Pelaburan Arowana RS Afari Sdn Bhd Penipu?
Syarikat RS Afari Sdn Bhd menawarkan pelaburan arowana tidak silap saya bermula tahun 2011. Sampai sekarang masih ramai yang masih ternanti-nanti pulangan mereka. Malah FB mereka di https://www.facebook.com/RS.Afari.Arowana sudah lama tidak dikemaskini. Sebagai pengurus pelaburan, mereka sepatutnya sentiasa mengemaskini status mereka apatah lagi mereka memegang amanah daripada orang.
Ramai yang dah mula komplen sebab bertahun masih tidak nampak hasil.
Malah ada yang ke ofis mereka, dah kosong katanya.
Sebenarnya industri ikan arowana ini hanya boom sebentar. Malah banyak pengusaha kolam arowana di Kuala Kangsar sudah ada yang bangkrap. Malah ikan arowana nak jual harga puluh ringgit pun dah susah. Pada asalnya ikan arowana adalah satu spesis yang terancam ditambah pula rupanya yang cantik.
Apabila ramai orang ternak, ia bukan lagi spesis terancam. Itu fikir logik la kan.. kalau dah senang nak dapat, pasti harganya murah ke.
Akhirnya pelabur ikan arowana ini hampa.. Ia hanya gempak sebentar.. Malah media juga gembar gembur bahawa harga arowana mencecah puluhan ribu seekor. Sekarang apa sudah jadi? Merudum sebagaimana harga getah. Mereka yang teruja dengan tawaran pelaburan arowana ini akhirnya terjebak. Akhirnya lebur duit sendiri.
Ingat nak cepat kaya dengan arowana. Akhirnya menyesal tak sudah.
Salah seorang mangsa adalah saudara sendiri. Sedih. 🙁
Apa nak buat sebab Melayu memang suka benda Duduk Diam Dapat Duit. Akhirnya habuk pun tak dapat. Itu ada lagi kononnya ikan dah bertelur dan disuruh menambah pelaburan. Yang lama belum nampak hasil, suruh tambah pelaburan lagi?
Nampak tak permainan di situ? Syarikat mula nak bangkrap, diorang mula cuba sedut daripada pelabur mereka. Sama seperti skim cepat kaya lain, diorang akan cuba sedut sebanyak mungkin daripada pelabur. Yang bodoh, akan bagi duit dengan harapan dapat lagi pulangan. Wake up la.. Bertahun melabur, satu sen pun tak dapat lagi. Nak tambah lagi?
Sila Lapor Kepada Pihak Berkuasa
Jika yang tertipu kepada mana-mana skim laporkan kepada pihak berkuasa. Duit anda memang dah burn dah. Ia adalah untuk mengelakkan orang lain daripada menjadi mangsa yang sama. Dengan adanya laporan, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan. Malah bank negara, boleh mengambil tindakan untuk menyiasat skim yang ditawarkan itu.
Macam kes pelaburan Seramik, pegarah syarikat tu dipenjara lebih 1000 tahun. Beratus juta dia tipu, kebanyakannya adalah Melayu. Kebanyakan duit itu dah dipindahkan ke akaun lain dah bila bank negara siasat. Yang dapatnya 24 juta sedangkan dia dah sapu beratus juta duit orang melayu yang ingin cepat kaya.
Duduk diam je dapat dapat.. Goyang telur kaki dapat duit.. ops terlebih sudah…hehehe
Harap para pembaca dapat iktibar daripadanya.
Update : Pihak kami sudah melaporkan hal skim ini kepada Bank Negara Malaysia. Berikut adalah maklum balas daripada BNM. Pihak kami juga telah melaporkan skim ini kepada pihak SSM. Kini menantikan maklum balas daripada pihak SSM. Nantikan respon daripada SSM nanti sebab hasil semakan kami di SSM, ia tidak berdaftar dengan SSM.
Update 2: Laporan kepada SSM juga telah diterima. Tunggu sahaja pihak SSM membuat siasatan berkenaan syarikat ini. Kalau diikutkan, mereka menawarkan skim berkempentingan.
Maklumat Lanjut berkenaan skim pelaburan sebegini:
Polisi Skim Kepentingan :
Senarai Semak Skim Kepentingan :
http://www.ssm.com.my/sites/default/files/brochures/Risalah_Skim_Kepentingan.pdf
Senarai Terkini Skim Kepentingan Berdaftar :
http://www.ssm.com.my/ms/company/is-registered-scheme-public
Update 24hb Jun 2014: Pihak kami menerima maklum balas daripada SSM. Kini sedang berusaha mendapatkan salinan perjanjian daripada pelabur yang terlibat.
Jika ada pelabur lain yang ingin menyumbang salinan perjanjian anda, mohon hubungi saya. Semoga dipermudahkan.
