Sekarang ini skim cepat kaya dan pelaburan internet mula tumbuh kembali. Antaranya skim yang meragukan ini ialah Speedline Inc yang kononnya mengunakan platform forex untuk menjana duit pendapatan kepada ahlinya.Laman web pelaburan ini adalah www.speedline-inc.com
Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkannya iaitu
- SpeedFX Ver.1 (Silver Package)
Ia bermula dengan modal sekurang kurangnya USD15 dan menjanjikan pulangan 5% setiap bulan. Jika deposit USD1000, akan terima USD50 keuntungan setiap bulan. - SpeedFX Ver.2 (Gold Package)
Ia bermula dengan modal sekurang kurangnya USD100 dan menjanjikan pulangan 10% setiap bulan. Jadi jika deposit USD1000, mereka akan terima untung USD100 setiap bulan. - SpeedFX Ver.3 (Platinum Package)
Ia bermula dengan modal sekurang kurang USD375 dan menjanjikan pulangan 15% setiap bulan. Jadi jika deposit USD1000, mereka dapat USD150 setiap bulan. - SpeedFX Ver.4 (Diamond Package)
Ia bermua dengan modal sekurang kurangnya USD750 dan menjanjikan pulangan 20% setiap bulan. Jadi jika deposit USD1000, mereka akan terima USD200 setiap bulan. - SpeedFX INFINITY ( Upgrade Version FOR Speedline Members Only! )
Ini adalah khas untuk mereka yang join pada 4 pakej diatas dan ingin tambah pelaburan lagi. (Ia bermakna semakin banyak yang tertipu)
Ia Tidak Logik Akal!
Tiada pelaburan yang boleh menjamin pulangan tetap setiap bulan. Malah ia menjanjikan pulangan 240% dalam masa setahun. Ini lagi tidak logik akal.Pakar pelaburan seperti Warren Buffet pun tidak mampu berikan pulangan setinggi ini. Apa yang berlaku sekarang sama seperti yang berlaku dengan Swishcash suatu masa dahulu. Kini ia berulang lagi. Dari segi hukum Islam, dah pasti pelaburan sebegini adalah diharamkan. Hasil yang diperoleh adalah HARAM.
Syarikat Yang Meragukan!
Menurut laman web mereka, syarikat mereka diasaskan pada tahun 2007. Ya. Pada bulan Mei Tahun 2007. Anda boleh lihat skrin capture dibawah:
Apabila saya melihat rekod whois ia baru sahaja didaftarkan pada 17hb Disember 2010. Masih tidak sampai setahun! Ia jelas satu penipuan. Jika mereka diasaskan pada tahun 2007, pastinya laman web mereka juga mestilah didaftarkan pada tahun 2007 juga. Bukannya 3 tahun selepas ia ditubuhkan!
Saya dapati skim ini hanya berkembang di 2 negara sahaja iaitu Malaysia dan Indonesia! Kata mereka, syarikat mereka beroperasi di UK. Kenapa orang UK tak join? Pastinya ia menyalahi undang-undang disana. Dan mungkin mentaliti orang UK yang tidak akan mempercayai sebarang skim pelaburan internet. Anda boleh menyemaknya di laman web Alexa.com.
Perkara yang sama terjadi dengan skim Swishcash sebelum ini. Malaysia berada ditangga pertama di dunia sebagai tempat pelaburan internet berkembang dengan pantas.
Jadi skim ini yang mencari mangsa di Malaysia dan juga Indonesia yang mempunyai mentaliti ingin cepat kaya. Saya yakin perkara yang sama seperti Swishcash akan berulang kembali. Ramai yang masih belum belajar daripad apa yang berlaku sebelum ini.
Daripada laman web mereka, mereka baru sahaja dilancarkan pada 1 Jun 2011. Jadi mereka mengambil masa 6 bulan untuk sediakan sistem untuk “ahli pelaburan” mereka.
Jadi mereka mula baru merekrut ahli bermula Jun lepas. Daripada duit yang diperolehi daripada “pelabur” baru, ia akan digunakan untuk membayar “pelabur lama” untuk membuktikan mereka benar-benar membayar ahli mereka. Konsepnya sama seperti skim pelaburan internet lain yang terkenal sebelum ini.
Jika dulu mereka mengatakan duit pelaburan akan digunakan untuk pelaburan off shore. Kali ini mereka mengunakan forex sebagai sumber tarikan. Bagi orang Islam, Forex difatwakan Haram oleh Majlis Fatwa. Jadi segala hasil daripada forex adalah haram untuk digunakan oleh orang Islam.
Apatah lagi digunakan untuk menangung anak isteri daripada hasil yang haram. Jangan rosakkan keturunan anda dengan memberikan mereka hasil rezeki yang haram.
Sila rujuk laman ini tentang pelaburan internet:
1.Penipuan Pelaburan Internet (Komen Azizi Ali)
2. Sebab Kedegilan Pelaburan Internet
3. Fatwa Pengharaman Pelaburan Internet oleh JAKIM
Update: Komen Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman(UZAR)
Saya cuba mendapatkan pandangan daripada UZAR berkenaan skim ini. Menurut beliau skim ini jelas mengandungi unsur riba.
Skim sebegini sebegini perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan. Sudah banyak kes sebelum ini berlaku di Malaysia melibatkan kerugian puluhan juta ringgit. Bagi saya, masih banyak keraguan terdapat skim ini yang boleh dipertikaikan kesahihannya.
Hati hati dalam pelaburan. Carilah tempat pelaburan yang diiktiraf bagi mengelakkan berlakunya penipuan yang boleh merugikan anda.
Update: Ada komen yang mendakwa Speedline mendapat “kelulusan” BNM. Namun kenyataan daripada FB Rasmi BNM adalah sebaliknya. BNM tidak pernah memberikan lesen kewangan kepada mereka setakat ini.
Rujuk link BNM Official.

Incoming search terms:
- speedline
- speedline inc
- pelaburan internet
- speedlineinc
- speedline scam
- www speedline-inc com
- hukum pelaburan ufun
- speedline-inc
- kelemahan ufun
Abdul Mutalib
Kena selidiki betul-betul pelaburan ini sebenarnya. Adakah telah berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, SSM atau FIMM?? Mreka mudah tertipu apabila sesuatu pelaburan itu boleh memberikan pulangan yang cepat dan banyak dalam jangka pendek. Inilah kelemahan kita. Kurangnya informasi.
sham
Orang kita mudah percaya dengan barang “luar negara” walaupun pada hakikatnya. Dalangnya ialah orang dalam negara. Sama seperti swisscash yang kononynya berasal daripada switzerland. Sedangkan pemiliknya berada di Malaysia! Apabila asetnya dibekukan, baru tahu berjuta juta pelaburan yang telah diperolehi untuk rolling skim ponzinya. Ada SSM pun belum tentu ia sah disisi undang-undang. Ia bukan satu lesen untuk mengambil deposit orang sesuka hati. Maklumat SSM boleh ditipu dengan maklumat palsu kerana SSM tidak menyemak maklumat yang diberikan seperti lawatan atau spot cek.
Adam Roslan
Sebenarnya orang Malaysia perlu didedahkan dengan isu begini. Sebenarnya program MLM lain juga boleh diibaratkan merosakkan kerana banyak berlaku penyelewengan.
Safwan Seth
kalau dah janjikan pulangan tetap, memang sah haram.
Firdaus Latib
Pelaburan yang menjanjikan pulangan TETAP setiap bulan tidak boleh diterima pakai. Masakan syarikat boleh menjanjikan pulangan sebegitu sedangkan dividen pelaburan dalam ASB pun hanya akan diumumkan apabila cukup tempohnya.
Apa pun, terima kasih atas maklumat yang dikongsikan oleh Tuah Sham.
sham
Daripada statistik trafik alex, 99% trafik daripada Malaysia dan Indonesia je.. Ia menunjukkan skim ini bukan berasal daripada UK yang didakwa. Ia berkemungkinan berasal dari Malaysia atau Indonesia.
rusliesophian
Satu usaha murni sdra highlight perkara ini. Semoga masyarakat kita lebih prihatin terhadap setiap pelaburan yang mereka terokai.
sham
Mencari yang halal ada wajib kepada umat Islam. Bukan balun semua asalkan dapat duit. Jerat jerat buat duit di internet sentiasa menanti.
Abdul Mutalib
Belajar melihat di FIMM tu senarai tempat boleh dilabur..tak tahu kta bertanya..ni tak..tanya tak, apa tak..nak buat surprse kononnya..last2..dia yg surprise!! 😀
kerja kosong
Skim2 seperti itu perlu didedahkan seluas2nya supaya orang ramai tidak tertipu..
speedline members
Sabda Nabi s.a.w :
?? ??? ????? ???? ??? ???? ????? ??? ??? ????
Ertinya : “Agama ini adalah banyak memudahkan, dan tidaklah seorang yang terlalu berkeras (atau melampau) dalam urusan agama kecuali mereka akan tewas ( dengan kekerasan ) mereka” ( Al-Bukhari, Bab Iman )
KESIMPULAN
Malah tidak mudah juga ia dilaksanakan di zaman kuasa bukan Islam menguasai dunia, mereka menguasainya melalui sistem Kapitalisme, dipenuhi pula dengan individu kapitalis yang enggan tunduk kepada kebenaran kerana tenggelam dengan kerakusan. Sistem kapitalis hari ini sebenarnya boleh diubah suai bagi menepati Islam sebagai sistem demokrasi.
Untuk tujuan itu, ia perlu bermula dengan diri ANDA. ANDA PERLU MEMAHAMI BAGAIMANA WANG FIAT(KERTAS) DICIPTA DALAM SISTEM EKONOMI BEBAS KAPITALISM, fahamikan juga kesannya kepada diri anda dan dunia.
Sekian
di ambil petikan daripada: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
speedline members
adakah speedline menipu… tidak… kerana mereka telah membayar kembali pulangan modal yg saya keluarkan… apa yg saya perolehi skrg mengambil duit keuntungan setiap bulan… dan dbulan puasa serta hari raya ini ahli2 speedline malaysia dan indonesia dengan bermurah hati dan bersyukur telah menganjurkan majlis bbuka puasa dan hari raya bersama anak-anak yatim sekitar lembah kelang btempat di hotel royale chulan pada tarikh 2 minggu sebelum tibanya raya…. kami ahli speedline merasakan pihak pengendali laman blog ini perlu meneliti alamat syarikat speedline di UK dahulu sebelum memberi sebarang respon terhadap sistem speedline…
johnlabu
patut la malysia banyak org miskin….pandainye cari kesalahan…sedangkan ustaz pun ikiut serta…terpulang pada pandangan masing2…x pernah untuk berpendapat sendiri.. tepuk dada tanya selera apa yang kita nak.. wslam
sham
Saya tetap dengan pendirian bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan Forex yang tidak sah adalah riba. Malah perdagangan matawang (forex) yang dilakukan oleh syarikat adalah tidak jelas.
Sila rujuk:
http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/649-hukum-labur-a-berniaga-forex-forex-trading.html
http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/767-penciptaan-duit-kertas-moden-hukum-a-forex-trading.html
sham
Alasan bahawa ramai orang Malaysia miskin tidak boleh diterima pakai. Bagi saya, selagi kita berusaha untuk mencari rezeki yang halal, pasti Allah akan berikan jalan untuk kita. Jika hanya duduk diam tidak berusaha dan berharapkan duit datang bergolek didepan mata. Ia adalah salah.
Telah terbukti sebelum ini, pelaburan sebegini akan terkubur apabila sampai masanya. Cari pelaburan yang disahkan halal dan tidak ada perkara yang boleh menimbulkan perasaan was-was dan tanda tanya.
Buat masa sekarang, ia mungkin masih membayar.Bila dah ramai yang masuk, mereka akan meninggalkan pelabur mereka.
mym
salam, tuan,
suatu pencerahan.
minta izin utuk diforwardakan ke rakan-rakan lain.
TQ
langau
kalau hukum tu datangnya dari pemimpin2 umno tak boleh pakai,,owner page ni pulak like tv3suku lagi xboleh pakai!!!!perbetulkan pakaian isteri dan anak perempuan kamu dahulu baru boleh tegur orang lain.
Speedline Kajang
Speedline tidak menipu, saya dh dapat kembali modal saya yg baru join 2 bulan, pada majlis berbuka puasa secara besar-besaran di Royal Chulan saya pun ada. Malah artis2 serta tetamu VVIP & menteri juga datang. Mungkin ini juga satu fitnah bagi speedline. Konsep Forex dalam islam adalah ‘harus’ sebenarnya. Itulah yg dikeluarkan oleh fatwa islam. Boleh semak di jabatan agama islam. Terima kasih speedline yg banyak mengubah hidup saya.
sham
Forex ada banyak jenis..harus atau haram bergantung kepada cara menperdagangkannya. Ini adalah daripada JAKIM-
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-perniagaan-wang-asing-forex-2
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju bahawa hukum perniagaan wang asing adalah harus.Mesyuarat juga mengambil maklum:
1.Tukaran wang telah lama berlaku dalam Ringgit Malaysia dalam Rial (tujuan untuk menunaikan ibadah haji).
2.Bertujuan untuk memenuhi keperluan hajat,bukan untuk mencari keuntungan semata.
3.Kebebasan perniagaan mata wang boleh mengakibatkan keruntuhan nilai ekonomi Negara.Maka yang diharuskan hanya untuk memenuhi hajat semasa sahaja.
4.Tukaran wang adalah keperluan ekonomi untuk pembangunan Negara.
Apa yang dimaksudkan diatas adalah lebih tukaran wang asing ataupun money changer. Ia dikeluarkan pada tahun 2004. Ketika itu, ramai yang tidak jelas tentang online forex sekarang ini.
Dalam Muzakarah JAKIM yang terbaru.. Ia adalah haram. Sila rujuk:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/993-muzakarah-jakim-berkenaan-hukum-forex-trading.html
Haizal Ramdzan
Salam, Saya didatangi oleh dua sahabat yg beriya-iya menyuruh saya menyertai mereka…macam kita nih tiada otak sahaja…saya financial advisor dan penjual emas fizikal…dikatakan emas menguntungkan dan mampu membayar sampai melebihi 100% keuntungan dalam 100hari…padahal emas naik pun setahun dalam 30% jer…giler ker ape..tp itulah melayu..memang suka skim begini..pentingkan diri sendiri dan sanggup menindas orang melayu sendiri..geram sangat…minta dikongsi maklumat lengkap sebegini..moga ramai yg tersedar dan ambil langkah awal..
sham
Orang kita memang suka cepat kaya..tapi ramai yang jadi cepat kayap sebab terlalu mempercayai skim sebegini. Pada awalnya memang ia membayar, orang terakhir hanya dapat habuk je. Ia pernah terjadi sebelum ini. Kenapa masih ingin masuk lubang yang sama? Itu yang saya pelik dengan orang kita ni. Dah pernah jatuh lubang, tetapi masih nak cuba masuk lagi lubang yang sama bukan nak mengelak.
Ruzaimy Ismail
Bagi saya sifat mahu cepat kaya ada pada semua orang, cuma yang paling baik ialah memilih sesuatu sumber pendapatan dan perniagaan yang memerlukan usaha untuk mendapatkannya. Tiada yang terlalu mudah dalam dunia ini, sebab itu Allah menyarankan setiap umat Islam sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Biarlah bersusah sedikit di peringkat awal tetapi akhirnya akan perolehi juga kejayaan. Tetapi hakikatnya cuma 5% sahaja manusia yang sanggup berusaha untuk mencapai kejayaan.
alsidi mohamad
tapi lagi pelik walaupun da keluar fatwa dikebanyakan negeri merokok tu haram hukumnya tapi masih juga dijual kpd umum.mudaratnya lagi hebat.ha ha.dunia dunia.pasal forex dan skim cepat kaya ramai perbahaskan knp tidak rokok?
Umno Suke Masjid
Saya dan bekas Guru Besar sebuah sekolah juga didatangi oleh seorang anak muda memberitahu tentang skim ini. Mmg tak syak lagi ia mirip skim cepat kaya pakman telo. Keluar modal tanpa usaha.
Wang masuk sehingga 2x ganda dalam masa seratus hari. Dengan alasan mereka memperdagangkan nilai mata wang euro dgn RM. Nak juga tunggu sebulan lagi. Guru Besar saya terpengaruh dan join. Dan saya belum lagi. Moga Allah lindungi saya dari riba’ yg sama statusnya dgn ARAK.
tanken ken
jakim kene buat and semak betul….ape hukum arak dijual merata2 kasino maksiat bini2 menteri x pakai tudung artis wanita berpakaian bogel aurat wanita islam malaysia hukum hudud mcm2 lagi yg x dipandang,,,saya paham niat murni tuan semua…..musabah diri
sham
JAKIM tak perlu semak hukum. Sememangnya dah ada dalam Al-Quran. Cuma kita yang alpa dan tidak mengambil kisah. Si suami, membiarkan isteri berpakaian menjolok mata dan tidak bertudung.Semua dosa tanpa sedar dapat kat suaminya. Sebagai orang Islam, menjadi tanggungjawab sendiri untuk menjaga dan menjauhkan diri daripada dosa dan perkara yang Haram.
Jika masih tetap nak bergelumang dengan dosa dan perkara haram. Ia terpulang kepada individu. Sebagai orang Islam, sudah terlepas tanggungjawab untuk menegur walaupun dalam hati. Itulah selemah-lemah iman. Bak kata orang, bila dah mati ” kubur sendiri-sendiri”. Apa yang dilakukan di dunia, sendiri tanggung la. Jika baik, baiklah di akhirat kelak. Jika buruk, buruk lah di akhirat kelak.
wafi
ahahaha
sebenarnya saya dah lama tau ni scam,,
tapi saya dah suruh kawan kt uk check address kensington road,,
awal2 diorang bg address office kt uk,,lah skali,,rupa ofis apa??
rumah terbiar jd address,,hahaha
memang skrang untung,,tapi wang riba and haram,,tahniah diorang bg makan untuk anak bini diorang,,kalau nak gambar tu,,saya boleh email kan,,harap2 ada lg
sham
Tuan wafi, kalau ada gambar “ofis” diorang tu lagi bagus. Mau kasih “basuh” cukup-cukup.
Hamba Allah
Minta Penjelasan kenyataan ini…….
Forex dalam hukum Islam
Published September 24, 2011 | By admin
Dalam bukunya Prof. Drs. Masjfuk Zuhdi yang berjudul MASAIL FIQHIYAH; Kapita Selecta Hukum Islam, diperoleh bahwa Forex (Perdagangan Valas) diperbolehkan dalam hukum islam. Perdagangan valuta asing timbul karena adanya perdagangan barang-barang kebutuhan/komoditi antar negara yang bersifat internasional. Perdagangan (Ekspor-Impor) ini tentu memerlukan alat bayar yaitu UANG yang masing-masing negara mempunyai ketentuan sendiri dan berbeda satu sama lainnya sesuai dengan penawaran dan permintaan diantara negara-negara tersebut sehingga timbul PERBANDINGAN NILAI MATA UANG antar negara.
Perbandingan nilai mata uang antar negara terkumpul dalam suatu BURSA atau PASAR yang bersifat internasional dan terikat dalam suatu kesepakatan bersama yang saling menguntungkan. Nilai mata uang suatu negara dengan negara lainnya ini berubah (berfluktuasi) setiap saat sesuai volume permintaan dan penawarannya. Adanya permintaan dan penawaran inilah yang menimbulkan transaksi mata uang. Yang secara nyata hanyalah tukar-menukar mata uang yang berbeda nilai.
Mas’ud TRANSAKSI VALAS dalam HUKUM ISLAM
1. Ada Ijab-Qobul: —> Ada perjanjian untuk memberi dan menerima • Penjual menyerahkan barang dan pembeli membayar tunai. • Ijab-Qobulnya dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan. • Pembeli dan penjual mempunyai wewenang penuh melaksanakan dan melakukan tindakan-tindakan hukum (dewasa dan berpikiran sehat)
2. Memenuhi syarat menjadi objek transaksi jual-beli yaitu: • Suci barangnya (bukan najis) • Dapat dimanfaatkan • Dapat diserahterimakan • Jelas barang dan harganya • Dijual (dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau kuasanya atas izin pemiliknya • Barang sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan. Perlu ditambahkan pendapat Muhammad Isa, bahwa jual beli saham itu diperbolehkan dalam agama.
“Jangan kamu membeli ikan dalam air, karena sesungguhnya jual beli yang demikian itu mengandung penipuan”. (Hadis Ahmad bin Hambal dan Al Baihaqi dari Ibnu)
Jual beli barang yang tidak di tempat transaksi diperbolehkan dengan syarat harus diterangkan sifat-sifatnya atau ciri-cirinya. Kemudian jika barang sesuai dengan keterangan penjual, maka sahlah jual belinya. Tetapi jika tidak sesuai maka pembeli mempunyai hak khiyar, artinya boleh meneruskan atau membatalkan jual belinya. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi riwayat Al Daraquthni dari Abu Hurairah:
Jual beli hasil tanam yang masih terpendam, seperti ketela, kentang, bawang dan sebagainya juga diperbolehkan, asal diberi contohnya, karena akan mengalami kesulitan atau kerugian jika harus mengeluarkan semua hasil tanaman yang terpendam untuk dijual.
Hal ini sesuai dengan kaidah hukum Islam:
Kesulitan itu menarik kemudahan. Demikian juga jual beli barang-barang yang telah terbungkus/tertutup, seperti makanan kalengan, LPG, dan sebagainya, asalkam diberi label yang menerangkan isinya. Vide Sabiq, op. cit. hal. 135. Mengenai teks kaidah hukum Islam tersebut di atas, vide Al Suyuthi, Al Ashbah wa al Nadzair, Mesir, Mustafa Muhammad, 1936 hal. 55.
Villa
Salam sejahtera semua sebelum saya memberitahu apa itu speedline saya ingin meminta maaf dahulu kalau saya mengeluarkan kata-kata tidak sesuai dan tidak senang didengari oleh masyarakat.Saya ceritakan Speedline ini sebenarnya bukan skim cepat kaya ia adalah duit kutu.Duit kutu ini sebenarnya tidak haram setiap agama masing-masing jadi kalo anda yang disana janganlah memandai membuat cerita Speedline ini haramlah lepas tu skim cepat kayalah,ini anda yang belum menyertai lagi sudah buat cerita bukan-bukan.Lain kali hati-hatilah yang anda diluar sana membuat komen siapa yang termakan cili tu dialah terasa pedasnya.Anda diluar sana mesti tertanya-tanya yang saya ni tahu ke pasal speedline.Tidak perlu risau saya sudah menyertainya saya mula-mula serba salah menyertainya.Saya laburkan pada mulanya 10 Euro(Rm50) dan saya dapat kembali duit pelaburan saya.Anda disana mesti anda mengatakan” alah baru Rm50 je labur memanglah dapat balik duit sebab nilainye rendah”tetapi biar pun nilainya rendah saya laburkan itu baru saya kawan saya pula 250 Euro(Rm1250).Dan sekarang kawan saya sudah dapat kembali duit yang dia labur.Kembalinya duit speedlinenya sekarang ini dia telah membeli kereta pertamanya bukannya kereta mewah pun kereta biasa-biasa je kereta Perodua Kancil.Janji ada kereta esok maju lagi speedline dia tukarlah kereta baru.Speedline mempunyai empat kategori silver,gold,platinum dan diamond.Saya menyertai bahagian silver dulu sebab waktu tu nak cuba.Kawan saya yang saya ceritakan tadi pulak menyertai platinum dia memang berani labur terus modal yang besar.Lihat cerita saya sebenarnya bukannya mengarut tetapi adalah benar.Jadi lain kali kalau nak buat cerita janganlah kaitkan dengan nama Tuhan.Ini sikit-sikit haramlah berdosalah ingat sebelum anda komen dan bercerita yang bukan-bukan mengenai Speedline ia bukannya duit skim cepat kaya ia duit kutu.Lagi satu memang speedline ini melalui internet kerana untuk transferkan duit anda melalui akaun bank kita. Cerita mengenai haram dan dosa sudahkah anda cerminkan diri anda itu dulu?Belum tentu and itu orang yang paling beriman dan baik di dunia ini.Fikir-fikirlah dahulu sebelum anda komen yang membuatkan fitnah.Sebelum saya menakhiri saya meminta maaf sekali lagi kalau saya komen yang boleh menyakitkan hati orang.Sekian Terima Kasih.
