan modal yang dilaburkan akan menjadi milik syarikat. Setiap pembayaran keuntungan tersebut akan dibayar secara terus menerusi perkhidmatan perbankan, iaitu menerusi akaun Maybank atau al-Rajhi.4. Selain itu, para pelabur turut ditawarkan untuk menambah lot pemilikan mereka dan juga disediakan beberapa hadiah dan keistimewaan lain seperti pakej umrah dan diskaun bagi penginapan di hotel tertentu. Syarikat MFG ini turut mendakwa aktiviti yang mereka jalankan patuh syariah dan giat mempromosikannya ke seluruh Negara menerusi institusi masjid.5. Pelaburan ini juga didapati tidak mempunyai sebarang perlindungan terhadap pelaburnya serta terdedah kepada pelbagai penipuan dan penyelewengan. Ini kerana, setiap transaksi pelaburan yang dijalankan hanya menggunakan aplikasi secara atas talian sahaja.6. Berdasarkan siasatan yang dijalankan terhadap tiga responden yang merupakan orang tengah (pemegang amanah) bagi syarikat mendapati mereka bertanggungjawab dalam menerima deposit daripada pelabur dan kemudiannya mendaftarkannya sebagai ahli MFG. Setelah didaftarkan, pihak pelabur akan mendapat nombor ID dan kata kunci (password) yang membolehkan mereka menyemak akaun pelaburan masing-masing.7. Selain itu, modus operandi yang dijelaskan oleh ketiga-tiga responden adalah sama. Apa yang lebih membimbangkan ialah mereka menggunakan platform masjid untuk mempromosikan pelaburan mereka di samping menyeru isntitusi masjid dan orang ramai menyertainya atas alasan kemaslahatan umat Islam.8. Pihak JAKIM telah mengumpulkan data-data berbentuk dokumentasi, iaitu salinan syarat-syarat dana pelaburan, salinan jadual keuntungan bulanan dan gambar-gambar program penerangan MFG.9. Dalam konteks pelaburan yang dijalankan oleh MFG, antara isu berbangkit yang dikenal pasti ialah:i. Pembelian LotBerdasarkan operasi pelaburan yang dijalankan oleh syarikat MFG, pelabur perlu membeli lot yang ditawarkan oleh pemilik syarikat. Ini menimbulkan keraguan kepada kontrak sebenar yang diaplikasikannya, sama ada ia berteraskan kepada kontrak jual-beli atau pelaburan.Dalam konteks definisi pelaburan, ia merujuk kepada kontrak perkongsian keuntungan di mana satu pihak yang menyediakan modal dan pihak yang lain menyumbangkan tenaga kerja atau kepakaran. Keuntungan akan dibahagikan antara mereka berdasarkan kepada kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.Kontrak pelaburan ini jelas sekali berbeza dengan kontrak jual beli kerana jual beli ialah akad yang merujuk kepada pertukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan kekal tanpa ditetapkan sesuatu tempoh ke atas pemilikan tersebut.ii. Kehilangan ModalDalam konteks modal pelaburan, setiap modal yang dilaburkan akan dikira milik syarikat apabila ia mencapai genap satu tahun. Selain itu, pihak syarikat juga mendakwa kadar perolehan keuntungan yang tinggi diberikan pada tiap-tiap bulan sudah memadai untuk mendapatkan semula modal yang dilabur. Situasi seperti ini dilihat bertentangan dengan prinsip sebenar mudharabah kerana setiap modal yang dilaburkan boleh mengalami pengurangan jika berlaku kerugian.iii. Ketidakpastian Terhadap Kadar Keuntungan dan ModalSepanjang siasatan dilakukan, pihak syarikat juga mendakwa keuntungan yang diraih pada setiap bulan tersebut disekalikan dengan nisbah modal. Hal ini telah mengundang kepada ketidakpastian (gharar) kepada nisbah keuntungan dan juga nisbah modal.Sekiranya dibuat penelitian yang mendalam terhadap pengembalian nisbah modal kepada pelabur sebagaimana didakwa, maka jumlah modal yang dilabur mestilah semakin berkurangan pada bulan-bulan terakhir daripada tempoh pelaburan. Sedangkan pulangan yang diperoleh pelabur masih lagi sama seperti pada awal tempoh pelaburan. Ini jelas menunjukkan bahawa keuntungan yang diberikan bukanlah mengikut kadar modal semasa, tetapi dikira berdasarkan kepada jumlah permulaan sebenar wang yang dilaburkan.iv. Penamatan Kontrak MudharabahSeperti yang sedia maklum bahawa kontrak mudharabah adalah kontrak yang tidak lazim (jaiz). Oleh itu, kedua-dua pihak, pelabur dan pengusaha berhak membatalkannya pada bila-bila masa, sama ada sebelum digunakan oleh pengusaha atau selepasnya, dan sama ada pihak kedua hadir atau tidak hadir, setuju ataupun tidak setuju.Sekiranya kontrak ini dibatalkan oleh satu pihak atau oleh kedua-dua pihak, kontrak mudharabah tersebut terbatal pada tarikh pembatalan tersebut, walaupun pembatalan ini tidak diketahui oleh pihak kedua.Namun dalam kes ini tindakan pihak pengusaha menetapkan hanya memulangkan 70 peratus daripada modal asal dan mengambil yang selebihnya adalah tidak harus kerana kadar yang diharuskan adalah sekadar kerugian sebenar yang dialami olehnya.v. Risiko KeselamatanDalam konteks tahap keselamatan pelaburan (security), pelaburan ini hanya beroperasi secara atas talian (on-line) melalui website dan juga pihak perantara yang bertanggungjawab menerima deposit pelabur. Selain itu, ia juga tidak mempunyai premis yang boleh dijadikan rujukan sekiranya terjadi sesuatu yang melibatkan pelanggaran kontrak antara pihak yang berkontrak. Ini sudah pasti memberi gambaran yang jelas akan risiko yang cukup besar terpaksa ditanggung oleh penyumbang modal.Dari sudut perundangan, syarikat ini jelas melakukan perbuatan mengambil deposit secara haram berdasarkan kepada seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang menyatakan:137. (1) Tiada seorang pun boleh menyetuju terima deposit kecuali di bawah lesen yang diberikan di bawah seksyen 10 tidak kira sama ada transaksi itu diperihalkan sebagai suatu pinjaman, suatu pendahuluan, suatu pelaburan, suatu simpanan, suatu jualan atau suatu jualan dan belian semula atau oleh apa jua namanya disebut.(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.10. Daripada perbincangan pelaburan yang dijalankan oleh Syarikat MFG didapati syarikat ini telah menjalankan pelaburan yang bertentangan dengan prinsip sebenar mudharabah dalam Islam. Selain itu, pelaksanaan pelaburan seumpama ini juga turut bertentangan dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.Wallahu A’lam.Sumber – http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelaburan-yang-dijalankan-oleh-syarikat-mecca-fund-global
Mecca Islamic Hotel adalah Pelaburan Haram!
Saya dimaklumkan Skim ini turut mengunakan nama Mufti Perak Dato’ Harussani yang kononnya isteri beliau join skim ini. Itu maklumat daripada infomer saya. Hati saya berat mengatakan ia satu fitnah untuk menghalalkan skim mereka.
Skim ini menawarkan pulangan sehingga 30% sebulan. Ia sangat tidak logik untuk menawarkan keuntungan walaupun secara umum memang ramai orang ke Mekah setiap masa. Ia masih tidak logik. Kalau setahun, itu logik kerana ada unit trust menawarkan dividen setinggi itu setahun.