Update Terbaru 8hb Ogos 2014: Pihak Penyiasat SSM telah ke premis syarikat ini. Dukacita dimaklumkan bahawa premis berkenaan sudah disewa oleh syarikat lain iaitu E Monster Sdn Bhd. Pihak SSM akan cuba mengesan pengarah syarikat untuk tindakan lanjut. Bagi mereka yang tertipu, boleh buat laporan polis dan boleh buat tindakan saman sivil untuk dapatkan kembali wang anda.

Incoming search terms:
- rs afari sdn bhd
- rs afari
sham
Pihak kami dah buat laporan kat BNM dan SSM skim ini. Mereka menawarkan skim berkepentingan tanpa kebenaran SSM. Tengok hasil jawapan daripada BNM nanti.
lieza
dah dapat maklumbalas dari ssm blum? saya juga salah seorang pelabur.
sham
Sudah. Mereka nak salinan perjanjian. Saya tengah tunggu daripada kakak saya.
mohdnazet
Memang tahun 2010 -2011 dulu pelaburn arowana ni popular. Kat Penang ramai yang dah terkena. Kalau lalu kat Bukit Merah tu nampak banyak penternak arowana ni tatpi tak tahu yang mana betul dan yang mana hanya main wayang saja.
sham
Di kuala kangsar dah banyak yang dah bankrap. Kat kawasan saya tinggal, ada 5 pengusaha yang ada berpuluh kolam. Sekarang dah tutup sebab tak leh nak jual anak ikan.
sham
Puan Lieza, mohon emelkan aggrement puan kepada Encik Fairus di mfairus@ssm.com.my untuk langkah segera memulakan siasatan.
lieza
Saya juga telah membuat aduan kepada pihak ssm..skrg nak bagi salinan perjanjian dan dokumen berkaitan pada pihak ssm johor bahru.
sham
Saya dah terima makluman daripada pihak SSM. Ia kini dalam siasatan SSM dibawah skim berkepentingan.
sham
Update daripada penyiasat SSM, mereka nak ke premis berkenaan. Ia kini disewa oleh E Monster Sdn Bhd. Pihaknya kini akan mencari pengarah syarikat berkenaan untuk tindakan lanjut.
lieza
Mereka semua dah bungkus&lari..harap mereka semua ditangkap.tak mahu ada lagi yg tertipu.
Hj. Yusof Yeo Bin Abdullah
Assalamualaikum wrbt, En Shamsuriyadi,
Saya adalah antara pelabur dgn Rs Afari. Boleh tak saya emel agreement saya kpd tuan?
Atau apa tindakan terbaik utk saya lakukan, harap dapat tolong.
Terima Kasih dan wassalam.
sham
Tuan Hj. Yusof Yeo, buat laporan polis. Dengan adanya banyak laporan polis, SSM boleh ambil tindakan undang-undang. Kelemahan undang-undang di Malaysia tiada yang benbentuk pencegahan. Dah berlaku penipuan barulah tindakan boleh dibuat. Ramai yang dah hilang duit barulah nak diambil tindakan.
Nasihat saya buat laporan polis. Boleh emel ke Tuan Azahari Ab Rahman – azahari@ssm.com.my
Beliau sedang menyiasat syarikat ini.
afwaz
Hampir-hampir terjebak dengan pelaburan arowana ni dulu. Tapi masa tu dah terlibat dgn pelaburan penternakan cacing. Nasib baik dgn cacing ni sempat balik modal. Lepas tu bungkus jugak.. Terus beringat & tak percaya dah dgn skim pelaburan mcm ni lagi…
Muhamad
Fuh, nasib baik tak terjebak. Dulu memang punya ligat promosi kat belah utara ni. Siap boleh janji ikan akan dapat anak, then boleh dijual beribu-ribu. Kata ini syarikat bumiputera la, banyak orang dah jadi kaya, bos-bos china pun banyak dah jadi kaya sebab bisnes arowana.
Tapi aku tetap dengan pendirian tak nak melabur dalam bisnes macam ni. Sebab kita tak diberi tahu sebarang details urusniaga macam keuntungan yang syarikat dapat.. Yang diorang bagi sijil ikan yang kita beli tu. Then kena tunggu bertahun-tahun sebelum dapat hasil. Nak labur untuk satu ikan pun dekat Rm10,000. Kemudioan diorang akan jaga sampai la ikan tu bertelur.
WanieHazwani
Assalamualaikum
Abah saya pun terjebak dengan skim pelaburan ni. Saya simpam gambar masa ikan diturunkan. report polis belum dibuat lagi. Ada perkembangan terbaru pasal kes ini ke tuan?
naz
Assalamualaikum wrt,
Tuan, fb pemilik
Rs afari ni, Nafi Airish…
Ada perkembangan terbaru ke?
sham
Saya tak follow up perkembangan selepas diorang cabut lari.
laurance
saya dah kena. duit dah lesap call tiada jawapan. orang melayu nak kaya tipu duit melayu.
MOHD KHAIRULDDIN BIN MOHD YUSOP hati-hati dengan lelaki ni. penipu besar
Muhammad Izwan
Lebur 16k