Villa
Hah..saya tertinggal lagi komen saya Speedline ni under Lesen dan Bank Negara United Kingdom.Goodluck siapa yang menyertai Speedline.Thanks.
sham
Dah jadi duit kutu pulak..(geleng kepala)
sham
Apa bukti speedline mempunyai lesen daripada bank uk? Bank apa? (geleng kepala)
sham
Artikel baru daripada UZAR berkenaan larangan pelaburan yang menjaminkan keuntungan.- http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/998-mengapa-tidak-boleh-pelaburan-menjamin-keuntungan.html
Villa
Ok saya akan cerita tentang Speedline ini ia ibarat kita main jual jongkong emas.Seterusnya saya berani cerita tentang Speedline ini kerana saya sudah merasainya ia main duit kutu ada faham.Saya menyertai Speedline ini di Hotel tiga bintang KL.Jejaka yang membawa saya mencerita tentang Speedline ini semuanya dia belanja menginap di hotel,makan dan minum.Saya dan kawan saya hanya tinggal untuk tidur,makan dan minum.Speedline ini menggunakan internet ini untuk kita lihat bonus kita dan transfer duit di akaun bank kita.Ia bukannya guna internet ni untuk mencari duit.Speedline bukan seperti switchcash.Speedline ibarat main duit kutu.Bila ada rakan menyertainya contoh nak main silver 10 euro(Rm50) anda ambil Rm50 tu duit dalam akaun Speedline kita tolak 10 Euro masuk ke akaun Speedline rakan kita tadi tu.Jadi ada faham……1 Malaysia…Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan…
Villa
Ia Speedline ini under Bank Negara United Kingdom dan Speedline ni pernah keluar dalam majalah Time,Forbes dan Reader’s Digest.Tetapi Speedline ni waktu keluar dalam majalah tidak terkenal sangat pun….Speedline ni dia macam rendah diri…..
Villa
Ya Speedline ini under lesen Bank Negara United Kingdom dan Speedline ni pernah keluar dalam majalah Time,Forbes dan Reader’s Digest.Tetapi Speedline ni waktu keluar dalam majalah tidak terkenal sangat pun….Speedline ni dia macam rendah diri…..
man
Alhamdulillah, syukur pada hadrat ilahi..perjalanan majlis perasmian Speedcash Visacard..telah menjadi kenyataan. Titik permulaan kpd satu dunia baru yg akan menjadi bukti kpd semua bahawa kita adalah wujud di dunia yg nyata. Kpd mereka yg ragu..sila teruskan keraguan anda..Kpd para speeders..sila teruskan kemajuan anda..smlm masih diawangan..hari ini adalah kenyataan..esok adalah kejayaan. . Stay with speed,Pay with Speed,Grow with Speed!! SpeedcashVisacard.
by Dato Aariz Ridzam
man
‘Ku Azmie Ku Baharom
Yang miskin iri pada yang kaya,yang gagal iri pada yang berhasil.Yang tak rupawan iri pada yang rupawan..Sungguh itu iri yang manusiawi.Namun ketika rasa iri menguasai hati,ia akan membenihkan penyakit bernama dengki.
Hari ini Pelancaran Speedcash Visacard mnjadi memori abadi..Terbukti Speedline bisa dpercayai..Yang dulu hp “cap kepala kambing” sekarang dah tukar Blackberry..Yang dulu kereta buruk dah tukar pakai Ferrari..Biarkan saja yang iri masih menari2.Bukan waktunya mau kita tanggapi..Visacard aja udah bikin mereka mati berdiri.Pengumuman Dato’ Harris nanti buat mereka ga angkat kepala lagi..Hehehehhehe…
man
Taiko Ntwk
Speedline-inc.com is hosted in United States, Orlando, FL. It is ranked 136,444 in the world by Alexa. It has a Pagerank of 0. Website has IP address 67.23.243.240. It’s reverse DNS is atlas.superdomainzone.com. Website has 5,130 visitors per day and monthly ad income of 616 USD.
The estimated value of Speedline-inc.com is 22,163 USD.
http://67.23.243.240/
67.23.243.240
man
INFO DARI SDRI : A.C. ARLINA HUSEN:
Speedcash akan menjadi mata uang elekronik baru di era baru ini. Pihak Speed Icon Asia telah mendapatkan persetujuan dari pihak VISA card, bahkan telah mendapatkan persetujuan untuk menerima Speedcash VISA card dari 33 bank di Indonesia yang sudah bekerja sama dengan VISA. Di Malaysia, Maybank sudah menerima Speedcash VISA sebagai e-kurensi baru abad ini.
Akan ada merchant2 besar bergabung dengan Speedcash, diantaranya :
*Speed Trader merupakan merchant pertama sbg Platform Trading Forex , ini adalah merchant yang tak mungkin rugi, kenapa demikian? Platform Trading memang tak akan pernah rugi karena dia mengambil fee dari setiap org yg trading, apakah trader itu untung atau rugi,platform tetap untung.
Apalagi speed trader, Platform milik Speed group sendiri , CI dari member sendiri, Indikator dan advisor milik sendiri, dan e-kurensi juga milik sendiri yaitu “Speedcash”
*Millenium Group, sudah bekerjasama dengan Speedgroup.
*SC FunClub online juga telah bersedia menggunakan speedcash sebagai mata uang elektroonik baru.
*Exchanger – contohnya TACO authorized
*masih akan ada banyak merchant2 besar bergabung dengan Speedline.
Harga Jual-Beli Euro dari Exchanger akan di standardkan, Exchanger akan menerima commision dari Speedcash.com sehingga nilai jual/beli Speedcash akan diseragamkan.
Limit tarikan Speedcash VISA perhari sampai maksimal USD. 25.000 artinya kita bahkan bisa beli tunai sebuah mobil mewah…. Mantabs ga?????!!!!!
Apalagi yang anda ragukan dari bisnis ini? mulai sekarang kerja keras , perbanyak Diamond anda mulai sekarang… Go Speed! Go Freedom!
moon
villa..cara kamu bercakap mnunjukkan kamu ingin mghalalkn perkara yg haram..sy seorg trader forex..forex byk khilaf..(tdk perlu sy terangkn knape sy seorg trader)tp ternyata speedline itu jelas haram..jaminan keuntungan adalah haram..dan speedline hanya rolling duet ahli sahaja..sbb speedline hanya 1 broker baru..(cap ayam)..dan die trade mggunakan EA(robot)..dan forex bkn ada jaminan 100% untung..so mne dpt keuntungan yg tetap utk ahli yg smakin rmai..ia masih baru…mnjadi sperti swisscash nnti..jika xpercaya kita tnggu dan lihat..(ramai la org kaya ats dunia ni klu skim mcm ni ada..kekeke)bkn senang nk senang..bkn susah nk susah…
sham
Terpulanglah..
Persoalan…
1. UK tiada bank negara! UK terdiri daripada 3 negara iaitu England, Wales dan Scotland. Jadi jangan nak bohong cakap lesen daripada Negara UK. Sebab memang takde Bank Negara United Kingdom. Setiap negara tu ada bank pusat yang tersendiri,
2. Jika Speedline keluar di forbes, reader digest or what ever. Kenapa tiada berita mengenainya? Kalau ada boleh tunjukkan?
3. komen Villa – Speedline ibarat main duit kutu.Bila ada rakan menyertainya contoh nak main silver 10 euro(Rm50) anda ambil Rm50 tu duit dalam akaun Speedline kita tolak 10 Euro masuk ke akaun Speedline rakan kita tadi tu..
Komen saya: Samalah dengan swisscash dulu, agent ambik duit daripada orang masuk. Kemudian bagi la kredit dalam sistem.
4. Advertorial Majalah bukan betul pun. Dalam majalah dan akhbar ada advertorial, ia dibeli oleh pengiklan dan diolah seolah olah berita. Inilah yang dilakukan oleh pelbagai skim yang terkenal di Malaysia dulu macam Mobile Income & Gang. Jangan terkeliru dengan advertorial dengan berita yang ada dalam akhbar.
5. Jika ada sumber rujukan tentang semua dakwaan “speeders” tentang pelancaran,keratan majalah & etc. Jika tidak, ia seolah olah kosong tidak bukti yang boleh membuktikan speedline ini adalah satu pelaburan yang tidak menyalahi undang-undang dan bukan skim cepat kaya.
pemerhati
salam semua…drp pemerhatian sya terhadap speedline ni…banyak keraguan yg timbul…yg boleh dipersoalkan…tuan2 boleh rujuk di sini http://speedlineinc.info/live/
…tq
sham
Wah…Di Indonesia ia sudah didedahkan. Orang Malaysia bila nak sedar. Terima kasih Pemerhati diatas pendedahan situs dari indonesia ini.
awang
speedline dan forex tuh asas nya sama, memperdagangkan matawang serata dunia. tapi saya ada mendapat maklumat bahawa speedline nih menjalankan trading spot gold. memang lah gold susah nk turun malah sentiasa naik. hasil keuntungan tersebut di beri kepada peserta yang join.
Villa
ok sham dan moon saya tak kisah apa lagi kamu nak menyatakan mengenai Speedline sama ada benar atau tidak terpulang kepada kamu.Ok moon saya bukan nak cakap menghalalkan speedline ni tidak…!Ok moon saya nak cakap Amanah Saham tu halal ke haram?sila jawap…Sham pulak pasal bank negara United Kingdom tak perlu risau saya pernah berhijrah di White Hart Lane England….jadi saya tahulah….
Villa
Ok sham dan moon saya tak kisah apa lagi kamu nak menyatakan mengenai Speedline sama ada benar atau tidak terpulang kepada kamu.Ok moon saya bukan nak cakap pasal nak menghalalkan speedline ni tidak…!Ok moon saya nak cakap Amanah Saham tu halal ke haram?sila jawap…Sham pulak pasal bank negara United Kingdom tak perlu risau saya pernah berhijrah di White Hart Lane England….jadi saya tahulah….mengenai bank ini..tapi itu saya tak kisah yang saya selalu lihat sijil pendaftaran Speedline ini dari Company United Kingdom(Companies House).Benda Speedline ni bukannya masih awal di Indonesia dan United Kingdom sudah tersebar luas…macam Switchcash main labur besar jadi kamu sanggup ke……itulah kamu tuduh Speedline ni sama dgn switchcash….Speedline sebenarnya banyak lagi perbezaan…..berbanding switchcash…..
sham
kalau ikut alamat pun.. canary wharf,level 18,40 bank street,london
Ia adalah virtual office – http://www.servcorp.co.uk/serviced-virtual-offices/uk/london/40-bank-street-canary-wharf.html
phoenix
makin lama, makin menarik ikuti..
kadang2 rakyat mlaysia terlalu pkir dgn cara senang nk dptkn duit, tp at last, akn terlentang jgk… better choose MLM dr SKIM CEPAT KAYA..
budi
Go Speedline.. Kami percaya speedline bukan scam.. jangan percaya pada bapak david Henra kerna dia telah di sahkan culprit oleh speedline kerana telah mencuri duit dari downlinenya…ternyata dia kecewa dan mula mencipta cerita yang bukan2 tentang speedline….
mannZ
speedline berdaftar ngn UK… yg arif sila beri pandangan
http://www.dreamteammoney.com/index.php?showtopic=121708
PAKDIN
jgn jatuhkn hukuman sblom tau ujung pangkal ssuatu perkara…siasat pon blom nikan plak nk jatuh hukum kt tmpt org plak 2….tanya diri sndri ari2 dpt rzki halal ka x?adakah pkerjaan yg kita wat 2 btoi2 halal?adakah org yg tulis 2 wat kja yg btol2 ikhlas n amanah utk pkerjaan dia?kalu dia xda dlm golongan ni jgn harap nk ckp tntg rzki org lain…kalu slalu ckp kt org tntg manis n jnji kosong ja adakah itu x mragukan?kalu nk wat bisnes CRITA LA SKALI DGN RISIKONYA baru btoi cari rzki ke arah jln yg benar…..kalu rasa diri sndri pon wat loan dgn bank,adakah rzki anda HALAL?HALALKAH rzki kita 2?anda tak rasa ka yg anda adalah slh sorg yg mnyokong perbuatan RIBA?mungkin anda blom cukup terer utk mentafsirkn ssuatu pkara…….kalu anda ada wat pelaburan dlm amanah saham,adakah anda siasat kemana duit 2 d laburkan?ke tmpt HALAL tau ke tmpt HARAM?cuba anda siasat dulu n baru anda dpt jawapan,kalu stakat dengar org itu ckp n org ini gi tau sy rasa lbh baik anda siasat diri anda dulu….sy rasa something wrong tntg diri anda…..hanya tuhan saja yg layak jatuhkn hukuman tntg halal n haram……manusia ni hanya pandai mereka bmcm2 alasan utk bagi org lain pcaya dgn crita mereka…….persoalannya skrg adakah pkerjaan yg anda buat 2 BETOL2 HALAL N BERKAT?
PAKDIN
patut la awk ckp tntg speedline psl kt alam ghaib awk mmg xda yg wat mcm speedline wat…..
Rafeal Van Der Vaart
Lebih baik usaha sendiri mencari duit dan rezeki hasil titik peluh kita…….Dan Tuhan akan menghargai kita….
sham
Pak Din – Saya dah merujuk Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) tentang skim ini. Menurut beliau ia jelas riba apabila menjanjikan pulanggan sedemikian. Apabila ia jelas riba, pastinya ia diharamkan untuk umat islam terlibat dengan skim sedemikian.
Saya memang berusaha untuk menjauhi perkara yang haram dan shubhah. Ya.Saya meminjam tetapi menerusi perbankan islam. Saya juga melabur dalam saham yang syariah complience. Ia mempunyai penasihat syariah yang menjaga agar hasil keuntungan diperolehi daripada sumber yang halal dan dibolehkan dalam islam.Saya tidak menyokong amalan riba dan cuba untuk menjauhinya. Pinjaman saya sekarang pun hanya melibatkan pinjaman kenderaan dan pindidikan. Saya tidak ada hutang lain lagi setakat ini.
Pak Din, Allah dan menerang halal dan haram di dalam Al-Quran dan Hadis. Jika tidak jelas, kita ada ulamak dan pakar yang boleh membimbing berkenaan halal dan haram. Masalahnya ramai yang mengabaikannya. Berkenaan dengan hukum, saya merujuk kepada pihak ketiga.
Rezeki yang saya dapat adalah daripada hasil yang halal. Tentang keberkatan, ia adalah hak Allah. Hanya Allah yang menentukan keberkatan sesuatu rezeki. Dan saya sedaya upaya untuk mendapatkan keberkatan daripada-Nya.
Berkenaan alam ghaib yang itu, pula rasanya ia adalah berkenaan dengan kajian dan penulisan saya tentang keajaiban sedekah,zakat dan amalan amalan yang disarankan dalam Islam agar dimurahkan rezeki dalam ebook formula tarik duit. Pak din boleh membaca salah satu bab dalam ebook berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rumusan.
sham
Sedikit update, berdasarkan nama syarikat yang berdaftar dengan UK Company House..Ada syarikat yang mempunyai nama yang sama dengan Speedline ini. Saya tidak pasti sama ia adalah syarikat yang sama kerana ada banyak syarikat di UK yang mempunyai nama Speedline. Namun, alamatnya berbeza daripada yang didaftarkan.
Mengikut alamat di laman web speedline, ia adalah sebuah serviced office atau virtual office sahaja. Jadi agak tidak logik untuk syarikat pelaburan hanya mengunakan sebuah pejabat servis atau pejabat maya untuk mengurus “pelaburan” daripada seluruh dunia.
Setakat ini saya tidak menemui sebarang perbincangan tentang speedline ini di forum-forum di UK,US atau negara lain selain daripada Indonesia dan Malaysia sahaja. Ini menambahkan lagi keraguan saya.
mannZ
tlg beri pandangan skit…. https://www.facebook.com/photo.php?v=266796703351677
dahtertipupadanmuka
speedline ke ..ape ke..tapi tidak mempunyai kelulusan suruhanjaya komunikasi,pengesahan bank negara serta pendaftaran syarikat asing malaysia. org bodoh je x bleh berfikir. mula sikit lepas tu gadai apa ada. dah xde apa nanti …haaa baru meraung..terjun bangunan..mintak tolong sana-sini. wahai insan jika x boleh terima teguran atau nasihat. hanyut la dikau… tanpa arah tujuan. begitu juga bila bicara agama, ada guru, perujuk, penasihat dan ulamak. fikir2 kan lah wahai insan…. bkan nak kata pandai. tapi wadah dalam ini cuma membuka minda, berfikir untuk menhidar rakan2 supaya tidak taksub.
sham
Tentang video di facebook tu. ia tak jelas sangat. Saya cuma rasa agak pelik, ia dilancarkan oleh orang Malaysia, bukan “mat salleh”. Ia adalah syarikat UK, pastinya ia akan dilancarkan oleh board of director syarikat berkenaan. Adakah orang malaysia menjadi board of director syarikat ini?
Nasihat saya agar berhati hati sebab banyak kes pelbagai skim sebelum ini ada melibatkan orang berpangkat. Kalau cakap undang2, banyak lagi isu boleh dipertikai seperti lesen dari bank negara, kpdnkk dan sebagainya. Sebabnya ia mengambil deposit daripada orang ramai. Pastinya ia memerlukan kelulusan daripada bank pusat dari negara yang berkenaan.
bobby falcao
yg penting saya dah dapat modal saya…….law pun bisnes nie tpu x pa laaa……
mannZ
hmmm. …terima kasih atas pandangan semua…. saya baru sahaja masuk pelaburan nih pakej Diamond, RM2500… sekadar cuba nasib…. kalo Allah berkati, adalah rezeki, kalo Allah x berkati, saya redha….. Duit ni bukan hak kita, kita hanya pinjam dariNya….. Cuma minta petunjuk dariNya agar x tersesat…… 🙂
megat panji alam
salam…
utk brdebat mengenai isu haram dan halal pd zaman ini adalah amat sukar skali.dgn kemajuan teknologi yg ada skrg,byk yg halal telah brcampur dgn yg haram.maksud sy, lihat sj pada perbankan islam…adakah ianya 100% halal disisi agama?mungkin perancangan diatas kertas ianya halal dan betul.ttp dr segi perlaksanaannya adakah 100% diikuti?adakah kita smua nmpk perjalanan itu semua?kalau kt lihat cr pelaksanaan adalah lbh krg sama dgn conventional.cm dari segi ayat dan perkataan dlm perjanjian jual beli shj diubah.contohnya..utk conventional disebut INTEREST, utk perbankan islam disebut KEUNTUNGAN.dan adakah segala keuntungan drp perbankan islam dilaburkan didlm pelaburan yg halal?yg kita lihat skrg,lbh dr 50% bank dimalaysia dimiliki oleh org bkn islam.cm CEO nya sj org islam.itupun disebabkan oleh syarat kerajaan.kalau tidak dah pasti 100% org diatas ialah org bkn islam.mengenai pendapatan cukai negara plk…adakah pendapatan cukai negara 100% drp sumber yg halal?bagaimana dgn cukai kerajaan yg dibyr oleh syarikat2 spt genting (jlnkan perniagaan perjudian),sports TOTO, ladang2 tenakan babi yg dijlnkan oleh org bkn islam dan byk lg.kemanakah duit tu semua pergi?yg pasti mesti telah bercampur aduk dgn hasil2 cukai lain yg halal.dgn hasil cukai itu jg lah kerajaan membantu rakyat, membuat pembangunan dan melabur diluar negara utk menambah lg pendapatan negara.jd adakah kita pasti 100% yg duit yg kerajaan belanjakan utk rakyat adalah 100% halal?bg sy,jika kt btl2 nak selidik ttg halal dan haram byk lg yg blh kita persoalkan.bkn hanya skim pelaburan yg ada skrg.kalau yg diatas sudah tidak betul apatah lg yg dibwh.jgn hnya mghukum yg dibwh sdgkan yg diatas ber maharajalela melakukan perkara yg tidak btl.
diakhir kata,sy memohon maaf sekiranya pendapat sy ini menyebabkan ketidakpuas hati pd ssetengah pihak.sy hanya meluahkan pendapat sy sbg warganegara yg sah.
sekian….wassalam…..
speedline members
Bukan kah Allah S.W.T menyuruh kita berusaha….adakah kita berusaha selama ini… jika ahli speedline mendapat rezeki itu namanya usaha… kalo ssaudara admin menjual e-book alam gahib itu nama usaha bukan…. rezeki2 ini ade bermacam-macam bentuk dan sumber rezeki didalam islam dihadis kan oleh baginda adalah 9/10 dr sumber rezeki adalah dr perniagaan… so dalam speedline sendiri adalah bentuk perniagaan dan dtg sumber tersebut daripada perniagaan matawang… saya sudah baca tulisan dari USZAR dengan mengatakan speedline ini adalah haram… tetapi sedarkah apabila beliau membuat sesuatu ulasan ia boleh menjatuhkan maruah dan reputasi kerana selama beliau berkhidmat di dalam perkhidmatan bank berapa banyak duit hasil dr riba yang telah menguntungkan pihak bank… adakah beliau tahu dr mana sumber kewangan bank islam selama ini datang dan kemana kah arah tuju dagangan yg dibawa untuk mencapai keuntungan… adakah selama ini org islam yg berkerja di dalam sektor perbankan memakan duit dr hasil riba…
sokong speedline
daripada menjual e-book yg mempengaruhi supaya org ramai membeli tetapi didalam nya isi nya sampah… baik duit tu sedekah dkt anak yatim… lagi bagus bro…tetapi inilah org melayu apabila melihat bangsa sendiri menapak maju dlm suatu perusahaan ada je yg mengaitkan ttg agama ecspecially dalam bab halal n haram… sedih melihat bangsa sendiri.. BARU NAK MENAPAK DAH KENA PANGKAH…. BAGI ADMIN WEB INI ANDA SENDIRI PEMUSNAH BANGSA ANDA SENDIRI.. SO FIKIR2 LA UNTUK MEMAJUKAN BANGSA BUKAN UTK MENJATUHKAN BANGSA SENDIRI….
sokong speedline
kalo anda solution untuk membantu bangsa anda menjadi kaya sila post kandungan formula e-book anda dalam web ini…
pokmejutawe
kalau ada sesape yg ragux, sila daftar percuma dulu dan join diamond, pasti rm75 sehari diperolehi setiap hari selama 100 hari. kalau nak table talk ke apax ke, yg xpuashati cepatx kolingx lah jgn malu dan jgn segan.
sham
hasil jualan ebook tu memang saya tak ambik pun. Ia digunakan untuk beli buku buku untuk sebuah maahad tahfiz berdekatan dengan rumah saya. Memang itu tujuan ebook itu ditulis sebelum ini.
Apa kena mengena dengan bangsa pula ni.. speedline bisnes orang melayu kah? Jika nak melabur,terpulang lah. Itu duit anda. Pasal soal halal haram tu, terpulang kepada diri sebab nanti sendiri yang tanggung. Saya tetap dengan pendirian saya pasal skim sebegini.