Incoming search terms:
- islamic hotel
- mekah islamic hotel
- makkah islamic global
- www mekkah islamic hotel
- makkah islamic thai
- pelaburan makkah islamic hotel
- islamik hotel
- mecca islamic hotel tipu
- saham hotel mekah
- meccaislamichotel
mohd najid
Assalaamualaikum Tuan Sham… Saya dilantun kan soalan tentang apa beza pembahagian untung yg dibuat oleh Tabung Haji kpd pendeposit mereka berbanding yg diberi oleh penganjur skim2 haram ni yg dibuat berdasarkan modal…?
Shuhada Arifin
salam…tuan, saya ingin bertanya.. adakah tuan pernah bertanya secara langsung tentang kaedah yang digunakan oleh syarikat mekah tersebut sebelum tuan mewar-warkan berita ini di media sosial? adakah tuan dan pihak ahli jawatankuasa majlis fatwa kebangsaan tahu tentang bahayanya mengeluarkan sesuatu kenyataan sebelum menyelidik kerana ia akan mendatangkan masalah yang berpanjangan sehingga menyebabkan dosa yang berterusan…seharusnya minda kita dibuka dengan lebih luas dengan bermesyuarat di antara pemilik syarikat tersebut dengan majlis fatwa kebangsaan sebelum menjatuhkan hukum ke khalayak ramai bagi mendapatkan kesahihan yang tepat bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakt Islam kini. sekian….
sham
Hahahaha.. Nak tau macamana Majlis Fatwa buat keputusan tu? Hantar orang join skim tu dan dapatkan semua maklumat. Sebab itu Majlis Fatwa Keluarkan fatwa pengharaman skim ini. Ia bukan main tuduh je. Kajian telah dibuat dan dibentangkan dalam menyuarat majlis fatwa dan disahkan sebagai haram.
Itu adalah kenyataan yang dikatakan penasihat syariah skim berkenaan. Ianya dinafikan sendiri oleh beliau. Penganjur skim bergambar dengan beliau dan claim beliau adalah penasihat syariah bagi mecca fund.
Mengunakan nama mekah dan islam untuk buat skim cepat kaya sangat tak patut.
Gadis ingin tahu
Saya rasa kalau betul la en sham ni berani cuba jmpe beerdepan dgn owner skim ni untuk buat prtanyaan yg jelas.sbb pada sy guna perantara2 ni kite x dpt sumber yg sahih pun betul ke bnda ni betul haram,arau modus operandi nye brjalan tidak sama dgn yg dikatakan.dah jadi fitnah juga tu.sy pn ingin tahu
Lelaki islam
Sy setuju dgn ‘gadis ingin tahu’ tu.yela kalau kite nk letak salah kt sesuatu pihak tanpa usul periksa yang terperinci memang la senang,macam contoh kita tak pernah masuk rumah seseorang tu tapi kita kata rumah dia ade bela anjing dalam rumah,sama la cm konteks skang ni kite bagi hujah pom pam pom pam tapi tak jumpe sndiri dgn org yg mengendalikan bisnes ni,camne nak tau mmg bisnes ni betul tipu ke tak kan.jmpe la owner tanye betul ade agreement ngan hotel tu ke,baru la boleh sabitkan hukum kat sesuatu pihak tu.peace yo
sham
Lawak betul..sekejap jadi gadis ingin tahu..kejap lelaki Islam… Woit..Saya tahu Ip adress awak la… Sendiri tanya, sendiri jawab..Taktik tak jalan tu.
ingin tahu
kalau ada kesempatan dan masa, masa free sambil2 minum kopi, boleh tuan ulas pasal Mymi1 pulak ? hehe
Ingin Tahu
Betul tuan sham, cuba direct dengan owner untuk detail. saya pun mahu tahu juga.
Anuar
Memang entiti yg sama… islamic hotel memberi pulangan mengikut bulan atau musim di makkah.. contoh,musim haji or ramadhan,pulangan keuntungan yg agak tinggi.. islamic hotel memberi 2 pilihan,sama ada ingin mengerjakan umrah atau haji bersama mereka atau sekadar ingin membuat pelaburan… kebanyakan mereka yg masuk ada lah org2 yg mempunyai azam ingin menghantar org tua mereka ke tanah suci… Alhamdulillah ramai yg sudah tercapai impian.. tidak kah anda gembira apabila kita berpeluang mengerjakan umrah dgn kadar bayaran yg murah nak di bandingkan dengan pakej2 umrah yg sedia ada di malaysia ni..
sham
Matlamat tak menghalalkan cara tuan anuar. Bagus dapat tunaikan umrah dengan murah. Tapi bagaimana dengan sumbernya? Konsep bisnesnya tetap salah. Ia didedahkan sendiri oleh “penasihat syariah” yang nak dilantik syarikat ini. Ia tidak patuh syariah dengan kata lain.. ia ada mengandungi riba. Nak beribadat dengan duit riba? Tepuk dada tanya iman. 🙂
Hana
Assalamualaikum, apa pendapat tuan tentang mekah Islamic thai fund… adakah ia sebahagian dari scam spt di atas. saya ada beberapa rakan yang melabur, tapi saya rasa agak cuak terutamanya bila pulangan yang agak tetap lebih kurang 20% setiap bulan. Adakah tuan mempunyai sebarang maklumat ttg saham yang berkaitan.
sham
Islamic thai fund adalah sebahagian daripada mecca fund global. Kira cawangan thailand. Depa asyik tukar nama bila pihak berkuasa berjaya kesan mereka.
Elle
Assalam Tuan. Tahniah la atas usaha tuan nak banteras MLM yg sentiasa bertukar wajah ni. Sy pernah tersontot emas ETA dulu. Sekali terkena, cukupla. Kawan2 ramai ajak masuk MeccaIslamicFund. Sy tengok memang mereka mewah. Sy pernah rasa kemewahan mcm tu dulu bila join Eta. Baru sy tau ‘dividen’ yg sy dpt setiap bulan tu adalah duit modal yg dipusing dr ahli baru yg direkrut. Akhirnya dlm masa tak sampai 2 tahun, sistem ni crash. Ketara sekali MIF ni adalah MLM, tapi ramai yg tak nak percaya. Buat letih tuan jer nak explain. Sy pernah ckp dgn kawan sy yg dah dpt bnyk untung tu, takpela sy tumpang gembira je dia ada banyak duit, tukar perabot, benda2 dlm rumah. Tp untuk sy ikut join, tidak sekali. (Dlm hati sebenarnye bnyk kali terpikir nak join!) Sy berniaga online je kecil2an tambah sikit dari gaji sedia ada. Walaupun sikit tapi sy tahu sumbernya sah dan halal. Duit kita dpt dari MLM ni percaya la ia tidak ada keberkatan, itu bukan untung, itu duit modal pusing dr ahli baru. Kepada Tuan, kipidap ye. Tuan akan letih nak betulkan persepsi kawan2 kita kat atas, walaupun dgn hujah2 yg tuan berikan. Selebihnya, terpulang kpd diorg sendiri.
