Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Message From Cimb Clicks – Phising Terbaru
Scam Alert

Message From Cimb Clicks – Phising Terbaru

sham No Comments

Saya baru sahaja menerima emel phising terbaru ini. Sebenarnya saya agak sedih apabila masih ada yang tertipu dengan kaedah phising ini. Dalam Harian Metro hari ini, orang daripada negeri asal saya telah kehilangan RM700 kerana “mengemaskini” akaun menerusi emel phising sebegini.

Pastinya ramai lagi yang menjadi mangsa tetapi tidak dipopularkan oleh media. Yang terbaru, emel phising ini mengunakan tajuk email yang sama apabila ada pembayaran diterima oleh seseorang menerusi perbankan internet.

Mereka mendakwa terdapat aktiviti yang tidak sah berlaku kepada akaun saya dan meminta saya “mengemaskini” akaun perbankan internet saya. Malah mereka minta TAC untuk ambil duit daripada akaun saya. Kalau mereka belum pernah menerima emel sebegini, abaikan sahaja. Paling mudah, delete sahaja emel kerana bank tidak akan hantar emel untuk anda kemaskini akaun.

Dan ini adalah artikel harian Metro hari ini telah seorang lelaki ditipu dengan kaedah ini.

KUALA TERENGGANU: Terpedaya dengan e-mel yang disangka datangnya dari sebuah bank, seorang lelaki kerugian RM700 apabila dia mengemas kini data akaun bank miliknya mengikut arahan yang tertera dalam Internet, Ahad lalu.

Mangsa yang berusia 32 tahun dan berasal dari Dungun mengemas kini akaun miliknya melalui Internet dengan mengikut arahan tertera dalam e-mel berkenaan.Bagaimanapun dia curiga selepas itu kerana sebelum ini bank berkenaan tidak pernah meminta pelanggannya membuat kemas kini akaun melalui Internet dan memberi arahan menerusi e-mel.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Azmi Adam, berkata mangsa memeriksa akaun simpanannya pada hari berikut dan mendapati ia berkurangan RM700.
“Terkejut dengan kehilangan wangnya, mangsa membuat semakan dengan bank dan diberitahu dia sudah membuat urusan dengan laman web palsu.
“Pihak bank mendakwa tidak pernah mengarahkan pelanggannya membuat kemas kini akaun menerusi internet dan tidak memberi sebarang arahan kepada pelanggannya menerusi e-mel,” katanya.

Beliau berkata, merasa tertipu dengan keadaan berkenaan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Paka pada jam 12.30 tengah hari Jumaat lalu.
“Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat tindak balas apabila menerima sebarang e-mel daripada mana-mana pihak untuk mengelak daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

“Apabila dihubungi pihak bank melalui internet, orang ramai yang merasa curiga mesti menghubungi bank berkenaan untuk mendapat kepastian mengenai kesahihan e-mel diterima,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana capaian kepada sistem komputer tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Harian Metro

Jika ada saudara mara anda yang menerima emel sebegini. Nasihati lah mereka agar tidak ada yang tertipu. Penipuan ini dilakukan oleh sendikit. Biasanya dia didalangi oleh warga Afrika seperti Nigeria, Liberia, Sierra Leon dan sebagainya serta dibantu oleh warga tempatan yang menjadi transit untuk menerima wang daripada akaun bank dari Malaysia.

Ramai yang sudah ditangkap. Tapi patah tumbuh hilang berganti, pasti ada orang lain yang akan mengambil alih kerja terkutuk ini.

Artikel Berkaitan
  • Scam Alert: CIMB Phising Email Lagi
    Biasanya maybank yang sering menjadi sasaran scammer untuk membuat email phising. Cimb merupakan ban...
  • Scam Alert: CIMB Low Rate Transaction Fee
    Scammer sekarang ni memang sentiasa mencari mangsa dengan cukup kreatif. Terbaru yang saya terima ia...
  • Scam Alert: CIMB GIFT VOUCHER
    Saya beru menerima yang kononnya voucher percuma bernilai RM500. Ia nampak real jugak. Harap harap t...
  • Email Phising Cimb Bank
  • Contact form 1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 36
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:cimb phising emel cimb scam message from cimb clicks

Related Articles

Tadi saya menerima 2 panggilan daripada 2 nombor berbeza. Mereka …

Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Scam Alert: Buat Duit Dengan Survey
Saya dah menerima beberapa pertanyaan mereka tentang buat duit dengan …

Scam Alert: Buat Duit Dengan Survey

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pelajar Nigeria dipenjara tipu e-mel

Pada akhbar harian Metro, akhirnya seorang pelajar dari Nigeria dipenjara 16 bul…

Maybank2u Scam Alert Lagi

Saya tidak akan berhenti untuk menulis tentang scam alert dan memberi pendedahan…

Dana Haji Jasman Kini Aktif Kembali

Program skim cepat kaya Dana Haji Jasman kini kembali aktif. Malah bekas mangsan…