Nak suruh saya melabur jugak? Sorry la ye. Saya tidak melaburkan dalam skim yang saya ragui. Bagi saya ia bukan balik modal atau tak. Tapi persoalan tentang adakah ia halal? Hasilnya untuk diberikan kepada anak isteri.
sham
Sekali lagi bacalah – http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/998-mengapa-tidak-boleh-pelaburan-menjamin-keuntungan.html
Din79
bagi saya dlm keadaan barang yang semakin naik ,minyak dan sebagainya adakah ada penyelesaiannya tentunya tidak tetapi speedline memberi kita peluang menambah pendapatan melalui pelaburan forex. klu awak nak tahu george soros menghasilkan duit melalui forex dlm sehari dia bole dapat 1bilion kita hanya mengambil peluan saje.
dahkenabarupadanmuka
suka hatilah, duit anda nak buat pe pun kira luuu..sukak la kan. tapi kalau dah kena jangan nak melalak sana sini,lpas tu minta orang bantu udah, kira jgan nyusahkan org la kan. skrg pun bkan menyusah kan sesape pun nak labur, duit kite kan…. trlabur byak bdan sendiri yang tanggung, trlabur sikit diri juga menangung. teramik duit downline yg x dapat lagi sbb suma dah lari. hhhhaaaaaaaa itu lu sama keluarga tanggung dia cari. jgan mara aaaaaaaa…. fikir-fikirkan, taksub melabur merana badan. tamak wang ringgit Allah bala kan, usaha meragukan disusahkan. jadi fikirkan..dan tahu jgn nafikan..buat x tahu.. pandai la kan.
d'bunga
pokmejutawe sekrang di mana?? nk share about speed with u la… if u dont mind
Shamjb
Speedlineforall ini adalah scam;
1. Yakin dan pasti semua member tidak didaftar dengan Speedline-Inc ( broker sah untuk forex trade terminal ) .Semua trader pasti tahu dokumen apa yang diperlukan
(NRIC , Pasport & Bil api/air dsb).Bukan senang nak daftar , ini semua utk mengelakkan dari pengubahan wang haram. Tapi Speedline VERSI Malaysia & Indonesia ini sangat mudah pendaftarannya. Siap boleh tunggang=terbalikkan NRIC bagi akaun bawah..Hairan.
2. Tiada siapa berani tunjukkan transfer wang ke LR secara live. Aku seorang trader forex boleh tunjuk withdraw dgn cepat dari Marketiva ke akauan LR dlm beberapa minit. Kenapa Versi Malaysia & Indonesia tidak boleh?E-wallet currency palsu . Euro konon. Itu hanya paparan pada user akaun yang sebenarnya palsu!
3. Aku cukup seronok bila SPEEDLINE-INC lancarkan debit card VISA. Dah tentu punya ahli2 ini tidak akan dapat sebab pendaftarannya palsu. Tunggu dan lihat. Percaya tidak aku boleh dapat Debit Card tanpa join program ini. Aku daftar direct ke speedline-inc sebagai trader.
CUKUPLAH SETAKAT INI. SIAPA YANG DAH BOLEH WITHDRAW KONONNYA,CEPAT PERGI TUKAR . TOLAK EURO (Tiada nilai) pada upline anda dan ambil RINGGIT (Bernilai) sebelum terlambat. Kalau boleh hari2 withdraw.
Sekian
sham
Din79, ada banyak bisnes yang tidak meragukan boleh dilakukan. Malah saya lebih respek kat budak2 yang jual burger di tepi jalan tu. Sebab mereka berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Kalau bagi alasan harga barang sekarang ini semakin naik. Ia adalah alasan lemah untuk menghalalkan cara. Boleh katakan ia tidak boleh dipakai langsung apabila ia melibatkan perkara yang haram. Sebabnya kita ada pilihan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Duit senang dapat, senang pula habis. Sama juga kalau mereka berjudi, boleh juga beri alasan harga barang naik sebab tu berjudi. Bila menang, boleh la tanggung perbelanjaan. Kalau kalah, habuk pun takde.
Sama juga dalam hal ini. Memperjudikan duit untuk menerima “dividen” yang tidak pasti dan bergantung kepada penganjur. Semua dok mengharapkan sistem mereka yang sudah pasti boleh dieksploitasi. Pelabur tiada ada kawalan.
Shamjb
Sahabat sekelian untuk pertanyaan tentang program ini boleh utarakan . Akan ulaskan sedaya mampu secara teknikal. Demi kebaikan semua.Tidak mahu ada sahabat yang lari dari downline yang menuntut hutang atas pengenalan program ini kepada mereka. Akui usaha anda murni mahu mengubah nasib keluarga dan sahabat sayangnya tanpa usul periksa anda diperalatkan/ditipu.
Sekian
Din79
gua tak mintak duit pada mak lu dahkenabarupadanmuka..gua buat gua tanggung gua cuma bg pendpat klu lu x nak ikut jangan melalak selama nie orang masuk swish cash takde melalak atau minta bantuan.
megat panji alam
“BERANI BUAT..BERANI TANGGUNG”. jd tiada guna nak brtelingkah sesama bangsa kita.dah lumrah dunia,ada yg setuju dan ada yg bangkang.pada yg dah sertai pelaburan tu mungkin mrk dah dpt hasilnya dan pd yg tak sertai mrk mengatakan smua ini tipu dan x mendatangkan hasil pun.bangsa lain tersenyum lebar melihat bangsa melayu bertelingkah sesama sndiri.jd pd saya tak perlulah kita bertikam lidah sesama sndiri.pada yg tak setuju ckuplah dengan nasihat yg anda bg selama ini dan pd yg setuju, semoga berjaya dgn apa yg anda usahakan.masa akn menentukan segalanya.siapa yg benar dan siapa yg salah hanya Allah SWT yg mengetahuinya.
Ringgoz
Citernye senang je… mamat nie nk promote barang dia.. pastu nk buat jalan pintas nk kaya mencantas ahli2 speedline… cehhh buatlah cara lain derrr… ape2 jenis pelaburan pun ada risk.. so terpualang pada org itu sendiri, risk yg macam mana dipilih… kalau yg jenis high risk nah ini adalah yg terbaik untuk mereka… kalau yg xnk risk letak je dlm ASB senyap2 takyah nk kacau org lain…. sofar xde sape lg complain tak dpt duit dlm speedline nie… alhamdulillah sume dah dpt hasil pelaburan mereka…. biz is biz…
fuad don
Saya sokong sgt Megat Panji Alam … buang karen je nak tarbiyah org… kalau yang tarbiyah tu pun 2 KALI 5.. hehe
sham
Nak melabur tu adalah hak individu… terpulang pada diri. Namun, carilah saluran yang betul dan sah.
suria
sham jb…
terima kasih atas maklumat maklumat yang diberikan, ia banyak membantu saya dan rakan rakan dalam membuat keputusan. kami terkena banyak ketika menyertai pelaburan internet suatu masa dahulu seperti arabic, ea index, smart index dan bermacam macam lagi. Kerana terlalu ghairah dan kurang ilmu pengetahuan dalam bidang pelaburan menyebabkan kami memilih jalan mudah dengan hanya melihat keuntungan setiap hari di dalam komputer. Pelik betul waktu itu tak tau siapa owner syarikat, apa yang dilaburkan, siapa yang menguruskan yang penting duit tiap tiap hari masyuk… sekarang ini ada product iaitu robot tapi tak berapa jelas pulak dalam beberapa perkara tapi u dah terangkan sekarang baru lah faham seket….
thanks to sham admin as well>>>
ratusyahadah
me withdraw from speedline ke LR bole je dapat~!
anti skim
salam kepada admin, tahniah atas usaha anda, teruskan berjuang memerangi skim cepat kaya.
ngalabu
Tuan Sham. saya tidak meragui niat tuan untuk memberi nasihat kepada pelabur speedline. Cuma yang tidak bagusnya tuan menggunakan tajuk speedline yang sudah pasti akan dilihat oleh ramai orang dan pada masa yg sama dan diruangan yang sama tuan mempromosi jualan tuan seolah-olah tuan cuba menjatuhkan org lain dgn harapan orang itu akan pergi ke tempat tuan. Macam contoh pemuda a, memburuk-burukan pemuda b di hadapan bapa gadis cantik dengan harapan bapa gadis itu akan mengambil pemuda a sebagai menantu. maaf tuan ini sekadar pandangan.
sham
ngalabu, saya bukan jenis yang suka berkias kias. Straight to the point je.. Ini adalah review skim speedline, nak guna nama lain kah? Bukanlah itulah namanya skim ini. Jangan risau, review skim skim lain akan menyusul
Kalau cakap nak promosi produk saya ke apa? Ia terpulang pada individu menilai. Kalau mereka yang tak sukakan saya, mereka tidak akan membeli pun. Daripada awal blog ini pun,inilah matlamat blog ini. Review. Jika fakta salah, boleh memperbetulkan saya. Review yang dilakukan biasanya berdasarkan kajian dan mempunyai hujah yang tersendiri yang menyebabkan saya menulis sedekian. Jika ada kesalahan fakta, saya akan memperbetulkannya.
Speedline bukan satu satunya skim yang saya tulis review mengenaikan. Sudah banyak skim-skim sebelum telah direview dan ada diantaranya telah terkubur. Gerakan anti skim cepat kaya telah kami mulakan sejak tahun 2006 lagi. Ia tidak akan berhenti kerana skim-skim cepat kaya akan sendiri mengalami evolusi dan mengunakan pelbagai kaedah pemasaran yang meragukan dan juga sangat halus.
Biasanya skim-skim cepat kaya mensasarkan head hunting, iaitu keuntung berdasarkan lebih ramai orang menyertainya lebih untung mereka akan jadi. Andainya speedline benar-benar boleh sustain dan kuat tanpa kemasukan ahli baru, ia akan terus survive. Tapi ia bergantung kepada pencarian ahli baru, ia akan terkubur. Inilah realiti sebenar skim cepat kaya. Sebabnya mereka mengunakan wang kemasukan ahli baru untuk membiayai mereka yang mula mula masuk. Jadi “upline” akan menikmati keuntungan. Downline yang baru join, tidak akan mendapat apa apa.
Lagi satu sebagai umat Islam, kita terikat dengan hukum-hukum yang menjadi tembok pemisah diantara kewangan islam dan kewangan orang yahudi dan kafir. Pulangan yang diperolehi mestilah bebas daripada perkara yang meragukan dan perkara yang membawa kepada riba. Jika ahli “speeders”, cakap mereka dibayar. Tapi persoalannya bagaimana pula hukum berkenaan kewangan islam. Umat islam sudah diberikan petunjuk, jauhi perkara yang syubhah atau diragui statusnya. Apatah lagi skim yang ditawarkan bertentangan dengan islam dan cenderung kepada amalan riba. Anda boleh bacanya di blog Ustaz Zaharuddin kerana ia sudah diterangkan dengan jelas.
Inilah yang saya tampilkan. Malah banyak MLM yang ada di Malaysia hari ini tidak patuh syariah.
Penulisan saya ini adalah berdasarkan kajian saya. Terpulang kepada individu samada untuk menerimanya atau tidak. Anda juga boleh menyanggah semua hujah saya ini. Ada juga yang mula melakukan serangan peribadi. Saya approve semua komen sebab anda juga berhak untuk menyatakan pendapat anda walaupun ia berbentuk serangan peribadi.
fuad don
Betul tu Ngalabu, Sham ni seolah olah mencurah kan pasir ke dalam periuk/bisnes org lain yg selama ini menikmati pulangan dari pelaburan Speedline… adakah Sham ni pernah di tipu oleh Speedline atau pun sekadar ‘busuk hati’ atas kejayaan Speedline, kerana beliau sendiri ada mencanangkan buku2 yang mempromosi kaedah perniagaan Internet seperti Affiliate dan Sponsor/Leader dan sebagai nye…
Jangan sampai orang cakap beliau seperti ‘cakap tak serupa bikin’.
ngalabu
Terima kasih Tuan Sham, kerana respon komen saya dengan hati terbuka. Pandangan saya, jikalau tuan sham mahu menasihatkan pelabur atau ingin mendedahkan ‘keburukan’ speedline terpulanglah tetapi dalam blog atau ruangan itu janganlah mempromosikan barangan sendiri. Sebab dalam kejujuran ada niat lain yang tersembunyi. Maafkan saya kalau salah. Berkaitan Ustaz Zaharuddin terus terang saya adalah salah seorang peminatnya, saya selalu membaca dan mendengar kupasan dan huraian daripada beliau baik melalui akhbar atau blog . Persoalannya ada lagi ulama lain yang bercanggah pendapat dengan beliau. Saya juga difahamkan Ustaz Zaharuddin bekerja di salah sebuah bank terkemuka di Malaysia sebagai penal syariah, kalau tak silap saya bank tersebut memang ternyata mengamalkan riba mengikut pandangan beliau sendiri.( mohon maaf jikalau saya tersalah ).
sham
Terdapat perbezaan diantara “pelaburan” dan juga “perniagaan”.. Boleh rujuk Artikel ini:
http://www.wangcyber.com/article/pelaburan-vs-perniagaan-internet/
Mohon baca dari awal sampai habis artikel tersebut.
sham
Ustaz Zaharuddin pernah berkhidmat sebagai penasihat syariah untuk RHB Islamik Bank. Bukan bank konvensional yang mengamalkan riba. Sekarang beliau adalah pensyarah di UIAM. Saya tidak pasti daripada tuan ngalabu mendapat maklumat beliau berkhidmat di bank mengamalkan riba tu. Hanya dalam beberapa isu yang bercanggah pendapat.Namun, Beliau biasanya menampilkan hujah yang dengan sumber-sumbernya pendapatnya. Antara isunya ialah berkenaan dengan forex, namun ia sudah jelas apabila Muzakarah JAKIM diadakan dan dirumuskan hukumnya. Perbezaan pendapat dalam penentuan hukum adalah perkara biasa sebab terdapat banyak nas dan hadis yang berlainan dirujuk. Ia boleh diselesaikan selepas Muzakarah samada di peringkat dalam negara ataupun luar negara.
Berkenaan ruang berlainan untuk promosikan produk sendiri dan review, diasingkan. Bagi saya, ia tidak praktikal untuk saya. Selain review, terdapat juga perkongsian lain yang dikongsikan dalam blog ini. Apa yang anda rasakan ia baik, anda boleh ambil. Kalau rasakan ia tidak baik, jangan ambil.
Jualan Ebook Formula Tarik Duit itu bukan untuk kegunaan peribadi.100% jualannya digunakan untuk membeli buku-buku untuk maahad tahfiz kat area rumah saya.
Yang lain seperti Ebook Seni Adwords digunakan utk research dan juga blog maintainance.Blog ini bukan blog percuma, namun ilmu dan perkongsian daripadanya adalah percuma.
zul anuar
terpulang kpd individu untuk memberi pendapat masing2..
hamba allah
salam semua,
minta maaf izinkan saya beri rumusan pada topik ini. saya telah pun berjumpa dengan ketua operasi speedline ini yg namanya saya tidak mahu sebutkan. saya berpura2 tidak tahu menahu langsung tentang pelaburan forex dsb. maka dia pun menunjukkan contoh pelaburan (staement) pada saya dan memberi penerangan dan ternyata menipu (scam) . Juga tiada body regulatory yg mengawal selia organisasi itu (seperti FSA di UK atau NFA jika di USA). saya adalah bekas pegawai bank dan juga sekarang saya terlibat dlm perniagaan bursa suq-alsila yg syariah compliance. jadi saya harap info saya dan pandangan saya diambil perhatian dan pertimbangan. sekian terima kasih.
sham
Hamba Allah, terima kasih diatas maklumat.
PENGUATKUASA
Harap sesiapa yang involved in money game matters jangan terlalu cakap macam hero. Di sini saya ingin menegaskan bahawa skim2 seperti ini semua bakal menjadi perosak kaum Melayu. Cina2 jarang join. yang ramai hanya Melayu. dalangnya Cina dan menggunakan penyamun2 melayu utk buat kerja utk mereka. Lazimnya kepala2 leader semua dah tahu arah tuju syt. pastinya tak akan pergi jauh. Kalau betul sebegini, seluruh dunia manusia tak perlu kerja. Jangan jadi Melayu bahalol yang menjahanamkan org Melayu dan mengkayakan Cina2 lahanat ni semua. Lepas ni ramai org Melayu yang akan merana.
Buat lah duit puas2. Duit dah lah haram tak mengapa lagi. Ini sengaja mencari kesempatan ke atas org melayu. pancing dgn wang kecil. Cina2 ni semua dah tahu melayu tamak dan kemudian akan masuk dgn jumlah yang besar kerana telah mula seronok dgn duit pancing yang kecil tadi.
lihat ini :
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=104&pg=457&ac=551&lang=bm
iTU PETIKAN DARI LAMAN RASMI bANK NEGARA. Byk lagi undang2 lain.
Kamu semua dah gila? mana ada pelaburan yang memberi pulangan sebegitu. Ini semua perancangan cina2.
Kena faham, tak kira lah haram atau halal. atau syt dari oversea ke apa ke. Lain negara ada lain law. memang betul hari ni mereka bayar. kami boleh gerenti program seperti ini akan berjalan hanya 6 bulan.
SETIAP SYT ATAU INDIVIDU YANG MEMPROMOSI ATAU MENJALANKAN PROGRAM ORANG CARI ORANG PERLU MENDAPAT LESEN DARI KPDNKK. TIADA ISTILAH ECOMMERCE DAH DI MALAYSIA APABILA CONCEPTNYA MELIBATKAN ORG CARI ORG.
APABILA APA2 PELABURAN YANG MENJANJIKAN PULANGAN YANG TIDAK MMENASABAH ADALAH HARAM DI SISI BANK NEGARA.
APABILA MENERIMA WANG TANPA SEBARANG PERKHIDMATAN ATAU PRODUK TETAPI HANYA MENJANJIKAN PULANGAN TANPA MEMBUAT APA2 USAHA, BUKAN SAHAJA HARAM DI SISI ISLAM TETAPI JUGA PERLU MENDAPAT LESEN PENGAMBILAN DEPOSIT DARI BANK NEGARA.
KAMI BUKAN DENGKI. SILAP TU SEMUA. KAMI CUMA PRIHATIN TERHADAP ORANG MELAYU YANG BANYAK TERTIPU.
TIADA SIAPA YANG NAK DENGKI DGN APA YANG KAMU SEMUA ADA. MAKAN DI HOTEL? TINGGAL DI HOTEL? TAK ADA ORG NAK HERAN. JIKA KAMU BARU NAK PAKAI MERC ATAU BMW, DAH RAMAI ORANG DAH PAKAI MERC DAN BMW DI LUAR TAPI TAK LAH JAKUN MACAM KAMU SEMUA.
tengok gambar utube ini:
http://www.youtube.com/watch?v=vfwOdKAPeII
Mereka agung2 kan sgt dapat makan free di One world hotel. Class lah agaknya. tak ubah macam orang yang tak pernah masuk hotel. Buat malu orang Melayu aje. tengok sikit kiri kana depan belakang. Tak ubah macam org sakai masuk hotel. Menunjukkan sikap macam orang tak pernah masuk hotel. class lah ye? Orang lain jeles lah ya. Kesian kami lihat kamu semua. Dah lah makan duit haram! Duit Cina2 Dalang jamu kamu semua makan. makan lah jgn tak makan.
Kita elak2 kan lah semua ini. Perhatian! ramai sudah write ke kpdnkk, suruhanjaya sekuriti dan juga bank negara. takpe lah jika kamu kata bisness ini ada lesen dan halal atau sebagainya. Sikit hari shj lagi Mereka akan keluarkan artikel besar2 an di akhbar dan berita. Pusat2 berhimpun juga akan di serbu. Polis sedang mengawasi leader2 utama syt. Kita saksikan nanti.
bagi orang ramai yang baru nak cuba2 silakan lah.
Itu sahaja makluman dari kami. Salam Ceria.
fyza
Salam,
saya adalah ahli kepada speedline-inc. Bagi saya tiada apa pun business atau peluang yang terjamin akan kekal selamanya. Malahan wang kita juga walaupun halal tapi bole menjadi sebaliknya tanpa disedari.
Saya hanya akan mengajak kepada rakan2 saya untuk join speedline jika dia inginkan pendapatan lebih dgn cara yang selamat..dan kita jgn tamak..kalu halal dan haramnya pula..tepuk dada tanya selera.
Kalu bekerja cukup bulan xda duit, pergi merompak, pergi meragut..mencuri..paling tidak platform ni bagi peluang untuk perniagaan
Maafkan saya kalu ader alah dan silap
sham
Terima kasih diatas statement daripada penguatkuasa BNM>
klaimax
ahli2 speedline!!! boleh x buka website speedline?
Ringgoz
Boleh macam biasa login… tp slow sket sbb tengah upgrade system link to speedcash..
agenpeninjauKL
SALAM,,,
kpd semua saudara sebangsa dan seagama,
janganlah anda semua bertekak dan berbalah. kepada yang pro-business. kekal dengan pendapat mereka, kpd yg pro-protocol(business consultant) kekal dengan pegangan mereka, dan pada ahli2 speedline juga ada falsafah mereka. jadi, bagi mereka yg ingin mencuba mana2 investment mahupun trading tidak salah. tetapi asalkan risiko(risk) ditanggung atas kepala sendiri tanpa menyusahkan org lain.itu pun sudah cukup. saya pasti dan yakin masing2 ada agenda msg2 utk menegakan kebenaran atau kepalsuan. ini mmg tidak dapat disangkal lagi. business is business yes
thats right! be professional ok. sendiri makan sendiri simpan. bagi mereka yang dah menjalankan amar makruf. saya turut mengucapkan taniah! kerana anda menjalankn apa yg dituntut agama. jadi msg2 ada tugas tersendiri. Melayu harus lebih ex-pose tp jg trlalu over. almost europe saya dah jelajah. cuma kesian dengan bangsa kita yg papa tp bergaya. buat apa pakai smart2 tp duit takda? jadi., saya mahu mereka2 diluar sana membuat pilihan yg bijak. pembuat keputusan mestilah teliti sesuatu perkara itu dengan sedalam2 nya. kpd en.syam diharap. anda telah menjalankn tanggugjawab anda. cukup sampai disitu. bg mereka2 yg mahu mndgr, dipersilakan. tp mereka2 yg kekal dengan pegangan masing juga dipersilakan. kitab amalan kita lain-lain wahai saudaraku., raqib dan atiq mendampingi kita dengan cara catatan yg berbeza2. jadi buatlah apa kita rasa perlu. dan jauhilah apa yg harus kita jauhi.. wallahualam.. <3
Ringgoz
saya sokong 100% ajenpeninjaukl…. tq bro.. 🙂
Anak kelate
Ayat-ayat penguatkuasa agak emotional dan menakutkan.
(Tak apa, ia mendebarkan sedikit orang melayu. Orang Melayu sekrang pun dah berpecah dalam politik juga).
Saya ada hendak memberi cadangan….
Apa pendapat pembaca semua, kita satu kumpulan menjadi pioneer mencipta website dengan trading platform emas/perak/berlian/platinum seperti mereke itu (speedline ker atau lain-lain). Malah kita mendaftar dengan SC/BNM atau dengan apajua penguatkuasa lain yang terlibat.
Kemudien, kita kembang seluruh asia dan seterusnya dunia. Boleh jadi ker idea ini?
Ambo hairan, macam mana kalaulah betul cino mahupun mat salleh berupaya mencipta idea sebegini hebat membuat duit. Mengape tidek kita cipta lagi bagus dan lagi genuine. ‘Create something out of nothing’.
Macam Kelantan, negeri ambo niii rasonyo banyak emas (Ado syarikat tengoh melombong la ni…). Mungkin jugo bilo dulu ulamak-ulamak arab pernah menggelarkan negeri ambo ni Serambi Mekah. Maknya tak semestinya banyak sekolah pondok, mungking juga kalau Mekah Arab Saudi minyak banyak, Kelantan mungkin emas banyok (Tempias serambi kot)…. Wallahualam.
kebanyakan
nak buat baik : paling susah
nak buat jahat : paling senang
menyusahkan orang susah : bank
ali baba 40penyamun!
hei…manusia…aku mau makan darah kamu…..!!!he..!he!he!
maka ketakutan leh ketiga-tiga orang yang tengah mengira binatang yang baru dicuri”,tak semena-mena mereka bingkas bangun dan lari sekuat hati sehingga terkencing!
anda faham maksud ayat di atas?!cukuplah saya katakan bahawa kita kena berani jika kita berbuat sesuatu yang kita mahukan atau yang diingini!
tapi biasaleh orang kita’ nie orang kata kena kuis dengan jari hantu sikit dah melatah!terus lari ketakutan!kena komen sikit dah merajuk,!lagi kena interview’ sikit dah mengigil sampai berpeluh-peluh! macamlah ada rimau depan mata!macamlah ada pontianak!toyol!sebenarnya orang kita selalu dalam ketakutan kerana masyarakat kita ni akrab’atau masih percaya pada tahyul,maknanya apa-apa yang kita buat setiap hari semua menakutkan,termasuklah pergi kerja,berniaga,mencari duit tambahan atau menyertai program untuk menambah pendapatan!jadi,kalau macam ni lah cara hidup kita bagaimana hendak maju?kita tengok bangsa lain dah mula buat rumah di planet marikh,kita masih berumah kat atas pokok!bangsa lain dah lama bermain kapalroket,kita masih bermain layang-layang!bangsa lain dah mula buat kota di dasar laut,kita hanya mampu buat rumah-rumah atap rumbia!lagi bangsa lain dah lama buat robot-robot pembantu rumah,kita hingga sekarang masih mengimport pendatang asing bergaji sebagai pembantu rumah!……kenapa? tak setuju,saya membebel…sila sambung sendiri…….