Opp jap2!! Yang menyamar jadi gadis ingin tahun dgn lelaki islam tu memang lawak!! Busted!! Haha
Elle
Assalamualaikum. Di sini sy ada link kepada penafian oleh Ustaz Fadhlan iaitu orang yg dikatakan telah mengesahkan Mecca Islamic Fund itu suatu badan dan biz Patuh Syariah. Gambar beliau bertemu dgn pengasas MIF di Jeddah telah disebarluas tetapi ada fitnah di sebalik gambar tu. Sila baca sendiri dan hadam sebaiknya.
http://ms-my.el-gr.fb.me/INFAQ.my/posts/888942807821304:0
Mek ila Jual Vitamin
Saya telah menyertai pelaburan ini sejak tahun lepas hanya selepas setahun diperkenalkan oleh abang saya. Asalnya saya juga ragu-ragu dan takut akan penipuan hingga ambil masa setahun untuk memikirkannya. Alhamdulillah saya telah mendengar penerangan tentang skim ini daripada pemiliknya sendiri. Juga berkenaan dengan isu patuh syariah. Apa yang boleh saya katakan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi tetapi bukan maklumat sebenar daripada pemilik syarikatnya sendiri.
Siapalah kita untuk mempertikaikannya badan yang dihormati ini.
Namun Islamic Hotel sebenarnya bukan pelaburan. Ianya adalah perniagaan pajakan/hijarah yang berkonsepkan wakalah kepada syarikat. Mohon rujuk kepada ahli Fiqh Muamalat bagi melihat perbezaan antara Hijarah dan juga Mudharabah.
Sebenarnya En Shamsuriayadi membentangkan fakta berdasarkan maklumat yang ada. Yang ini kita kena hormati. Namun alangkah lebih baik andai turut mendapatkan maklumat sebenar daripada pemiliknya dan kemudian buat kesimpulan sekali lagi. Saya katakan demikian kerana saya sendiri turut bertemu dengan beberapa ahli Panel Syariah yang turut menyertai skim ini setelah mereka mendapatkan maklumat sebenar daripada pemiliknya.
sham
Kata menyertai pelaburan, pastu cakap bukan pelaburan…hehehe
Tak kisah pajakan/hijarah..wakalah..alibaba sekalipun.. Menjanjikan pulangan tetap tetap salah dari sudut syariah.
p/s: Majlis Fatwa sudah bincang panjang sebelum menetapkan sebarang hukum. Saya pelik pemilik tak berusaha membersihkan nama perniagaan mereka dengan JAKIM dan memberi penjelasan sebaik kecuali ia sememangnya tidak akan dapat status patuh syariah. Jadi pusing tang mana sekalipun, hukum tetap sama.
p/p/s: Siapa ahli panel syariah yang dimaksudkan?
Fighter
Tunggu tersontot je IH ni baru la melayu nk menyesal… Kikikiki.. Banyak melayu tamak nk kaya mudah.. Dengar ada yg labur habis duit kwsp 700k.. Yg untung si tukang sponsor la.. Bole mkn bonus sponsor.. Huhuhu.. Nanti dah tersontot tukang sponsor ni la lari x cukup tanah.. Call pun tukar nombor lain.. Huhu
Mek ila Jual Vitamin
Saya sekadar memberikan pandangan tuan. Namun yang pasti, kita mungkin tak dapat nak berfikir secara mendalam bila dalam hati dah set ianya haram. Maknanya kita tetap akan kata ia haram dan haram sampai bila bila.
Pelaburan, jual beli dan pajakan ada hukum berbeza tuan, jangan samakan kalau tak pasti ye.
Cuma tuan boleh pastikah yang dikatakan haram itu kekal haram sedangkan Islam itu pun ada 4 mazhab. Fatwa setiap negeri juga berbeza. Pandangan ulama juga berbeza.
Tentang beberapa soalan tuan yang masih tak berjawab kepada saya tu, tanyalah kepada pemiliknya. Pasti Tuan akan dapat jawapan pada semua kesangsian tuan seandainya tuan memang inginkan jawapan.
Di sebalik haram yang sangat tuan tekankan itu, lihatlah berapa banyak madrasah, sekolah agama di seluruh negara yang telah mendapat faedah daripada skim pajakan ini. Tiada lagi sikap meminta derma, memohon bantuan dan rayuan yang sebelum ini sering berlaku. Adakah kita juga terfikir bahawa begitu ramai ustaz ustaz/ulama yang join pajakan ini tidak tahu hukum dan menggunakan duit yang haram untuk agama?
Wallahu alam.
sham
Matlamat tidak menghalalkan cara… Walaupun matlamatnya baik, jika cara salah. Maka ia tetap salah. Malah pihak JAKIM juga tidak membuat penilaian semula hukum yang telah dikeluarkan sebelum ni kerana maklumat yang mereka ada telah cukup untuk menetapkan hukum.
Siapakah ulama yang dimaksudkan? Soalan saya tentang ahli penasihat syariah itu juga belum terjawab. Kata jumpa. Jadi bagitau nama.
p/s: Ramai ustaz yang terpesong dalam skim cepat kaya ni. Jadi saya tak hairan.
Susah hati
Ramai kawan yg dh mula join..ada ajak sy jugak…tp sy dh banyak study pasal skim cepat kaya ni…semuanya sama..hanya jalan cerita yg berlainan…skim mcm ni hanya tggu masa utk merundum..biasanya 3 4 tahun…sy byk bertanya pd kawan yg keje kat bank negara..bahayanya skim cepat kaya ni..bila tiba2 xdpt dividen yg dijanjikan tu..duit pun lebur…lepastu pengasas yg kita tatau batang hidungnya pun lari tatau kemana..dh la xde premis…maka berhuhuhu lah..ramai penjawat awam terkena…siap buat loan lg..kerugian menanggung loan sehingga 10 tahun..ada yg smpai 20 tahun…sbb dlu personal loan smpai 20 tahun…
Ingin tahu
Assalamualaikum encik Sham..Saya keliru apakah perbezaan peratusan dividen yang asb tabung haji dan bank yang patuh syariah itu tidak menetapkan dividen yang tetap.Kenapa asb dikatakan halal sedangkan 30 % adalah dilaburkan dalam pelaburan yang haram dan hanya 70 % sahaja halal.Saya mengharapkan ASB keluarkanlah 30% daripada pelaburan yang haram, supaya kita semua mendapat 100% dividen yang halal.Pada pendapat saya biarlah sedikit keuntungan itu asalkan berkat.. Saya harap orang yang pakar dalam bidang ekonomi islam dapat cari tempat pelaburan yang halal bagi menggantikan pelaburan yang haram berasaskan riba selama ini.
sham
ASB telah difatwakan sebagai HARUS oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Daripada maklumat saya peroleh ketika MSAM 2016 baru, isu utama ialah pegangan saham dalam Maybank yang bercampur dengan konvensional. Setakat ini belum ada penganti yang boleh mengantikan Maybank sebagai Bank terbesar asia tenggara yang memberikan pulangan yang besar untuk ASB. Jadi Ahli Majlis Fatwa berpendapat ia darurat demi menjaga kepentingan orang Islam yang menyertai ASB. Jika was-was, boleh keluarkan dan masukkan ke unit amanah yang patuh syariah. Malah ada Unit Amanah yang patuh syariah memberikan pulangan setinggi 35% tahun lepas iaitu PMB.
Cari pelaburan yang diiktiraf dan dijamin. Bukan menyertai pelaburan skim cepat kaya.
wawa
Skim cepat kaya ni memang menyusahkan orang, ada saudara saya menyertai skim emas, habis KWSP dia yg baru pegang tu dilaburnya, tup2 skim tu collapse. Nak buat cemana, anak yg ajak masuk, terdiam je lah.. duit bapak takpe lagi, duit saudara mara lain macam mana tu? Nasib la mak saya tak masuk sebab dia memang surirumah. Kadang2 orang kampung mudah benar disogok atas nama Islam.. dosa nya macam mana la tu.. nak tanggung. astaghfirullah..
ahlia yusoff
Mf akk tnya..pmb tu public mutual ke encik sham? Mmg patuh syariah ya..,?brp min pelaburan yg d bolehkan? Tia
Nalza
Terbaik encik Sham!! Yang meroyan kat sini ada 2 kategori: leader2 dan orang yang pernah kecewa kat highway contohnya tapi masih tak serik2. Tulisan encik bnyak membantu saya menyelamatkan saya dari terjebak. setakat yang saya ikuti apa yang encik cakap pasal SKIM MENIPU ni semua betul. Niat baik encik saya doakan diberkati Allah.
sham
Bukan public mutual.. Pelaburan Mara Berhad.. Ya, patuh syariah. Unit trust paling tinggi pulangan setakat ni.
Raudhah
Terima kasih atas pencerahan ini.
HENTAM SAJA LA
KALAU MAJLIS FATWA CKP ASB TU HARUS….KALAU DALAM ISLAM ASB TU HARAM…DUIT ASB TU KITA XTAHU PON KEMANA…MCM MANA TU..MANA YG BETUL…
sham
Siapa cakap duit ASB tu tak tahu kemana? Ia ada penyata yang diaudit. Setahun sekali SPNB pos kepada pelabur. Kita Boleh tahu tang mana dilaburkan duit tu. Isu utama ialah pegangan dalam Maybank yang bercampur islamik dan konvensional.
Roy
Smua yg x masuk cukai kerajaan mmg la haram.yang masuk cukai kerajaan trus jd harus.Macam tu la kot noh??
sham
Bukan sebab masuk poket kerajaan je. Tapi perlindungan daripada ditipu. Syarikat pelaburan wajib perlu ada laporan kewangan yang diaudit dan dibentangkan kepada pelabur. Ini premis perniagaan pun tiada, lepas tu kononnya pajak hotel dan kongsi keuntungan. Sudah jelaskan tandanya untuk mudah cabut lari duit pelabur.
hataro
pendidirian sy mudah shj..kalau ada yg ragu-ragu atau was-was, tinggalkn lah, itulah yg diajar dalam Islam. Banyak lg punca pendapatan lain yang halal, biarlah kita bekerja menggunakan tulang empat kerat, biar pn sedikit, yg penting berkat. Dlm dunia serba moden ni, macam2 ragam manusia yg boleh kita jumpa dek kerana keperluan hidup, oleh itu, berhati-hatilh dengan rezeki yang kita perolehi
Sam Said
En Sham, saya sokong pendapat pasal pelaburan pelaburan yg tak de lessen nie.
1. Tiada Nama pemilik tetap dan berdaftar
2. Tiada Alamat Tetap dan berdaftar
3. Tiada Lesen dari Kerajaan
4. Tiada Jaminan dari Kerajaan.
5. Sesiapa yang pandai menipu boleh jadi Pemilik dan lari bila system CRASH.
Pandai pandai buat penilaian.
HLiana
Ramai jemaah surau di tempat saya joint… Huhu sedih… Bila kita kata mcm ni dia kata mcm tu.. Bila kita kata mcm tu… Dia mata mcm ni… Lantoklah kome…
haslina
syukur sy xtejebak…ramai sedara mara sy dh joint…temasuk my mil..huhuuu..mmg sy tgh memikirkan untuk turut sama..tpi sblum tue sy duk google2 mencari kebenaran tentang skim ini..rase leger n tq…..boleh en. sham bagi lebeh pencerahan tentang PMB.. 🙂
Hani
Terima kasih atas penerangan en sham.saya ada sahabat yg tak jemu ajak masuk skim mfg ni.saya rasa ragu2 tapi bila tgk kawan dpt pulangan byk saya ada tergerak hati nk masuk.Tetapi Allah beri saya hidayah utk fikir masak2 dahulu dan saya taip skim ni dlm google terpapar diskusi ini.
Alhamdulillah, saya dah tetapkan keputusan cukup labur di unit trust, asb dan tabung haji sahaja, biarlah pulangan sedikit dan lmbt, asalkan selamat.apa2 yg berlaku, saya boleh la ke premis2 tersebut utk penjelasan.Kalau skim mfg ni jadi apa2, siapa yg perlu beri penjelasan? Kalau setakat org perseorangan, boleh lari, tukar no telefon, pindah rumah dan sebagainya.akibatnya pelabur putih mata. terima kasih en sham.Apa pun saya tunjukkan penjelasan tuan kpd sahabat saya agar sedar sebelum terlambat.terima kasih en sham, semoga Allah lindungi anda dan keluarga.
sham
cik puan haslina tengok-http://pelaburanmara.com.my/
Milo
As Salam Tuan. Minta pencerahan berkenaan Kongsimakan Bhd. Ramai rakan2 yg telah join dan mempelawa saya juga. Sebelum membuat sebarang keputusan mohon tuan memberi sedikit penerangan atas kajian yg telah tuan buat. Tkasih
MR X
SAYA SETUJU DENGAN SKIM YANG DIWAR WARKAN INI SEBAGAI TAK PERLULAH JOIN
MR X
Kita ni buka bijak pandai dalam hal agama, cukuplah kita pegang dengan jakim sahaja, kalau dia dah fatwakan haram, kira haramlah,
kalau tidak, siapa lagi kita nak percaya,
kalau jakim pada masa hadapan kata dia orang dah siasat dan terbukti sah dan patuh syariah, bolehlah kita msuk
cuma kita tak kenal siapa pengasasnya tu lah yang tak berapa konfiden.
yang kita pegang ialah pasal banyak orang dah masuk dan banyak pulangannya, tu yang buat kita yakin sikit.
yang lain tu gambar kita tengok dalam internet aje.
kalau pun kita jumpa pengasas mih ni pun tak guna juga, sebab kita datang pun tak banyak ilmu pengetahuan.
yang penting kalau ianya patuh syariah, silalah minta jakim siasat dia inside out
kenapa masih tak nak berbincang dengan jakim, dan tak nak suarakan depan jakim ?
yang penting kena ada sijil patuh syariah tu., macam ayam dah sebelih, baru kita yakin.
MR X
apapun benda yang kita tak yakin kebenarannya, eloklah disarankan kita jangan masuk, sebabnya makan duit untung tu pun kita rasa tak berapa puas hati.
apa-apa yang rasa was-was baiklah kita tinggalkan, sebab banyak sangat persoalan dari jawapannya.
lagi satu memang mih mengaku perniagannya diluar kawalan banknegara, sebab dia international, kalau boleh berilah jawapan yang baik sikit, siapa nak jamin duit kita.
kerajaan ada jaminan kepada duit kita kalau bank mengalami kegagalan, ini kita nak laburkan ribuan ringgit untuk syarikat antarabangsa yang kita tak pernah jumpa pun.
banyak menimbulkan persoalan terhadap keselamatan duit kita, ya kawan-kawan.
En Lobo
Assalamualaikum tuan.
Mohon tuan berikan pencerahan pelaburan kongsimakan berhad. Ramai kawan telahjoin dan dapat pulangan lebih kurang RM800 setiap bulan selama 12 bulan. Satu lot berharga RM1700. Saya macam berminar sebab kawan kawan dah senang lenang duit masuk setiap bulan tapi risau takut money game juga.
sham
memang money game pun.. 🙂
Insan Serba Salah
Baru duit sikit semua dah terpesong dan sanggup halalkan apa yg haram. Tak tau apa nasib kita bila Dajjal datang bawa tawaran duniawi kelak. Nauzubillah.