Sham jb
Suria..
Terima kasih kerana membaca ulasan saya. Harap saudari dapat membuat keputusan yang terbaik. Untuk makluman semua, saya telah lama berkecimpung dalam industri pelaburan dan telah banyak mengalami kerugian akibat dari kurangnya ilmu juga research dalam industri ini. Kini saya masih lagi aktif dan berjaya menambahkan pendapatan saya melaluinya.Bagaimana ? Kerana adanya research + analisis dibuat sebelum melabur. Skim ini dikenali sbg HYIP. Benar terdapat syarikat yang menawarkan pulangan yang besar tetapi jangan gopoh kerana ada syarikat berdaftar/sah juga sebaliknya. Kenapa syarikat ini dpt memberi pulangan yang lumayan? Kerana kebanyakkan syarikat ini adalah syarikat konsultan pelaburan profesional yang terlibat dalam pelaburan forex ( 1.3 trillion dollar/hari ) juga pelaburan saham spt NYSE dsbgnya. Mereka ini mengajikan pakar-pakar dari segenap cabang bg tujuan mendapatkan ketepatan maklumat serta hala tuju sesuatu pasaran. Percaya atau tidak sektor perbankan juga tidak terkecuali mendapatkan perkhidmatan mereka. Tetapi bank hanya membayar anggaran 6 – 8 % setahun sedangkan nilai keuntungan jauh lebih besar. Atau bersamaan 5@6 hari shj nilai dividen yang dibayar kepada pelabur yang berdaftar direct dengan syarikat ini.
Baiklah saya hendak ulas sedikit kemuskilan tentang Speedline ini sebelum saya memberikan tips bagaimana menentukan skim Hyip itu hebat/benar atau tidak.
Speedline Inc merupakan sebuah syarikat yg menawarkan trading platform kpd trader forex sama spt Etoro, Instaforex dan banyak lg. Mereka ini berlumba-lumba menarik pendaftaran trader baru kerana pendapatan mereka antaranya melalui spread dlm setiap urusan jual/beli. Disamping itu utk lebih berdaya saing, mereka menawarkan perkhidmatan berbayar @ percuma spt signal2 , indicator yg hebat, robot / EA ( Expert Advisor ) juga debit Visa/Master ( cepatkan urusan pengeluaran )kpd ahli/trader mereka .Sama spt apa yg dilakukan oleh Speedline Inc. ( EA dgn 4 tahap AI/Kepandaian tiruan yang berlainan tentu sekali produk ini berbeza harganya.Contohnya Versi 1 bekerja pada tahap 10% keuntungan secara auto versi ini akan tidak aktif sehingga bln berikutnya).Lihat apa yg berlaku!… Dikuatiri ada seseorang telah memanupulasi dgn mengatakan keuntungan 1-3 % /hari selama 100 hari. Ahli juga tidak dibekalkan EA ini selepas melabur ! Bagaimana hendak ber’trading ‘ ? Itulah antara kemuskilannya.. Menjadi tanda tanya ???? Janganlah mengambil kesempatan diatas kurang arifnya masyarakat terhadap FOREX. Org Malaysia & Indonesia telah lama terkenal dengan kemahiran modifikasi dr kenderaan sampai ke pasaran Forex. Jgn hilangkan potensi Forex yg sebenar kpd masyarakat. Tidak miskin jika kita kongsikan tp bukan dgn cara menipu !
Tips mengenal Skim HYIP yg itu hebat/berbayar/benar atau tidak.
1. Sila layari website HYIP Monitor – ia sebuah panel bebas yg memantau skim ini
(a) Lama hari dipantau (Penting)
(b) Status bayaran (Penting)
(c) Ranking dalam senarai (Penting)
(d) Ulasan pelabur
dan banyak lg . Speedline tiada dlm senarai ???
2. Semak pemilik website/server – SSL , WHOIS, DDOS
* Bagi yg ingin mendptkan produk yg terbaik spt signal, indicator & robot @ EA bg membina kerjaya dlm dunia Forex , sila layari http://www.forexpeacearmy.com
Saya sudahi ulasan saya, mohon maaf sekiranya ada kesilapan dan tersinggung. Sekadar berkongsi anugerah yang dipinjamkan kepada saya. Yang baik itu datang dari Allah SWT .. dan yang buruk itu datang dari Saya.
ahli biasa speedline
1) Mas, Perwaja, Bank Bumiputra , Pkpz Port Klang dll & banyak lagi syarikat di BSKL kena gantung sebab rugi.- tolong komen ( Syarikat ini banyak lesen- tapi rugi & pemegang saham rugi)
2) Di speedline masuk tak banyak hanya maksimum Rm2,500
3) Di speedline, tiada orang yang nak beri pinjam dan memberi pinjam.( Jadi dimana RIBA) keuntungan adalah perniagaan samada forex & au. Syarikat memang ada resiko rugi & untung. Hanya ikut pengalaman mereka ia untung.
4)Air Asea beri tambang murah iaitu Rm 9.00 ke Jakarta, Dubai & london Rm 0.90 duduk di hotel tune dimana cawangan.- Please Komen
sham
1. Dalam bisnes, itulah risiko. Ada untung dan ada yang rugi. Tentang Mas,Perwaja dan PKFZ disebabkan oleh isu pengurusan dan rasuah.
2. Ya. maksimum rm2.5k, yang tamak akan bukan 4,5 akaun. Rujuk laman web Mufti Perlis tentang skim cepat kaya yang haram;ia mengandungi ciri ciri berikut:
– Menetapkan kadar peratusan pulangan.
– Menjamin modal dari sebarang kerugian adalah tidak sah akadnya dan semua pulangannya adalah riba” yang haram
http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-muamalat/58-muamalat-2-hukum-pelaburan-internet-dan-skim-cepat-kaya.html
Semua ini ada pada speedline.
3. Sudah terangkan dalam jawapan nombor 2.
4. Tuan/Puan pernah stay kat Tune Hotel tak? Harga hotel memang 90 sen tapi ada hidden cost lain. Nak aircond kena bayar, nak elektrik kena bayar, nak tuala kena bayar. Begitu juga air asia.
Sebenarnya ia lebih kurang je dengan hotel biasa. Time promosi je harganya murah skit. Itu pun terhad kepada jumlah tertentu sahaja.
Tumpang Semangkok
Petikan komen di atas:
“Ia Tidak Logik Akal!
Tiada pelaburan yang boleh menjamin pulangan tetap setiap bulan. Malah ia menjanjikan pulangan 240% dalam masa setahun. Ini lagi tidak logik akal.Pakar pelaburan seperti Warren Buffet pun tidak mampu berikan pulangan setinggi ini. Apa yang berlaku sekarang sama seperti yang berlaku dengan Swishcash suatu masa dahulu. Kini ia berulang lagi. Dari segi hukum Islam, dah pasti pelaburan sebegini adalah diharamkan. Hasil yang diperoleh adalah HARAM.”
Bila saja ada mana mana pelaburan yg memberikan dividin pulangan tinggi pasti akan kata macam tu. “Tak masuk akal boleh bagi pulanan yg besar” Tapi tak de yg bising bisng bila mana mana syt pelabuan dapat untng berbilion bilion dan berganda ganda tapi bagi pulangan kat pelabur sangat sangat minima mungkin 0.0001% drp keuntungan yg diraih. Tak de pula yg kata tak masuk akal.
Pada pendapat sayalah….syt syt yg menjalankan perniagaan trading forex dan trading emas adalah suatu pelaburan yang sangat-sangat menuntungkan lebih lebih lagi jika mereka mempunyai sumber kewangan dalam jumlah yg besar hasil drp pekongsian orang ramai drp seluruh pelusuk dunia. Ditambah pula dgn yg mengendalikan trading tersebut pula adalah pakar pakar trading yg dah bepengalaman bertahun tahun. Apa tidaknya untung berganda ganda….beli jam 10 pagi kemudian selepas tu klik sell pada jam 12 tgh hari. Dgn pembelian unit yg besar beratuus ratus ribu boleh dapat untung juta juta. Ini bukan syt pelaburan minyak, bijih timah, perladangan, petanian dll yg kena bayar sewa bangunan, bayar gaji pekerja beratus ratus orang, bayar itu bayar ini. Kalau banyak cawangan seluruh negeri atau seluruh dunia banyakalah pula bayarannya. Kita pun sedia maklum, betapa sukarnya pengurusan dan pengendalian kerja sesuatu projek sebelum datangnya hasil. Perniagaan trading forex dan emas, buka 1 pejabat je dah boleh merangkumi operasi 1 dunia. Pula tu dalam masa sehari boleh beurusan jual beli beberapa kali dgn sekali beurusan boleh untung juta juta. Betapa sedikitnya modal pengurusan mereka. Jgnlah terkejut jika mereka boleh bagi pulangan yg besar. Ialah lagi pun syt tu bukannya susah susah buat kerja macam orng cari gali minyak dll tu. Duduk duduk je masuk juta juta. Hari ni bagi ratus ratus ribu ribu kat pelaur besuk masuk lagi juta juta. Boleh masuk akalkan ? Tapi masalahnya kebanyakan syt bila dah untung tu nak untung banyak lagi. Itu yg rata rata kita tak boleh pecaya dan beranggapan bila ada syt yg bagi dividen tinggi kita rasa tak masuk akal.
En. Sham, lain kali jgn buat komen macam tulah. nampak sangat kita ni jumud dan tak tahu perkembangan teknologi dan cara bisnis terkini.
Cuma yg saya setuju dgn En. Sham ialah dari segi hukum halal haramnya.
Tak de ke mana badan NGO yg boleh berurusan dgn speedline tu agar menasihatkan mereka agar menggajikan pakar pakar syariah untuk bekerja dgn speedline sebagai penasihat agar cara pengurusan trading forex dan emas tu sama macam apa yg dibuat oleh bank islam dan cara pembahagian dividen juga ikut cara yg dibolehkan oleh syarq iaitu jgn letakkan kadar tetap. Saya dapat tahu yg bank islam ada labur kat forex pun lepas tengak you tube ustaz Zaharuddin.
Saya rasalah En. Sham jika pembahagian dividen tak dibuat macam sekarang sebaliknya guna pakai sistem ratio iaitu 60:40 atau 70:30 iaitu 60 atau 70 utk syt dan 30 atau 40 untuk pelabur, lagi lumayanlah pelabur dapat. Tak gitu.
Rugilah kalau benda yg haram tu boleh dielakkan dgn mengubah cara pelaksanaan dan tekniknya sahaja.
sham
Memang ada pelaburan yang boleh berikan pulangan tinggi. Tetapi sangat jarang. Malah harga emas/perak pun paling tinggi akan naik kepada 20%-50% je.Itupun mengambil masa beberapa tahun. Pulangan melebihi 100% boleh dikatakan tidak logik dalam bab pelaburan yang sebenar. Apatah lagi pulangan sehingga 240% setahun. Bagi forex online, kurang daripada 5% sahaja yang berjaya. Selebihnya gagal dan mengalami kegagalan. Ini adalah forex trader sebenar bukan pelabur. Ia bergantung kepada kemahiran mereka untuk membuat analisis pasaran.
Speedline mengunakan robot atau EA. Pasaran forex sangat volatile dan sangat berisiko tinggi. Ia mungkin boleh buangkan faktor emosi. Namun, ia tidak boleh menjamin EA boleh beroperasi dengan baik dengan pasaran yang sentiasa berubah ubah.
Sham jb
Selamat kpd semua. Saya ingin maklumkan disini bahawa urusniaga Forex memang sangat menguntungkan kalau kena caranya. Antaranya rujuk kpd pautan yang telah saya berikankan. Disitu anda dapat pelbagai maklumat mengenai Forex (basic hingga expert). Anda juga boleh mendptkan informasi Broker Terbaik, EA Terbaik yg sedang diuji pantau, Trading Signal terbaik dan banyak lg. Setiap perniagaan yg ingin diceburi kita perlulah ada ilmu. Jika anda berurus niaga dlm Forex tanpa “Ilmu” boleh dianggap sbg berjudi. Jadi berlajarlah anda akan ketahui potensi & kehebatannya menjana pendapatan.
Cuma dikesali apabila ada yg memutar belitkan makna urusniaga Forex kpd masyarakat spt Speedlineforall – menetapkan keuntungan harian ( Ini boleh di anggap haram ). Ahli juga tidak diajar cara berurusniaga/trading melalui platformnya. Apa semua ni..!!! Nak ajar biar habis .. kemudian promosi kat semua kata ‘Bussiness Forex ‘ .. Sebagai seorang Trader , saya rasa tercabar .Saya senyum sinis lalu berkata ” Cuba kau trade, aku nak tengok” Terkial-kial aku tengok…last2 declare dia tak tahu.. ( Nak pecah perut aku dibuatnya ). Bila website dah tutup kata Forex tak betul – impaknya masyarakat akan jadi negatif terhadap Forex sedangkan potensinya amat besar lebih2 lagi kpd masyarakat melayu yang sudah lama mengharapkan kebebasan Keewangan.
Itu sahaja komen saya sebagai tanda bakti saya kpd bangsa sendiri. Marah apabila ada ” MELAYU TIPU MELAYU HASIL NUKILAH ILHAM BANGSA LAIN “
jeck
Tunggu masa dan ketika nak tutup… aku dapat info , ownernya melayu… take care… sebab duit dah mula berlegar dengan tolak menolak e wallet antara ahli… apabila syarikat dah mula tak pam figure ke pasaran… maka tunggu hari nak tutup dan akan buka ngan nama syarikat lain pulak….
magix
Ni lar, nak kate bodoh tp bangang..!! Die tau tak yg kita x bayar cash pun kat company speedline tu..?? Kita ahli register ahli baru gune upline, guna duit euro yg ahli dapat secara percuma, iaitu duit untung, ahli transfer euro tu untuk beli pakage baru, so ahli ni ambil cash, so ahli dapat untung, klu company nak tipu buat ape, sebab die x dapat cash tu, yg dapat cash ialah ahli juga, tu lar nak kate bongok sebab tuduhan tak berasas langsung, so senang giler, kite jangan jadi bangang cam org kat blog ni, ahli lama dapat euro untung secara online, ahli lama register new member guna euro keuntungan mereka, jadi ahli tu dapat cash kat tangan, company dapat apa? dapat euro online tu jer, klu die nak tipu buang masa jer ler..ahli baru dapat euro untung mereka, mereka pulak register online, transfer euro beli pakage, cash dapat kat mereka, company dapat ape..? euro online jugak..so klu nak tipu company dapat apa..? euro online..? yg cash dapat kat ahli..so nak tipu apa..? bodoh giler tuduhan ni, klu camtu buang masa je org yg cipta sistem tu sebab x dpat ape pun. Jangan jadi bodoh, sebab kami beli pakage guna online euro, company x dapat cash pun, yg dapat ahli jugak, klu euro online tu x berharga jadi buat apa company buat sistem ni, buang masa diorg je sbb ahli yg dapat cash, jadi maknenyer benarlah investment ni berharga, begong klu kite dengar tuduhan x berasas & tak logik ni, klu anda goyang anda akan delete ler komen ni. hahaha…
peminat CSI
Pada pendapat saya pun memang speedline ni ada unsur SCAM sebab owner dia dulu dah byk buat unsur scam web biz lain. Last2 website tu tutup atau hilang camtu jer. Tujuannya, nak kumpul ahli2 network yang aktif dan galakkan sebagai network besar sbg supporters utk biz baru yg lainnyer dan kali ini melalui pelaburan yang kabur2 plak. Sebab itu, ia boleh naik secara mendadak di pasaran online kerana pemainnya adalah drp network biz yang sebelumnya. Kali nie dia ganti dgn nama lain plak. Nak ikut nama ala2 kereta laju…SPEED-LAJU, LINE-SHORT FORM dari SKYLINE aka cam kete. Tapi, memang tak dinafikan ia berunsurkan “RIBA”!!!! Betul kata syam yang adalah mustahil untuk perolehi keuntungan sehingga 240% setahun yg mana kejenya dialihkan ke tugas yg dikawal oleh robot yg tak perlukan “gaji” untuk masa dan”kepandaian” robot tu. Selain itu, dorang juga claim adanya produk sedangkan pada awalnya diwar2kan sebagai pelaburan SEDANGKAN IANYA JELAS PELABURAN (Nah menipu lagi)…produknya adalah “robot” aka macam “SET-AN” lah kan. Sebenarnya, apabila kesalahan ini diteruskan ia akan menyebarkan virus yang amat dahsyat yang mana akan merosakkan jiwa dan akhlak terutama orang Islam sendiri lebih2 lagi yang hanya Islam pada nama. Mengapa ini berlaku? Ini kerana sistem yang digunakan 100% online yang mana kesalahan jenayah ini belum dilaporkan secara langsung kepada pihak bank negara dan polis secara nyata. Jenayah ini boleh dilaporkan namun memerlukan bukti yang solid dan nyata dan pengadunya mestilah membuat laporan secara terus (atau berjumpa dgn pihak berkuasa bersama2 dengan bukti2 yang nyata). Kesalahan jenayah ini boleh dirujuk ke link ini http://ms.wikipedia.org/wiki/Skim_cepat_kaya .
Memang bila dilihat apa yang dijanjikan terlalu manis dan dalam masa yang sama mengalakkan penjenayah2 yang ingin “mencuci duit” yang mereka perolehi secara HARAM contohnya mereka yang merompak menggunakan senjata api, menyamun, menjual hasil dadah akan mengunakan flatform ini utk membersihkan hasil jenayah mereka melalui pelaburan seperti ini yang sudah dikesan tapi tidak dilaporkan secara rasmi. Cubalah kita bayangkan yang saban hari kita mendengar jenayah rompakan dan jenayah pengedaran dadah berleluasa di negara kita. Bagaimana cara penjenayah ini menggunakan duit hasil jenayah dorang selain daripada berniaga ataupun melabur melalui akaun2 mereka2 yang terpedaya (pelabur2 baru yg kurang arif mengenai pelaburan). Apabila, penjenayah melihat flatform pelaburan ini yang bukan sahaja menjanjikan pulangan sehingga 240% malah dapat “membersihkan” hasil jenayah mereka tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Ini bermakna, “duit haram” akan berlegar2 di ruang alam maya dan dikembalikan melalui institusi perbankan secara sah….padahal hakikatnya ia tetap HARAM.
Oleh itu, marilah sama2 kita renungkan petikan ini:-
Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-
Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang atau habisnya harta tersebut dari pemiliknya kepada pelbagai bentuk yang tidak berfaedah dan membawa dosa, sehinggalah ia akan merasa amat miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), selain itu, harta tadi akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, lalu hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harta yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul (Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut, 1982 , 1/224). Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas’ud r.a :-
Ertinya : “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )
Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a :
Ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224).
P/s: Ramai yang kata kalau kita tidak ambil peluang sebegini bagaimana kita nak maju? Bagaimana org kita nak berjaya dan bersaing seperti bangsa asing kalau kita tak ambik risiko? Tapi, sangat jarang org ketahui bahawa yang masuk Syurga itu adalah di kalangan mereka yang miskin dan sederhana kehidupannya dan hanya mereka yang beragama Islam? Adakah kita mahu habiskan sisa2 hidup kita dengan menempah tempat di neraka? Nauzubillah…maka, marilah kita melabur dengan cara bersedekah biarpun sebesar sepuluh sen, mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa kita atau anak2 kita, dan sentiasa terus mencari ilmu yang bermanfaat untuk diri dan orang lain..sama2 kita renungkan
Sham jb
Sila rujuk pautan dibawah ;
http://speedlineinc.info/live/index.php?option=com_content&view=article&id=234:inidiayangperluditangkapdalangspeedlinepenipu
Selamat berkenalan dengan dalang speedline……Bos anda…
fuad don
sham jb..
website link tu adalah adalah milik business competitor Speedline – dikelolakan oleh hendra untuk promosi system Lexus Venture .. yang mana LV ni pun 2 x 5 sama jugak dgn Speedline ..
sham
Lexus venture lebih kurang sama dengan speedline, cuma kadar “interest”nya lebih rendah daripada SL. Daripada data WHOIS, ia baru 64 hari didaftarkan. Orang Indonesia memang suka dengan HYIP sebegini.
mpa
http://syukran.wordpress.com/2011/06/10/asbasn-haram-%e2%80%93-jabatan-mufti-negeri-selangor/
mpa
bleh tuan sham jelaskan ttg link diatas…..
ibby53
Assalamualaikom w.t.w.
Sebut bisnes ada untuk ada rugi.9/10 rezeki melalui perniagaan.tIADA ORANG MAHU RUGI..TIADA ORANG MAHU MISKIN.
kITA USAHA DAN IKTIAR.uSAHA 90%,DOA N5% TAWAKKKAL 5%=100%.
aPABILA aLLAH S.W.T. TETAPKANN RUGI…MAKA RUGILAH…JIKA DITETAPKAN UNTUNGLAH….
LUMRAH DUNIA,HUJAN,PANAS,SAKIT DMAM SIHAT DLL.
Buatlah bisnes asalkan halalkan dari hukum syarak dan jangan menipu.salam.
pokme
assalam! Yolah tu!!! nak komen mmg senang, nak beri cadangan mmg payah. nak jatuhkan orang mmg senang, nak tolong orang hanya Along sahaja!!! Tapi apakah tindakan kamu sume bagi mengatasi skimx macamni yg tumbuh mcm cendawan? yg pastinye sume didalangi Melayu. adakah setakat berfatwa atau korek sana korek sini, sesapa pun boleh. negeri selangorlah, peraklah, aik? Malaysia kan ada. kenapa malaysia tak keluarkan fatwa dan seterusnye ambil tindakan ke atas tokehx melayu jalang tu. adakah lepas rugi ribux baru nak keluar fatwa itu ini, tapi abok pun tarak. sejak dari zaman pakmantelo, labu peram etc… aku penah aduan kat KPDN tapi …biasalah orang kerajaan. bukan saya nak negatif tapi itu realitinye. tak heranlah kalau kedai no ekor penuh dgn melayu, artis disanjung dgn caranye & macamax ada
napie
Sham JB…hang pernah main forex tak??
kalau pernah main so berani cakap pulangan SPEEDLINE yang beri tue adalah boleh dicapai..tak mustahil…pernah trade gold dalam forex tak??kalau pernah pulangan SPEEDLINE tue adalah munasabah
SO SAPA SAPA YANG KATA PULANGAN SPEEDLINE TAK MUNASABAH MAKA MENDA TUE SALAH..AKU TAHU MENDA TUE BOLEH BERLAKU…
PERNAH DENGAR MASTER FOREX DARI 10 K USD DALAM MASA 6 BULAN JADIK 7 JUTA..PELIK kan..MUSTAHIL KAN…tapi itulah kebenaran ya..
sham
ia berkenaan dengan hukum asb. Fatwa Negeri selangor menyatakan ASB adalah Haram. Ia adalah sebab hasil yang haram walaupun sedikit akan menjadi haram walaupun bercampur dengan yang halal. Contohnya 99% hasil adalah halal dan 1% hasil haram, hukumnya tetap haram kerana ada unsur haram didalamnya.
Manakala JAKIM mengatakan ia Harus atas sebab kepentingan bersama. Boleh rujuk
-http://www.islam.gov.my/harus-melabur-dalam-asn-dan-asb
Namun, jika kerajaan boleh jamin duit yang dihasilkan daripada sumber yang patuh syariah, ia akan jadi harus. Tapi rasanya masih ada unsur yang tak patuh syariah seperti melabur pada bank konvensional dan sebagainya.