Apa yang saya faham, punca duit yang haram kalau dilaburkan ke perniagaan lain maka keseluruhannya menjadi haram. Tolong betulkan jika salah.
Tapi yang lebih menghampakan, kenapa BNM/PDRM Jenayah Komersil lambat bertindak atas perkara ni? Dan Majlis Agama pun tak membuat pekeliling Fatwa ni untuk siaran di masjid memandangkan sasaran utama mereka di sana.
Sedih sebab ramai saudara/kenalan yang join. Nak cakap lebih2 takut rosakkan silaturrahim. Tak cakap takut ditarik di akhirat nanti sebab tak perbetulkan. Serba salah jadinya.
Insan geram kaki tipu
Setuju…pihak berkuasa n majlid agama masing setiap negeri x keluarkan pekeliling haram…habis masjid n surau semua kena tipu atas NAMA AGAMA. Mereka siap kata…kalau salah xkn bertahan dah 3 TAHUN
aswa
Hanya jauhari yg mengenal manikam,kalau kail panjang sejengkal jgn mnduga laut yg dalam…
Kalau nk sebarkan sesuatu yg lebih global,biarlah atas pngalaman dan kajian sendiri..dgn keputusan sendiri bdasarkn disiplin ilmu dlm bidang bkenaan,bukannya mencedok sana sini..apatah lg ada unsur ketawakan org lain serta menghasut,barulah akn dihormati. Dunia hari ini,yg betul blh jd salah,yg salah pn blh jd betul. Pihak yg benar blh disalahkn,pihak yg salah pun boleh je dikatakan benar apb ada kepentingannya. Itulah senarionya..jom buat sesuatu dengan mtk petunjuk drp Allah,bukan krn kepentingan lain. InsyaAllah rezeki berkat hidup bahagia…
sham
Majlis Fatwa sudah keluarkan hukum pasal skim ini masa awal penubuhan skim ini lagi.Mungkin pihak majlis agama negeri tak alert benda ni. aPihak BNM pula baru kemaskini dalam senarai watchlist skim berkepentingan. Ia agak lambat mungkin sebab menunggu laporan daripada mangsa. Kebanyakan Agensi ini bekerja atas laporan dibuat. Jika tiada laporan, siasatan tidak dilakukan.
pekerja bank
Saya kerja dgn sebuah bank tempatan. Kerja saya untuk melaporkan aktiviti pelanggan bank yang terlibat dengan pelaburan2 yang tidak sah di sisi Bank Negara Malaysia. Saya dah letih sangat2 submit report kat bank negara tentang orang kita yang terlibat dgn pelaburan mecca ni. Niat hati nak tolong dan tak report nama2 tu, tapi dah itu memang kerja saya.
saya tengok pergerakan akaun orang2 yang terlibat ni memang mewah. dari seorang kerani yang berjimat2 tiap2 bulan, kepada hidup mewah tiap2 hari shopping gucci, LV kat klcc mid valley.
Tapi percaya lah ckp saya, nama anda telah pun diblacklist oleh pihak bank kerana terlibat dalam pelaburan2 yg tidak dibenarkan mcm ni. sesiapa yang nak join tu harap dapat pikir dua tiga kali. Sebab sekali nama dah di blacklist, susah anda di masa depan nanti.
sham
Saya baru tahu pihak Bank pun buat blacklist untuk mereka yang join skim cepat kaya. Habis duit terus kayap sebab nama blacklist nak buat pinjaman pape.
HambaAllah
Org melayu..asal untung byk & keja senang..rembat..janji ada “ustaz” join sama dia pun sandarkan atas ustaz tu…esok2 kat sana ustaz tu tak mngaku pun pengikut2 dia..
Tahniah tuan sham..usaha anda utk berkongsi penjelasan..moga2 ada segolongan yg celik hati..
Janggut yg panjang berkopiah 24jam belum bukan tiket menghalalkan fund ni kihkih..
Bernama
Kenapa mereka tidak ambil tindakan undang-undang kepada syarikat tu. ? Skim ni masih berleluasa dan menggunakan banyak nama.
Lava
Dengar citer bulan ni dah tersontot..
Pening Lalat
Mungkin setiap orang ada alasan tersendiri. Mungkin jugak menghadapi tekanan untuk meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan Malaysia sekarang ni. Janji tak curi duit sapa2, duit diorang sendiri pun. Kalau hilang pun, risiko yang ditanggung sendiri. Rasanya taklah sampy melibatkan semua orang kalau mereka berhutang pun untuk menyelesaikan masalah yang mereka cari sendiri…
Amir
Nk tnya unit trust public bank blh x…Dan ape pelaburan mara tu…mohon sedikit penerangan dr tuan mngenai kajian yg di buat..
ADA AKU KISAH
Assalam, saya dan ahli keluarga telah menyertai sejak 2013 hingga sekarang (Julai 2016). Dividen kami dibayar dengan betul setiap bulan (5hb – 10hb) . Ribuan kami telah dapat mengerjakan UMRAH dan HAJI serta dapat melawat ke LUAR NEGARA yang selama ini sukar untuk kami lakukan kerana masalah kewangan. Ramai ahli penal syariat Bank Comicial menyertainya. Mereka lebih ahli daripada Majlis Fatwa mengenai halal/haram pelaburan mengikut syariat Islam. Jika benar Majlis Fatwa itu tulus.. SILA KELUARKAN FATWA GST ITU HARAM . SEMUA ULAMAH BERPENDAPAT GST HARAM LAGI ZALIM. AYUHKAN FATWA GST ITU HARAM,…….ORG KAYA,,MISKIN,,PAPA..DAIF ,,FAKIR SEDANG MEMBAYAR>>>>>>>> ITU MELIBATKAN HAMPIR 30 JUTA MANUSIA…..ISLAMIC HOTEL…AHLI 10 RIBU ORG JE….TAK PAYAH NAK SIBUK,,,,,TIAP BULAN KAMI DAPAT DIVIDEN….
hor yeh
Mmg tgh tersontot pon…
AYUB ABDULLAH
makkahislamicthai.com juga didaftarkan oleh Registrant Contact Information:
Name : khalel Al Rasheed
Organization : MP0005159-D
Address : braj Al Safwah Opposite to Gate King Abdul Aziz
City : Mecca
State / Province : Mecca
Postal Code 2987
Ternyata skim ini adalah perangkap orang2 Islam. Nanti ustaz2 jawab kami manusia biasa juga.
sham
Unit trust okay. Tapi cari ilmu dulu pasal unit trust..ada yang tak perform. 🙂
Sekarang kat TV dah keluar iklan pasal pelaburan Mara ni. 🙂
sham
Aiman..aiman.. Bila dah terlebih pandai dari mufti dan ulamak..macam tu la jadinya. Siapa punahsihat bank yang join tu? Bagi bukti skit.
Liza
Bulan ini mih tak bayar dividen pd pelabur2nya kerana alasannya ada 2 orang BP, salah seorangnya ustaz telah songlapkan duit sebanyak rm11 juta … yang hairannya kenapa berita ini tidak disiarkan di akhbar/ media tempatan. Malah, semua downline dipaksa beri sumbangan 2 peratus per lot setiap orang sebelum 20 julai ini. Sekiranya ingkar akaun mereka akan dibekukan. Downline yg tak puas hati atau sibuk bertanya akan dikenakan tindakan/blacklist. Tujuannya konon utk membantu syarikat dan oelabur tidak boleh ada sifat qanaah ? Banyak sangat term islamik yg kita pun tak faham ….menyesal sebab terlibat dgn benda yg haram ini.
sham
Bertabahlah. Jadikan ia tauladan.