Tetapi PNB, telah memberikan penjelasan pelaburan mereka dalam Maybank pada perbankan Islam. RUjuk –
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm
mohd
salam…
mohon sy bg pendapat disini.sy pernah bekerja disebuah bank yg terkenal dinegara ini selama 18 tahun.blh katakan setiap selok belok bank sy tahu kerana dlm tempoh 18 tahun sy telah brtugas didlm setiap department (deposit dept,loan dept,hire purchase dept,account dept,chief cashier,juruwang).sebelum adanya perbankan islam,perbankan konvensional trlebih dahulu wujud di negara kita ini.dlm tempoh itu pihak perbankan telah membuat keuntungan berbilion ringgit dlm perbankan konvensional.jd semasa mula2 penubuhan perbankan islam adakah anda terfikir dimanakah modal permulaan diambil?jawapannya ialah dr modal perbankan konvensional jgk.jd jika diperhalusi adakah perbankan islam ini 100% dijamin halal?
Sebenarnya byk lg yg boleh sy ceritakan tentang perbankan ini yg blh meragukan kita.jika btl2 kita nak perhalusi halal dan haramnya,sy rs kita smua hanya blh simpan duit kita dibwh bantal shj.
mpa
trma kasih atas penjelasan tuan sham..jd disini pihak brwajib sendiri pun tidak bersatu dlm hal ini.di pihak sana kata haram dan di pihak sini kata harus…jd yg mana 1 kita harus ikut?setahu sy jika ssuatu perkara itu mendatangkan rasa was2,lbh baik kita jgn teruskan.jd perlukah kita smua keluarkan semua wang yg ada didlm asn @ asb?
sham
mohd – tentang modal awal untuk memulakan perbankan Islam saya tidak pasti. Ia mungkin daripada bank sebelum ini @ mungkin modal baru daripada pelabur seperti penyenaraian saham dan sebagainya. Namun, setiap perbankan islam yang ada sekarang ada penasihat syariah. Pastinya sebelum memulakan perbankan Islam, modal permulaannya sememangnya hasil daripada sumber yang patuh syariah. Sabagai penasihat syariah, tugas mereka sangat berat. Andainya penilaian mereka salah, mereka menanggung dosa seluruh pelanggan perbankan tersebut. Jadi sebelum mereka, menwujudkan bank islam. Pasti mereka sudah merangka agar segala sumber dan produk yang ditawarkan adalah patuh syariah dan tidak berlakunya riba.
mpa – andainya was-was lebih baik dielakkan sahaja. Saya sudah keluarkan semua wang daripada ASB dimasukkan ke saham lain seperti Bank Rakyat, Tabung Haji dan Saham Bank Islam.
Shamjb
As Salam Napie. Saya memang terlibat dalam urusniaga FOREX , dan saya pasti semua kenal akan super trader tersebut. Tidak dinafikan FOREX dapat menjana pendapatan yang hebat ( telah dijelaskan pd ulasan terdahulu ) kerana itulah saya berkali-kali menekankan bahawa ia amat berpotensi sbg medium alternatif utk menambahkan pendapatan kita. Cuma dikhuatiri ada yang mengambil kesempatan keatas masyarakat yg rata2nya masih belum mengetahui apa itu FOREX. Apa yg dilakukan oleh Speedline versi Malaysia & Indonesia ini sangat agak meragukan kerana ia ;
1. Menetapkan pendapatan yg tetap/hari (urusniaga FOREX kan ada buy/sell @ bearish/bull & Profit/Loss – ini maknanya tidak tetap, boleh kecundang jika tanpa ilmu didada )
2. Ahli tidak diberikan peluang utk berurusniaga. Kenapa diambil deposit ? Mungkinkah deposit yg besar ini diguna pemilik program utk berurusniaga dlm akaun FOREX miliknya sahaja? Dia untung besar …Dia makan sendiri …kita !? Dari mana pula datangnya keuntungan yg diperolehi daily – Cuma dikhuatiri dr wang hasil pelaburan ahli baru.Siapa tahu ?. Jadi ingatlah jelaskan risikonya kpd ahli baru sejelasnya …mana tahu esok lusa web dah ditutup , siapa nak bayar…..???? Leader ?? Anda ??? Anda boleh berbangga sekarang tp belum tentu selamanya.
Din79
ala kalau speedline ni skim cepat kaya kenapa tak di buat tangkapan ataupun bank negara ada kena mengena tak? lagipun speedline hampir setahun bertapak di malaysia.
Antispeedline
Din79.
Skim ni sama macam Swisscash , dah bertahun di Malaysia baru di ambil tindakan,Tujuannya senang kita punya Gov nak beku akaun diaorang dan ambik duit tu,jadi mereka tunggu bagi byk dulu.
Din79
masa tu yang bekukan swishcash si bodowi (badawi) klu tidak sampai sekarang ade betul tak?tapi bagi aku hak sendirila nak ikut atau tidak .
Din79
saya setuju pendapat anak kelate sekurang2nya ada juga syarikat orang melayu dan kita asyik terperuk dan hanya menyimpan di bank yang memakan hasil simpanan kita sedangkan bank melaburkan duit simpanan kita dan menikmati keuntungan berlipat kali ganda.
Jpirates
Aku baru buka akaun kat speedline semalam..Risiko mmg risiko…Setiap keuntungan bergantung pada risikonya. Kalau benda ni tipu nak buat cm mana kan.. tapi logiknya ada disana. kalau sekarang ni aku main forex cincai2 pun boleh buat USD10-15 sehari dengan modal USD100 (beginner). Nikan pula yang super PRO trader yang boleh buat RM20Juta dlm setahun tapi tgklah modal dia mainpun puluh ribu USD. Kira profit 3% dari SPEEDLINE tu mmglah sangat munasabah sebab trader yg mainkan diorang untung lebih dari 30%pun aku tak heran sebab diorang memang layak dapat lebih dari apa yang aku dapat. Kat sini pula ada usur untung rugi sbb nilai tukarannya dr eur myr. ada kala blh dpt 4.3-5.00. jd klu siapa bminat sila register sponser name letak Jpirates126. Tentang tax pula mmg BNM tak kenakan sebab ini adalah perniagaan yang berisiko tinggi. BNM tanyapun terus terang hasil Forex.. sbb bila2 masa boleh rugi..
sham
Jpirates, terpulang pada anda. Join at your own risk. Tapi nasihat saya, fikirkan juga halal/haram sesuatu pelaburan. Kesannya bukan setakat pada diri tapi seluruh keturunan.
Din79 – saya agak tuan ini pelabur swisscash jugak. Bukan setakat di Malaysia, kalau di negara lain mereka akan bekukan duit tu semua sebab ia memang dah sah satu penipuan. Sama macam Skim Pak Man Telo dulu. Kerajaan tak boleh bekukan duit sebab dia tak simpan dalam bank sebalik dia pegang cash. Pihak BNM serbu rumah dia dan rampas beberapa duit cash merata rata di rumah. Sekarang dah meninggal pun, orang masih ingat nama dia. Sama juga pengasas skim cepat kaya zaman moden ini iaitu Ponzi.
Dari awal dari Swisscash lagi, kebanyakan daripada kami telah memberikan amaran tentang skim ini yang bakal terkubur. Ramai yang cakap kami dengki mereka “sedang kaya” padahal mereka tak sedar mereka sedang kayap. Dari masa ke semasa, skim ini akan terus tumbuh dengan pelbagai nama dan pelan. Tetapi pelaksanaannya te
ludin
‘FIKIRKAN HALAL DAN HARAM’
jd kepada org2 melayu islam jgnlah buat pelaburan kat mana2 pun.ckup stakat smpan duit bwh bantal shj.kalau smpan kat bank rakyat,bank islam atau tabung haji pun ckuplah stakat dpt dividen yg x seberapa tu.kalau tak cukup duit bolehlah mintak bantuan dr kerajaan yg sgt baik hati tu.sb duit kerajaan mmg diyakini 100% halal (kan negara kita negara islam).kalau tak dapat bolehlah mintak sedekah kat mana2 org islam yg lain dan pastikan org yg bg sedekah tu duit dia betul2 dr sumber halal ye…lg bagus kalau yg sedekah tu dr en.sham kita nie.sb duit dia mmg 10000000% halal….kita sbg org melayu islam nie xpelah miskin pun,janji yg dpt tu halal 100%.lg baik kalau kita jgn guna internet atau blog nie sb yg menciptanya adalah org yahudi (HARAM).sb kalau kita msh guna,seolah olah kita menyokong mereka jgk.jd perbuatan itu jgk HARAM.jd marilah kita sama2 duduk didlm hutan rimba dan bercucuk tanam utk mendapatkan rezeki yg halal.negara kita yg kita cintai ini biarlah mereka yg mempunyai kuasa wang ringgit yg menguruskannya (ORG2 KAFIR).kenapa sy berkata begitu??? jwpannya ialah kerana,pd zaman skrg hy org2 yg mempunyai wang ringgit shj yg boleh berkuasa.
bard
salam en sham,saya bukan la seorang dari ahli speedline ni,baru2 ni saya ada buat research tentang program speedline ni,rata2 blogers mengatakan speedline ni scam terutamanya blogers dari indon la,tapi kalau di lihat dlm facebook speedline group boleh di katakan semua ahli memuji program ni,nampak macam tak ada masalah jer,ok yg menjadi persoalannya di sini kalau la speedline ni scam(penipu) kenapa ada seminar pelancaran speedcash visa debit card bertempat di one world hotel damansara pada 25 sept 2011 yg lalu di rasmikan oleh pak menteri kita plak tu,maaf saya tak ingat nama nya…dan banyak lagi program seminar di tiap2 negeri.soalan saya di sini kalau speedline ni scam kenapa seminar tersebut di rasmi kan oleh pak menteri kita?dan speedline ada mengeluarkan speedcash visa debit card utk para pelaburnya dan ada bank di negara kita ni secara tak langsung terlibat sama…harap en sham beri penjelasan tentang hal ni….tq
shah
Skim Buat Duit di internet Paling Hebat dan Bungkos Jua Akhirnya…
1. StudioTraffic – Sudah Bungkos…
2. 4 daily – Sudah Bungkos…
3. Swisscash – Sudah Bungkos…
4. Bakal Bungkos Speedline
BNM pun Cerdik kalau nak beku duit sesuatu program skim cepat kaya tunggu cecah puluhan JUTA RINGGIT baru berbaloi-baloi.
Sehebat mana program itu jika tiada lesen kewangan maka, senang-senangnye kena SEPAK dengan BNM bila-bila MASA.
JANGAN CABAR BNM……
Mucid
salam.. maaf sy menyampuk..
ape pandangan tuan2 kalu sy ckpkan, seorang peniaga yg buka kedai laptop tp tak ada ilmu pasal IT.. peniaga yg niaga nasi lemak, tapi tak reti wat smbal nasi lemak.. peniaga yg buka restoran tp tak reti nk masak.. atau pon, seorang yg memohon jawatan Akaun Eksekutif tapi berkelulusan Degree Chemical Engineering…..?
ape terjadi kepada org2 tersebut..? lingkup or berjaya…
mungkin ada yg tak bersetuju dgn pandangan saya, tp ape yg saya nk katekan adalah, begitu juga kalu kite Involve dlm dunia Trading seperti Croosrate, Forex & Trade Gold.. sy mengangap Forex adalah satu perniagaan yg memerlukan Ilmu yg tinggi & meluaskan, bukan main hentam keromo je, bukan satu bentuk pelaburan ataupun skim.. sy mungkin baru dalam bidang Forex, ape yg saya belajar sebelum kite nk trade, kite msti pndai refer on indicator, news, n fundamental, supaya kite tau waktu yg betol utk kite buat position Buy/sell.. sy memang stuju Forex jatuh haram kalu kita tak ada ilmu, trade pon main nk hentam ssuke hati, memang nmpak ada unsur judi coz bergantung kpd nasib.. melainkan la kalu kita ada ilmu dalam bidang ni, atau hadir khursus2 yg berkaitan.. kalu nk jd consultant Trader pon kene amik exam supaya ada lesen then baru layak utk trade dan bergelar Consultant.. so nk bgtau, bnda ni bukan mudah memerlukan Ilmu n pengalaman yg tinggi, step by step baru kite boleh berjaya dalam bidang Forex ni..
Dan yg saya sedia maklum, selain daripada memberi pnjaman kpd org ramai, bank bank tempatan juga menjana keuntungan mereke melalui trading forex.. mereke terlebih layak sebab ini memang dalam bidang mereke..
Ringkasannya, setiap pekerjaan kite buat mesti kene ada ilmu…
(mohon maaf kalu ada salah bicara)
Tentang speedline, sy x join lg, tapi sy agak tertarik dgn tawaran yg dia janji kan.. lagipon sy dah kaji sndiri company ini, peneraju dia juga boleh tahan, bukan org biase.. ada juga VIP, dato’ yg join bnda ni.. juga ada link dgn bank2 tmpatan.. Wallahualam..
sepak terajang
ye ke bukan kerajaan pada masa tu yang bekukan swisscash nak ambik duit dari pelaburnya iaitu islam hadhari la katakan iaitu swisscash dikatakan haram tapi si badawi tu rembat duit rakyat nape tak dikatakan haram?
Anak Kelate
Poning-poning ambo…..halal dan haram dalam Islam (The Lawful & prohibited in Islam)
Cuba kawe-kawe buka website ufxmarkets.com………. jugo macam speedline tapi agak mahal……
Masalahnya ambo ialah, company/perseorangan ni dio ada offer ISLAMIC ACCOUNT untuk orang Islam buat investment termasuk komoditi, forex dan lain-lain….
(Web dio tahun 2008 registered, tamat 2017).
Guano pulok nii… tak pernah dengar pula ambo bab islamic trading account ni.
sham
Jika ia ada penasihat syariah baru boleh diiktiraf sebagai islamik account. Orang yahudi memang pandai memainkan peranan untuk mengelirukan umat Islam. Cara paling mudah dalam hal kewangan dan pelaburan. Memang ada beberapa platform forex yang menawarkan “islamic account” tetapi ia tidak diiktiraf oleh mana mana badan yang bertangungjawab.Malah tiada usaha dilakukan kearah itu.Sebab mudah, ia tidak mungkin akan melepas syarat ketat kewangan islam.
Kaedah dan strategi trading juga pelbagai. Jika tidak silap, hanya spot sahaja dibenarkan dalam islam. Namun, ada syarat-syarat tertentu.
sham
Bard – kalau menteri rasmi pun belum tentu betul. Kadang2, ada habuan untuk mereka. jalan la program. Macam tak faham pula politik kat Malaysia ini.
Boleh saya tahu bank apa yang terlibat? Sebab tiada pengumuman rasmi oleh bank di media massa. Begitu juga program pelancaran ini juga tidak ada liputan oleh media. Atau mereka takut ia akan menarik minat BNM “untuk turut serta” jadi buat hanya dikalangan ahli tegar sahaja.
Terlalu banyak perkara yang meragukan dalam Speedline ni. Duit pelabur pula dalam bentuk e-wallet. Ini lagilah membuatkan ia lebih “fragile” dan mudah untuk dieksplooitasi. Peserta tidak pegang duit tapi hanya e-wallet. Lain la duit tu memang dalam e-curency macam liberty reserve & etc. Jadi pelabur berkuasa. Ini tidak.
zizu
En. Sham..
Maybank yg terlibat. Sy dah tgk kat web. Mmg ade menteri yg rasmikan.. Tu yg konpius kalo bende ni mmg legal..coz nampak macam kerajaan ada involve. Harap En. Sham blh siasat and beri penjelelasan. Sbb strategi keuntungan agak menarik. Labur 2.5 dapat 7.5 k..
Tq.
bard
setahu saya maybank sebab dlm seminar yg mereka buat hari tu ada tertera logo maybank,biasa la selalunya pelaburan luar ni diaorg guna maybank dgn cimb saja setahu saya la,yg lain tu tak tau la…
sepak terajang
tapi encik sham duit di dalam wallet boleh di transfer ke liberty reserves macamane pulak tu?
sham
Masih lagi tidak full control sebab ia ada dalam e-wallet lagi. Andainya transfer tetapi unsuccessful macamana?
puteri cinderella
Dah terang lagi bersuluh, mende ni ada unsur riba sebab kononnya ‘ditentukan’ kadar pulangannya… kalau betul2 melabur, sudah tentu kita tak tahu berapa hasil yg kita dapat… kalau betul melabur, macam melabur dalam unit amanah ke, syer ke, atau yg paling senang saya keluarkan modal lepas tu labur dalam perniagaan kawan saya ke, keluarga saya atau saper2 sajalah.. tu baru nama melabur.. kalau saya melabur separuh daripada keseleruhan modal, maka saya perlu la dapat separuh daripada keuntungan bersih setelah ditolak kos2 operasi. Begitu juga kalau bisnes rugi, maka saya juga kena lah menanggung kerugian operasi tersebut sebanyak 50%. Ha, itu baru pelaburan. Dalam kes Speedline & online forex yg lain tu, dah terang2 menunjukkan kalau kita gerenti dapat pulangan, dah tentulah ia bukanlah pelaburan, sebab kita bermotifkan pulangan prinsipal+bunga/faedah; sudah tentulah ada unsur riba. Kalau betul2 melabur, mesti la ada masa rugi.. Selain daripada syubhat atas pendapatan berunsurkan riba, tahukah anda dengan ‘memperdagangkan’ mata wang ini akan melemahkan mata wang negara kita. Sedarkah anda??? Dengan membeli matawang asing akan mengurangkan kecairan mata wang ringgit kita dan apabila mata wang kita lemah, nauzubillah… bukan setakat ekonomi negara akan jatuh, malah rakyat akan kehilangan pekerjaan. Cuba ambil contoh syarikat berhad. Melalui IPO mereka mengeluarkan syer bagi menyuntik modal ke dalam syarikat bagi menampung kos operasi dan perniagaan. Sekiranya rakyat asing atau pesaing syarikat tadi membeli syer syarikat tadi dengan sewenang-wenangnya; apa akan terjadi? Syarikat tadi terdedah kepada penguasaan orang luar. Sebab itu kebanyakan syarikat mempraktikkan ESOS kepada pekerja agar mudah mengawal syer2 tersebut drpd jatuh ke tangan pesaing/orang asing. Dalam kes perdangangan mata wang, sekiranya majoriti rakyat malaysia berlumba-lumba membeli mata wang asing, sudah tentu permintaan terhadap mata wang tersebut menjadi tinggi sekaligus menaikkan nilai mata wang tersebut. Natijahnya, apa akan terjadi kepada ringgit? Ringgit kurang di pasaran dan kita terpaksa bergantung kepada mata wang asing. Bagi urus niaga & kontrak menggunakan mata wang asing, kesannya kita terpaksa menanggung kerugian kerana terpaksa membayar dengan kadar yang lebih. Yg lebih ekstrim, bagi syarikat yang terpaksa menanggung kerugian yg besar, mereka terpaksa gulung tikar & ramai yang hilang mata pencarian. Kadar jenayah akan meningkat bagi mereka yang mengambil jalan yg singkat untuk mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan tanpa pekerjaan. Sebab itu mengapa kerajaan mengharamkan aktiviti ini. Jangan kerana nak senang dgn jalan yg singkat, mengenepikan isu halal, haram, riba, syubhat, gharar dsbg menindas hak2 & mata pencarian rakyat seluruh negara. Saya baru meninjau website Speedline… Ironiknya mengapa perlu ada deactivation sekiranya ahli tidak top up lebih daripada 100 hari? Sungguh x masuk akal. Sudahla carta organisasi pun tiada gambar pihak pengurusan malah no tel utk dihubungi pun xde… x masuk akal.. sama2 lah kita fikirkan… wallahualam..
http://zazachat.zazasoftware.com/livechatclient/ZaZaTicketsVisitor.aspx?ms=&sent=0&zazac=19709
Speedline Ltd Customer Service
Provide info below to submit a ticket Please Fill in the information to submit a Ticket.
Your Name *
Your Registered Email With Speedline *
Title *
Problem *
Category
Priority
Speedline Login Id *
Speedline Extended Psswd
(Compulsory To Change Email Address)
Mocha
Dah terang2 nmpk salahnye..
Speedline ni promote org ramai utk invest dgn diorang dlm pelaburan forex..
Setahu aku la kan, BNM x akan meluluskan dan membenarkan mana2 syarikat atau individu yang mengambil duit org ramai utk dilaburkan dlm forex. Yg aku tau BNM hanya benarkan forex ni dilaburkan di broker luar negara dan dimainkan secara personal dan individu. BNM juga x benarkan broker forex ditubuhkan di Malaysia. So mana2 trader forex kat Malaysia yg nk trade forex, diorang akan menggunakan broker luar negara sebagai platform.
BNM buat mcm ni sebab diorang x nak peristiwa lama berulang kembali. Sape yg x blh lupa Pak Man Telo@Osman Hamzah dan Skim Ponzi?
Aku bkn nak jatuhkan mane2 pihak. Cume aku menulis atas dasar undang2..X kisah la kalo Speedline ni mmg btol2 bg pulangan kpd pelaburnye tp ingat, BNM x pernah luluskan mana2 syarikat ambil duit orang ramai utk trade dlm forex!
ludin
salam…
kenapakah org2 kita rmai myertai program2 spt ini?bg sy,ini adalah kerana tekanan kos sara hidup yg makin tinggi yg mana tidak seiring dgn pendapatan kita.Lantaran dr itu,masing2 cuba mencari pendapatan sampingan utk menampung kos sara hidup yg semakin tinggi.Kalau difikirkan kita tak boleh hanya menyalahkan kpd mereka 100%.Mungkin pd mereka yg tak pernah merasai kesusahan hidup sukar utk memahami betapa sukarnya menempuh hidup sehari harian tanpa pendapatan sampingan.mrk yg tak merasainya tentulah senang utk bercakap.Tp yg menanggungnya hanya Allah SWT yg tahu.
Pada yg hanya pandai bercakap sj adakah anda membantu mrk2 yg mengalami mslh kewangan ini?Adakah anda menolong membeli susu atau lampin utk anak2 mrk?
Adakah anda menolong melangsaikan hutang2 lapuk mrk? Jawapannya sudah tentulah tidak.Jika tidak mencari jalan alternatif spt menyertai mana2 program spt itu sy pasti mereka2 smua tidak akn dpt melangsaikan smua hutang2 mrk smpai mati.Kalau hanya mengharapkan pendapatan bulanan shj sudah pasti tak akan mencukupi.Sedangkan kt sedia maklum yg dinegara kita ini masih ada yg pendapatan bulanan kurang drp RM500.Pada anda yg hanya pandai bercakap,adakah anda mampu menanggung keluarga anda dengan hanya RM500 sebulan?Kalau anda tidak mampu jgnlah hnya pandai cakap shj..
Bg sy mrk2 yg menyertai program2 spt itu tidak mnyusahkan hidup org lain pun.Kerana mrk tidak pernah memaksa org lain utk menyertainya.Kebanyakan yg menyertai program2 spt itu adalah dgn rela hati mrk sndiri.Untung atau rugi hanya mrk yg tanggung kerana belum pernah terjadi pihak kerajaan menolong mrk2 yg rugi sblm ini.jd mrk tahu risiko mrk. Itu lbh baik drp mrk2 yg mencari duit dgn merompak,menyamun,membunuh atau meragut.
observer
bersetuju dgn ludin… bg sy, knp nk slhkan n hentam dgn kata mcm2 kpd mereka yg rela utk join bisness seperti ini, sedangkan diri korang x disusahkan pun.. bahkan, keadaan sekarang mmg memaksa individu mencari wang sampingan yg pnting bukan dgn cara kekerasan dan pksaan.. dan Allah itu lebih Mengetahui …
Alado
salam sedara,
berkenaan tulisan artikel diatas……. sekiranya benar speedline seperti swisscash, kenapa tiada tindakan dari pihak berwajib?
saya mencabar pihak tuan untuk mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak berwajib, jangan hanya tulisan di artikel sahaja
buktikan buktikan buktikan
sham
Alado, sudah dilaporkan kepada BNM. Biarkan mereka jalankan siasatan. Biar pihak berkuasa yang ambil tindakan.
puteri cinderella
matlamat x menghalalkan cara… bukan setakat mendapat pengesahan dari BNM, buat penyelidikan pasal syarikat tu pun sudah… pegawai BNM yg berkenaan mengesahkan hal ini dan hanya menunggu masa… kebanyakan yg ditipu dlm skim ini takut utk buat aduan kerana ‘pelabur’ itu sendiri takut akan hukuman yg akan dikenakan kerana terlibat dlm urusan pengubahan wang secara haram.. bukan berniat utk menghentam, bukankah kita dianjurkan utk berpesan-pesan? Sabda nabi Muhammad SAW,
“Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat .”
Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2,
“Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya.”
Wallahualam
shahraduan
Orang Melayu dari Memang Suka jenis dpt Untung Bergolek tanpa USAHA. Sudah terkenal dari zaman Pak Man Telo.
Ada bagusnya duit tu digunakan utk join Kursus-kursus memulakan Perniagaan.
Tunggu masa jerkk…PASTI Kena………
sepak terajang
siasatan ape takkn dah ramai terjebak baru nak siasat ataupun bank negara ada syer sekali itu yang aku konpius lagi satu puteri cinderella jangan pandai cakap saje selama nie ade ke orang melayu nak tolong orang melayu dalm keadaan ekonomi yang terdesak nie?dlm keadaan ekonomi sekarang nie harapkan duit gaji tanpa pendapatan sampingan nak menyimpan pun tak bole cik minah oi.
puteri cinderella
terpulang la ‘sepak terajang’ nk ckp apa… sy rasa anda mungkin juga salah seorang drpd penganjur atau pelabur skim sebegini… hehehehe… melayu x tolong orang melayu?? sy kira apa yg tuan punya blog ini malah org2 yg memberi pendapat/komen telah byk membantu bangsa sendiri utk membuka minda… klu xde org melayu bantu org melayu; kurang tepat ayat tu… cuba lihat bagaimana jutawan syed mokhtar membantu org melayu/Islam?? Arwah Tan Sri Yahya? Tun Mahathir sendiri contohnya.. Mungkin pada tuan bantuan itu hanya berbentuk material?? Apakah bantuan khidmat nasihat dsbg bukan salah satu drpd bentuk bantuan?? Yang tidak mahu membantu adalah diri kita sendiri…
Kurang ilmu pengetahuan. (malas belajar, malas membaca dan susah diajar ; bodoh sombong kerana rasa hebat) itulah sifat org kita… kalau betullah skim ni hebat sangat, mengapa jutawan2 di negara ini x terlibat dalam skim nie? x payah la diaorang susah bukak perniaagaan sana sini cukup la melabur sahaja dgn speedline… hahahaha… bukankah 90% punca pendapatan adalah daripada perniagaan?(perniagaan yer, bukan pelaburan) mungkin kita ingat BNM x pantau, x mustahil juga ada org BNM sedang meninjau atau memberi komen di blog nie… heheheh.. bab pendapatan saya kira kita ada banyak peluang utk tingkatkan ekonomi sendiri/keluarga… dalam keadaan dunia tanpa sempadan, mcm2 yg kita boleh buat utk tambah pendapatan atau buat side income. Jualan barang online; x perlu premis pun. Saya sendiri walaupun bekerja sebagai pegawai kanan kewangan, bersengkang mata utk perniagaan makanan secara sambilan… alhamdulillah mendapat pulangan yg memberansangkan… dlm pada masa yg sama sambung belajar secara sambilan.. peluang utk meningkatkan pendapatan sebenarnya terbuka luas, yg penting HALAL… kalau nak 1000 daya, klu x nak 1000 dalih.. No pain, no gain… mana mungkin dpt pulangan besar hanya duduk sahaja?
Pendapatan terhad, tiada wang simpanan? salah siapa? salah sendiri, bukan? kalau tahu pendapatan kecik, kenapa perlu berselera besar? atas dasar apakah tuan bercakap keadaan ekonomi terdesak? berdasarkan keperluan atau kemahuan? klu nk ikut kemahuan memang x pernah cukup.. besar periuk, besarlah keraknya… klu tuan kata berpendapatan kecil, macam di negara kita xde skim rumah PPRT, skim kemudahan kewangan IKS, bantuan kewangan utk anak sekolah(SPBT & elaun sara hidup seawal sekolah rendah) dan banyak lagi kemudahan untuk mereka yg berpendapatan rendah. Ironiknya, ramai yg nk kaya cepat, malas berusaha dan ambil jalan pintas. Saya sendiri pun pernah merasai susah. Hidup di KL dengan pendapat yg amat kecil RM600 sebulan namun dek taraf hidup yg tinggi alhamdulillah sy buat 3 kerja dalam satu masa di samping menyambung pelajaran. Tiada jalan yg singkat utk mencapai ke peringkat selesa. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.
Jangan perkecilkan BNM, di Indonesia speedline dah kantoi & sekarang rakyat singapura pula mangsa terbaru. Mcm polis jugak, BNM buat kerja slow & steady.. Kalau dihebahkan sekarang sudah tentu akan mengganggu siasatan. Hai.. sy percaya kalau BNM tangkap org ini sekarang atau kemudian, orang2 yg mcm tuan masih cakap BNM ambil duit tu. Jangan terlalu yakin tuan, pastikah tuan yg duit2 tersebut sampai ke ‘syarikat induk’ atau akaun perseorangan?? (mcm salah satu syarikat di atas kedai cheng ho, ampang duit dipindahkan ke akaun individu) Boleh jadi duit itu dah habis dibelanjakan oleh ‘pemilik’ syarikat berkenaan… hahahahha.. berkenaan kajian tu, saya sendiri berhubung dengan pegawai di BNM & SSM. Setakat nie xde syarikat/perniagaan yg berdaftar di Malaysia atas nama Speedline. Tuan kene ingat, adalah menjadi kesalahan mengambil/mengutip wang dari orang tanpa kebenaran BNM (tujuannya nk lindung org awam dr tertipu dsbg) klu syarikat berhad pun nk collect dr org ramai pun kene melalui IPO & Securities Commission inikan pula syarikat sdn bhd atau enterprise… selain dr itu, sy sendiri buat penyelidikan dengan institusi perbankan mengenai code “debit card” speedline… ternyata palsu belaka… code 4404 adalah code Union Bank Filipina 😀 (klu org speedline baca komen saya nie sure lepas nie dier tukar lagi code dekat visa kad derang… hahhahaha)…
Speedline dgn SSM lagi lah kn? nan hado? yg ader SPEEDLINE SECURE SERVICES SDN. BHD(s’wak), SPEEDLINE AUTO CENTRE SDN. BHD. (Penang) & SPEEDLINE TECHNOLOGIES ASIA PTE. LTD. (KL).. cuba bukak audited acct dier atau form 49… x berkait pun dgn org speedline forex tu.. org Indonesia ader buat company search di UK, no syarikat tu kepunyaan orang Bangladesh; sijil tu ternyata dipalsukan.. syarikat Speedline di Uk adalah pengeluar tayar & xde kena mengena dgn skim nie.. klu under business, lebih 50 nama speedline di mana 30++ drpd adalah bengkel kereta, 1 sykt alam & pos laju… namun 30 lebih dah ditutup.. xde satu pun yg berkaitan dgn skim nie…
klu betul melabur, kita akan diberi prospectus mcm yg kita labur dalam unit amanah. Selain dr tu, memanglah ada forex yg dibenarkan tp bukan org awam yer… yg dibenarkan hanya utk pembelian barang atau servis & mempunyai tarikh matang yg bertujuan melindungi/meminimakan kerugian syarikat. Sebagai contoh; syarikat sy nak beli mesin dengan harga USD3juta. Perjanjian atau PO bertarikh semasa USD3juta x 3.100 = RM9.1juta. Mesin dijangka sampai 15 Jan 2012. Takut USD akan naik pada masa depan so sy beli la forex USD3.1 yg akan matang 15 Jan 2012. Seandainya USD naik ke 3.8 saya dapat la kurangkan risiko kerugian akibat kenaikan kadar matawang US tadi.. sebab itu di website BNM siap ada appendix mengenai transaksi yg dibenarkan…
Itu baru perundangan dunia, bagaimana pula dengan undang-undang Allah???
Wallahualam…
puteri cinderella
terpulang la ‘sepak terajang’ nk ckp apa… sy rasa anda mungkin juga salah seorang drpd penganjur atau pelabur skim sebegini… hehehehe… melayu x tolong orang melayu?? sy kira apa yg tuan punya blog ini malah org2 yg memberi pendapat/komen telah byk membantu bangsa sendiri utk membuka minda… klu xde org melayu bantu org melayu; kurang tepat ayat tu… cuba lihat bagaimana jutawan syed mokhtar membantu org melayu/Islam?? Arwah Tan Sri Yahya? Tun Mahathir sendiri contohnya.. Mungkin pada tuan bantuan itu hanya berbentuk material?? Apakah bantuan khidmat nasihat dsbg bukan salah satu drpd bentuk bantuan?? Yang tidak mahu membantu adalah diri kita sendiri…
Kurang ilmu pengetahuan. (malas belajar, malas membaca dan susah diajar ; bodoh sombong kerana rasa hebat) itulah sifat org kita… kalau betullah skim ni hebat sangat, mengapa jutawan2 di negara ini x terlibat dalam skim nie? x payah la diaorang susah bukak perniaagaan sana sini cukup la melabur sahaja dgn speedline… hahahaha… bukankah 90% punca pendapatan adalah daripada perniagaan?(perniagaan yer, bukan pelaburan) mungkin kita ingat BNM x pantau, x mustahil juga ada org BNM sedang meninjau atau memberi komen di blog nie… heheheh.. bab pendapatan saya kira kita ada banyak peluang utk tingkatkan ekonomi sendiri/keluarga… dalam keadaan dunia tanpa sempadan, mcm2 yg kita boleh buat utk tambah pendapatan atau buat side income. Jualan barang online; x perlu premis pun. Saya sendiri walaupun bekerja sebagai pegawai kanan kewangan, bersengkang mata utk perniagaan makanan secara sambilan… alhamdulillah mendapat pulangan yg memberansangkan… dlm pada masa yg sama sambung belajar secara sambilan.. peluang utk meningkatkan pendapatan sebenarnya terbuka luas, yg penting HALAL… kalau nak 1000 daya, klu x nak 1000 dalih.. No pain, no gain… mana mungkin dpt pulangan besar hanya duduk sahaja?
Pendapatan terhad, tiada wang simpanan? salah siapa? salah sendiri, bukan? kalau tahu pendapatan kecik, kenapa perlu berselera besar? atas dasar apakah tuan bercakap keadaan ekonomi terdesak? berdasarkan keperluan atau kemahuan? klu nk ikut kemahuan memang x pernah cukup.. besar periuk, besarlah keraknya… klu tuan kata berpendapatan kecil, macam di negara kita ada skim rumah PPRT, skim kemudahan kewangan IKS, bantuan kewangan utk anak sekolah(SPBT & elaun sara hidup seawal sekolah rendah) dan banyak lagi kemudahan untuk mereka yg berpendapatan rendah. Ironiknya, ramai yg nk kaya cepat, malas berusaha dan ambil jalan pintas. Saya sendiri pun pernah merasai susah. Hidup di KL dengan pendapaant yg amat kecil RM600 sebulan namun dek taraf hidup yg tinggi alhamdulillah sy buat 3 kerja dalam satu masa di samping menyambung pelajaran. Tiada jalan yg singkat utk mencapai ke peringkat selesa. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.
Jangan perkecilkan BNM, di Indonesia speedline dah kantoi & sekarang rakyat singapura pula mangsa terbaru. Mcm polis jugak, BNM buat kerja slow & steady.. Kalau dihebahkan sekarang sudah tentu akan mengganggu siasatan. Hai.. sy percaya kalau BNM tangkap org ini sekarang atau kemudian, orang2 yg mcm tuan masih cakap BNM ambil duit tu. Jangan terlalu yakin tuan, pastikah tuan yg duit2 tersebut sampai ke ‘syarikat induk’ atau akaun perseorangan?? (mcm salah satu syarikat di atas kedai cheng ho, ampang duit dipindahkan ke akaun individu) Boleh jadi duit itu dah habis dibelanjakan oleh ‘pemilik’ syarikat berkenaan… hahahahha.. berkenaan kajian tu, saya sendiri berhubung dengan pegawai di BNM & SSM. Setakat nie xde syarikat/perniagaan yg berdaftar di Malaysia atas nama Speedline yg berkaitan skim ni. Tuan kene ingat, adalah menjadi kesalahan mengambil/mengutip wang dari orang tanpa kebenaran BNM (tujuannya nk lindung org awam dr tertipu dsbg) klu syarikat berhad pun nk collect dr org ramai pun kene melalui IPO & Securities Commission inikan pula syarikat sdn bhd atau enterprise… selain dr itu, sy sendiri buat penyelidikan dengan institusi perbankan mengenai code “debit card” speedline… ternyata palsu belaka… code 4404 adalah code Union Bank Filipina 😀 (klu org speedline baca komen saya nie sure lepas nie dier tukar lagi code dekat visa kad derang… hahhahaha)…
Speedline dgn SSM lagi lah kn? nan hado? yg ader SPEEDLINE SECURE SERVICES SDN. BHD(s’wak), SPEEDLINE AUTO CENTRE SDN. BHD. (Penang) & SPEEDLINE TECHNOLOGIES ASIA PTE. LTD. (KL).. cuba bukak audited acct dier atau form 49… x berkait pun dgn org speedline forex tu.. org Indonesia ader buat company search di UK, no syarikat tu kepunyaan orang Bangladesh; sijil tu ternyata dipalsukan.. syarikat Speedline di Uk adalah pengeluar tayar & xde kena mengena dgn skim nie.. klu under business, lebih 50 nama speedline di mana 30++ drpd adalah bengkel kereta, 1 sykt alam & pos laju… namun 30 lebih dah ditutup.. xde satu pun yg berkaitan dgn skim nie…
klu betul melabur, kita akan diberi prospectus mcm yg kita labur dalam unit amanah. Selain dr tu, memanglah ada forex yg dibenarkan tp bukan utk buat untung atas forex yer… yg dibenarkan hanya utk pembelian/loan/leasing barang atau servis & mempunyai tarikh matang yg bertujuan melindungi/meminimakan kerugian syarikat. Sebagai contoh; syarikat sy nak beli mesin dengan harga USD3juta. Perjanjian atau PO bertarikh semasa USD3juta x 3.100 = RM9.1juta. Mesin dijangka sampai 15 Jan 2012. Takut USD akan naik pada masa depan so sy beli la forex USD3.1 yg akan matang 15 Jan 2012. Seandainya USD naik ke 3.8 saya dapat la kurangkan risiko kerugian akibat kenaikan kadar matawang US tadi.. sebab itu di website BNM siap ada appendix mengenai transaksi yg dibenarkan… Kalau benar pun duit itu dilaburkan di akaun asing, memanglah BNM xde control nk pantau akaun luar tp satu hari nanti duit itu bila nk transfer balek ke akaun kita, bukankah BNM dpt detect jugak. Sedangkan duit keluar masuk yg legal pun kena ada supporting doc mcm BNM declaration & invoice, inikan pulak akaun individu. Kalau amaun yg besar, nak kuarkan cash over kaunter pun kene inform bank dulu.. sebab tu yg ada kes Pengarah filem, Datuk Adzhar Sulaiman yg kena penjara bersabit pengubahan wang haram.
“Penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman dan dua anak perempuannya termasuk penyanyi, Noradzrin hari ini, dihukum penjara dan denda selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram melibatkan RM59 juta.
Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rozana Ali Yusoff memerintahkan Adzhar, 56, dihukum penjara dua tahun dan denda RM1 juta atau penjara 10 bulan bagi kesalahan mengambil deposit tanpa lesen manakala bagi kesalahan pengubahan wang haram dia dihukum penjara tiga tahun.
Anaknya, Noradzma, 35, yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan dihukum penjara setahun dan denda RM500,000 atau penjara enam bulan bagi kesalahan mengambil deposit tanpa lesen.
Bagi kesalahan mengubah wang haram, Noradzma dipenjara dua tahun.
Seorang lagi anak Adzhar iaitu penyanyi, Noradzrin, 26, yang pernah merakamkan lagu Pujaan Malaya pula menghadapi hukuman penjara setahun selepas didapati bersalah atas tuduhan mengubah wang haram.
Selain itu, syarikat Noradz Travel & Services milik Noradzma dan Noradzrin yang menjalankan perniagaan pelaburan, penyewaan kereta dan insurans turut dikenakan denda RM5 juta atas kesalahan menerima deposit tanpa lesen daripada orang awam.
Kesemua hukuman itu diperintahkan berjalan secara berasingan mulai hari ini.
Rozana bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela, Afifuddin Mohd. Afifi untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan tetapi hukuman denda perlu dibayar hari ini.
Beliau turut meminta tertuduh-tertuduh yang sebelum ini dibenarkan memberi cagaran RM500,000 bagi ikat jamin RM1 juta setiap seorang, membayar RM500,000 lagi untuk mengenapkan jumlah jaminan asal.
Terdahulu, dalam penghakimannya, Rozana menyatakan, pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Menurut beliau, pembelaan tertuduh kedua dan ketiga bersifat penafian semata-mata iaitu mereka mendakwa tidak tahu menahu mengenai perniagaan yang dijalankan oleh bapa mereka sedangkan keterangan membuktikan mereka mempunyai peranan aktif dalam hal ehwal syarikat.
”Mencari kekayaan bukan dengan cara ini, mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang tidak mengetahui perniagaan syarikat kamu.
”Saya berharap hukuman ini akan menginsafkan kamu supaya kembali ke pangkal jalan,” kata beliau.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin dan pegawai pendakwa, Anthony Kularaj, kedua-duanya dari Bank Negara Malaysia (BNM) serta dua Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, Mohd. Farez Rahman dan Mohd. Haziq Razali.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan menerima deposit tanpa lesen, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau kedua-duanya.”
Itu baru perundangan dunia, bagaimana pula dengan undang-undang Allah???
Wallahualam…
donzai
macam mana pula dengan ECMC? ada pandanngan?? plz…..
sham
singkatan apa tu ECMC.
puteri cinderella
pasal emas bukan??
Qur’an (Al Baqarah: 275) tentang pembolehan jual beli, Al Hadits tentang jual-beli dan transaksi emas serta kaidah syariah tentang kaidah dasar berlakunya hukum (ushuliyah) dan kaidah mengambil hukum (1 qa’idah ushuliyah dan 4 qa’idah fiqhiyah). Dalil Qur’an yang digunakan merujuk pada dalil induk pembolehan jual-beli yaitu surat Al Baqarah ayat 275. Sementara dalil-dalil Hadits yang dijadikan landasan, menarik untuk dianalisa lebih jauh. Pada landasan dalil hadits ini disebutkan ada enam hadits yang menjadi landasan; (i) jual-beli yang harus berdasar kerelaan pihak yang bertransaksi; (ii) jual-beli emas dengan emas haruslah secara tunai; (iii) jual beli emas dengan perak adalah riba kecuali dilakukan secara tunai; (iv) jangan menjual emas dengan emas kecuali sama nilainya dan tidak menambah sebagian atas sebagian serta jangan menjual emas dengan perak yang tidak tunai dengan yang tunai; (v) Nabi melarang menjual perak dengan emas secara piutang (tidak tunai); (vi) musyawarah dilakukan bukan untuk mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.
puteri cinderella
klu pelaburan emas tu melibatkan ‘lock’ sesuatu pulangan yg ditentukan berapa jumlah pendapatan yg kita akan dpt, rasanya ia lebih kepada unsur2 riba. Begitu juga sekiranya melabur dlm emas menggunakan pinjaman yg melibatkan riba.
Hadis Abudah bin al-Samit, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksud: “(Jual beli atau pertukaran) Emas dengan emas, perak dengan perak,
gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, dan garam dengan
garam, hendaklah dengan kadar yang sama (timbangan atau sukatan), dan hendaklah
beserta penyerahan bersama (oleh kedua-dua pihak). Sekiranya ia berlainan jenis,
maka berjual belilah sebagaimana yang anda mahu jika dibuat secara penyerahan dari
tangan ke tangan (oleh kedua-dua pihak)”.
Dalam riwayat lain oleh Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksud: “Emas dengan emas adalah riba kecuali secara penyerahan serentak, gandum
dengan gandum adalah riba kecuali secara penyerahan serentak, kurma dengan kurma
adalah riba kecuali secara penyerahan serentak, dan barli dengan barli adalah riba
kecuali secara penyerahan serentak”.
Dengan demikian, adalah difahami bahawa Skim Perdagangan Matawang Asing ini
melibatkan perbuatan membeli atau meminjam matawang asing daripada atau
menjual atau meminjamkan matawang kepada peniaga-peniaga yang tidak diberi
kuasa. Di bawah AKPW 1953, mana-mana individu adalah dilarang sama sekali
berurus niaga matawang asing, kecuali setelah mendapat kebenaran daripada
Pengawal Pertukaran Asing, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia, sebagaimana yang
dinyatakan oleh Seksyen 3(1). Manakala Seksyen 4(1), (2) dan (3) AKPW 1953 pula
menyatakan;
Except with the permission of the Controller, no person, other than an authorized
dealer, shall, in Malaysia –
(a) buy or borrow any gold or foreign currency from;
(b) sell or lend any gold or foreign currency to; or
(c) do any act which involves, is in association with, or is preparatory to, buying
or borrowing any gold or foreign currency from, or selling or lending any gold or
foreign currency to, any person other than an authorized dealer
Except with the permission of the Controller, no person resident in the scheduled
territories, other than an authorised dealer, shall, in Malaysia, do any act which
involves, is in association with, or is preparatory to, buying or borrowing any
gold or foreign currency from, or selling or lending any gold or foreign currency
to, any person outside Malaysia.
Where a person buys or borrows any gold or foreign currency or does any act
which involves, is in association with, or is preparatory to, buying or borrowing
any gold or foreign currency in Malaysia, or being a person resident in the
scheduled territories, does any act which involves, is in association with, or is
preparatory to, the buying or borrowing of gold or foreign currency outside
Malaysia, he shall comply with such conditions as to the use to which it may be
put or the period for which it may be retained as may from time to time be
notified to him by the Controller.
Berhubung dengan penerbitan yang mengiklankan perdagangan forex secara haram
ini pula, Seksyen 4A.(1) dan (2) AKPW 1953 menyatakan;
Except with the permission of the Controller, no person, other than an authorized
dealer, shall issue or publish, or otherwise facilitate the issuance or publication by
any person of, an advertisement containing –
(a) an invitation or an offer to buy, borrow, sell or lend any gold or foreign
currency; or
(b) information which is intended or might reasonably be presumed to be
intended to lead, directly or indirectly, to the buying, borrowing, selling or
lending of any gold or foreign currency.
For the purposes of this section, “advertisement” means the disseminating or
conveying of information, invitation or solicitation by any means or in any form,
including by means of—
(a) any newspaper, magazine, journal or other periodical;
(b) posters, notices or signboards;
(c) circulars, handbills, brochures, pamphlets, books or other documents;
(d) letters addressed to individuals or bodies;
(e) photographs or cinematograph films; or
(f) sound broadcasting, television, computers or other electronic means.
Manakala hukuman bagi kesalahan berurusniaga matawang asing tanpa kebenaran
Pengawal Pertukaran Asing pula dinyatakan di Bahagian II (2A) di bawah akta yang
sama sebagaimana berikut;
Notwithstanding subparagraph (2), any person who commits an offence under
subsection 4(1) or (2) punishable under this Part shall, on conviction, be liable to
a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not
exceeding five years or to both and the court may order any currency, gold or any
property involved in respect of the commission of the offence to be forfeited.