Cerita kau nak hot je kan?
Bab donation tu kan? kenape eh liza? kalau dh benci ke bende ni asal nak tmbah dosa? kenape perlu FITNAH? aku x nampk langsung ayat freeze akaun atau blacklist kt situ? siap ckp ade sifat qanaah siap wow.. fitnah tergempak yg ko boleh tabur kan?
Donation For Business Recovery
We will need your sincerity to donate 2% of your total lots to assist our Islamic Hotel business in recovering the suffered losses due to the invalid profit payments. Your cooperation and contribution is needed to save this Islamic Hotel business. You may contact our representatives from Malaysia, Mr Rahim (019), and Ms Hidayah (019) from 9.30 am to 12.30 pm, 2.00 pm to 5.30 pm, and 9.00 pm to 11.30 pm for donation collection. This donation must be made before 20th July 2016 for once. Your cooperation is needed for our goods. Thank you
Ahli MIH
Saya dah join MIH ni pada Sept 2014. Dah dapat balik modal dan untung lagi. Saya juga tambah lagi pelaburan baru setelah nampak untung dari pelaburan lama dan telah tamat tempoh pada bulan ini. Mula2 saya ingat biz ini genuine. Saya mula suspect ianya adalah money game bila saya meminta tunjukkan bukti portfolio pelaburan atau salinan agreement pemajakan hotel di Makkah tersebut. Mereka berkata dokumen tersebut ada lah rahsia dan ianya di simpan di Makkah. Sebagai pelabur, saya berpendapat yang saya berhak mengetahui apa yang di lakukan dengan duit saya tersebut. Kenapa mereka merahsiakan, duit tu duit saya. Saya mula tak yakin dgn biz ini. Malah saya telah di marahi kerana mengajukan soalan tersebut dan hampir di blacklist. Tapi saya berpura2 setuju dan dgn mereka, maka clean balik la nama saya. Dlm bulan Mei 2016 saya kenal dgn seorang dari KL. Masa berbual2 maka terkeluar la cerita MIH ni dari dia. Dia berkata yg dia adalah salah seorang pengasas Mecca Fund yg asal. Dia memberitahu yang Mecca Fund bukan nya memajak hotel di Makkah tapi sebaliknya di labur dalam Forex. Selepas beberapa lama beliau menarik diri di sebabkan katanya beliau rasa tidak senang hati dan rasa bersalah menipu pelabur. Dari cerita beliau saya mula tak sedap hati. Bulan July ini dividen terakhir saya tidak boleh di bayar dengan alasan cash flow tak ada. Ahli di wajibkan buat derma RM60/lot utk dpt dividen. Kami cakap potong je dari dividen tsb. Sykt kata tak boleh, pelik kan? Maknanya mmg duit dah tak ada. Sykt kata bila ahli byr derma mrk akan byr dividen beransur2. Saya fikir lingkup dah. Mereka kata sykt kerugian duit sebanyak RM15 juta setelah di songlap oleh 2 org BP. Sy rasa kalau rugi 15 juta tak akan beri kesan pada sykt sebab terdapat 55 ribu akaun dalam MIH. Katalah satu akaun ada 1 lot iaitu RM3500. Itu anggaran mimimum, Sy dengar ada seorang yg melabur sampai 1.5 juta, Jumlah modal adalah RM192,500,000. Katalah untung bulanan 20% iaitu sebanyak RM38,500,000 tolak rugi 15,000,000 masih ada baki 23,500,000. Mcmna kata tak ada duit. 10% profit pun masih ada baki. Saya suspek mereka rugi dalam Forex masa Brexit yang lepas. Saya dengar Soros yg hebat tu pun rugi masa Brexit. Sekian dulu.
idris
mungkin bukan duit tu dilarikan, sebaliknya akaun banknya dibekukan oleh pihak BNM. Allahualam.
Hassan Ramli
Assalamualaikum……
Sekiranya akaun kita dibekukan kerana enggan membayar rm60 (2% per lot), boleh kah kita bertindak membuat laporan polis atas tuduhan syarikat telah menipu.
kawe
Satu sistm yg kononnya islamik..bgitu rapuh..baru berusia dua/tiga tahu..senang2 di bedal rm11 juta(kononnya) oleh “USTAZ”(as salamualaikum ustz sihat ker)…kih2..tanda2 awal sontotan…nanti klu trsontot tu..bnyak2 ler bersabar n try ler blajar mnghafal NIAT SEDEKAH..
kawe
Ramai gak penyokong tegar..ha2..agak2 klu trsontot n lpstu pelabur2 yg trmakn pujuk rayu dogengan kjayaan oleh agen2 shingga trtipu,mngmbil hukuman rimba sbgi pnyelesaian spt pukul..belasah n sbgainya..brani ker tnggung..nak jdi bodoh..biar le jngn smpi mnyusahkn org lain..tak pyah ler mmujuk rayu org lain ngn bodohn tu….
Ahmad
Salam…saya lebih suka diamkan diri bila ada orang approach untuk join skim2 macam ni.Bila balik n siasat2, timbul curious…ape sebab satu skim besar tp ada banyak link.adakah untuk bezakan dana ke.
https://makkahislamicthai.com
https://makkahislamicnusantara.com
https://islamicasia.com
https://islamicglobal.com
https://makkahislamichotel.com
sham
Ia untuk mangsa berlainan. Benda sama.
Curious
Salam. Sorry saya nak cek fatwa tu, dah click link tu tapi dia keluar home page fatwa. Tak de pun fatwa pasal ni. Mana nak cari ya? Tq
sham
e fatwa dah tukar website sekarang. Lebih kepada fatwa negeri. Bagi saya ia macam menyusahkan sikit untuk orang membuat semakan sebab mungkin berlaku kemungkinan perbezaan pendapat diantara mufti negeri dan pihak persekutuan.
Daripada FB DR UZAR masih ada – https://www.facebook.com/DrZaharuddin/posts/954100667962950
Elle
Tadi bukak website makkah islamic fund. Cakap website tak boleh diakses sebab kira dividend. Website akan dibuka pada jam 9 mlm, 3 Ogos (hari ni). Alih2 pukul 8.35 mlm, tukar plak ke 12.00 tgh mlm esok 4 ogos. Hmmm
Lava
Encik / Cik / Puan Ellie.. Mana ada Makkah Islamic Fund? Yg kita tau, Makkah Islamic Hotel ada la…
Kacang cambos
Hari ni umum dividen pelabur. Pelabiur malaysia dikhabarkan dividen untuk bulan julai 0%. Manakala pelabur dari negara2 lain ada peratusnya yg tersendiri. Adakah ini tandanya makkah islamik hotel sudah cabut lari? Apa nasib pelabur terutamnya org tua dan susah yg berharap kononya melabur untuk menunaikan haji dan umrah?
rockmah
so bulan july profit 0% huhu padan muka
Aiaman
Hihihihi…..bulan ni saya dah terima dividen 23%…..’apa kou org nak ckp,,,,ckp,,,,lah,,,,,,modal asal lama dah balik,,,,,,hahahahaha,,,,enjoy bulan ni 23%,,,,aamiin…
Lava
Ok.. Muktamad… MIH dah bungkus.. dengar citer dividen bulan ni 0% dah.. Iash..ish..ish..
Kacang cambos
Buletin utama mlm ni..2guru ditangkap berhubung kes skim cepat kaya. Skim berkenaan dikatakan mempunyai lebih dari 50ribu pelabur.
sham
selagi ada permintaan, selagi tu ada skim baru timbul.
Gadis Prihatin
Saya x kesian dgn org yg melabur ratusan ribu ringgit ni sbb jelas mereka ni golongan kaya. Lantak diaorg lah..duit byk baki lg mkn x abih. Yg sy kesiankn.. org2 tua yg masuk setakat selot dua..mgharapkan pulangan cukup utk mkn pakai..tp akhirnya terus papa n kais pg mkn pg. Org tua ni x tau apa2..dicucuk org bijak pndai (menipu)..mcm lembu dicucuk hidunglah. Semoga Allah memberi taufik n hidayah kpd hati yg trtutup.
elle
cikgu Awi ke?
Curious
Saya dah cek link fb tu, tqvm ?
Aup
Hahahahahaha… c’mon tersontot sekali takkan serik/duit abes kot… cari duit lagi… banyak lagi mlm muncul kat malaysia ni… satu bungkus, masuk yang lain kikikiku
Ahli ih yg kecewa
Aslkm smua ….sy nsir ..jauhilh benda ni …sy bru masuk lepas sebulan 15 lot …bru dpt dividen 1 bulan …….tetiba bulan 6 x dpt ..bln 7 x dpt lg ….bln 8 diorang cuti ???? Knp jd mcmni ..sbb syarikat ni memang x de pun lot2 hotel yg diorng pajakkan …aq bayar setahun …septutnye ..klu ada isu hilang duit ..akan ganggu duit bln itu shj ….tetapi yg pelik knp bln 8 blh bercuti ??bisnes klu betul …lg pihak syarikat akan utmakn bln yg dividen tinggi ..kononye sbb bln haji …tetapi …bln haji syarikat boleh cuti …lg pelik duit yg dikatakn hilang ahli kena bayar ….aq bayangkn syarikat ni ada 110k ahli kali dgn rm3500 sma dgn 300juta …..yg pelik ahli kena bayar setiap lot rm180 ……..apakh pelik ahli diminta duit derma utk tnggung kerugian …sedangkn dividen yg belum dibayar 10% msh blum dibayar …..skrng ni dh bayar 2 % ..tp dividen masih x dpt ….alasanye sbb ada ahli x bayar 2% jd ditangguh sehingga 30/8/2016 …..lepas tu diorng bercuti ??? Knp ada istilh cuti dalm perniagaan ….aq bayangkn diorng nak bersihkn dana @ alih dana ke tempat lain yg selamat . Syarikat saidey ni ada banyak …mf asia holiday ….islamik hotel group utama ..dn x thu brpe bnyk lg yg kita x tahu ….kalau x kerana dia guna nama islam ..myb aq x masuk ..tp aq terkilan dgn sifat tamak manusia sanggup mengadai agama utk keuntungan dunia yg x seberapa ….hari tu diorng peromote kat RTM1 pasal mekah islamik global ..yg khusus utk pelabur china ..tp aq pasti ..pelabur yg dia maksudkn sbnrnye dtng dr rakyat malaysia ..dh berapa bnyak dana di perbanyakkn sbb myb akaun lama dah tepu ….aq percaya ini adalah skim kutu …org yg dimaksudkn bp yg membawa lari duit ..myb rekaan ….aq pelik bank negara @ pihak berkuasa berdiam diri …..ramai lagi org diluar sana yg akan ditipu selagi …syarikat yg ghaib ni beroperasi meratah duit ahli yg ingin pergi ke mekah …..niat asal pelabur baik …utk simpanan haji …tetpi?? Tabung haji septutnye lebih alert tentang bnda ni …sbb diorng seringkali mengaitkn strategik pajak hotel sama macam tabung haji ..mana x pelabur pun terpenggaruh oleh penungang2 agama ini …..aq dh sedar skim ini penipu ..aq sarankn yg nak masuk berhentilah dri masuk skim2 cepat kaya ..tetapi sbnrnye skim pelingkup dn membangkrupkn anda ……jauhlih riba …banyak lg cara utk tambah wang ….walupun setakat berniaga di tepi jalan …
sham
Tabah la tuan.
ridzuan
20-30% setahun mmg masuk akal. Tp klu 20-30% sebulan yg ni mmg scam. Tunggu tika dan saat kepala dia nk cabut lari. Mmg Allah suruh kita jd kaya. Tp kaya dgn berusaha dgn cara yg direhdai. Sykukurlah walau anak bini makan ikan temenung asalkan tidak was was.
Koleksi ummi salmah Ummi salmah
Allahu.. risau plk bile bce mcm2 komen ni. Sye pn msuk 15 lot belum blik modal lg. Tk tau plk bln ogos syarikt bercuti. Nti nk bce elok2 email diorg
Koleksi ummi salmah Ummi salmah
Ahli IH yg kecewa.. sye bru je bke acc tkde plk berita ogos cuti.. yg ada collection donation extend smp 31hb ogos. Business berjln sprti biase cume div bulan july tidk akn di umum selgi tggakn bln jun belum settle. Mksud tkkan diumum tu kena tnye ngn leader2 lh. Harp2 tkde ape2 masalh yg serius
khairi
sy dh join 2 tahun…
alhamdulillah…ok je…
asb …diiktiraf kerajaan…
fatwa jakim….2 kali keluar haram…
asb….jln mcm biasa je…
tabung haji pernah melabur sedikit di genting..
diakui di parlimen….
tade tindakan pun….
dunia….dunia…
semua penuh dgn tipu muslihat…
bank2 di malaysia semua penuh dgn RIBA..
ALLAH kata Riba HARAM…
bank2…..beroperasi mcm biasa je ..
hmmmmm………
selagi perkara tak masyukk kt gov….
HARAM BELAKA….
klu masyukkk…..judi dgn arak pun kata halal…jika berlesen…..
puiiihhhhh……
khairi
hidup ini penuh risiko dan masalah..
sape boleh jamin dirinye hidup kekal…hidup takde masalah, sihat sentiasa…???
bg tau saya…..sape yg boleh jamin…???
Hu
Dengar bayaran dividen JUN & JULY dah sangkut…. Ogos ontahlah. Ahli diminta Infaq sbb ada kutu bawak lari duit. Skrip mcm kes Emas Sontot jew…
Aisyah
Salam.. Dpt info dari kawan yg main..so, nk share kat sini….
??????????????Memandang peruntukkan keuntungan business syarikat yang telah diberi telah mengalami kehilangan terlalu banyk disebabkan oleh segelintir *BP* yang tidak amanah, maka syarikat tidak dapat meneruskan lagi business untuk ahli-ahli dari negara Malaysia.Dengan ini syarikat membuat keputusan muktamad akan memulangkan balik modal *TOLAK* keuntungan dan bebarapa bonus atau insentif syarikat yang telah diberi mengikut pangkat tertentu.*PEMBAYARAN TERSEBUT AKAN*
*DIBUAT SECARA BERANSUR-ANSUR*
*SEHINGGALAH SELESAI*.Buat masa sekarang segala transaction melibatkan sebarang claim akan *DIBEKUKAN* demi untuk memudahkan pihak syarikat membuat proses pengiraan. Pembayaran berikut mula berkuatkuasa pada *10 hb September 2016*.Hanya *MIG* sahaja tidak terlibat tentang pemulangan modal kerana *MIG* tidak terlibat kes kecurian.Hanya di Malaysia sahaja dikembalikan modal semula,ahli di *Singapore,Thailand,Indonesia,Brunei* dan lain-lain negara masih beroperasi seperti biasa.
Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Jazakallah.