Setelah meneliti peruntukan-peruntukan di dalam akta di atas dan melihat kepada
skop peniaga-peniaga yang diberi kuasa (authorised dealers) berurusan dengan forex,
ternyata sebarang urusniaga forex melalui saluran yang tidak diiktiraf oleh undangundang seperti perdagangan spot forex yang dijalankan oleh individu perseorangan melalui platform-platform elektronik menjadi satu kesalahan di sisi perundangan Malaysia. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau penjara untuk jangka masa tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali
sepak terajang
kau cakap banyak2 pun tak guna lagipun kau bg nasihat bukan membantu bangsa pun hanya menulis di blog saja ataupun kau bg penyelesaian lain ini tidak menghentam saja yang tahu guna undangla,agama tapi tiada penyelesaian bgla penyelesaian nie byk cakap saje.
puteri cinderella
tuan pun apa kurangnya.. menghentam orang yg cuba menyelamatkan orang dari terpedaya 😉 (di Indonesia ada yg tertipu sampai jual rumah, habis semua wang lebur) saya rasa masing2 dah menjalankan yang terbaik… terpulang kepada diri sendiri utk menilainya… tepuk dada, tanya iman… wallahualam.. Kalau ada yg terkasar bahasa & tersalah bicara semasa mengemukakan pandangan atau berkongsi ilmu, maafkan saya semua ya… yang baik itu datang dr Allah swt, yg buruk itu dr saya. Wassalam.
dipetik dr http://wahdatulummah.blogspot.com/2011/09/bandingan-manusia-berilmu-dengan.html
Rasulullah SAW telah bersabda “Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipu daya ; ketika itu orang-orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai para pengkhianat dan tidak mempercayai para pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaibidhah akan berbicara.” Rasulullah SAW ditanya “Apakah itu Ruwaibidhah ?” Lalu Rasulullah menyebut bahawa, “Ruwaibidhah adalah orang-orang bodoh (yang berbicara) tentang urusan umat.” (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah )
Sebenarnya tidak menjadi salah kepada golongan ini memberi pandangan dan pendapat tetapi kesilapannya kerana ketidaklayakan mereka, dengan bekalan ilmu yang tidak mencukupi untuk bercakap dan memberi pandangan kepada sesuatu yang bukan bidang mereka. Al-Imam al-Sayuti telah menjelaskan bahawa “ Al-Ruwaibidhah adalah orang yang lemah yang cuba mencampuri perkara-perkara besar dan berusaha untuk memperolehinya”.
Ingatlah bahawa bercakap tanpa berfikir adalah petanda betapa rendahnya ilmu dan rosaknya akhlak. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kekayaan jiwa terpancar kelebihan ilmu seseorang tanpa perlu dibangga. Jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk dan berlagak kerananya. Jangan sekali-kali meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
Ilmu yang lahir dari tapisan mulut golongan berilmu menyumbang banyak faedah kepada ummah. Berbeza dengan golongan al-Ruwaibidhah yang menyumbang kepada suasana huru-hara dalam masyarakat. Orang Arab ada menyebut melalui kata-kata hikmat mereka “orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikan sesuatu ”
anakrusakami
Apa kepentingan anda menghuraikan penyelewengan-demi penyelewengan pelaburan internet?
Siapa anda dan disebalik anda sebenarnya?
Kalau hendak diusul semua pendapatan rakyat malaysia yang makan gaji adalah haram, sebab gaji yang dibayar kepada mereka adalah hasil dari pelbagai sumber pendapatan JHDN menerima pembayaran cukai dari hasil penternakan (ada yang menternak babi) perkhidmatan (ada dari judi dan riba) begitu juga dengan lain-lain perkhidmatan, hartanah, membeli rumah murah, membeli kenderaan, pinjaman melanjutkan pelajaran, pendapatan syarikat-syarikat komunikasi dan ratusan sumber pendapatan jika diusul tentang halal haram sememangnya haram kecuali hnay orang-orang yang zuhud tidak memandang meterial.
Kenapa menyalahkan melayu?
Kerana melayu miskin?
Kerana melayu malas?
Kerana melayu merempat dibumi sendiri?
Kerana melayu dengki?
Mungkin ada pihak yang merancang semua ini
sedarlah… wahai melayu….. bangkitlah dan tanganilah orang-orang yang menjadi talibarut dan baruwa kepada bangsa
puteri cinderella
dipetik dari http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/756-gaji-kakitangan-a-pendapatan-cukai-haram-kerajaan.html
Gaji Kakitangan & Pendapatan Cukai Haram Kerajaan
Monday, 15 September 2008 09:56
Hits: 28892
Halalkah Gaji Kakitangan Awam ?
: Pendapatan Kerajaan Bercampur
http://www.zaharuddin.net
Soalan
Betul kah pendapatan kerajaan dibahagi kepada dua akaun? mana buktinya?.Adakah Kastam Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya telah asingkan cukai halal dan haram. Jika demikian, bagaimana boleh dikatakan gaji kakitangan awam datang dari akaun yang halal. ?
gaji oh gaji
JAWAPAN UZAR :
Sebarang bukti saudara perlulah mengusahakannya sendiri. Saya juga tiada sebarang bukti, namun bagi saya bukti pembahagian akaun telah dibuat bukanlah satu perkara asas dalam hal ini, ( sebaliknya yang asas adalah mengapa sesebuah kerajaan itu ingin meluluskan sesuatu industri yang haram seperti judi dan lain-lain) . Adapun dalam konteks soalan ini, kita sedang memberikan fokus kepada pendapatan kerajaan yang TELAH PUN bercampur.
Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money’ atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Apa yang haram adalah cara perolehannya dan bukan fizikalnya.
Justeru itu, oleh kerana sememangnya terdapat perolehan kerajaan dari sumber cukai yang halal dan haram (dari sudut SHariah dan bukan dari sudut undang-undang), tanpa pengasingan akaun, sudah tentu percampuran halal dan haram akan berlaku, namun ingin saya tegaskan bahawa cara perolehan yang haram dan dari sumber haram hanya akan dipertanggungjawabkan ke atas bahu individu berwajib seperti pegawai terbabit (pelaksana) dan pemimpin yang membuat dasar.
Adapun, kakitangan awam yang bekerja di bidang yang halal seperti guru, pegawai kementerian, pensyarah di IPTA, Jabatan Agama, Mufti, Qadhi, Jurutera, Akauntan dan ramai lagi, gaji mereka adalah halal. selagi mana KERJA YANG DILAKUKAN HALAL. Walaupun gaji mereka keluar dari kantung Negara yang bercampur dari hasil halal dan haram, duit dari sumber haram tadi tidak akan memberi kesan haram kepada gaji mereka.
Dosa haram adalah bersifat maknawi atau hukmi atau spiritual yang akan melekat di hati individu terbabit sahaja. Ia tidak berpindah kepada orang yang tidak berkaitan secara fizikal (iaitu apabila wang kertas itu berpindah ke tangan orang lain).
Selain itu, jika wujud orang yang ingin bersikap terlalu keras dan ‘strict’ tidak bertempat sehingga ingin mendakwa semua gaji kakitangan awam adalah haram kerana wujudnya percampuran, maka saya nasihatkannya untuk melihat dirinya sendiri terlebih dahulu. Dimanakah ia bekerja, jika ia bekerja di sebuah syarikat maka mungkin percampuran pendapatan syarikat juga akan berlaku kerana sebahagian besar modal syarikat juga datang dari sumber haram iaitu pinjaman bank riba dan pengurusan juga banyak yang mendapatkan kontrak secara rasuah dan lain-lain lagi. Justeru boleh dikatakan bahawa sebahagian pendapatan syarikat adalah haram.
Jika ia mengatakan “saya bekerja sendiri” maka ia tetap akan menghadapi situasi yang sama iaitu pembelinya menggunakan wang yang bercampur dari sumber haram dan halal.
Perlu diingat bahawa dalam sebuah negara Islam yang hakiki, adalah harus atau DIBENARKAN bagi pemerintah sesebuah negara Islam untuk membenarkan penduduk bukan Islam dalama negaranya menjual arak kepada sesama mereka DENGAN SYARAT ia diiktiraf oleh agama mereka. Dari sudut percukaian pula, adalah DIBENARKAN atau harus pihak kerajaan Islam tadi menerima cukai hasil perniagaan arak tadi memandangkan ia dikutip menurut peruntukan hukum Islam yang sohih. Harta tersebut boleh digunakan untuk maslahat awam termasuk membayar gaji kakitangan awam tanpa sebarang masalah.
KESIMPULAN
semua kakitangan awam jangan bimbang dengan gaji mereka selagi mana mereka melakukan kerja-kerja dan tugasan yang halal. Adapun setiap pelaksanaan perintah oleh orang atasan yag bercanggah dengan Islam akan menjadikan sebahagian gaji mereka haram dan syubhah. Manakala beban dosa dari tugasan haram tadi pula akan ditanggung oleh setiap orang atasan yang membuat keputusan termasuklah setiap individu yang menyokong.
Adapun, jika anda ingin membaca dalil-dalil kepada jawapan yang saya utarakan ini. Anda bolehlah membaca dengan faham artikel berikut.
Maksud saya ‘faham’kan kerana anda perlu mengaitkan dalil itu dengan kerajaan yang bercampur pendapatannya.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net
15 Sept 2008
15 Ramadhan 1429 H
entah
anakrusakami..HANG ISLAM kaa ..kalau ISLAM pehh memang RUGI betul KITA sebab kita nie orang ISLAM..macam macam haram..JOM meh tukar agama…hahahah tak mau ke…he he he tahu takut…
kita nie MELAYU beragama ISLAM..sebab dalam Islam ade hukum halal haram..yang haram tetap harap tak boleh jadik halal..
Macam makan babi waktu kemarau gile gile..itu aje yang ade..islam kata boleh..tapi menda tue still haram..makan menda haram babi tue tidak Berdosa..Haram tetap haram tapi cuma tak berdosa..
Sama macam SPEEDLINE tue kalau menda tue datang dari orang melayu yang buat fine aku takde masalah..sebab aku tahu dia MELAYu paling bangsat boleh dia buat takkan melebihi sampai menyumbang duit kepada ISRAEL menghancurkan Palastein..buat ye dia warga ENGLAND tapi bangsa YAHUDI..hahaha apa mau ceta..
Macam Kita nak meniaga ..Meniaga buah mangga ..nak laku nak cepat habis kita tipu kita hebah kan semua MAngga kita paling manis..so orang pun beli berkoyan koyan ..cepat habis..INGAT meniaga manga tue halal..tapi bila dia campur sikit menda haram cth menipu (menyorokkan kebenaran) maka dia jadik haram..cuba tanya para ulamak..susu sebelanga kita titiskan setitik air arak pada susu apa akn jadik pada arak tue ..ceciter..HARAM–sama macam speedline..bagi mereka yang tahu kebenaran dan menipu atau menyembunyikan kebenaran maka pekerjaan tersebut adalah haram (ade ulamak kata haram ada kata tak haram tapi tidak berkat))..
simple rules
Speedline cukup bagi aku tahu pada AM aje..aku cuma pakai lampu suluh /atau cahaya bulan atau matahari untuuk melihat speedline nie..aku tak mau pakai mikroskop..binokulaar night vision ..tak mau tahu yang terlalu detail macam ko kata gaji lhdn tue..
SO senang ceta kita ambik QURAN DAN HADIS..ALLAH tak suruh ambik tafsiran atau pendapat ulamak..sebab ade yang berbeza-beza..berbeza beza dengan tahap ilmu ulamak tersebut..paling mudah sekali ARAK dan BABI..Jelas dalam ayat Quran kata haram. dah jangan belok sana belok sini nak jadikkan dia halal..
andai kata SPEEDLINE nie trade selain dari Gold maka itu urusan mereka ngan ALLAH ..urusan kita hanya di takat kita mengetahui meka trade gold..andai meka trade perempuan n arak..biar laaa..yang dah masuk tunggu sampai abis yang belum masuk jangan masuk……
jangan kita tinggalkan yang HARAM aje dengan melupakan yang HALAL..apa yang penting kita sebagai orang ISLAM untuk dapat kan HALAL dan BERKAT..
sepak terajang
saya nak menyebut balik kata2 orang arab orang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikan sesuatu bagi saya orang macam puteri cinderella hanya pandai bercakap tetapi tidak membantu mempunyai ilmu tetapi tidak membantu apa2 pun hanya MEMYALAHKN2 SAJA ORANG yang masuk pelaburan nie dia tahu risikonya tetapi dia tahu rezeki datang dari allah dan dia tidak meminta pada sesiapapun untuk menangung kerugiannya tetapi ada cuba mengubah hidupnya tanpa bantuan sesiapa tetapi kamu yang cerdik pandai niie asyik berkata2 saja apalh orang melayu.kita melihat kaum cina dia membantu kaum dia tetapi kaum kita hanya membuat dengki dan menyalahkan saja.
puteri cinderella
Wallahu a’lam bish-shawabi…
kidzoners
Hingga saat ini, siapa owner nya sahaja tidak ada yang tahu bahkan ahlinya sekalipun. Katanya syarikat besar tapi tidak tidak ada Privacy Policy, tidak ada moderator (online support) = HOAXXX.
Mereka yang katanya telah menerima bayaran dari speedline, sebenarnya tidak sedar kalau wang yang selama ini kamu terima bukanlah dari speedline, melainkan dari orang-orang di bawah kamu – tanpa mereka kamu tidak akan pernah menerima keuntungan apapun.
Saya juga melihat perkembangan di indonesia mengenai speedline ini, ternyata mereka sudah mula sedar & berhenti untuk mencari korban lagi.
Banyak maklumat mengenai speedline di indonesia
http://speedlineinc.info/live/index.php?option=com_content&view=article&id=203:beberapakebohonganspeedline
http://www.vellimarwan.com/menyikapi-kemunculan-speedline-dan-speedreturn/
http://siar.in/artikel-kebohongan-speed-line.htm
…
dari sina kita juga boleh tahu sebenarnya bagaimana speedline. Semoga kita boleh belajar dari sina, jangan sampai kes Swisscas berulang lagi. Banyak dari kita menangis kerana di bohongi.
salam,
Melayu Sedar
Sahabat2 ku..bukan dengki, bukan iri hati, tapi cuma nak berkongsi..
Warren buffet, full time investor, super sifu dalam pelaburan, org ke 3 paling kaya dalam alam ini pon gain average profit of 25% per year.. kalau sampai 240% setahunnn, xrasa ke xmasuk dek akal fikiran kwn2 sekalian.. timbang2 kan lah..
modus operandi dorang ni xjauh beza.. ponzi all the way.. gua xmau komen byk lg..
korang google la habis2 pasal bnde2 ni sblm join. gua xmau ekonomi kita kaum lain yang terus pegang disebabkan kaum2 kita yg malas berusaha dan melabur di dalam skim2 ‘duduk diam2 dapat duit ni’.
better gi pinjam duit kat amanah ikhtiar jual buger lagi 1000x gua respect.. ada usaha. gua sayang kan melayu. gua nak melayu naik. bukan terus hanyut dan mencari alasan..
Iqra’. bacalah. bacalah. pesanan terakhir gua.
my 0.10 cent.. salam aiduladha.. (sambil mkn lemang n rendang)
kamarulzaman
btul ke dh siasat?artikel nie mcm artikel dengki je,xsma dngan apa yg aku dngar emm mybe nie speedline lain kot.haha n then nmpak cm main hentam je brcakap.jgn brcakap ikut suka tekak je .org yg mlabur dlm mna2 pkej speedline nie mereka hnya akan dbayar dalam tmpoh 100 hari shj..mereka dbyar mngikut pakej2 cth(silver 10euro/rm50,dan mereka dbyr 1% setiap hari slama 100hari,(gold 100euro/rm500,dan mereka dbayar 2%sehari slama 100hari,(platinum 250euro/rm1250 dan dbayar 2.5%sehari,dan (diamond 500euro/rm2500 dan dbayar 3%sehari) ,slepas 100hari akaun akan mati.xsmpai pun setahun kakak makcik oii…speedline inc juga mndapat nasihat dari bnm supaya tdak dgangu oleh bnm dan bnm JUGA dbyar 10% sehari.so mcm mna 2?siasat ape 2?siasat persendirian ke?aku pun x pasti lah bnm buat keje mcm mna,betul ke x waallahu’alam..haish dunia2..
sepak terajang
salah tu cuba baca geogre soros menghasilkan duit dari forex hampir 10 bilion warren buffet pun sama lain kali bacala kat kuasa forex tentang forex jangan pakai tibai je.
sham
Di Indonesia, Speedline sedang mengalami kejatuhan.. Boleh rujuk
http://speedline-penipu.blogspot.com/
Sudah masuk paper di Indonesia dah. Saya tak boleh update dah artikel sebab ia sudah terlalu panjang menyebabkan browser saya hang. Jadi boleh baca kat blog tersebut. Ulasannya memang dah cukup panjang kat blog tersebut.
pak meon
Assalamualaikum…………wahai semua saudara ku sekalian….ingatlah dunia dah menghampiri hari usia akhir zaman….bykkan amal dan ibadat…cuba bersihkan diri dari sebarang punca rezeki yg haram dan meragukan…mudah2an tuhan menerima taubat orang yg benar2 bertaubat…INSAALLAH…..
hehehe
aku x respek der kalau jdi kaya masuk speedline ni, aku pun boleh masuk kalau aku nk jadi kaya sama, modal start 2500, 3% x 100 hari =300% (2500X 300%= 7500-2500=5000 untung), sapa x kabur mata tgok macam angka tu, tp finally kalau elimate hukum islam, haramlah hukumnya.
malang kita umat islam klau jadi macam ni, kita sedar dgn keadaan harga barang yg mahal dan gaji yg xnaik naik ni, memang membuatkan kehupan kita tersepit, nk cari rezeki tambahan .klau siapa cakap org yang komen kat sini dengki sbb ada person jadi kaya sbb speedline, aku xdengki pun sbbnya aku pun boleh join speedline ni,
kaya tp tiada keberkatan, hnya duduk goyang kaki dapat duit degn pulangan yg dijanjikan sudah tentu ianya haram kerana terlibat dengan riba (penindasan), lebih baik jual berger walupun xuntung bnyk tp berkat .syed mokhtar al bukhary, bukan background kaya, tp disebbkan rajin berusaha, menyimpan, akhirnya dia menjadi pemilik pelbagai syarikat di Malaysia, itu baru gua respek bro. Kaya sbb speedline, ko pakai la 10 bijik BMW 7 series depan aku, aku sikit x heran la bro. kaya macam tu semua orang boleh.
kau aku dan Islam
na’uzubillahiminzalik..
satu demi satu ‘pencerahan’. thanx lah bbyk pada semua. just wanna share.. mula2 pulangan ‘SL’ ni djanjikan dlm 100 hari.. tetapi tiba2 baru2 ni depa dah ‘upgrade service maintenance’ sikit..
“Semua pelabur akn dberi pulangan penuh dalam 200hari..”
perghh.. suka-suki jek an an?
What is This? contoh , initially invest 500Euro/rm2500 = rm7500 in 100days.. sekarang, invest 500Euro/2500=rm10000 in 200days??? obviously they are dragging up the payment period.for what? if u ask me, i’ll say ,” they r buying TIME”
bukan SPEEDLINE je skang bai… xsilap dah ade baru lg baru je ‘MEMBIAK’…namanye LIBERTYGOLD la pulokkk.. pada yg belum dan hehampir join tuh, elok beno le kome sume menjauhi bende2 gini…mm pd yg dah TERjoin atas sbb2 tertentu…wallahu’alam.THERE’S ALWAYS A WAY TO EVERYTHING (^~^)
uols try la browse kat FB.. bersepah mcm cendawan tumbuh lepas hujan.. thr’s more bebeh, bukan dua ni jek..konsep n modus operandi yg serupa-mupa belake.
jadi… pepandai le ye. jgn dok sibuk ckp Melayu dengki sama Melayu..cube le pikio bebetul, yg dok menasihat tu le yg syg kat kome.. sebar2kan lah … ISLAM ADALAH DAKWAH DAN NASIHAT.
sham
Dah start bermasalah sudah? Kat indonesia, sedang drop. Satu per satu surat khabar mengatakan ia tidak membayar duit ahli. Secara tak langsung Ia meningkatkan lagi sentimen anti Malaysia.
m.o
salam sume…
tq lah kpd empunya blog dan juga put cinderelaa yg byk membantu dlm perkongsian maklumat. nyaris2 aku nak join skim spidline ni,gara2 ingatkan mmg betul2 forex online. kampit sungguh….memula tu, mcm bro yg kat ats ni lah tulis, diorg kata dlm 100hari tempoh, tetiba skrg dh 200 hari plak..yg lagi mushkil nye, ejen2 sl ni sibuk duk paksa masuk yg 2.5k. padahal ada lagi yg modal 500, bertambah lah mushkil kat kepala. anyway tq to all, mana2 yg belum terbuka hati tu, cuba rerajin skit membaca, jgn lah taksub sgt dgn benda yg terang2 dah bermaslah ni… syg sgh website topix.com dh kena ban…kalo dulu, byk info blh dpt dr situ… slmt malam…
puteri cinderella
wslm… m.o
alhamdulillah…. utk pengetahuan m.o & semua, ‘penyelidikan’ terkini saya mengenai salah satu daripada kereta yg kononnya milik salah seorang ‘ahli’ ‘peleburan'(bukan labur tapi akan lebur punyer hahaha) hanyalah palsu… ia adalah milik salah sebuah syarikat kereta terpakai.. saya dah contact dealer tersebut, kereta tu pernah diiklankan 5 bulan lepas dan masih ‘available’ untuk dibeli dari used car dealer tersebut… x percaya, cubalah… hahahaha… kajian lain, biarlah rahsia… saya bukan berniat nak memburukkan sesiapa, jika kita tahu sesuatu yang tidak baik & kita nak melindungi org lain drpd teraniaya, itu x salah.. pada mulanya saya nak disclosed findings saya di sini namun saya rasa maklumat tu x berguna untuk orang yang sukar menerima pandangan & nasihat.. Alhamdulillah.. (saya suke jadi PI ni) 😀 wallahua’lam…
tertipu & terpedaya
assalam.. sy nak minta nasihat sikit sbb sy dah terjoin sbb percaya rakan lama.. sy nk buat polis report..tp xda black&white watsoeva..sy nk balik duit sy..sy baru join seminggu..apa cara untuk sy retrieve duit balik ye……. beribu dah sy kluarkan…. ada ke apa undang2 yg boleh melindungi sy…..bantulah sy~
sham
biasanya jika melibatkan penipuan online, duit memang tiada harapan untuk dapat balik. Sebab duit tu dah beredar merata rata tempat dah. Undang-Undang jenayah perdagangan la kot. Sebab tiada hitam putih yang menyukarkan pihak berkuasa bertindak. Apatah lagi benda online, lagi susah nak trace.
m.o
put.cinderella – dedahkan je apa yg patut.biar terbeliak skit mata pendokong2 skim aniaya org ni. kalo sesape yg dah terkena, elok buat aduan online di kpdnkk.gov.my. lagi ramai lagi bagus. benda2 yg melibatkan SKIM PIRAMID mcm ni mmg kna ttg habis-habisan. dulu aku dn ramai lagi geng2 forumer kat topix.com brunei forum telah berkempem buat aduan ttg hai o yg tgh rancak buat prmosi belian pukal. pasal frens club tu pun ramai yg oppose dlm fb. hasilnye, hai o x lagi dibenarkan promot belian pukal di kalangan ahli2 nye. seelok2nye kalo anda di offer dgn bulan dan bintang, rajin2 lah buat risikan dr web. sbb benda2 cm tu mmg x masuk akal.
puteri cinderella
m.o,
tu la… sy amat sedih, yg kononnya belajar tinggi pun terjebak dlm skim-skim mcm nie… skim pyramid ni bukan shj ‘pelaburan forex atau emas’/duit kutu malah mebelabui mata orang ramai melalui penjualan barang. Saya pernah di’tarik’ utk masuk group hai-o pada tahun 2005 malah beberapa kali pergi mendengar taklimat sbg, masa tu produk penapis air baru keluar. Sy memang kurang berminat untuk menjual produk yg sy sendiri x yakin/percaya tentang produk tu. Kebetulan ada orang hantar risalah penapis air jenama lain ke rumah saya. Apabila dibelek, diteliti dan mendapat pengesahan syarikat di Glenmarie tersebut, harga yg ditawarkan kepada saya adalah RM800, spect semua sama,tempat logo mcm hai-o, 6 filter siap wayar & button semua sama. Harga hai-o adalah rm1.9k.. bayangkan, berapa kali gandakah harga brg tu di mark-up kan? klu cost mungkin 6-7 ratus sahaja… bayangkan orang kita, agama kita begitu mudah diperbodohkan oleh orang cayanun alif utk jadi keldai duit. Mcm tu jugak produk maharani yg dibuat di China, katanya x perlu pengesahan Halal dari Jakim kerana mereka mendakwa lesen HALAH dari China bertaraf antarabangsa lebih hebat dari jakim. (dlm seminar tu dier ada menerangkan bahan pil herba maharani tu ada masukkan pati haiwan mcm ayam hitam etc) Korset samapai 2-3 ribu ringgit kalah jenama yg terkenal di luar negara, berbaloikah? Yg kelakar ramai yg x segan silu membuat testimonial bahawa pemakaian korset tu telah berjaya membuatkan mereka dikurniakan zuriat. Siapa yang kurniakan zuriat & sembuhkan penyakit bagai; korset atau ALLAH? Menyekutukan Allah adalah syirik. Itu belum lagi MLM yang jual kopi dengan harga 3 ratus ringgit sekotak & skim MLM yg lain…
Kat cni sy nak share email daripada BNM kepada saya…
Puan,
Kami merujuk kepada e-mel puan bertarikh 3 November 2011 berhubung perkara di atas.