*Drpd:DHSSN*
Wan
Suka la kamu…
Tipah tak nak kena tipu lagi
Encik Sham…. MIH ni dah tutup, gulung tikar…. tapi masih ada lagi yang buta hati buta akal. mereka mainkan agama suruh orang sabar daripada buat report, ada yang kata buka aib doto’ tu la….. padahal mereka guna agama tutup kebatilan yang dilakukan.
Aku cerdik sebab x join skim cepat kaya
yang mana sebelum ni pom pang pom pang sila la jawab…kalu pulangan bulan2 macam x logik kompom la skim cepat kaya….tu pon x boleh pikiaq ka…..bila org bagi nasihat nak melenting….ada otak guna laaa…jangan mudah sgt kena tipu melayu oooiiiii!!!!!…….
mkk
dah terang terang scam.
kamaludin
asslamualaikun tuan Sham, bagaimana pandangan tuan berkenaan program yang hangat masa kini iaitu Mface & Kongsimakan
Tipah tak nak kena tipu lagi
Dah keluar dalam harian metro 18 sept mengenai penipuan MIH ni. Siapa2 yang masih mempertahankan perniagaan yg tak wujud ni, tolonglah jangan guna agama. Tak takut dosa ke. Anda akan dipertanggungjawabkan bagi setiap kata2 anda. Yang suruh redha duit dah kena kebas tu betullah, tapi tak boleh biarkan si penyangak tu lepas. Korang backup orang jahat yang menganiaya orang, tak takut ke balasan tuhan. Subhanallah
Shazwan Hilmi
Dah keluor paper pon.
siapa lagi?
Apa pun saya tak kisah. Nak telungkup atau tersembam memang itu yang ditempah. Paling saya kisahkan adalah golongan yang MENJUAL AGAMA untuk keuntungan berlandaskan penipuan. Kalau nak menipu sekalipun janganlah agama itu menjadi sumber gadaian. Nak tau camna MIH, MIT dan sewaktu dengannya beroperasi. Senang je ceritanya. Kutip duit orang lain bagi kat orang lain. Sistem ini akan “tersekat” apabila jumlah pelaburan baru masuk berkurangan dari jumlah “keuntungan kononnya” yang nak diagihkan. Apa pun yang amat dikesalkan adalah menjual AGAMA untuk menipu dan mengaut keuntungan.
wawa
bayaran modal pun sehingga 15 september 2016 belum ada khabar berita cuma ahli sudah siap sedia kira modal perlu dibyr (refunable) oleh syarikat. sekian
elle
Jangan letak harapan tinggi sangat duit modal akan dipulangkan… Bila dah terdesak, masing2 nak lepaskan tengkuk sendiri je. Emas ETA dulu yg tersontot, janji nak pulang modal semula. Sebulan jadi berbulan2, akhirnye sekarang dah masuk 2 tahun lebih… Semua jadi senyap, walaupun masing2 dulu sepakat nak hire lawyer blablabla… Apa2pun sy doakan pengasas MIH tu pulangkan la balik duit2 modal pelaburnye.
roy
eh pundek la,bila orang bongkarkan pasal skim haram islamic hotel ni,ada je kata konon ASB pun haram,kwsp pun haram bagai…
padahal asb dan kwsp dah complete audit semua lengkap.yang kerajaan buat dia senang je kata haram
kalau skim kayap kayap ni,tetiba sorang sorang jadi baghal nak kata halal suci murni.
kerajaan buat skim yang bagus utk rakyat dikatakan haram
individu haramjadah penipu agama takmau plak dikatakan haram.
masing masing masih lagi nak kata skim ni halal thoyyiban bagai.bila dah tersontot,mula la buat ayat simpatisan salah orang tu salah orang ni lastly salah kerajaan.diri sendiri tak pernah salah padahal orang ramai dah pesan jangan terlibat.pigidah
red indian
sunyi jer..dah abis cerita ke
sham
sudah sontot.. sedang muhasabah diri.
Tipah tak nak kena tipu lagi
diaorang bukannya sedang muhasabah diri en sham. muka orang tamak duit ni mana nak muhasabah diri, dia kata kita fitnah dia dan skim ni adalah. tengah tak tahu apa nak cakap la tu. awal2 dulu pung pang pung pang. takut orang bawah cari diaorang lah tu. jawab la korang dengan tuhan nanti ye.
Ingin Tahu
Sekarang ada pelaburan Monspace.. Ramai orang Islam yang join.. Bekas ketua polis negara pun join.. En. Syam.. boleh komen? Ramai yang terpedaya sebab Bekas Ketua Polis Negara Join.. Harap cepat siasat untuk elak lebih ramai yang tertipu.
sham
Monspace ada isu sebenarnya. SSM buat semakan didaftarkan pada 2014 tapi tiada duit dan bisnes. Tiba2 buka pelaburan. Bekas KPN join tak pasti, kadang2 diorang jemput ke majlis diorang sebagai jemputan. kemudian claim join skim diorang. Free Malaysia Today pernah tulis berkenaan syarikat berkenaan.
Tipah tak nak kena tipu lagi
http://www.hmetro.com.my/node/176898
cerita gembira. dah kena tangkap.
mkk
ape kabor semua
red indian
nak kabor ape wehh….nasi dah jadi nasi goring USA
bekenu
Saya tak pernah tahun tentang Mecca Fund ini, tetapi tepanggil juga untuk berkata sedikit. kerana sikap orang kita kerana kalau kail sejengkal jangan duga dunia pelaburan. dan kalau tak ada ilmu jangan sentuh dunia pelabuan dari operator hinggalah pelabur.
saya tidak mengalak tetapi setiap lembaha pengarah itu harusfaham arah tuju syarikat mereka hendak buat sebagai platfom pelaburan itu. (Baca Akta dan Sub Seksyen Akta syarikat) disini saya bukan mengalak tetapi kita harus tahu apa yang kita nak buat, produk itu adalah pekara ke dua. sistem juga adalah yang ke-3, pentabir sama ada manusia atau robot itu tidak penting. pejabat juga harus Grand dan yang utama syarikat.
Syarikat adalah penting, bukan Enterprise atau LLP atau Sdn Bhd, ia mestilah Berhad yang mana akta dan “Table”itu telah memberi penerangan yang dimna kedudukan sebenarnya.
nama syarikat juga main peranan untuk menunjuk sipa kita, setiausaha syarikat juga bukan yang bidan terjun,
seringkas saya kata kan syarikat berhad boleh issue PN (Promise Note) / Loan Stock. tepuk dada tanya hati bagaimana nak buat, dan tanya kepada pemegang MICSA untuk jawapannya.
saya tidak boleh terang lebih lanjut kerana boleh mengalak tetapi di UKbanyak syarikat boleh Issue PN untukcari modal. itu sahaja,
Piji
aku piji saing matrix kolej taj.. saja nk comment.. say no to skim cepat mampos.. bagus keje mung syam.. kipidap
mkk
haha
sham
Kat keje kat mana loni piji
Pekerja Bank
Bank Negara dah keluarkan “Fatwa” pengharaman MECCA ISLAMIC HOTEL.
surat khabar semua dah heboh berita ni. Sheikh Saidey kena tangkap sewaktu cuba lari ke luar negara, dan skrg ni polis tengah siasat orang2 kanan Sheikh Saidey.
Ternyata, duit2 orang ramai semua digunakan untuk rolling bayar “untung pelaburan” orang yg terdahulu join skim ini.
Untuk yg bangga sebab berjaya dapatkan “untung pelaburan”, semua tu adalah duit ahli baru. Korang dah kena tipu dan dah membantu penipu untuk menipu orang ramai.