Kami ingin memaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (Bank) tidak pernah mengeluarkan lesen kepada individu atau mana-mana syarikat selain daripada Institusi-institusi Kewangan untuk menawarkan apa-apa bentuk skim pelaburan dan mengambil deposit daripada orang ramai. Kami juga ingin menasihati pihak puan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur.
Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank Dan Institusi Kewangan 1989 (ABIK). Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sebarang kerugian daripada ‘pelaburan’ adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar puan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.
Untuk makluman puan juga, pihak Bank hanya memberi lesen kepada semua bank, institusi kewangan dan pengurup wang yang berdaftar untuk menjalankan urusniaga dalam matawang asing. Sehubungan itu, individu yang terlibat dalam perdagangan matawang asing dengan syarikat yang tidak mempunyai lesen yang sah harus menanggung risiko kerugian jika sesuatu berlaku kepada syarikat berkenaan.
Untuk membantu puan dalam mengenal pasti sama ada sesebuah syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk senarai syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman web kami, di alamat berikut –> http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57
Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.
Puan juga boleh merujuk kepada laman web Suruhanjaya Sekuriti (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membuat pengesahan lanjut di pautan-pautan berikut:
1. http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/licenseMain.html
2. http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html
3. http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/IApg_other.html
4. http://www.ssm.com.my
5. http://www.kpdnkk.gov.my
Sekiranya puan mempunyai maklumat terperinci lain beserta dokumen-dokumen sokongan, sila hantar ke Bank di alamat berikut:
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
Salinan e-mel ini akan dihantar ke Unit Penyiasatan Khas kami untuk tindakan lanjut, sekiranya perlu.
Harap maklum.
Kami amat menghargai sekiranya tuan/puan dapat meluangkan masa untuk melengkapkan satu kaji selidik untuk membantu kami menilai dan memperbaiki kualiti perkhidmatan kami. Sila rujuk borang kaji selidik yang dilampirkan.
Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari
http://www.bankinginfo.com.my & http://www.insuranceinfo.com.my
Terima kasih.
Lotfi Ismail
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
————————————————————————————————————————————————————————————————
DISCLAIMER: Any e-mail messages from Bank Negara Malaysia (Bank) are sent in good faith, but shall not be binding nor construed as constituting any obligation on the part of the Bank.
CONFIDENTIALITY NOTICE: This e-mail contains confidential information, which is intended only for the use of the recipient(s) named above. If you have received this communication in error, please notify the sender immediately via e-mail and return the entire message. Thank you for your assistance.
puteri cinderella
Dear tertipu & terpedaya,
tuan boleh buat aduan kepada BNM melalui SMS, emai, telefon atau datang sendiri ke:-
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-21741515
atau
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
kalau ada segala butir2 transaksi usah khuatir. Saya sedia maklum memang tiada black & white tapi klu ada maklumat akaun ke mana wang itu dipindahkan akan turut membantu siasatan. Bukan itu sahaja, sekarang ni dah ada integrated system. Melalui CCRIS, CTOS etc dah dapat trace maklumat akaun pemilik seperti nama, no. ic/passport, no telefon dsbg. Yang penting tuan mesti membuat laporan polis serta melaporkan kepada Bank Negara. Sekiranya tuan lambat bertindak, maka lebih ramailah yang bakal menjadi mangsa serta peluang untuk menangkap dalang2 ini makin tipis. Satu maklumat yang diberi oleh tuan akan membuka maklumat/penipuan lain yg bukan sahaja dpyt membantu beliau & mangsa lain. Segala aduan akan dirahsiakan & hak tuan yang ditipu insyaallah akan dilindungi. Wallahua’lam.
aku lah juri anda
tertipu & terpedaya bla bla…….time sbelum masuk x nak mntax nasihat bile dh kena baru nak nasihat,haha.aku rasa sbelum kau join msty dh ade mmber2 yg nsihatkan jgn masuk,benda ni tipu bnda ni bla bla.kan kan kan kan haha..bodo sial,dh tahu bnda 2 100% risiko n xde black n white.perghhhhh!!!pegi jugak joinkan.BODOH KE X NAME ?,pas 2 nak report bagai..time di closing xkn member xckp bnda nie 100 percent risiko..adoiyai x ke bodoh nme 2(skali lagi brtnya)..hahahahaha,bantulah saya bantulah..hahaha klakar doh.
m.o
bwk2 bertenang…kita belajar dr pengalaman.. lain kali jgn terjelepok ke dlm lubang yg sama lagi…
tertipu & terpedaya
terima kasih puteri cinderella.ternyata amat byk membantu.semoga awk dirahmati & diberkati.terima kasih juga pada komen cik juri.pedas tp boley layan lg la.kelaka ea?sy bangga dpt buat awk ketawa. 😀
sham
Tuan Tertipu, boleh buat report polis dan bnm seperti yang disarankan oleh Cik Puan Cindirela. Semua orang buat silap. Mungkin masa tu, Tuan tidak ada banyak maklumat tentang Speedline ni. Mungkin sebab terpengaruh dengan kawan kawan yang masuh lebih awal. Masa tu mereka mungkin masih dibayar.
Beginilah yang terjadi kepada skim cepat kaya apabila ia naik sekejap, bila dah tepu ia akan jatuh dan tutup. Penganjur pula akan buka skim baru yang lebih kurang sama dan menjadi mangsa lain pula yang kurang maklumat dan terjebak.
m.o
dan begitulah sterusnye…. skim tipu yg rebranded
Part Time Trader Forex
sebenarnya SKIM2 macam ni lah yang buat orang2 kita berhutang sampai tak boleh bayar. dulu aku pernah masuk skim internet ni RM4k lebur (12 Daily Pro). ianya PONZI scheme..selepas skim yang aku masuk ni bungkus, aku ditawar lagi skim2 yang agak sama cuma bezanya nama lain..terfikir dengan kesilapan sudah, aku dah tak lagi turut serta. even kawan aku ajak join speedline, aku hanya senyum shj…
ok bercerita pasal forex, sebenarnya kegiatan harian forex berjumlah TRILLION sehari. tetapi forex bukanlah PONZI skim. ia memerlukan kepakaran yang tinggi. tak mustahil pun untuk dapatkan 1000% keuntungan sehari sebab liquidity yang tinggi. namun untuk mendapat 1000% sehari memerlukan kepakaran yang tinggi.. hanya 2% sahaja yang berjaya. yang lain sendiri paham la. jadi jangan salahkan forex, salah kan individu itu…
delima
Put Cinderila
Puan nampaknya banyak ilmu
Jangan salahkan orang yang masuk apa apa pun skim kerana mungkin puan tak pernah buntu bagaimana nak cari duit menyelesaikan pelbagai masalah.
Setiap orang berbeza masalah,, tak bunuh dan merompak pun dah dikira bagus.
Pengalaman saya, tak ada siapa pun yang datang membantu jika kita sedang dalam keadaan susah apatah lagi yang melibatkan wang.
Pernahkah puan merasa tertekan, stress, hampir nak bunuh diri kerana dihimpit kehidupan kerana bebanan hutang, dll?
Unit Trust, Skim Amanah dll, memang bagus dari sudut pelaburan jangka panjang terutama untuk orang yang memang tak punya masalah dan punya wang.
Tapi apa halnya dengan ASJ dan Dana Johor, walaupun ia dihalalkan oleh kerajaan? ada yang buat loan beribu ribu, terutama kakitangan kerajaan !! ada yang stress dan gila!! Jadi salahkah orang orang yang macam ini jika ada sesuatu pelaburan yang mudah dan menguntungkan yang boleh menyelesaikan masalah mereka? Mengapa tindakan tidak diambil kepada yang bertanggung jawab dalam skim ini? tak kiralah , dia MB ke, CEO ke,, janganlah kerana yang melaksanakan skim itu orang besar maka kerajaan lepas tangan, dan oleh kerana yang buat itu orang biasa cepat cepat kerajaan bertindak…
Saya juga anti penipuan!! bukan semua skim itu menipu, kadang kadang ia terganggu kerana masalah legality sahaja ….
PRINSIP SAYA DALAM MELABUR
TAMAK > RUGI
TERLALU YAKIN > RUGI
TAK YAKIN > RUGI
YAKIN > ADA UNTUNGNYA
PC – ramai orang yang nak cari duit segera bukan nak cepat kaya tetapi desakan @ in urgent needs ..
Sebagai orang yang banyak ilmu tolonglah orang orang macam kami ni cari jalan keluar, sekadar nasihat dah berbakul bakul dah tapi masalah tak dapat diselesaikan juga ….
delima
sdr mucid
Peniaga nasi lemak tak mesti pandai masak nasi dan buat sambal
peniaga kereta tak mesti tahu baiki kereta
peniaga gula tak mesti tahu buat gula
yang penting you know the trade !!! n punya modal !!
Kontraktor binaan tak tau pun bina rumah tapi ada lesen dan ada ilmu teori ,, yang jadi tukangnya cuma “mat indon n mat bangla”
so macamana ???
Polis jaga road block waktu sembahyang jumaat bagaimana????
Kalau mati meninggalkan hutang keliling pinggang macamana????
Aku pilih mati berhutang dengan tuhan daripada mati berhutang dengan ramai orang dan Tuhan !!!
delima
shahrudin
betul ke melayu yang join skim cepat kaya tu malas usaha????
Kalau saya ada pilihan pecah batu hari hari dapat RM25 dengan Melabur RM350 saya dapat pulangan RM3500 sudah tentu saya pilih Melabur ..
bagi orang yang susah dan perit cari duit , skim skim seperti ini sudah tentu menjanjikan harapan buat mereka …
Setiap yang melabur pasti bersedia dengan risiko itu ….
Pekerja Indonesia datang ke Malaysia ada yang sanggup bergolok bergadai semata mata mahu mengubah hidup di Malaysia, tapi malangnya bila tiba diMalaysia mereka menghadapi pelbagai penipuan oleh majikan rakyat malaysia, perbuatan itu aku rasa lebih hina !!!
delima
sharaduan
aku rasa dah berpuluh ribu orang melayu attend beribu kursus …..
hasilnya???? jangan salahkan mereka kerana kita lihat dari beribu sudut …. nasib melayu .. sudah jatuh ditimbus bukit …
delima
aku tengok ada peluang buat duit
aku tahu risikonya
aku laburkan sedikit duit aku
aku tak berabis pun
aku tak rasa pun aku ditipu
aku tak rasa pun aku bodoh
duit aku suka aku
aku tak akan menyesal kalau gagal
sebab aku dah jumpa banyak orang tapi semua pandai nasihat dan pandai cakap je !! masalah aku tak selesai juga …
jadi salah kah aku .. atau korang yang salah sebab menggagalkan aku ????
delima
sdr Jpirates,
aku dah study dan ada yang bagi tution tentang forex dari Greece !!
Tapi tetap otak aku beku !!!!
Jadi aku melabur jugalah sikit sikit dalam skim skim macam speedline ni sebab aku berfikir lebih baik main skim yang orang kata scam daripada aku melabur di TOTO atau pun Magnum 3 kali seminggu.
So, boleh lah kirim email pada aku agar aku boleh bermentorkan sdr dalam forex trading … email aku delimadila@yahoo.com
sepak terajang
klu puteri cinderella nie pandai tentang forex ke ape tolonglah bantu kami nak menambah perdapatan kan ramai orang akan respek.
jukil
salam hangat gak isu speedline nih…saye amat tertarik dengan statemen delima..bernas betol pa yang diutarakan oleh beliau..mase saye sendiri kekempisan duit tada siapa nak tolong..kebetulan ada skim yang mcm nih join ckit dapat modal pulangan dalam tempoh yang dijanjikan so pa mau buang kan..rugi atau untung risisko agak rendah jika labur rendah,,saya sendiri sudah 3 tahun join trade forex 15 ribu sya kerugian untung baru 3 ribu..siapa mau tolong mau caru duit punya pasal..sekarang xda duit kena berak kencing mandi tepi jalan..u da pk sis cindarella mungkin x pernah merasa 3 minggu sebelom gaji duit dalm akaun hanya da 50 hinggit..bagi pandangan saya skim mcm nih ok gaklah walaupon bahaya berbanding main 4D toto magnum 3 kali seminggu tu..puteri cinderella klu u pakar dalam menjana kewangan u tunjuk ajar saya mcm mana nak tambah pendapatan sye..klu nak dikira gaji sya memang x cukup nak sara taraf kehidupan sye sekarang patah lagi nak sara anak bini..nasib baik still bujang..bujang pon banyak tanggungan mcm org ada nak gak adik bradik 8 org semua sekolah..5 university 2 lagi sekolah menengah..ayah dah xdia..sbg abg sulung siapa nak sara keluarga..n sekarang sya nak tanye pada princes cindarella..mcm mana u cakap nak buat part time..saye rase sye buat part time melebihi had kemampuan sye..balik kerja bawak teksi, kol 10 hingga jam 2 pagi jual burger..klu weekend waktu tdo dijimatkan kepada 5 jam jer..19 jam untuk bekerja..
untuk adik adik sye sanggup buat pa saja..janji bukan duit no ekor…membunuh berjudi,merompak,so u pklah..
sepak terajang
saya sokong jukil kebanyakan orang hanya tahu mengata tetapi tidak mahu menolong.
puteri cinderella
(dipetik dr http://www.speedlineinc.com/
Dear Member,
Welcome to SpeedlineInc Member site, we have upgraded speedlineinc member site with SSL.
for secure transaction, please follow below link to login.
https://www.speedlineinc.com
We are happy to announce that now you login with SSL,
If you have any issue with new SSL login please let us know.,
Thanking you all,
SpeedlineInc Team
ke mana profile dier? dah kantoi dek pencerahan2 yg dibuat???
Ni dipetik dr http://speedlinemalaysia.blogspot.com/p/pembayaran.html
ADA 2 CARA PEMBAYARAN
1- ANDA BANK IN KPD TRADER MALAYSIA UNTUK AKTIFKAN ANDA
HAMIZAN B BABA (MAYBANK)
164472276250
LPAS TU SMS ID . TARIKH BAYARAN . MASA , TEMPAT , JUMLAH DAN SPONSOR ID (afilips) ke 0193212858
2-ANDA BELI LR DAN TRANSFER KE ACC LR SYARIKAT
ANDA BOLEH BELI DARI BROKER YG SAYA DAH SERTAKAN..NAK SENANG BELI DARI ORG MALAYSIA..YG SAYA MERAHKAN TU
Kenapa transfer ke akaun individu???? Kata international lah bagai. Buat la atas nama syarikat! Nampak sangat penipuannya.
dipetik dr: http://speedlinemalaysia.blogspot.com/p/pembayaran.html
kononnya ada payment method la yer. Ccuba browse url nie http://www.scribd.com/doc/45278647/Www-libertyreserve-Ex-Changers
nampak sangat plagiat dari www-libertyreserve-Ex-Changers
gambar yg ader kete bmw putih yg dipinjam dari used car dealer tu dah di’removed’, mungkin sebab ‘pencerahan’ saya di blog nie:D lepas nie apa pulak ‘pembaharuan’ master speedline ni ya? tunggu dan lihat, lepas satu, satu derang akan buat(kena printscreen & save supaya dlm fail peribadi utk simpanan kemudian hari)
cuba lihat ini http://bizinformation.com.my/www.speedline-inc.com
website value x sampai pun RM8ribu, kelakar lah. Kata forex juta2. Pengunjung?100% malaysian. Dier ader 65 external link(hati2, dier ada byk lagi ponzi scheme lain ni) server pakai apache jer? pc jer??? agak2 la kan? dah la sehari yg jenguk web tu kurang drpd 20 org. cuba la compare dgn institusi kewangan yang lain! hahaha. lawak la speedline ni. hanya org yg kurang cerdik dan kurang celik yg x memahami ‘pencerahan’ ni. hahahhaha. dier ader 65link!(cuba verify dgn 65 link yg dier masukkan kan dlm web tu! semberono link ajer)
http://www.speedline-inc.com/speedline/top-fx-broker/ kenapa broker list dier as December 2010??? Lawak, lawak.
http://www.speedline-inc.com/speedline/top-lr-exchanger/ di copy dari website www-libertyreserve-Ex-Changers
orang2 mcm speedline nie yg menipu duit orang2 kita & orang2 seberang lah yg membuatkan perang dingin antara negara kita dan indonesia…
lihat http://speedline-penipu.blogspot.com/
lihat http://speedlineinc.info/live/index.php?option=com_content&view=article&id=197:keracunanspeedline
Host: speedline2u.com Host IP: 112.137.167.173 IP country: Malaysia IP Address state: IP Address city: IP latitude: 2.5000 IP longitude: 112.5000 ISP: TM NET SDN BHD Organization: TM NET SDN BHD, host ni di sarawak. mana contact details nya di website? Office?? office phone no?
Nak tambah pendapatan buatlah ikut saluran yg betul! byk bantuan perniagaan kecil, nak berniaga online pun dah banyak! buat pendafaran perniagaan dg ssm (dulu dinamakan ROB) bukak blog atau jaringan sosail yg lain mcm facebook/twitter etc. nak tambah income yg halal byk caranya. nak x nak saja. apa masalahnya dengan berniaga burger? Berniaga nasik lemak? Saya pun secara berniaga secara sambilan buat katering jugak, jual barangan2 lain. apa masalahnya?? Sy pun pernah berniaga di tapak pasar malam, hina kah? Cukup jugak makan pakai keluarga,,, bujang tp rm50 dlm akaun bank?? Salah siapa tu? Sy sendiri masa bujang pun buat 3 kerja! x rasa terbeban pun. tanggungan saya; isteri dan anak2 seramai 6 semuanya lagi! campur adik beradik 9org. orang tua lagi. jgn bg alasan yer juki! jgn letakkan darjah kesalahan speedline dgn mombor ekor. yg salah tetap salah.
matlamat x menghalalkan cara. wallahualam bi shawab. (jukil: anda setuju la dengan ‘master’ speedline yg menipu org ramai – pinjam kereta dari used car dealer pastu cakap kereta tu hasil duit pelaburan, apa makna tu? menipu.. mungkin anda sama mcm sepak terajang, delima; penganjur skim tersebut a.k.a pelebur duit org ramai)(ironiknya kemelut ekonomi dunia amat meruncing, bukan sahaja hutang US malah hutang Greece & Italy! apakah mungkin ‘pelaburan’ amat menguntungkan (dr tahun lepas euro x naik2 pun sampai RM5 malah makin menurun, nk tunggu naik entah bila? nk recover mungkin akan ambil masa yg agak lama mcm zaman gawat 1997 dulu) ‘pelaburan’ ini hanya menguntungkan ‘master’2 & penganjur ponzi scheme nie saja! sy percaya, mereka yg beria-ria mem’benar’kan skim ni & mengHALALkan matlamat buruk menyonglapkan duit org ramai adalah adalah antara dalang2 ponzi scheme tersebut. wallahua’lam. tugas saya selesai. hanya ALLAH yg maha mengetahui. wassalam. (semoga kita semua dijauhi daripada kesesatan & penganiayaan, amin)
puteri cinderella
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Zumar:53)
ps: Jangan melampaui batas, jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Allah rindu rintihan hambanya yang bertaubat…
trader
Pada yang letih cari jalan….
Ni aku bagi jalan … kerja x banyak … baca dan fahamkan ..
Forex
Aku recommend 3 buku korang leh download untuk permulaan .
1. Market Wizards – Shwager
2. Trade Your Way to Financial Freedom – Van Tharp
3. Trend Following – Covel
3 jenis manusia kat market …
Trend Follower, Swinger and Scalpers.
Aku trend follower. Easiest. Just follow the market.
Risk only 1% any trade. Takkan teruk sangat sampai ko leh fail 100 kali kot.
Cari demo account yang x pakai IB (investment broker) or moneyshop. Aku recommend fxcm, fxopen. Senang depo dan withdraw. Pakaila demo tu at least 6 bulan sampai faham sepak terajang forex cemana. Dah faham and confident … baru la pakai duit betul.
Jalan cepat x ada. Yang ada cuma pengalaman dan ilmu yang boleh mengelakkan kerugian yang berkekalan. Selamat maju jaya. Ada soalan sila post.
Hokagez
Salam semua.. Wah! Sgt2 menarik komen2 di dalam ni. Thanks Cinderella for all the facts mention … I have high respect on you.. Brother and sister sekalian, just nak share, aku start ‘belajar’ forex ni 2005 hinggalah sekarang, dan aku still belajar bagaimana nak meningkatkan skill trading aku. Dah 6 tahun, daripada asyik loss sampailah sekarang aku dah boleh hidup dgn duit forex. Jadi, aku kurang menyokong pendapat korang yang menyalahkan forex sebagai sebab korang rugi ribu-ribu, ratus ringgit, puluh ribu malahan ratusan ribu (baru tengahari tadi ada org mengadu rugi RM 270,000.. Sepatutnya sebelum masuk apa2 pelaburan, kita semua kena faham, risiko vs keuntungan. Dah nama pelaburan. So, bersedia untuk kerugian. Kalah taknak rugi, ko tanam jerk dalam ASB tak pun masuk jerk dalam Akaun Simpanan. So, rasa bertanggungjawablah pada diri masing2. Jangan salahkan orang lain, jangan salahkan kerajaan, jangan salahkan internet, salahkan diri sendiri sekiranya keputusan tu salah. Cuba fikir baik baik, kalau korang untung tu, ada salahkan sesiapa? Tak kan? Cakap akulah yang paling bijak pandai di dalam dunia. Bila time rugi, mulalah nak menyalahkan orang lain. Kes speedline ni, korang tak fikir ker kelogikan scam nih.. Mengalahkan bank janji2nya, website cuma blog. So, benda simple macam tu, logik akal tak untuk diterima? Kedua.. C’monlah kawan kawan ku… Jangan terlalu menyerah kepada nasib … Tak semua orang nasib dia baik, tapi kalau korang tak berbuat apa2 untuk mengubah nasib, so? Tak jadik apa2lah.. No shortcut to be rich ok.. 🙂
APIS
Aku pun dah terkena lah RM7500 hangus. Hampeh nak buat cm mana..nasib baik bukan duit pinjaman. Tapi ada hikmah disebalik kejadian tu dan aku telah dapat pulangan dari HYIP yang lain yang lebih profesional dan lebih dipercayai.
shahraduan
Nampaknya Speed Line ada Masalah Besar Jeng jeng jeng……..
donzai
apa pendapat anda tentang rgcx?
owner speedline
co owner speedline telah di temui, skrg membuat program baru, sila hebhkan kepada mangsa2 speedline
http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?s=daf44812a3b1c3ff002c77d38ca0339a&p=20380548&postcount=6249